Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Majlis Tahlil Kg Marhum Pahang (26 Mei 2012) bersempena haul
BSM Tun Mutahir yang ke 149


Menjunjung kasih dan sekalung budi saya ucapkan kepada semua waris  Bendahara Paduka Raja Tun Ali dan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang sudi  menyertai saya dalam majlis tahlil tidak resmi di tapak makam bendahara di Kampung Marhum, Pekan, Pahang pada 26 dan 28 hb Mei baru-baru ini, sempena haul BSM Tun Mutahir yang ke 149 (1863-2012).

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat kembali ke dakapan keluarga besar waris kerabat BSM Tun Mutahir, khususnya kepada Wan Mahkota dari jurai BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir dan kepada keluarga MD Darwis dari Pulau Tekong, Singapura yang bersusur galurkan kepada BSM Tun Abdul Rahman ibni BSM Tun Mutahir, dari isteri Tun Abdul Rahman yang bernama Tengku Hamidah binti Sultan Muhammad Muadzam Shah (Marhum Kadaton-Lingga)

Semoga pertemuan ini akan dapat merapatkan kembali silaturrahim diantara waris-waris Bendahara Seri Maharaja Tun Ali dan waris-waris anakandanya  Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

PEMAKLUMAN YANG DIBUAT SEBELUM UPACARA TAHLIL DI KG MARHUM, PAHANG

Assalamualaikum wr wbkth,


Semoga Allah SWT merahmati kita semua dan sentiasa menjaga urusan kita, baik untuk kehidupan di dunia apatah lagi dalam usaha kita mencari bekalan iman dan amal sebagai persiapan untuk kehidupan abadi di  Hari Akhirat nanti.

Ada beberapa perkara penting yang saya rasa perlu dimaklumkan sebelum  saya melangkah ke Kg Marhum di Pahang untuk melaksanakan niat mengadakan majlis tidak resmi, iaitu  majlis tahlil  leluhur saya, bersempena haul Tun Mutahir  Tun Ali yang ke 149 pada 31hb Mei 2012 yang akan datang ini.

Pertama:

Walaupun secara resminya saya adalah setiausaha Badan Waris Kerabat Tun Mutahir Tun Ali yang berpusat di Johor,  akan tetapi inisiatif serta kedatangan saya  untuk mengadakan majlis tahlil ini adalah bersifat peribadi, iaitu sebagai zuriat Tun Mutahir Tun Ali,  bukan sebagai setiausaha Badan Waris Kerabat Tun Mutahir yang menjadi wakil kepada semua waris Tun Mutahir. Kebetulan saya akan ke Terengganu esok, jadi saya berhasrat untuk menyinggah ke Kg Marhum di Pahang dan membuat tahlil untuk  beberapa orang leluhur saya di situ dengan mengajak mana-mana  kerabat yang berminat untuk menyertai saya. Oleh itu saya berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba membuat apa juga spekulasi tentang hal ini.

Kedua:

Saya adalah zuriat Tun Mutahir, bukan sosok tubuh Tun Mutahir itu sendiri. Maka bukanlah menjadi hak saya untuk memaafkan apa jua kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Ahmad@Sultan Ahmad I kepada  kekandanya Tun Mutahir  yang menjadi sasaran utamanya dalam tragedi perang saudara di Pahang yang lalu.  Apa juga kesalahan yang telah dibuat oleh Tun Ahmad@Sultan Ahmad I kepada Tun Mutahir bukanlah hak saya untuk mengadili, menghukum mahupun memaafkannya, itu adalah hak Tun Mutahir dan hak Allah SWT di Hari Pengadilan nanti.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa kami sebagai zuriat Tun Mutahir tetap terkena tempias natijah daripada segala tindak tanduk Tun Ahmad@Sultan Ahmad I dan pengikutnya terhadap Tun Mutahir dan keluarganya dalam tragedi perang saudara Pahang, namun  itu semua sudah takdir dan sebagai hamba Allah, kita redho dengan segala  Qada’ dan QadarNya. Namun sekali lagi, untuk memaafkan Tun Ahmad@Sultan Ahmad I, adalah  merupakan hak Tun Mutahir dan keluarganya waktu itu yang menjadi sasaran dan mangsa utama, bukan hak kami sebagai generasi cucu cicitnya yang terkemudian.

Oleh itu berdasarkan hakikat ini, serta demi menjaga sensitiviti semua waris Tun Mutahir mahupun roh nenek moyang kami sendiri, selepas majlis tahlil, saya mohon berbanyak ampun dan maaf kerana tidak akan melaksanakan istiadat menabur bunga rampai dan menyiram makam  Tun Ahmad@Sultan Ahmad I. Saya hanya akan berbuat demikian pada makam leluhur saya Tun Ali dan Sultan Abdul Jalil Syah IV Johor.

