Pengenalan
Ramai keturunan Bendahara telah menabur jasa pada agama, bangsa dan tanahair. Kaum wanita di kalangan keluarga Bendaharapun sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah keluarga, Walaupun secara tradisinya mereka lebih senang menumpukan perhatian kepada keluarga masing-masing, tetapi takdir telah memaksa mereka untuk melakukan perjuangan politik mahupun peperangan apabila suami-suami mereka terkorban ataupun tidak mampu berjuang lagi --- dalam peranan tersebut merekalah Serikandi, hatta mampu mengatasi tokoh-tokoh lelakipun sewaktu di dalam keadaan demikian. Di bawah ini kami ingin memberi beberapa contoh untuk renungan kita semua.
Tun Teja Binti Bendahara Seri Amar Diraja MELAKA
Serikandi Tun Teja terkenal sebaris dengan nama serikandi Tun Kudu dan Tun Fatimah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mengikut sejarah Melayu, Tun Teja diberi gelaran “RATNA BENGGALA” yang membawa maksud “INTAN PERTAMA” dari Benggala iaitu puteri kepada Seri Amar Bangsa Diraja, Bendahara Pahang pada abad ke-15.
Tun Teja Ratna Benggala, itulah nama serikandi tidak asing lagi TUN TEJA.
“Tun Teja Ratna Benggala,
Pandai membelah lada sulah,
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.”
Begitulah bunyi pantun yang dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja, anak bendahara Pahang yang cantik jelita di akhir abad ke-15. Sejarah Melayu menggambarkan dengan jelas bagaimana Tun Teja direbut daripada tangan tunangnya Yang Dipertuan Pahang, Sultan Ahmad Syah (1474-1494) oleh Hang Tuah untuk diperisterikan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Sultan Ahmad Syah menerima penghinaan daripada Melaka yang terakhir dari tunang baginda, baginda sangat malu dengan rakyatnya lalu bertindak turun takhta dan mengasingkan diri ke Lubuk Pelang. Setelah mangkat digelar Marhum Syeikh.
Tun Teja sebenarnya bermadu dengan Puteri Betara Majapahit. Di atas perkongsian hidup bersama Sultan Mahmud Syah, Tun Teja dikurniakan seorang puteri yang bernama PUTERI AMRA DEWI.
Pada 1511, Portugis menyerang Melaka. Sultan Mahmud Syah bersama isteri-isterinya dan anak-anaknya telah dinasihatkan berundur ke Bentayan (kini Muar) termasuklah Tun Teja. Ketika itu Tun Teja kegeringan dan sangat uzur dan terpaksa diusung dengan tandu khas yang telah dibina oleh hulubalang Melaka. Dalam perjalanan Tun Teja menghembuskan nafas terakhir dan dipercayai telah dimakamkan di antara Melaka dan Bentayan iaitu Merlimau. Dipercayai sepasang batu nisan diraja telah dipacakkan di atas Makam Tun Teja sebagai tanda kemangkatannya. Tiada nama dan tarikh pada makam Serikandi ini kerana ketika itu Sultan Mahmud Syah di dalam keadaan tergesa-gesa berundur ke Bentayan akibat diburu merata oleh penjajah Portugis.
TUN TEJA merupakan seorang pejuang ketika di dalam istana membantu Sultan menegakkan keadilan, kesejahteraan dan keamanan rakyat, seorang kekasih dan isteri yang sangat penyayang dan mencintai, sanggup berkorban apa saja dan seorang yang lemah lembut tetapi tegas dan tekad di dalam setiap keputusan yang dibuat.
Baginda juga merupakan seorang yang sangat berhati-hati dan seorang pemurah senyuman dan baginda juga seorang yang cantik jelita malah bertambah ayu apabila disarungkan pakaian dan selendang kepalanya berwarna kuning dan ungu.
Serikandi ini sangat mencintai dan taat setia kepada suaminya dan menjadi isteri yang paling disayangi oleh Sultan Mahmud Syah.
TUN TEJA, serikandi hebat dan tabah serta cekal menghadapi dugaan malah berjiwa kental!
