Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong



Triti 1861 diantara Raja Bendahara Tun Mutahir dengan Temenggung Ibrahim Johor
 
       Bahawa pada menyatakan perjanjian saudara bersaudara yang setiawan dan perdamaian serta muafakat selama-lamanya yang tiada boleh mungkir sekali-kali, iaitu di antara Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja Pahang Ibni Raja Bendahara Sewa Raja Pahang dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor Ibni Raja Temenggong Abdul Rahman Seri Maharaja Johor kerana kedua pihak saudara yang tersebut itu ada bersama-sama suka membuat perjanjian bagaimana yang tersebut itu dari hal masing punya tuntutan dan mempunyai negeri dengan segala daerahnya kerajaan Pahang dengan kerajaan Johor. Dan lagi supaya boleh menetapkan dan meneguhkan muafakat dan perdamaian saudara bersaudara yang setiawan dengan selamat sempurnanya di antara kedua pihak saudara yang tersebut itu dari masa sehinggalah kepada penghabisan dunia.

PASAL YANG PERTAMA: 
Bahawa tetaplah muafakat dan perdamaian saudara    bersaudara di antara Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja Pahang dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor sampai kepada keturunan warisnya yang akan menggantikan kedua pihak selama-lamanya.  

PASAL YANG KEDUA: 
Pada menyatakan perjanjian Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja. Jikalau ada pergaduhan di dalam negeri Johor atau raja yang lain negeri datang hendak merosakkan kerajaan Johor, maka dengan segeranya Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja datang membawa bala tenteranya membantu Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja serta melawankan musuh yang hendak membinasakan kerajaan Johor, adanya.

PASAL YANG KETIGA: 
Adalah perjanjian Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja, jikalau ada pergaduhan di dalam negeri Pahang atau raja yang lain-lain negeri datang hendak merosakkan kerajaan Pahang, maka dengan segeranya Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja datang membawa bala tenteranya membantu Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja serta melawankan musuh yang hendak membinasakan kerajaan Pahang, adanya.

PASAL YANG KEEMPAT:
Adalah perjanjian Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja, jikalau sesuatu pergaduhan di antara kita saudara bersaudara, iaitu Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja, maka kita berdua bersaudara haraplah akan Governmen Inggeris menyelesaikan serta mendamaikan antara kita saudara bersaudara, adanya.

PASAL YANG KELIMA:
Adalah perjanjian Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja dengan Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja, jikalau ada kesusahan atau pergaduhan, Governmen Inggeris yang di dalam Singapura melainkan kedua berserta membantu kesusahan atau pergaduhan Governmen Inggeris yang di dalam Singapura itu, adanya.

PASAL YANG KEENAM:
Adalah perjanjian Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja Pahang dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja, tiadalah boleh sekali-kali salah sesesorang itu akan membuat sesusatu muafakat kepada raja-raja yang lain daripada kita saudara bersaudara, adanya.

PASAL YANG KETUJUH:
Adalah perjanjian Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja Pahang dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor tiada boleh sekali-kali yang lain menjadi raja melainkan keturunan Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja Pahang menjadi raja di dalam Pahang, dan keturunan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor menjadi raja di dalam negeri Johor. Selama-lamanya.

PASAL YANG KEDELAPAN:
Tiadalah apa-apa yang tertulis atau tersebut di dalam surat perjanjian ini boleh dikatakan atau disangkakan mengubah atau mencacatkan perkara-perkara di antara Raja Bendahara Tun Tahir Seri Maharaja Pahang dengan Raja Temenggong Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor sahlah seperti yang tersebut ini, sebab sungguh dengan nyatanya serta suka sama suka masing-masing ada membubuh tandatangan serta meteraikan cop di bawah syatar ini di hadapan saksinya. Tamat termaktub surat perjanjian ini di dalam negeri Johor Iskandar Puteri kepada dua puluh satu 21 haribulan Rabi’ul Akhir tahun seribu dua ratus tujuh puluh tujuh sanat 1277.
 
Syahid bizalika                                                                                                             Cop Tun Mutahir dan Cop Temenggung Ibrahim
Abu Bakar Ibni Ismail        
 
Syahid bizalika
Long Abdullah bin Tahir                                                        
 
Sumber:
Major Dato’ Muhammad Said, Treaty Johor dengan Pertambahannnya. 1941 Peredar Angka 25, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu Diraja (P.Bm.P.B.Diraja) Johor, cetakan Lembaga Malaya Press Limited, Johor Baharu, 1941

Transliterasi (Jawi ke Rumi)
Prof Emeritus Dato' Paduka Dr Hashim Musa.


Your browser does not support viewing this document. Click here to download the document.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.