Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Kedaulatan Watan
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu
      • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Kedaulatan Watan
​

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Antara Kedaulatan Allah, Raja Melayu & Kuasa Mutlak


Kedaulatan negara secara umumnya ditakrifkan sebagai kuasa agung sesebuah negara, bersifat mutlak dan bebas untuk menentukan konsep, prinsip serta bentuk pemerintahan dan undang-undang yang tertinggi dalam negara tersebut. Bentuk pemerintahan serta undang-undang tertinggi negara inilah yang menentukan prinsip-prinsip serta kerangka perlembagaan yang digunakan oleh negara tersebut. Kedaulatan itu samada dimiliki oleh seseorang individu, beberapa individu atau keseluruhan rakyat.

Namun dalam ajaran agama Islam, kedaulatan mutlak adalah hakikatnya milik mutlak Allah swt, yang Maha Berkuasa untuk mengurus dan mentadbir alam dan makhluk, kerana segala-galanya dicipta olehNya dan menuntut ketaatan kepadaNya, maka kuasa pemerintahan atas segala sesuatu adalah juga milik Allah swt yang mutlak.

Hak penentuan pemerintahan manusia serta hukum-hakam secara mutlak inilah yang mencerminkan hak ketuhanan Allah sebagai Pencipta sekalian alam dan makhluk, dan ini yang disebut sebagai KEDAULATAN ALLAH SWT untuk menetapkan bentuk pemerintahan dan undang-undang bagi manusia yang melata sebagai khalifahNya di bumi ini.

Bermakna sesiapa yang mendakwa berhak untuk memerintah secara mutlak, menentukan hukum-hakam, undang-undang dan peraturan-peraturan secara bebas lepas, sesungguhnya telah MERAMPAS HAK KETUHANAN DARIPADA ALLAH, tidak kiralah samada yang mendakwa itu individu, sekelompok manusia, suatu pertubuhan, suatu umat hatta kesatuan umat manusia keseluruhannya.

Ringkasnya, kedaulatan yang bersumber ajaran Islam menetapkannya sebagai milik mutlak Allah swt, sementara ketua negara atau pemerintah itu berkedudukan sebagai wakil Allah di muka bumi, sebagai khalifahNya, mengganti Rasulullah saw dalam urusan agama, pmerintahan dan dunia DENGAN CARA YANG DITUNJUK OLEH SUNNAH BAGINDA SAW.

Bermakna, walaupun pada konsep moden kedaulatan itu secara zahir terletak pada pemerintah, pemilikan kedaulatan tersebut adalah HAKIKATNYA SATU AMANAH, IAITU PEMATUHAN KEPADA SYARIAT RASULULLAH SAW. Hakikatnya tidak ada konsep pemerintah atau Raja Islam yang memerintah secara mutlak, kerana ianya adalah satu bentuk amanah yang AKAN DIPERSOALKAN DI MAHKAMAH AGUNG ALLAH SWT NANTI!! Mana-mana pemerintah Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan mutlak, bermakna dia telah mencabar hak ketuhanan Allah !!

Perlembagaan Persekutuan mencerminkan perkara amanah pemerintahan ini secara jelas. Perkara 37 Bahagian 1 jelas tertera Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong atas lafaz “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” merupakan suatu ikrar bersumpah atas nama Allah, bukan sahaja merujuk kepada negara Malaysia sebagai negara yang berpaksi, berpasak dan menjunjung Allah dan RasulNya (Perkara 3(1)), sekaligus meletakkan kedaulatan Raja-raja Melayu atas nama Allah yang Maha Esa lagi Maha Agong.

Kemudian, dalam payungan ikrar tersebut juga, sumpah jawatan yang di-Pertuan Agong juga meletakkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri”.

Hakikatnya, unsur pengamanahan untuk menjunjung Syariat Islam bukanlah suatu yang baharu bagi negara bertuah ini, ianya telah menjadi prinsip dan corak pemerintahan kesultanan-kesultanan Melayu semenjak beratus-ratus tahun dahulu, berteraskan konsep 'zilullahi fil ardh' (wakil Allah di mukabumi) dan sistem syura, ditinta secara rasmi dalam hukum kanun negeri-negeri, bermula seawal zaman kesultanan Melaka, menjadi bukti pemakaian undang-undang syariat dan adat bersendi kitabullah.

Dan Perlembagaan Persekutuan terus menjamin kelangsungan peranan warisan Raja-raja Melayu ini dalam Perkara 181 (1), dan Perkara 3 (1).

Moga Raja-raja Melayu terus aktif mengambil peranan menghidupkan amanah Allah ini sebagaimana leluhur baginda sekelian di Tanah Melayu yang bertuah ini, amiin ya Robbal ‘alamiin.


Kedaulatan Watan Tanah Melayu menurut Adat Melayu (berteraskan faham Kontinum), adalah kepimpinan manusia, termasuk Raja Melayu, adalah berposisi sebagai Khalifah atau pemegang amanah kedaulatan milik mutlak Allah s.w.t. Konsep kedaulatan ini menggariskan sistem politik, undang-undang dan prinsip perundangan yang menjadi panduan mandatori kepada manusia dan sesuai dilaksanakan sepanjang zaman.

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi ialah seorang juris yang mempelopori Jurisprudens Watan (Local Jurisprudence), iaitu mengemukakan keadaan-keadaan watan (observation on local conditions and circumstances as well as local inhabitans) dalam pentafsiran Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri kerana watan itu ialah prinsip teras pada suatu undang-undang tempatan seperti termaktub dalam Perkara 181(1) yang menyentuh prinsip kedaulatan Malaysia dan disyaratkan oleh seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Disemak tahun 1972).

Gabungan Mi’Raj berpendirian bahawasanya kedaulatan negara Malaysia ditegakkan di atas kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti diperuntukkan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan berteraskan Kerangka Watan.

Apabila sembilan kerajaan-kerajaan Tanah Melayu memutuskan untuk bergabung bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948, jatidiri Persekutuan ini diasaskan daripada warisan Kesultanan Melayu Melaka

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain adalah pengasas Jurisprudens Watan sekaligus pakar Perlembagaan Persekutuan. Beliau mengagaskan gerakan Kedaulatan Watan Malaysia (AKWAM), yang disokong oleh Gabungan Mi'Raj
​Banyak isu perlembagaan dan perundangan masakini di tanah air berlaku, antaranya disebabkan berlakunya pertembungan pemikiran terhadap tafsiran konsep Kedaulatan yang berbeza diantara fahaman Barat (Faham Dikotomi) dengan fahaman Islam (Faham Kontinum)