Peranan Petunjuk Sejarah Terkait Nasab Raja-Raja Melayu
Peranan Petunjuk Sejarah Dalam
Salasilah Raja-Raja Melayu Terkait Ahlul-Bait Nabi ﷺ
Jikalau disabitkan dengan hubungan sebagai ahlul-bait Rasulullah ﷺ, secara ringkasnya golongan beriman di mukabumi ini dapatlah dikategorikan kepada tiga kelompok: iaitu pertama, yang secara muktamadnya merupakan ahlul-bait Baginda kerana telahpun disaring, dibuktikan dan disahkan oleh ahli-ahli nasab yang muktabar dari sumber-sumber rujukan yang diperolehi dari kitab-kitab nasab yang masyur serta rekod-rekod para munsib kabilah-kabilah ahlul-bait mahupun dari badan-badan tertentu, khususnya yang bersusur galurkan daripada keluarga paling masyur iaitu Ba Alawi@Alawiyyin dari Hadhramaut di Yaman.
Kelompok kedua adalah mereka yang belum dapat diiktiraf sebagai ahlul-bait Nabi ﷺ oleh ahli nasab, kerana tiada rekod dalam kitab-kitab nasab ataupun pada munsib-munsib kabilah, namun golongan ini belum boleh ditolak seratus peratus kerana wujudnya petunjuk-petunjuk sejarah dari berbagai sumber yang mengaitkan leluhur mereka kepada keluarga Rasulullah ﷺ. Sejarah dan salasilah golongan ini perlu dijejaki dengan lebih lanjut lagi, diteliti dan diperhalusi khususnya oleh pakar-pakar nasab ahlul-bait Rasulullah ﷺ sebelum dapat diterima secara muktamad, ataupun terus ‘digantung’ kerana hujjah dan buktinya masih belum cukup kuat, yakni perlu dicari lagi, mahupun ditolak terus kerana dalil-dalil yang dikemukakan ternyata palsu.
Sedangkan golongan ketiga pula adalah mereka yang secara muktamadnya bukan ahlul-bait Nabi ﷺ kerana sememangnya dari awal lagi tidak terdapat sebarang petunjuk yang memungkinkan berlakunya hal tersebut walaupun dalilnya sebesar biji sawi.
Diaspora keturunan Rasulullah ﷺ ke serata pelosok alam merupakan suatu realiti sejarah yang rata-rata telah diketahui dan diperakui umum. Sebahagian mereka masih terus memelihara nasab keluarga secara turun temurun, dengan cermat dan teliti, namun sebahagian yang lain pula tidak sedemikian. Ini mungkin disebabkan lazim terjadinya perkahwinan dengan golongan yang luar dari kelompok ahlul-bait seperti dengan puteri-puteri bangsawan tempatan sehingga generasi-generasi kemudian menjadi sebati dengan acuan dan budaya tempatan dari darah nenda yang perempuan, lalu anak cucu yang sudah bermusafir dan berpindah randah, kemudian membina tapak dan kehidupan baru, nun jauh dari tanah asal-usul nenek moyang di jazirah Arab,’home away from home’, langsung berasimilasi dengan keluarga dan kaum kerabat dan masyarakat di ‘negeri angkat’ yang kini sudah bersebati seperti darah dan daging sendiri, tidak lagi ditekankan kepentingan untuk merekodkan salasilah dan asal usul keluarga, apatah lagi pada generasi-generasi yang belakangan, lebih beratus-ratus tahun terpisah dari tanah leluhur yang asal.
Realitinya ahli-ahli nasab seringkali menemui keluarga-keluarga yang dibayangkan bertitisan ahlul-bait Rasulullah ﷺ khususnya melalui petunjuk-petunjuk sejarah, namun tiada rekod nasab resmi untuk menunjukkan demikian, bentuk dan rupa yang fizikal pun sudah lebih beracuan lokal, sekadar diberitahu oleh kalangan orang tua-tua keluarga yang sudah ingat-ingat lupa, ataupun dilisankan salasilah keluarga secara terputus-putus pada hafalan ahli-ahli keluarga, yang sebahagiannya sendiri bercelaru dengan susunan, kalau bernasib baik terselit dalam simpanan orang tua-tua dokumen-dokumen tulisan tangan dalam bahasa lama, dalam helaian kertas yang usang dan reput, yang disalin semula entah berapa ratus kali secara caca-merba oleh generasi-generasi kemudian mengikut fahaman masing-masing, maka kini terserahlah pada kepakaran para ahli nasab untuk cuba menjejak, mengkaji, menghalusi dan menyusun kembali salasilah keluarga-keluarga ini secara tepat mengikut kaedah dan metodologi tertentu, kerana perkara nasab bukan main-main, khususnya yang terkait dengan zuriat daripada Rasulullah ﷺ sendiri.