Tun Fatimah binti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir MELAKA
Merupakan puteri kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali, putera hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas permaisuri Sultan Muzzafar Shah yang juga kekanda bagi Bendahara Tun Perak) Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Ali. Tun Mutahir adalah Bendahara Melaka pada waktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
Tun Fatimah sudahpun berkahwin apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Sultan Mahmud Shah turut dijemput sama untuk meraikan majlis perkahwinan Tun Fatimah. Sultan berasa amat murka kerana Bendahara tidak pernah menyembahkan kepada baginda bahawa beliau memiliki anak gadis yang cantik jelita. Sultan Mahmud dikhabarkan telah meninggalkan majlis perkahwinan tersebut tanpa menyentuh santapan.
Belakangan dicatatkan tentang peristiwa Raja Mandaliar dan Kitul yang telah memfitnah Bendahara Tun Mutahir, kononnya Bendahara telah menempah persalinan dan cerek yang semuanya daripada emas kerana mempunyai hasrat ingin merampas takhta Melaka. Sultan bertambah murka, dan tanpa usul periksa lantas menyerahkan keris kuasanya kepada Tun Sura dan Tun Setia untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Bendahara kecuali Tun Fatimah. Terbunuhlah Bendahara Tun Mutahir, suami Tun Fatimah iaitu Seri Nara Diraja Tun Ali, kekandanya Tun Hassan atas titah Sultan Mahmud itu.
Namun akhirnya Sultan Mahmud sedar atas keterlanjuran perbuatannya dan bersungguh-sungguh menyintai Tun Fatimah. Tun Fatimah dipinang dan dibawa masuk ke istana secara besar-besaran dan tidak lama kemudian berlangsunglah perkahwinan antara Tun Fatimah dan Sultan Mahmud Shah. Tun Fatimah terpaksa akur dengan titah Sultan Mahmud kerana tidak mahu menderhaka. Pada mulanya Tun Fatimah enggan beradu bersama-sama dan melayani Sultan Mahmud, namun setelah menyedari keikhlasan dan keinsafan baginda, Tun Fatimah akhirnya membalas cinta Paduka Seri Sultan Mahmud Shah.
Kerana terlalu menyayangi dan menggagumi paras rupa Tun Fatimah yang cantik, Sultan Mahmud kemudiannya telah mengisytiharkan Tun Fatimah diangkat menjadi Paduka Seri Permaisuri Melaka.
Tun Fatimah akhirnya bersetuju menjadi permaisuri Melaka. Dengan menjadi permaisuri Melaka, Tun Fatimah dengan dayang-dayang istana dan rakan-rakan wanitanya yang lain telah berjaya menangkap orang-orang yang memfitnah keluarganya. Tun Fatimah dikatakan pandai bermain keris dan tombak serta handal dalam ilmu persilatan akhirnya berjaya menuntut bela atas pembunuhan keluarganya. Raja Mandeliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan dihukum bunuh dan telah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Tun Fatimah memerintah Melaka seperti "Bendahara Perempuan" (menyambung watak almarhum ayahandanya Tun Mutahir) membantu suaminya. Dilaporkan bahawa pihak Portugis lebih gerun kepadanya daripada Sultan Mahmud sendiri. Selepas Melaka alah kepada Portugis dalam tahun 1511, Tun Fatimah telah bertanggungjawab dalam perjuangan merampas kembali Melaka dan dalam mendirikan Empayar Johor sebagai saingan yang hebat bagi pihak Portugis, Tun Fatimah menguatkan Empayar Johor dengan mewujudkan pakatan dengan kerajaan-kerajaan berjiran melalui perkahwinan putera-puterinya dengan keluarga-keluarga diraja Acheh, Minangkabau and Borneo. Keberaniannya dan ketegasannya didalam perang dan pemerintahan menyebabkan baginda digelar Srikandi Melaka,
Paduka Seri Permaisuri Tun Fatimah telah melahirkan tiga orang cahaya mata, antaranya Raja Ali yang kemudian menjadi pemerintah Johor Lama bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II. Baginda merupakan Paduka Seri Permaisuri yang sangat terkenal dengan semangat perjuangannya yang tinggi dan berjuang bersama-sama Sultan Mahmud untuk mempertahankan Melaka.
