Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu!
Bagi para pewaris Dinasti Melayu, khususnya yang bertitisan ahlul-bait Rasulullah SAW dari kalangan kaum kerabat kesultanan-kesultanan Melayu, dalam mempersiapkan generasi ampuh bagi menghadapi era akhir zaman, antara yang disyorkan ialah menggembeling tenaga dalam mewujudkan golongan alim-ulamak di kalangan mereka. Kita sedia maklum bahawa ramai dari kalangan masyarakat Islam hari ini telah bersedia ‘mewakafkan’ seorang dua dari keluarga mereka untuk memberi khidmat agama, malangnya terlalu gersangnya petugas-petugas agama dari golongan kaum kerabat diraja. Ini amatlah menyimpang dari adat resam nenek moyang mereka yang kebanyakannya memikul tanggungjawab sebagai penyebar, penegak, pelindung dan pahlawan agama dengan baiknya sehingga Dinasti Melayu di Alam Nusantara pernah mencapai mercu. Sedangkan bagi zuriat Rasulullah SAW pula, menjadi alim-ulamak dan mubaligh-mubaligh agama yang mukhlisin adalah sebagai darah daging, makanan dan pakaian nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Generasi nenek moyang mereka yang ramai bertebaran di bumi-bumi maghrib dan masyriq kebanyakannya berhijrah atas nama agama dan dakwah Ilallah. Cuma dalam seabad dua ini apabila umat Islam dan pemimpin mereka mula ‘terlena’, tanggungjawab tradisi ini dicuaikan sehingga dianggap janggal pula pada hari ini.
Namun sudah sampailah masanya kita semua kembali memberi kesinambungan sedaya mungkin pada apa jua peranan tradisi umat Islam dan fungsi asal para pemimpin ummah. Haruslah diingat, di zaman pemerintahan Khalifah Al-Mahdi AS kelak yang mana kepimpinannya berpegang pada manhaj kenabian, ianya merupakan kesinambungan kepada sistem pemerintahan dan cara hidup tradisi ummah dari zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Peranan dan cara ini kemudiannya diwarisi oleh umat-umat terkemudian, walaupun semakin lama semakin jauh tersimpangnya mereka dari pengamalan agama yang sebenar sehingga telah mengosongkan zahir Islam mereka dari hakikat dan roh Islam.
Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik-baik umat ialah umat di kurun aku, kemudian umat dikurun selepas kurunku, kemudian umat dikurun selepas kurun itu.”
Oleh itu, dalam serba keterbatasan dan pengekangan yang dibuat oleh musuh-musuh Islam atas umatnya, dimana mungkin, cari dan lazimkanlah keluarga kita dengan ilmu dan amalan Agama Islam yang hakikat, kerana ajaran dan pengamalan Islam yang hakikat itu bakal di’amkan’ semula di zaman Al-Mahdi kelak.
Dari Abu Said Al-Khudri RA yang berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan lahir dari ummatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunnahku. Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil, dan darinya bumi dipenuhi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi kedurjanaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis.”
Tiadalah sempurna dan kena pada tempatnya jika kita berhasrat supaya Allah memilih kita dan keluarga kita untuk digolongkan dalam jemaah hakikat di zaman Imam Mahdi AS kelak, sedangkan kita tidak mahu sedikitpun membuat pengorbanan agama.
Syor diujudkan golongan yang berkhidmat kepada agama di kalangan kaum kerabat diraja, para pewaris Dinasti Melayu dan ahlul-bait Rasulullah SAW bertujuan mengujudkan generasi kepimpinan ummah yang mempunyai gabungan ciri-ciri yang dapat mencetuskan gandingan ulamak, umarak dan zuriat Rasulullah SAW yang ampuh, hebat, karamah dan barakah itu.
Dalam hal ini, moleklah jika kita dapat hayati satu lagi sedutan daripada catatan Raisul Mutakallimin Sayyid Abul Hassan Ali An-Nadhwi yang membuat seruan khusus supaya diadakan usaha atas pihak atasan[1]. Menurutnya :
“Malangnya tidak ada di kalangan kita orang-orang yang sanggup memimpin umat Islam dari kalangan orang-orang atasan ke arah keimanan. Mereka menyangka bahawa kerosakan iman di kalangan pihak atasan ialah suatu perkara yang bersifat sementara sahaja, iaitu mereka menghidapi penyakit yang dengan sendirinya akan sembuh pada suatu masa nanti. Jikalau kita tidak dapat mengumpulkan manusia yang sanggup menjalankan dakwah di kalangan kaum atasan dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan maka sudah tentu umat Islam yang memegang teraju pemerintahan tidak boleh dibawa ke jalan yang diredhai Allah. Mereka akan tetap tinggal dalam kegelapan. Mereka akan terus menerus bersikap acuh tak acuh pada agama. Sekarang, sikap acuh tak acuh mereka diperburukkan lagi oleh segolongan ulamak yang hendak merebut kekuasaan politik mereka. Ulamak-ulamak ini menggunakan agama untuk berbuat demikian. Akibatnya kecurigaan kaum atasan terhadap agama berlipat ganda.”
