Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Dua Raja Pahang Yang Tidak  di Dendang:
​Tun Koris dan Tun Aman

Merujuk kepada buku bertajuk ‘The Nine Kingdom’ yang di posting dalam Fb saudara Ahmad Wafee Ariff (bertarikh 02/09/19) yang menarik perhatian saya,  sehingga saya terpanggil untuk memperbetulkan kesilapan maklumat yang terkandung dalam buku tersebut, iaitu terkait susunan Raja-raja Pahang[1].

Saya ingin menjelaskan bahawa selepas pemerintahan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (1847-1863), ada dua lagi penguasa Pahang yang sah,  tercatat dalam rekod rasmi dan sumber-sumber primer, tetapi ‘tidak didendangkan’  berikutan ianya terjadi dengan berlatabelakangkan peristiwa Perang Saudara Pahang pada tahun 1857-1863. Berikut saya kongsikan maklumat dan sumber:
 
BSM Tun Koris ibn BSM Tun Mutahir (1861-1863)
 Pada bulan May 1861,  wakil British di Singapura telah dimaklumkan secara rasmi tentang penyerahan kuasa kerajaan kepada putera sulung Tun Mutahir yang bernama Tun Koris[2], walaupun masa itu Tun Mutahir masih hidup lagi. Penyerahan kuasa ini berlaku mungkin disebabkan Tun Mutahir yang waktu itu sudah tua, maka kurang berkemampuan untuk mengatur strategi pembentengan Pahang yang sedang dalam situasi perang dengan adindanya, En Wan Ahmad (berlainan ibu), yang dibantu oleh pihak British untuk merampas kuasa dari Tun Mutahir (perbezaan umur Tun Mutahir dan En Wan Ahmad adalah 30 tahun). Maka, Tun Mutahir mengambil langkah menyerahkan urusan mengendali hal ehwal kerajaan sekaligus urusan peperangan kepada puteranya  Tun Koris, dengan dibantu oleh puteranya yang lain seperti Tun Abdul Rahman@Tun Aman, Tun Da, Tun Abdullah dan yang lain.
Bagaimanapun,  pada 3hb Jun 1863, Tun Koris telah mangkat di Pahang, hanya selang 4 hari daripada kemangkatan ayahandanya Tun Mutahir (pada 30hb Mei 1863) di Kuala Sedili. Kedua jenazah telah dimakamkan di Tanjung Puteri.
 
BSM Tun Abdul Rahman@ Tun Aman bin BSM Tun Mutahir (1863-?)
Sejurus sebelum kemangkatannya, Tun Koris dikatakan telah meninggalkan wasiat supaya puteranya yang bernama Abdul Majid menggantikannya sebagai pemerintah Pahang[3]. Namun wasiat tersebut tidak dapat dilaksanakan,  berkemungkinan kerana waktu itu kemuncak suasana peperangan yang bergejolak, dan haru biru sedang melanda negeri Pahang, maka memerlukan pertimbangan hukum wataniyah (Syariat dan Adat), untuk melantik penguasa yang baru berdasarkan latarbelakang tersebut. Berikutan umur Tun Abdul Majid yang masih terlalu muda (12 tahun) untuk mengendali sebuah kerajaan yang sedang berhadapan dengan situasi peperangan, maka mungkinan atas pertimbangan Fiqh Dawlah dan Siyasah Syariah, maka para pembesar yang berbaki dari pengikut Tun Mutahir, diketuai oleh Orang Kaya Indera Syahbandar (Orang Besar Berempat) telah melantik Tun Aman (adinda Tun Koris) sebagai penguasa yang berikutnya[4], sementelah beliau aktif dalam mengurus peperangan di Pahang yang berlarutan selama 6 tahun bermula tahun 1857 Masihi.