Putera-puteri Tun Fatimah:
Raja Ali@ Sultan Alauddin ibni Sultan Mahmud Shah, (Sultan Johor ke-2)
Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah
Raja Khadijah binti Sultan Mahmud Shah

Tun Puteh@Che Wan Puteh binti Raja Bendahara Siwa Raja Tun Ali PAHANG
Tuanku Raja Asal, dari suku Mandailing, telah jatuh cinta dengan adinda Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali PAHANG (1847-1863) iaitu Wan Puteh @ Wan Teh @ Cik Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali (Raja Pahang) dan mereka kemudiannya mendirikan rumahtangga pada tahun 1857 dalam satu majlis keramaian yang meriah di Istana Ganchong. Perkara ini juga ada dinyatakan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 2 Mac 1980 yang berbunyi;
‘Di Pahang Raja Asal berkenalan pula dengan Bendahara Wan (Tun) Mutahir yang pada masa itu baru dilantik menjadi Bendahara Negeri Pahang menggantikan Bendahara Tun Ali yang mangkat dalam tahun 1857. Dari perkenalan itulah Raja Asal telah berkahwin dengan salah seorang dari saudara Bendahara Wan Mutahir yang bernama Wan Putih.’
Wan Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali pada masa itu merupakan seorang gadis belasan tahun yang sangat cantik lagi rupawan. Kecantikan beliau itu turut digambarkan 16 tahun kemudiannya oleh Haji Abdullah Hukum pada tahun 1873 sebagai; ‘sementelah pula ia cantik putih bagi namanya isteri bagi Raja Asal telah berseru di hadapan orangramai dengan suara yang merdu bunyinya ...rambutnya terurai sampai ke betis bertanjak telepok benang emas dan nampaknya pun telah menjadi hebat umpama emas permata intan.’ (III:2) – Adnan Haji Nawang.
Tuanku Raja Asal turut mengambil ramai pekerja dari kalangan orang-orang Jawa yang mula berhijrah ke Tanah Melayu. Pada masa itu terdapat beberapa kumpulan orang-orang Jawa yang berhijrah ke Kuala Lumpur akibat dari masalah kebuluran di Jawa Tengah pada tahun 1843–1848. (373) – Ibrahim Saad.
Orang-orang Jawa ini bekerja dengan Tuanku Raja Asal sebagai pembuka hutan dan ladang di kawasan Ulu Kelang. Itulah sebabnya Tuanku Raja Asal sering disalahanggap oleh orang-orang yang baru berhijrah ke Kuala Lumpur sebagai ‘seorang kepala Jawa.’ (III:2) – Adnan Haji Nawang.
PETIKAN DARI SEJARAH PERANG KUALA LUMPUR
Mandailing Semakin Tenat
".....Di sini, Tuanku Raja Asal, isterinya Wan Puteh @ Wan Teh @ Che Puteh binti Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali, Jabunus, Jalumat, Jaakub, Panglima Kuning @ Nakhoda Kuning, Sayid Mashur @ Tok Soho, Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat, Engku Rahmat @ Raja Laut Selangor dan lain-lain lagi sedang menanti serangan tentera bersekutu British, Cina, Bugis, Kedah, Melayu Batu Bara dan Rembau.
Sudah seminggu hujan tidak turun. Bekalan air di puncak Bukit Nanas telah kehabisan. Memandangkan keadaan sungguh tenat dengan pahlawan-pahlawan Mandailing yang bertahan dengan hebat dan bersungguh-sungguh itu bergelimpangan kehausan dan kelaparan sambil menunggu serangan musuh seterusnya, maka senja Khamis itu Wan Puteh dan 5 orang dayang pengiring pun turun ke bawah menuju ke arah timur kubu Bukit Nanas dan berpura-pura hendak mengambil air minuman di Sungai Kelang tanpa pengetahuan Tuanku Raja Asal.
Dari sana, Wan Puteh senyap-senyap pergi ke tempat perkhemahan musuh dan masuk ke kawasan khemah tentera Pahang. Di sana, beliau dirafak sembah oleh tentera Pahang lalu dibawa berjumpa dengan anak saudaranya Tun Mahmud @ Tun Buang bin Wan Ismail, Panglima Kakap Dato Bahaman dan Imam Perang Khatib Rasu.