Hayati semula beberapa daleel di bawah ini.
Sabda Rasulullah SAW: “Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulamak “ ( HR Abu Nuaim)
“Auliyaku (para penolongku) adalah orang-orang dari keturunanku yang bertaqwa.” (HR Imam Syafi’ee)
“ Ahlul-baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”
“Bintang-bintang merupakan (tanda-tanda) keselamatan bagi penghuni langit, dan ahlul-baitku merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi. Apabila ahlul-baitku lenyap maka akan segera datanglah apa yang telah dijanjikan Allah kepada penghuni bumi dalam firman-firmanNya (yakni kehancuran menyeluruh).”
”Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada Hari Qiamat.”
(HR Ibnu An-Najjar)
” Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar .” (HR Ibnu Abi Syaibah)
Bagi tujuan ini, berlapang dada dan berniatlah dengan ikhlas untuk ‘mewakafkan’ seorang dua kaum kerabat kita untuk mendalami ilmu agama dan menjadi ulamak sepenuh masa. Sesungguhnya, inilah pelaburan yang terbaik bagi dunia dan akhirat, bukan sahaja untuk keluarga kita, hatta bangsa kita sendiri, kerana ia memberi nafas baru kepada syiar Islam bagi umat Melayu[2]. Dalam hal ini lembaran-lembaran sejarah Islam sentiasa membuktikan bahawa pemerintahan umatnya yang terbaik sentiasa didokong oleh generasi ulamak yang berwibawa.
Maka apakah halnya jika kita dapat leburkan Tiga Kunci Kekuatan Ummah Melayu menjadi satu. Iaitulah;
I. Golongan Umara (Raja-Raja Melayu, kaum kerabat mereka serta pewaris Dinasti Melayu),
II. Golongan Ulama, Murabbi & Murshid
III. Golongan Ahlul-Bait Rasulullah SAW
Ambillah iktibar dari Firman Allah yang maksudnya: “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan ilmu mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah:122)
Jika kita bersedia untuk mewaqafkan seorang dua dari keluarga kita untuk khidmat agama, janganlah jadi seperti resam sebilangan orang yang hanya memilih anak-anak yang ‘lemah pelajarannya’ untuk diwaqafkan, sedangkan anak-anak yang berpotensi besar dirasakan ‘sayang’ dan 'rugi' untuk ‘dikorbankan’, dan lebih suka diberi pelajaran akademi setinggi mungkin supaya kelak menjadi ahli-ahli profesional yang berjaya.
Sesungguhnya, sesuatu ‘ hadiah’ yang kita hendak beri pada Allah SWT seharusnya yang terbaik. Dalam peristiwa Habil dan Qabil, Allah meminta '‘hadiah' dari kedua-duanya untuk menguji keimanan mereka. Maka yang satu membela seekur kambing biri-biri, diberi makan rumput yang baik dan segar sehingga gemuk, bulat dan sihat sebelum dihadiahkan. Sedangkan yang satu lagi hanya menghadiahkan seekur kambing biri-biri yang kurus dan sakit. Maka sudah tentu selayaknya Allah menerima hadiah kambing yang sihat dan gemuk, dan berjayalah Habil dalam ujian keimanan, ketaqwaan dan keikhlasan yang diberikan.
Ambillah iktibar dari kisah ini, jika kita hendak ‘menghadiahkan’ anak-anak pada Allah SWT, biarlah dipilih anak-anak yang paling berpotensi sebagai menunjukkan keikhlasan kita dalam mencari keredhaanNya. Selain itu, carilah tempat dan suasana yang terbaik untuk menyubur dan mendidik jiwa dan rohani anak-anak kecil yang umpama kain puteh yang belum dicorakkan apa-apa padanya, supaya insyaAllah kelak, dapat berhasil menjadi pekerja-pekerja agama yang berkaliber, berdedikasi dan berwibawa, bukan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ sahaja.
Sesungguhnya umat akhir zaman memerlukan kepimpinan generasi alim-ulamak yang mempunyai ketokohan tinggi dalam menangani percaturan dan pergolakan zaman ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu mendidik golongan istimewa pilihan Allah yang bakal menjadi para pembantu dan pengikut Imam Mahdi AS kelak, malahan dapat juga membimbing masyarakat mendapatkan hakikat iman dan Islam dalam menghadapi berbagai ujian yang besar-besar belaka itu.
