Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Mengapa Tun Seri Lanang ?

_               
Gambar-gambar serta rajah-rajah ini adalah simbolisme kuat bagi dua perkara  tentang Tun Seri Lanang, iaitu;

PERTAMA; Beliau adalah patriach atau nenek moyang kepada ramai tokoh-tokoh terkemuka di Malaysia, dan Indonesia, termasuk dari kalangan raja-raja, ahli-ahli kepimpinan politik,  dan tokoh-tokoh budaya dan kesusasteraan.

Dan KEDUA;  Tun Seri Lanang  pernah menjadi  ejen PEMERSATU, ataupun JAMBATAN yang menghubungkan Melayu Nusantara, dengan ikatan yang paling ampuh, iaitu ikatan persaudaraan sedarah, serumpun dan sewarisan.

Imej kesaudaraan serumpun dan sewarisan inilah, yang perlu ditonjolkan dalam ikhtiar kita untuk terus memperbaiki serta mempereratkan hubungan negara kita dengan Indonesia.

Tun Seri Lanang, atau nama sebenarnya Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad, adalah suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada masyarakat Malaysia. Beliau adalah seorang pujangga Melayu tersohor, yang telah membuat suatu sumbangan besar kepada bangsanya, melalui karyanya yang monumental, bertajuk Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu’. Karya tersebut adalah satu-satunya sumber primer Melayu yang memperihalkan, titik bengik perjalanan Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang, pada abad ke 15 sehingga awal abad ke 16 Masihi yang lalu. Malahan memperihalkan juga kerajaan-kerajaan lain di Nusantara seperti Pasai, Temasik, Siam, Johor, Pahang, Bugis, Champa, Majapahit dan sebagainya.

Manuskrip Sulalatus Salatin telah didaftarkan, serta diiktraf oleh UNESCO dalam Memory of the World Programme  pada tahun 2001 Masihi yang lalu.

Namun, di sebalik topeng pujangganya yang masyur ini, identiti, personaliti serta riwayat hidup Tun Seri Lanang amat kurang diketahui, sehinggakan tarikh kemangkatan serta lokasi makamnya sendiri, pernah menjadi bahan polemik diantara ahli-ahli akademik, dan sejarahwan untuk sekian lamanya.

Pendedahan tentang tapak makam Tun Seri Lanang yang sebenar, di wilayah Samalanga, di Kabupaten Biruen hari ini, oleh saudara M. Adli Abdullah, pemerhati adat dan budaya Aceh dari Universiti Syiah Kuala, dalam tahun 2004 Masihi, telah menarik minat para pencinta dan pengkaji sejarah, untuk membongkar dengan lebih lanjut lagi, tentang riwayat hidup Tun Seri Lanang sendiri.

Natijahnya, tersingkaplah identiti Tun Seri Lanang yang sebenar,  iaitu bukan sahaja sebagai seorang yang tersenarai dalam kategori ‘whose who’, dalam dua kerajaan besar di Nusantara pada suatu masa dahulu, iaitu kerajaan Aceh  dan Johor Lama, malahan  telah membongkar ciri ketokohannya, sehingga layak disebut sebagai ikon dunia Melayu-Islam tradisional.

Perhatikan, Tun Seri Lanang pernah mencurah khidmat  sebagai bendahara dan penasihat kepada 2 Raja Johor dan 3 Raja Aceh, yang mana salah seorang diantara mereka merupakan antara pemerintah Nusantara yang paling unggul dan tersohor, dengan empayarnya yang luas, iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam;

Semasa di Johor, Tun Seri Lanang pernah berperanan sebagai co-ruler atau pemerintah bersama, dengan Raja Abdullah adinda Sultan Alauddin Riayat Syah III, kerana waktu itu baginda mempunyai berbagai masalah peribadi, serta lemah dalam pentadbirannya. Di masa itulah, iaitu dalam tahun 1612 Masih, Tun Seri Lanang telah dititahkan oleh Raja Abdullah, kemudian menjadi Sultan Abdullah Maayah Syah, untuk menyusun semula karya Sejarah Melayu, menunjukkan bakat pengkaryaan beliau yang terunggul, dalam bidang sejarah, budaya dan kesusasteraan