Dalam perjumpaan itu Wan Puteh telah memujuk Tun Mahmud, Dato Bahaman dan Khatib Rasu agar memberi laluan kepada beliau dan 100 orang pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada kaum wanita yang tidak berdosa untuk turun dari Bukit Nanas selepas Maghrib sebelum Isyak. Selepas itu menurut Wan Puteh, bolehlah tentera Pahang naik ke atas dan menghapuskan seluruh orang-orang Mandailing itu. Tun Mahmud, Dato Bahaman dan Khatib Rasu bersetuju.
Selepas naik ke atas, Wan Puteh berjumpa dengan Tuanku Raja Asal dan mengajak Tuanku Raja Asal untuk melihat keadaan menyayat hati yang berlaku di Bukit Nanas. Kanak-kanak mati bergelimpangan dan ada yang mati di pangkuan ibu mereka yang langsung tidak bermaya lagi. Lalu Wan Puteh pun memujuk Tuanku Raja Asal agar dilepaskan 100 orang perempuan dan kanak-kanak supaya mereka boleh turun menyelamatkan diri dari pertempuran di Bukit Nanas itu. Tuanku Raja Asal menggangguk tanda setuju.
Lantas Wan Puteh mengumpulkan 80 kaum wanita dan kanak-kanak. Di sana, Wan Puteh memujuk Tuanku Raja Asal agar turun sekali dari Bukit Nanas. Wan Puteh menegaskan bahawa Tuanku Raja Asal perlu berundur untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Mandailing dengan mengumpulkan kembali tentera baru Mandailing yang akan merampas semula Bukit Nanas dan membela maruah orang-orang Mandailing. Ini disokong penuh oleh Jabunus.
Namun Wan Puteh terus memujuk suaminya itu. Akhirnya setelah dipujuk berkali-kali, Tuanku Raja Asal terpaksa beralah dengan hati yang berat lagikan hiba. Sambil airmata mengalir ke dada, Tuanku Raja Asal berkata:
‘Dengar sini Wan Puteh, seratus peperangan dan pertempuran kulalui, belum sedikit tubuhku terguris. Namun perpisahan ini melukakan hatiku kerana turunnya aku tidak lagi sebagai seorang lelaki.’
‘Pergiku ini mungkin untuk kali terakhir. Entah bertemu lagi entah tidak. Entahkan mati ku ini. Apapun hukum Allah sama-sama kita tabahkan. Ampunkan salah silap diriku ini Serikandi.’
Maka berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisanlah Tuanku Raja Asal dan Wan Puteh. Lalu beliau memohon maaf kepada Wan Puteh yang akan ditinggalkan di Bukit Nanas atas segala perbuatannya yang lepas-lepas.
Tuanku Raja Asal menyerahkan kerisnya kepada Siti Awan iaitu adik kepada Sayyid Kenang dengan pesanan bahawa jika Wan Puteh cuba dicemari oleh pihak musuh, maka Siti Sari hendaklah membunuh Wan Puteh supaya tidak dicela musuh.
‘Esokan malam, undurlah, habis lari.’ - Hikayat Pahang, Cetera 30.
Lalu dengan penuh kesedihan, 100 orang yang berpakaian wanita itu turun dari kubu Bukit Nanas ke arah hutan barat yang menghala ke Pudu yang tidak dikawal oleh tentera musuh sambil dilihat dari jauh oleh tentera Pahang sebagai mengawasi mereka dari diserang oleh tentera Tengku Kudin yang lain.
Manakala di dalam kubu istana Mandailing, Wan Puteh, Lanah dan 350 pahlawan Mandailing, Rawa, Kampar, Tolu, Bengkulu dan Kerinci bertahan di kubu besar Bagas Godang beserta 400 penduduk kampung yang terdiri daripada orang-orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak telah bersiap-sedia dan menanti dengn penuh semangat untuk arahan yang seterusnya.
‘Raja Asal fled in 1873.’ (89) - Middlebrook dan Gullick.
Selepas bertempur di Bukit Nanas selama 3 hari 3 malam, maka pada pukul 5 pagi Subuh 31 Mac 1873 istana Mandailing akhirnya jatuh ke tangan musuh.