Bagi golongan bangsawan yang teringin untuk menyahut seruan ini tetapi takut akan kehilangan kebesaran, kemuliaan mahupun ‘keuntungan duniawi’ bagi anak yang berhasrat untuk diwaqafkan bagi kerja agama itu, janganlah digusarkan hal ini. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pun menolak mentah-mentah berbagai tawaran duniawi seperti yang mahu diberikan kepada baginda dengan syarat berhenti dari berdakwah. Namun dengan usaha gigih membuat kerja-kerja agama beserta dengan para sahabat baginda sekeliannya, menyebar serta menegakkan Agama Islam semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, maka akhirnya baginda dan para sahabat dianugerahkan daulat, kebesaran dan kemuliaan. Malahan, sejarah perkembangan Islam juga membuktikan bahawa zuriat Rasulullah SAW yang membuat kerja-kerja agama dengan gigih dan ikhlas, bukan sahaja dijaga keperluan duniawi mereka oleh tangan-tangan Allah SWT sendiri, malahan mereka diganjarkan pula kuasa, kemuliaan dan kebesaran.
Oleh itu, dalam hasrat supaya Allah memilih kita, keluarga kita dan anak cucu kita dalam jemaah hakikat di akhir zaman ini, janganlah kita berniat yang lain selain dari mencari keredhaanNya. Sesungguhnya sesuatu kerja agama itu perlu dibuat dengan ikhlas, barulah keperluan duniawi kita akan dipelihara.
Firman Allah SWT :” Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah Kami tulis di Lauhal Mahfudz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.” (Al-Anbiyya’’:105)
Firman Allah SWT lagi :” Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan amal salih, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di mukabumi ini sebagaimana telah dijadikanNya khalifah yang berkuasa orang-orang yang sebelum mereka “ (An-Nur :55)
Sesungguhnya, inilah kunci-kunci akhir zaman yang bakal merintis wadah kebangkitan ummah dengan menempuh mercu di era kekhalifahan Imam Mahdi Al-Muntazar kelak. Maka sekarang terpulanglah pada kita. Bagi yang mahu mengambil menafaat dan iktibar, semoga Allah SWT memilih kita atas keikhlasan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi pada realiti akhir zaman seperti yang dikhabarkan melalui daleel-daleel agama yang kukuh. Sedangkan pihak yang memandang sinis atau mencemuh, ini sama sekali tidaklah menghairankan, kerana Rasulullah SAW sendiri, yang pernah menunjukkan mukjizat baginda membelah bulan atas desakan kaum Musyrikin bagi membuktikan kebenaran baginda sebagai seorang Rasul yang mendapat nobat dari Allah sendiri, namun baginda tetap didakwa sebagai palsu dan dituduh menggunakan sihir.
Firman Allah SWT: “Telah hampir kepada manusia masa perhitungan, sedangkan mereka berpaling dalam kelalaian “
(Surah Al-Anbiyya’’ : 1)
“Tetapi Kiamat akan datang kepada mereka dengan sekonyong-konyong, lalu mereka tercengang dan tiada kuasa menolaknya dan mereka tiada di beri tempuh” (Surah Al-Anbiyya’’ : 40)
Semoga Allah memberi taufik, hidayah dan inayahNya pada kita. Dan jika ada panjang umur kita atau anak cucu kita, semoga kita dipilih pula untuk bersama dengan Imamul Mahdi AS, khalifah ummah akhir zaman sebagai tunggak kedaulatan Daulah Islamiyyah dalam era kegemilangannya!!!
[1] Salah satu daripada metod yang digunakan dalam kerja agama Sayyid Abu Hassan Ali-An Nadhwi ialah membuat usaha dakwah di kalangan para pemerintah umat Islam. Antara golongan atasan yang pernah mendapat menafaat dari usahanya ialah Al-Malik Faisal (Arab Saudi), Raja Hassan II (kesultanan Maghribi), Raja Abdullah (Jordan), Syeikh Abdullah Al-Salim Al-Shabbah (Amir Kuwait) dan ramai lagi.
[2] Kajian sejarah Bangsa Melayu di tanah air kita mendapati bahawa inilah strategi yang digunakan oleh pihak penjajah, khususnya dari British mulai awal abad ke 19. Mereka memujuk Raja-Raja Melayu dan golongan bangsawan untuk belajar tamadun, doktrin dan ilmu-ilmu sekular dari barat. Proses pembaratan inilah yang menjadi punca terpisahnya golongan umarak Melayu dari peranan tradisi mereka, melahirkan generasi bangsawan yang berfahaman kebaratan. Amalan ini kemudiannya di amkan pula kepada rakyat jelata sehingga peringkat demi peringkat, umat Melayu terlekang daripada ajaran Islam yang hakikat yang dipegang oleh nenek moyang mereka. Antara yang memberi initiatif dan menjadi ‘mentor’ kepada golongan ini ialah Paderi Keasberry dan Sir Stamford Raffles
Sumber:
Buku 'Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu & Akhir Zaman'. Rujuk bhg 'Karya Penulis'