Semasa di Aceh pula, selain berkhidmat sebagai penasihat kepada tiga rajanya, Tun Seri Lanang sendiri pernah berperanan sebagai pemerintah, menjadi raja kenegerian Samalanga, iaitu sebuah wilayah jajahan  dalam kesultanan Aceh Darussalam, memerintah selama lebih 40 tahun lamanya, iaitu suatu tempuh yang panjang untuk memberikan impak yang besar kepada pemerintahannya. Dan dalam hal ini, Tun Seri Lanang sememangnya diketahui meninggalkan warisan-warisan agama, budaya dan keturunan pemerintah, yang dapat dimenafaatkan sepenuhnya oleh rakyat Samalanga.

Ini belum lagi termasuk sumbangan beliau yang besar, sebagai pengkarya dan pembangun bidang kesusasteraan di Aceh, sebagaimana halnya di Johor. Kita baru mengetahui bahawa Tun Seri Lanang, puteranya Tun Aceh beserta rakan baiknya Syeikh Nuruddin ar-Raniri, seorang ulama Aceh yang terkemuka, telah ditugaskan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam untuk membangunkan bahagian kesusasteraan Aceh, serta memperbanyakkan lembaga pendidikan di sana. Selain itu, untuk membangunkan semangat pemuda ke arah kepahlawanan, Tun Seri Lanang dan komitinya juga telah dititahkan, untuk menyalin kitab-kitab peperangan seperti Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Hasan-Husin, Hikayat Perang Badar dan Hikayat Amir Hamzah, diterjemah dari Bahasa Arab ke Bahasa Jawi mahupun Aceh. Hikayat-hikayat tersebut kemudian, dibacakan di setiap kampong, sehingga berhasil membakar semangat para pemuda, serta meningkatkan daya juang mereka, untuk menentang usaha penjajahan agresor Eropah, ke atas daulah-daulah Islamiyyah di Nusantara.

Menyelami dunia Tun Seri Lanang akan membawa kita kepada berbagai episod  yang menakjubkan, dengan drama dan hailatnya yang tersendiri, selain menyelami personaliti dan pemikiran Tun Seri Lanang dengan lebih mendalam, antaranya;

Contohnya, dalam episod Perang Batu Sawar 1613 Masihi, yang mana Raja Aceh berperang dengan Raja Johor, kerana menjalin kerjasama dengan Portugis. Dan Johor tewas di tangan Aceh.  Bendahara Tun Seri Lanang dan keluarga diraja Johor,  telah ditawan dan dibawa ke Aceh.

Ironisnya, raja Aceh yang menangkap dan menawan Tun Seri Lanang inilah, yang tidak berapa lama kemudian telah melantiknya pula sebagai penasihat baginda, pembangun bidang sastera dan pendidikan Aceh, malahan diberi kepercayaan untuk menjadi raja kenegerian, dalam sebuah wilayah jajahan Aceh Darussalam.


Lebih  menakjubkan lagi, apabila  dalam masa belakangan, ‘the table was turned’, keluarga Tun Seri Lanang dan beberapa bangsawan Melayu Johor-Pahang yang pernah tunduk sebagai tawanan Aceh bertukar menjadi kuat dan berpengaruh, sehingga menggugat kepentingan bangsawan Aceh sendiri. Ini belumpun termasuk terjadinya hubungan perkahwinan diantara keluarga diraja Aceh dengan keluarga Tun Seri Lanang dan bangsawan Tanah Melayu yang lainnya, yang meningkatkan lagi pengaruh mereka di istana Aceh. 