Prinsip penulis dalam membuat kajian terhadap
salasilah ahlul-bait Nabi ﷺ di kalangan -umara di dunia Islam
Dalam menelusuri sejarah dan salasilah umara dari berbagai kerajaan dan kesultanan Islam di dunia ini, penulis telah mengambil petunjuk dari berbagai sumber sejarah yang mengaitkan kebarangkalian sebahagian daripada pemerintah-pemerintah kerajaan ataupun kesultanan ini sebagai berketurunan daripada ahlul-bait Rasulullah ﷺ.
Dalam perkara ini, walaupun sesetengah daripada kerajaan dan kesultanan ini telahpun disahkan penguasanya sebagai bertitisan daripada ahlul-bait Rasulullah ﷺ oleh ahli-ahli nasab yang muktabar, namun sebahagian yang lain tidak dapat disahkan lagi kerana setakat ini masih belum memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli nasab.
Ini berikutan petunjuk-petunjuk sejarah hanya berfungsi sebagai pengukuh bagi maklumat-maklumat yang terdapat dalam kitab-kitab rujukan ahli nasab, sedangkan petunjuk-petunjuk sejarah tidak dapat berdiri dengan sendirinya sebagai dalil atau hujjah utama atas sifatnya yang dinamis dan boleh berubah dengan penemuan-penemuan baru, selain kemungkinan boleh dipersoalkan kesahihannya kerana ada juga maklumat sejarah yang dipinda, ditokok tambah atau dipalsukan berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu.
Dalam hal ini apabila terdapat petunjuk-petunjuk sejarah yang memungkinkan seseorang dikaitkan dengan keturunan ahlul-bait Rasulullah ﷺ, maka keadaan ini memerlukan pengkajian yang lebih mendalam, halus dan teliti dengan metodologi yang khusus, selain mengambil kira rekod-rekod dari buku-buku nasab serta rujukan-rujukan para munsib, untuk disahkan, diterima dan direkodkan dalam kitab-kitab nasab yang resmi.
Ilmu Nasab adalah Ilmu Yakin, oleh itu salasilah perlu diteliti, diperhalusi dan disaring secara cermat oleh mereka yang berkelayakan dalam bidang ini iaitu ahli-ahli nasab sebelum dapat disahkan secara muktamad.
Dalam hal ini, terkait dengan kerajaan-kerajaan ataupun kesultanan-kesultanan dunia khususnya di Alam Nusantara, sebahagian salasilahnya yang belum/tidak dapat disahkan secara muktamad oleh para ahli nasab adalah dibentangkan sekadar kajian ilmiah daripada perspektif Ilmu Sejarah semata-mata, sebagai tambahan ataupun kajibanding pada karangan-karangan lain yang berkaitan dan sedia ada .
Sebagai kajian ilmiah semata-mata yang bersandarkan kepada sumber-sumber sejarah, maka bilamana terdapat petunjuk-petunjuk, data dan fakta berlainan yang lebih kuat dan sahih maka kesimpulan-kesimpulan yang dibuat pada buku ini boleh saja berubah.
Matlamat buku-buku penulis terkait salasilah pemerintah yang mempunyai petunjuk sejarah sebagai berasal daripada titisan Rasulullah ﷺ, , khususnya Raja-raja di Alam Melayu adalah untuk memperluaskan skop ilmiah tentang aspek-aspek sejarah bangsa kita yang penting, terutama yang berkaitan dengan ulil-amri yang merupakan khalifah Allah, sebagai maklumat-maklumat berharga yang boleh terus menerus dikaji, diperhalusi dan dibahaskan selain memperkayakan khazanah ilmu dan warisan sejarah bangsa kita.
Tidak ada paksaan untuk mana-mana pihak menerima pendapat penulis yang membuat kajian salasilah pemerintah berdasarkan sumber-sumber sejarah yang muktabar, yang rujukannya diletakkan sebagai nota kaki serta di bahagian ‘Bibliografi’ buku-buku yang ditulis (lihat bawah), untuk mereka yang berminat meneruskan kajian terhadap mana-mana salasilah yang diutarakan oleh penulis secara panjang lebar.
Wallahu ‘alam bissawab
Sumber:
Tun Suzana @ Suzana Hj Othman
‘Zuriat Rasulullah ﷺ’ & Raja-Raja Melayu’