Tidak mengapa jika ada waris Tun Ahmad@ Sultan Ahmad I  yang ingin menyertai saya dalam majlis tahlil ini demi ukhwah dan silaturrahim keluarga, dan sama-sama kita berdoa untuknya, tetapi saya harap dapat dikecualikan dalam istadat menabur bunga rampai serta menyiram makamnya,

Sekali lagi saya mohon berbanyak ampun dan maaf atas perkara ini.

Ketiga:
Sebagai waris keluarga bendahara yang bersusur galurkan daripada bendahara-bendahara Melaka, Johor dan Pahang, dan dalam inspirasi dan semangat bersempena haul Tun Mutahir yang ke 149 pada 31 Mei ini, saya  ingin menekankan semula bahawa dalam hal leluhur saya itu, saya ada beberapa kepentingan di sini, iaitu;

I. Untuk mengketengahkan sejarah sebenar peristiwa perang Pahang serta membidas semua fitnah yang telah dibuat atas Tun Mutahir, yang sehingga hari ini masih menjadi bahan rujukan di pusat-pusat pendidikan dan institusi pengajian tinggi. Alhamdulillah, misi tersebut telah sedikit sebanyak dapat dicapai dengan penghasilan beberapa buah buku seperti Mencari Sejarah Tun Mutahir, Institusi Bendahara:Permata Melayu yg Hilang, Perang Bendahara Pahang 1857-63:Menelusi Peranan British dan terakhir, Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1857 yang telahpun diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2104 Masihi (rujuk laman Karya Penulis pada sesawang ini).

II. Menjejak tapak makam Tun Mutahir yang sebenar di Johor Bharu, yang mana sehingga ke hari ini masih menjadi bahan spekulasi dan memugar kembali makamnya jikalau dapat ditemukan.

III.  Dalam sekecil peranan saya, membantu menyatukan kembali keluarga Tun Mutahir yang telah berpecah belah ke merata negara ini selepas berakhirnya peristiwa perang Pahang, selain menyokong apa jua inisiatif menyatukan semua waris-waris kerabat Pahang yang terkena tempias daripada perang tersebut, tidak kiralah dari pihak manapun mereka seperrti keluarga Tun Mutahir, Tun Ahmad@ Sultan Ahmad I, Tun Mansur dan sebagainya.


Walaupun  bukan hak saya untuk memaafkan kesalahan Tun Ahmad@Sultan Ahmad I pada leluhur saya, itu hak Tun Mutahir sendiri di hari Pengadilan kelak, tetapi bukan juga  hak saya  sebagai generasi waris Tun Mutahir untuk terus  berdendam dan membawa sikap permusuhan di kalangan kaum kerabat, sebaliknya adalah lebih murni dan mulia agar kita sama-sama menolong membantu menyatukan kembali kaum keluarga kita, selain menjadikan tragedi perang saudara Pahang sebagai iktibar dan tauladan.

Dalam keadaan negara kita sedang kalut dalam menghadapi  ancaman-ancaman besar daripada musuh-musuh bangsa dan agama, lebih penting bagi kita untuk ‘CLOSE RANK’, ataupun bersikap saling maaf-memaafkan, bertolak ansur serta satu menyatukan demi menguatkan benteng pertahanan bangsa dan agama.

Kita wajib bersatu dan mendokong INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU seperti yang pernah menjadi tugas dan tanggungjawab leluhur kita dari kalangan bendahara-bendahara Melaka, Johor dan Pahang. Kerana Raja-Raja Melayu adalah tonggak bangsa dan agama dahulu, kini dan selamanya..

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya, kaum kerabat saya dari keturunan Tun Mutahir, Sultan Ahmad I, Tun Mansor, Syed Omar dan yang lainnya, ayuh! Jadikan peristiwa perang Pahang sebagai iktibar dan tauladan supaya jangan kita ulangi lagi kesilapan yang sama, nescaya yang untung adalah orang-orang kafir, pengkhianat  serta musuh-musuh bangsa dan agama.. Kita yang rugi, menang sorak, kampong tergadai…

Semoga Allah SWT menyelamatkan bangsa dan agama kita serta memelihara Institusi Raja-Raja Melayu, ameen ya rabbal 'alameen…

Daulat Tuanku!

Sollu ‘alan ‘Nabiyy

“Ke arah Mengembalikan MARUAH, SEMANGAT dan KEDAULATAN umat Melayu, umat Islam”

Tun Suzana Tun Hj Othman
putera Wan Chik binti  Wan Tahir
bin BSM Tun Abdul Rahman bin
BSM Tun Mutahir Tun Ali(1847-63) Pahang ( yang berkahwin
dengan Tunku Chik binti Sultan Ahmad Tajuddin II Halim Shah Kedah (1804-1845))


Powered by Create your own unique website with customizable templates.