Dalam karyanya Sulalatus Salatin ataupun Sejarah Melayu itu, Tun Seri Lanang disebut sebagai ‘Dato yang ke Aceh’, berikutan peristiwa penawanannya selepas tragedi Perang Batu Sawar 1613 Masihi.. Rupa-rupanya, di sebalik gelaran Dato’ yang ke Aceh ini, menyembunyikan suatu fasa kehidupan beliau yang cukup menarik, penuh konflik, gejolak dan pancaroba, iaitu dalam Kesultanan Aceh Darussalam.

Dunia Tun Seri Lanang di Aceh cukup unik dan istimewa, antaranya, kerana waktu itu Aceh sedang berada di puncak kegemilangannya. Sebagai pembesar yang diberi lesen keluar masuk istana Darud Dunia pada bila-bila masa, Tun Seri Lanang  menjadi  saksi mata kepada berbagai kisah penting dan bersejarah. Antaranya;

Episod-episod perkahwinan diraja, yang mengikat hubungan kekeluargaan kerajaan Aceh dengan kerajaan-kerajaan Semenanjung Tanah Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang, termasuklah perkahwinan kaum kerabat Tun Seri Lanang sendiri.

Juga, episod-episod yang mengketengahkan peranan dan pengaruh bangsawan Melayu di istana Aceh,  contohnya Sultan Iskandar Thani, tawanan dari klg diraja Pahang yang kemudian ditabalkan sebagai Raja Aceh sendiri. Begitu juga dengan permaisuri kesayangan Iskandar Muda yang bernama Puteri Kamaliah, puteri Pahang yang asalnya juga tawanan baginda, kemudian menjadi serikandi Aceh diatas jasanya mempertingkatkan kebajikan serta martabat kaum wanita Aceh,

Begitu juga  dengan hubungan politik  kerajaan Aceh Darussalam,  khususnya dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu, dan umumnya hubungan Aceh yang erat dengan khalifah Othmaniyyah di Turki, serta diplomasi Aceh dengan kerajaan-kerajaan Eropah, serta caturan Aceh dalam ikhtiar menghambat kuasa Portugis dari bumi Melaka.

Tun Seri Lanang juga sempat menjalin persahabatan dengan cendikiawan dan alim-ulama Aceh yang tersohor, seperti Syeikh Shamsuddin as-Sumatrani,  Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan ramai lagi. Tun Seri Lanang berkesempatan menyempurnakan pengkaryaan Sulalatus Sulalatin  atau Sejarah Melayu yang monumental itu, dengan mendapat input daripada ahli-ahli sejarah serta alim ulama Aceh, kerana sumber sejarah banyak terdapat di Pasai, iaitu sebuah jajahan Aceh yang pernah menjadi pusat perkembangan dan pancaran Islam yang terunggul di rantau ini sebelum naiknya bintang Aceh.

Tun Seri Lanang juga berkesempatan menjadi saksi, kepada konflik besar yang meletus, diantara fahaman Wahdatul Wujud yang dipopularkan oleh Syeikh Hamzah Fansuri, dengan fahaman Wahdatus Syuhud yang dibawa oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri, sehingga Aceh menjadi kucar kacir buat seketika.

Persoalannya, adakah Tun Seri Lanang  menjadi sekadar umpama ‘cat under the table’ atau kucing di bawah meja, iaitu berperanan sebagai pemerhati yang senyap semata-mata kepada berbagai peristiwa penting dan bersejarah dalam kerajaan Aceh Darussalam itu?

Atau adakah Tun Seri Lanang bertindak sebagai master-mind, khususnya pada episod-episod yang melibatkan kepentingan keluarga bangsawan Tanah Melayu yang asalnya ditawan, kemudian menjadi begitu berpengaruh sehingga menggugat kepentingan para pembesar dan bangsawan Aceh sendiri pada masa itu?

Harus diingat, Tun Seri Lanang adalah seorang bendahara, satu jurai keturunan dengan bendahara-bendahara Melaka dan Johor secara turun temurun. Dan beliau sendiri pernah  menjadi co-ruler Johor bersama Raja Abdullah@Sultan Abdullah Maayah Syah, bermakna beliau cukup matang dan berpengalaman dalam bidang politik dan diplomasi.

