Melayu Bangsa Pendatang ??
|
CONTESTING MALAYNESS, ISSUE OF INDIGENOUSITY
|
Kalau nak dikira kaum pendatang, semua manusia di dunia ini pun boleh dikategorikan sebagai ‘pendatang’, hatta Nabi Adam as pun adalah seorang ‘pendatang’, kerana baginda datang ke dunia dari alam syurga, bukan berasal usul dari alam duniawi ini.
Dan kalau kalimat ‘kaum pendatang’ ini dinisbatkan pada tafsiran orientalis, mereka sendiri pun mengenalkan istilah MELAYU PROTO dan MELAYU DEUTRO, (bukan CHINA PROTO atau CHINA DEUTRO atau INDIA PROTO atau INDIA DEUTRO), iaitu yang dikatakan berhijrah` ke rantau ini semenjak tahun 2500-1500 SM!! Adakah Melayu Proto dan Melayu Deutro disebut sebagai penduduk asal, walhal sudah jelas mereka pun adalah kaum pendatang yang berhijrah ke belahan dunia di sini. Sedangkan asal-usul Melayu yang mengikut teori genetik mtDNA yang dikemukakan oleh Puan Zaharah Sulaiman Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu’ dan kumpulan beliau yang merupakan ahli-ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang genetik, berhasil membuktikan teori Melayu-Proto dan Melayu-Deutro oleh golongan orientalis ini kurang tepat, yang dikatakan berasal-usul dari satu nenek moyang berbangsa Monggol dari daerah Yunan yang kemudiannya berpindah ke Indo-Cina, Kemboja dan kepulauan Melayu. Puan Zaharah Sulaiman yang mewakili beberapa orang pakar bidang telah mengemukakan teori genetik mtDNA KAUM SUNDA yang disebut sebagai nenek moyang bangsa Melayu yang terbukti bukan sahaja adalah penduduk asal rantau ini semenjak beribu tahun dahulu, malah boleh dikatakan adalah ibu kepada banyak bangsa-bangsa dunia. Menyokong teori tersebut adalah pakar genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara. Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina Bagaimana pula dengan sejarah asal-usul beberapa juzuk daripada rumpun Melayu yang dikatakan berzuriat dari baka Nabi Sulaiman as, Nabi Ibrahim as, Iskandar Zulkarnain, hatta Rasulullah saw sendiri? Kenyataan ini bersumber dari manuskrip-manuskrip tempatan atau yang disebut sebagai sumber-sumber primer, malah ada yang telahpun ditahkik dan dibuktikan melalui kajian akademik khususnya yang terkait dengan baka Rasulullah saw. Melayu-Champa, Melayu-Jambi, Melayu-Palembang, Melayu-Srivijaya, Melayu-Melaka, dan rumpun-rumpun Melayu dari kaum Bugis, Minang, Pasai, Kedah, Brunei, Tausuq, Pattani, Boyan, Mandailing, Sulu dan sebagainya telah bermastautin di sini semenjak beribu tahun. Malah istilah “Malaysia’ bermaksud Tanah Melayu (‘Malay’ adalah Melayu dan ‘sia’ bermaksud ‘Tanah’ dalam Bahasa Latin). Indonesia, Russia, Rhodesia adalah contoh-contoh yang lain. Orang-orang dari rumpun Melayu Nusantara ini bukan sahaja merupakan penduduk asal yang telah bermastautin di belahan dunia sini semenjak beribu tahun dahulu, malah yang terlebih penting telah memberikan sumbangan besar dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, membentuk peradaban, ketamadunan, identiti dan jatidiri Melayu-Islam yang unik, istimewa dan tersendiri. Menjadi bangsa yang sangat dikagumi dan dominan di rantau ini. Sebagaimana kaum China menyumbang peradaban dan ketamadunan di negara China, kaum India di India, begitu juga dengan bangsa Melayu di Alam Melayu. Kesultanan-kesultanan Melayu yang wujud beratus-ratus tahun merupakan kerajaan-kerajaan berdaulat yang mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia timur dan barat, menjalin hubungan dagangan dan diplomatik dengan tamadun-tamadun dunia timur dan barat, hatta dengan khalifah-khalifah Othmaniyah. Mari kita tanya sebahagian orang-orang politik bukan Melayu yang mentohmah bahawa 'Melayu Kaum Pendatang’, apakah mereka mempunyai saham nenek moyang mereka dalam pijakan beribu tahun, di mana-mana tempat pun di rantau ini (kecuali sedikit yang telahpun lebur menjadi pribumi). Apakah mereka mempunyai saham dalam membentuk peradaban, jatidiri, identititi, ketamadunan, daulah-daulah bangsa yang gilang gemilang sebagaimana halnya dengan orang-orang Melayu yang pernah dan masih dominan? Apakah mereka telah berasimilassi dengan kita penduduk asal dengan baik, menyumbang kepada nilai peradaban dan ketamadunan sejahtera?? Perhatikan ungkapan seorang orientalis kepada sumbangan sebuah kerajaan Melayu tersohor hampir 700 tahun dahulu.Oxford History of Islam, John L Esposito, Oxford University Press 1999, ms 426 mencatatkan: “… kerana Melaka sebuah kerajaan penakluk yang mempunyai jajahan-jajahan yang luas merangkumi wilayah-wilayah di utara hingga ke negeri-negeri perlindungan di selatan, ia tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa, Melaka merupakan pemangkin bagi tamadun budaya yang banyak meresap ke kebanyakan Kepulauan Melayu. Melaka telah menjadi penanda aras bagi Kesultanan-Kesultanan Melayu yang lainnya dari segi kesusasteraan, kerajaan (kanun-kanun negeri masing-masing banyak diubahsuai dari Melaka), seni-seni muzik dan tarian dan juga dari segi makanan. Perkara ini telah memeranjatkan pihak Portugis, apabila diperhatikan pengaruh Melaka pada Sumatra; hampir semua golongan elit bertutur di dalam Bahasa Melayu Melaka dan mereka menjunjung Adat Melaka dan ia telah digunapakai sebagai takrif bangsa Melayu serta adab dan budipekerti seorang yang sempurna. Pengamalan Agama Islam pun diukur dari tanda aras yang digunakan di Melaka. Walaupun Samudera-Pasai serta Aceh mempunyai jajahan dan pengaruh Islamnya yang tersendiri, Melakalah yang meletakkan jatidiri dan identiti Bangsa Melayu hingga melahirkan ungkapan ‘Melayu itu Islam’, dan memeluk Agama Islam itu bererti ‘Masuk Melayu’. Adakah kita bangsa pendatang, apakah kita tidak mempunyai saham dalam mengacu peradaban dan ketamadunan Melayu yang gemilang semanjak beratus tahun?? Apakah mereka merasa layak untuk memijak kita?? Jangan tertipu.....Kenalilah sejarah sebenar bangsa kita |
I wish to bring to attention recent development, whereby certain parties raised the issue of the indigenousity status of the Malays. They highlighted about the indigenous communities as being more ‘tulen’ or ‘bumiputra tulen’, and alleged the Malay people do not fit the criteria as indigenous. These parties I believe, are blind with our history or interpret in a narrow parochial sense. I believe that they support some quarters definition of ‘terra nullus’ for Malaysia in saying only the primitive people are qualified to be called indigenous or aboriginal and ‘tabula rasa’ or clean slate holds for Malaysia.
This is a grave and erroneous fallacy. Let us start with the definition, the word indigenous; as per Oxford Dictionary it is defined as “occurring naturally or native”, thus it can be synonymous with the phrase “native”. In Malay, the definition is more nuanced, indigenous is translated as “asal” or “occuring naturally”, however we have another word, “watan” which is translated as “native”. Thus the slight difference in languages seems to be root of the argument. For the history of the region, we shall look at the Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. The first inhabitants were the Proto Malays, settled here at least 2500 BC. They were the ancestors of various aboriginal tribes of Malaysia like Jakun, Semua, Negrito and others. They were also known as “Melayu Purba” or “Melayu Bukit” by the local Malays. They spoke ancient Malay and held animistic beliefs and have rudimentary agricultural experience. Later some of these Proto Malays interacted with outside influences, such as Arabs, Persians, Indians and the Chinese, and they became Deutro Malays. It was recorded that from around the first millennium AD, the Deutro Malays inherited the settled life, in kampongs; proper agricultural experience; livestock and crops; progressing in rich cultural experience; with excellent maritime culture and a sophisticated system of writing, belief, trading and statecraftship. Various indigenous kingdoms sprouted during this era, kingdoms such as Malayur, Langkasuka, Kota Gelanggi, Old Kedah, Old Pahang as well as Seriwijaya. They spoke ancient Malay and considered native kingdoms of this region. With the advent of Islam and the Islamization, which covers the whole maritime South East Asia, has become the Malay Realm or for some parties, the Malay Archipelago. At our end is the Sultanate of Malacca, which practically covers the whole peninsular as well as huge tracts of Sumatra. It can be argued as the Sultanate of Malacca is the successor to the Seriwijaya Kingdom, it follows that the Sultanate of Malacca is a native kingdom !!! The people of both sides of the Straits of Malacca, practised Islam, employed the Malay customs and used the Jawi alphabets. In the olden days, to become a Muslim is to become a Malay. An Orang Bukit on becoming a Muslim, joined the bigger Malay society. This same custom is still in practise today in Brunei. It is interesting to note for Negeri Sembilan, the clan of some traditional Chiefs and the Yang di Pertuan Besar are Biduanda, originating from the Jakun tribe. How much more indigenous and native as you can get? I wish to end this article with a very interesting fact gleaned from Article 152 (2) of the Singapore Constitution as stated below, noting that Singapore was once part of the sultanate of Johore and later, Malaysia: “ The Government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the INDIGENOUS PEOPLE of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.’" In conclusion, I hope this brief riposte on the issue, will rest the matter of Malay indigenousity status in this country, once and for all. Tun Suzana@Suzana Hj Othman Melayu & Asobiyah Positif (Esprit de Corp):
Ustaz Iqbal Zain al Jauhari |
|
|