Sebaik sahaja tentera musuh merempuh masuk ke Istana Bagas Godang Mandailing, mereka menerkam ke arah Wan Puteh yang disangkakan mereka Tuanku Raja Asal untuk ditikam dan dicincang secepat mungkin. Akan tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Ini ialah kerana mereka sedar yang memakai pakaian perang Tuanku Raja Asal itu adalah Wan Puteh, puteri Raja Pahang iaitu Raja Bendahara Siwa Raja Tun Ali .
Ini ialah kerana Wan Puteh telah ditinggalkan di Bukit Nanas dengan pakaian perang Tuanku Raja Asal. Ini dilakukan supaya:
a. Pemergian Tuanku Raja Asal tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya agar mereka tidak panik dan kelam-kabut
b. Tumpuan tentera Pahang tetap pada Bukit Nanas dan 100 orang yang berundur dapat lolos tanpa diekori dan diburu
c. Jika Bukit Nanas ditawan oleh musuh, mereka yang ada tidak akan dibunuh kerana Wan Puteh adalah puteri diraja Pahang
Percaturan Wan Puteh tepat sekali. Apabila tentera Pahang hampir dengan Wan Puteh, dengan tidak semena-menanya seluruh tentera Pahang merafak sembah kepada puteri Pahang itu. Manakala Jabarayun dan pengikut-pengikutnya terpinga-pinga memberhentikan serangan.
Lalu dititahkan oleh Wan Puteh agar semua serangan ke atas orang-orang Mandailing dan semua peperangan dihentikan. Lantas pertempuran di Bukit Nanas dihentikan serta-merta.Bagaimanapun 100 pahlawan Mandailing terbunuh dalam pertempuran ketika itu, manakala 80 tentera musuh turut terkorban
Di puncak Bukit Nanas pula, walaupun ditawan oleh musuh, pahlawan-pahlawan Mandailing seperti Sayid Kenang, Sayid Yusuf, Siti Sari, Panglima Kuning, Jabinanga, Jabadungkung, Lanah, Manda Usman, Abdul Wahab Tolu dan lain-lain 200 pahlawan yang berdiri di belakang Wan Puteh semuanya terselamat kerana tentera Pahang sangat menghormati Wan Puteh sebagai anak kepada Raja Bendahara Sri Wak Raja Tun Ali.
Lalu 200 pahlawan Mandailing itu yang dipimpin oleh Wan Puteh pun turun berjalan kaki meninggalkan kubu Bukit Nanas di sebelah barat Bukit Nanas ke arah ke Pudu menjejaki jalan Tuanku Raja Asal sambil diekori oleh 500 tentera Pahang. Namun mereka sempat juga membawa apa yang terdaya seperti Meriam Si Raunggur dan Peti Besi Al-Qazin yang merupakan peti induk kepada 17 peti besi kecil yang lain kepunyaan pasukan Dana Padri. Dari sana, mereka berjalan lesu ke arah utara menerusi Pudu. Lalu mereka pun meninggalkan Bukit Nanas buat selama-lamanya.
(Rujuk Laman Web http://thegreatmandailing.weebly.com/)

Pocut Meuligo binti Teuku Chik Muda Hassan ACHEH
POCUT MEULIGO BINTI TEUKU CHIK MUDA HASSAN, keturunan Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang (Bendahara Johor Lama dan Uleebalang Samalanga, Aceh) yang ke-4, adalah pahlawan wanita Aceh yang terkenal dengan jolokan ‘Serikandi Aceh’. Bermula pada tahun 1857M, Pocut Meuligo telah memangku kedudukan adindanya Teuku Chik Bugis sebagai Uleebalang atau Raja Samalanga. Pada ketika itu angkatan Teuku Chik Bugis sedang dalam perjalanan pulang ke Aceh dari Turki untuk membeli senjata bagi mengukuhkan persenjataan pejuang Aceh melawan pihak Belanda yang telah menjadi agresor. Kapal yang ditumpanginya terhalang angkara blokade laut Belanda yang menyebabkan Teuku Chik Bugis terpaksa menetap buat sementara waktu di Lahore, India[1]. Menjelang Belanda menyerang Samalanga, Teuku Bugis telah kembali dan berada di Samalanga.