Simbolisme kekuatan pengaruh Tun Seri Lanang di istana Aceh dapat diperhatikan, melalui peristiwa pengkebumian permaisuri kesayangan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, iaitu Puteri Pahang Puteri Kamaliah, apabila Tun Seri Lanang sendiri turun ke liang lahad menyambut jenazah Al-Marhumah sang permaisuri. Suatu simbolisme yang cukup kuat, tentang hubungan kekeluargaan yang erat diantara Tun Seri Lanang dengan keluarga diraja Aceh.

Dunia Tun Seri Lanang di Aceh tidak dapat lari dari dilema dan konflik-konflik peribadinya. Dalam beberapa peristiwa penting, Tun Seri Lanang terpaksa membuat keputusan politik dan agama yang cukup sukar, yang memerlukan penilaian-penilaian halus, teliti dan penuh hikmah.

Umpamanya;

Apabila Sultan Alauddin Riayat Syah III Johor dihukum bunuh oleh Iskandar Muda, kerana tindakannya mengkhianati perjanjian untuk tidak lagi bekerjasama dengan Portugis dalam tahun 1615 Masihi. Di manakah Tun Seri Lanang patut meletakkan  kesetiaannya, pada raja Johor, atau raja Aceh?

Atau sewaktu Sultan Iskandar Muda mengambil keputusan menyerang negeri Pahang, kerajaan bersaudara Johor dalam tahun 1618 Masihi, sekali lagi, di manakah Tun Seri Lanang patut meletakkan  sokongannya?

Atau sewaktu  sahabat akrab Tun Seri Lanang, iaitu Syeikh Nuruddin ar Raniri melakukan tindakan agresif mengharamkan fahaman Wahdatul Wujud di Aceh, membakar kitab-kitab karangan Syeikh Hamzah Fansuri, serta mengeluarkan fatwa yang keras kepada para pengikut fahaman tersebut, sehingga kerajaan Aceh bergejolak. Sebagai pembesar Aceh yang berpengaruh, apakah respon Tun Seri Lanang dalam hal ini?

Atau sewaktu Tun Seri Lanang mengambil keputusan untuk berhijrah kembali, ke negeri Johor dalam tahun  1644 Masihi, dan memohon secara resmi kepada Sultanah Tajul Alam Safiatuddin, namun tidak diizinkan baginda, malahan mengukuhkan lagi kedudukannya di Aceh. Adakah Tun Seri Lanang akur dengan falsafah ‘duty’ above ‘self’ atau tanggungjawab negara melebihi kepentingan peribadi?

Ironisnya, walaupun Tun Seri Lanang tidak kembali lagi ke Johor, namun kebijakannya meletakkan satu kaki dalam kerajaan Aceh, dan satu kaki lagi dalam kerajaan Johor,  telah meninggalkan legasi yang besar dan penting, dalam bentuk kerajaan dan keturunan yang memerintah serta menjadi tokoh-tokoh terkemuka dalam kedua-dua negara ini.

Ringkasnya, mengapa Tun Seri Lanang?

Kerana, bukan sahaja beliau telah mewariskan karya agung yang diiktiraf dunia, iaitu Sulalatus Salatin ataupun Sejarah Melayu, tetapi juga ketokohan dan kewibawaannya,  telah meninggalkan jejak yang besar dalam dunia Melayu, berperanan sebagai jambatan persaudaraan ampuh yang menghubungkan Malaysia dengan Indonesia, menjadi tokoh negarawan, pakar rujuk dan pakar runding, cendikiawan, ahli hikmah, serta seorang pejuang syiar Islam yang terunggul. Belumpun termasuk legasi keturunannya yang menjadi tokoh-tokoh penting Malaysia dan Indonesia sehingga ke hari ini. Dan inilah wajah sebenar Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Tun Seri Lanang yang ingin kami paparkan kepada dunia.


Ikhtisar dari buku
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863  (Rujuk Karya Penulis)

 


Powered by Create your own unique website with customizable templates.