Namun  disebabkan keluarganya telah kalah dalam kemuncak Perang Pahang Peringkat Ketiga pada tahun 1863, sehingga memaksa  al-Marhum ayahandanya Tun Mutahir dan pengikutnya berundur ke negeri Johor yang waktu itu di bawah kuasa Temenggong Abu Bakar (menantu Tun Mutahir), maka Tun Aman menjadi ‘penguasa yang tidak bernegeri’[5].
Walaupun  perang saudara di Pahang dikatakan telah berakhir dalam tahun 1863, sebenarnya masih terus berlaku peperangan yang tersisa selepas itu, berlanjutan untuk beberapa tahun lamanya,  dengan penglibatan beberapa putera Tun Mutahir , khususnya Tun Aman, Tun Da, Tun Abdullah serta beberapa ahli keluarga dan para pengikut mereka. Dalam usaha mengambil kembali tampuk pemerintahan dari En Wan Ahmad, Tun Aman dan adindanya Tun Da telah terjebak dalam perang saudara di Selangor  pada awal tahun 1870an. Dalam tahun 1873, Tun Aman telah ditangkap dan  menjadi tawanan Sayyid Mansur,  pengikut Raja Mahdi yang terlibat dalam perang tersebut. Peristiwa penawanan Tun Aman oleh Sayyid Mansur  merupakan dokumen rasmi terakhir tentang aktiviti Tun Aman selepas kalah dalam perang saudara di Pahang[6].

Pada awal kajian saya tentang sejarah Perang Saudara Pahang (sekitar tahun 2001), saya pernah dimaklumkan oleh al-Marhum Tengku Dato Korish bin Tengku Hj Ja’afar, yang merupakan antara sumber rasmi salasilah kesultanan Pahang Moden, beliau mengatakan  penawanan Tun Aman telah ditebus oleh pihak istana Kedah, berikutan bondanya (isteri Tun Mutahir) yang bernama Tengku Chik, adalah puteri kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Kedah (1804-1845).
Inilah kali terakhir rekod tentang Tun Aman yang dapat didokumentasikan, seterusnya hilang jejaknya, hatta  tarikh kemangkatannya serta di mana makamnya  masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Yang tersisa hanyalah maklumat tentang puteranya Wan Tahir, bekerja di JMF Johor. Belakangan banyak lagi zuriat Tun Aman yang mulai dapat dikumpulkan, dan semakin tahun semakin berkembang.

Maka, dengan tiada lagi ancaman yang mendatang dari waris Tun Mutahir, En Wan Ahmad telah bersedia untuk menjadi pemerintah sah bagi negeri Pahang. Maka pada tahun 1882, beliau telah dilantik oleh pengikutnya sebagai Raja Pahang, bergelar Sultan Ahmad al Muadzam Shah, mejadi Sultan Pahang Moden yang pertama (1882-1914).
 
RUMUSAN
Sumber-sumber primer telah mencatatkan dua orang putera Tun Mutahir sebagai  penguasa Pahang yang sah selepasnya, iaitu Tun Koris (1861-1863) dan Tun Abdul Rahman@ Tun Aman (1863-?). Setelah kehilangan jejak Tun Aman, maka putuslah jurai Tun Mutahir sebagai penguasa Pahang, dan digantikan oleh dinasti adindanya En Wan Ahmad@ Sultan Ahmad Muadzam Shah sebagai pemerintah Pahang yang sah dan berdaulat,  bermula tahun 1882 sehingga kini.
 
Intaha
Tun Suzana@ Suzana Hj Othman
 
 
SUMBER RUJUKAN
 Surat Tun Koris kepada Colonel Macpherson, wakil British di Singapura, 1863 (dengan chop rasmi)
Surat Temenggong Abu Bakar kepada Kapten James Burn di Singapura, 1863 (surat no 180)
Surat Temenggong Abu Bakar kepada Colonel Macpherson di Singapura, 1863  (surat no 182)
Manuskrip Hikayat Pahang
W.Linehan, History of Pahang
 
 

[1] Rujuk Lampiran I
[2] Rujuk Lampiran II, petikan dari surat rasmi Tun Koris kepada wakil British di Singapura, 1861
[3] Rujuk Lampiran III, Surat Temenggong Abu Bakar kepada Kapten James Burn di Singapura, 1863 (surat no 180)
[4] Rujuk Lampiran IV dan V, Surat Temenggong Abu Bakar kepada Colonel Macpherson di Singapura, 1863  (surat no 182), dan Manuskrip Hikayat Pahang, hlm 77
[5] Rujuk Lampiran VI, W. Linehan,A History of Pahang, hlm 89
[6] Ibid
 ​Mengambil petunjuk dari wasiat Rasulullah saw terkait era pemurnian sistem berteraskan manhaj Nubuwwah di era kebangkitan ummah, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab golongan pewaris raja-raja untuk melestarikan AMANAH leluhur mereka, antara yang penting adalah membangunkan kembali kesatuan ummah, mengukuhkan silaturrahim, ukhwah, mahabbah rasul, nilai-nilai tasawuf dan menebar rahmatan li 'alamiin.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.