Pocut Meuligo pernah memimpin pasukan perang Samalanga secara langsung pada saat Belanda tiga kali menyerang negeri Samalanga yang dipimpin oleh Panglima Tentera kerajaan Belanda yang bernama Jenderal K Van Der Heiden (kemudian menjadi Gabenur). Dalam peperangan pertama dengan Samalanga, Jenderal Van Der Heiden telah menderita luka parah dan mata kirinya buta ditembus peluru pejuang Aceh. Semenjak itu rakyat Aceh menggelarnya ’jeundran buta siblah’ atau jenderal buta sebelah (gambar bawah, kiri).
Menyebut kegigihan Pocut Meuligo menangani ancaman Belanda, seorang Kapten Belanda yang bernama Schoemaker pernah mencatatkan, antaranya: “ Kebenciannya (Pocut Meuligo) terhadap Belanda sedemikian besar, terlihat dari perintahnya bahawa semua rakyat yang sudah sanggup berperang harus ikut berjuang, bahkan untuk keperluan sawah ladang harus ditinggalkan, kalau tidak bakal dihukum berat.[2]”
Selain memimpin sendiri angkatan bertempur dengan menunggang kuda, Pocut Meuligo juga mengirim bantuan dana, alat-alat perang dan sukarelawan ke Aceh Besar yang telah diduduki Belanda. Sehinggakan dalam tahun 1876M, apabila Belanda menuntut Samalanga agar mengakui kekuasaannya, Kapten Shcoemaker menyatakan respon dari kerajaan otonom itu seperti berikut; “…justeru kapal-kapal perang Belanda pula yang ditembakinya bahkan dekat bendera Belanda, serta melakukan pembajakan, paling kurang ajar.[3]’
Malahan Pocut Meuligo sendiri sentiasa mempengaruhi adindanya Teuku Chik Bugis supaya jangan sekali-kali melayan apa jua permintaan Belanda termasuklah membuat perundingan. Dengan cara ini, bukan sahaja Belanda gagal menakluki Samalanga, malahan terpaksa bertarung dengannya untuk tempuh 30 tahun lamanya, yang mana berlaku banyak korban dan kerugian besar oleh pihak Belanda.
Atas kekaguman pihak Belanda kepada Pocut Meuligo dan wanita-wanita Aceh sepertinya yang sama-sama berperanan serta terlibat secara langsung dalam peperangan Aceh-Belanda yang memakan masa 80 tahun, mereka menyebut wanita Aceh sebagai ‘de grootes Dames’ atau ‘wanita-wanita Agung’[4]!
[1] Teuku Bugis sempat berkahwin di Aceh sehingga menurunkan zuriat di sana. Bermakna keturunan Tun Seri Lanang juga ada di Lahore. Di situ, Teuku Bugis sempat berbuat amal jariah apabila membina sebuah kolam untuk kemudahan berwudhu di salah sebuah masjid di situ yang menghadapi kesulitan air. Oleh masyarakat setempat kolam tersebut diberi nama ‘Kolam Aceh’. Di sekitar daerah itu terdapat perkampungan yang bernama Kampung Aceh.
[2] Tengku A.K Jakobi, ‘Aceh dalam perang mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan 1945-1949, dan peranan Teuku Hamid Azwar sebagai pejuang’, Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta 1998, hlm 34
[3] Ibid
[4] Hakikatnya sejarah Aceh telah memperlihatkan peranan besar yang dimainkan oleh wanita-wanitanya dalam bidang politik mahupun peperangan. Seorang wartawan Belanda, Zentgraaf dalam bukunya De Acehers memberi komennya seperti berikut : “ Namun dari semua pemimpin perang kita yang telah bertempur di setiap pojok dan lubang kepulauan Indonesia ini kita akan mendengar bahawa tidak ada satu bangsa yang begitu bersemangat dan fanatik dalam menghadapi musuh selain bangsa Aceh dengan wanita-wanitanya yang jauh lebih unggul daripada semua bangsa-bangsa lain dalam keberanian menghadapi maut.” Antara tokoh-tokoh wanita Aceh yang terkenal ialah Laksamana Malahayati, Laksamana Meurah Ganti, Laksamana Muda Cut Meurah Inseuen, Cut Nyak Dien, Pocut Meuligo, Cut Meutio, Pocut Biheue dan Cutpo Fatimah. Ini belumpun termasuk empat orang Sultanah Aceh iaitu Tajul Alam Safiatuddin, Nurul Alam Naqiatuddin, Inayat Shah dan Kamalat Shah