Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdullah Fahim dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2), terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (1996, hlm 39) seperti berikut:
"Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Shafi’i ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Shafi’i."
"Ambil mereka itu hukum-hukum fekah Shafi’i daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Sair as-Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun."

Agama dan negara tidak terpisah. Manakala Ulama dan Umara@ Raja adalah dua golongan yang mampu menentukan kuat atau lemahnya peradaban serta masyarakat Islam dalam sesebuah negara. Di Nusantara, antara sumbangan terbesar gandingan ulama dan raja-raja yang mantap adalah membangunkan kenegaraan berpasak nilai-nilai bersumber fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
|