Perihal Martabat & Peranan Duniawi
Dunia ini diciptakan Allah SWT lengkap dengan segala aturannya, yang mana aturan-aturan kehidupan adalah perlu bagi menjamin kelancaran serta kesempurnaan perjalanan manusia dan alam. Oleh kerana dunia ini diciptakan bersifat sementara dengan segala keterbatasannya berbanding Alam Akhirat yang kekal dan tiada berbatasan, maka aturan dunia dan aturan akhirat adalah tidak sama.
Di Hari Akhirat nanti, manusia-manusia yang pernah berdosa pada Tuhannya di dunia dahulu samada akan dihukum ataupun diampunkan dengan Rahmat Allah Ta’ala. Bagi golongan beriman, dosa-doa mereka akan dicuci melalui azab api neraka buat suatu tempuh, ataupun diampunkan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan bagi golongan kafir akan diazab secara kekal.
Syurga diciptakan untuk memenuhi segala keinginan hamba-hamba Allah yang telah bercucuk tanam dengan iman, amal dan ketaqwaan semasa di dunia dahulu, serta yang telah mendapat keredhaanNya. Di waktu itu manusia tidak perlu lagi menggunakan tulang empat kerat untuk mencari makanan dan tempat perlindungan. Ahli-ahli syurga hidup bermewah-mewah dan bersenang-lenang dengan pasangan masing-masing, kekal pada suatu tahap umur yang muda, iaitu lelaki pada peringkat umur 33 tahun sedangkan wanita pada umur 18 tahun.
Tiada ahli syurga yang bercacat cela, baik dari segi rupa dan fizikal, mahupun dari segi akhlak dan adab. Tiada dari kalangan ahli-ahlinya yang bersifat keji, berhasad dengki, berebut kuasa, harta dan pangkat, cantas mencantas, zalim menzalimi dan sebagainya kerana ahli-ahli syurga telah disucikan dari segala keburukan dan kejelekan. Manusia waktu itu akan redha dengan kedudukan masing-masing, dan manusia yang paling akhir masuk syurga dengan mendapat anugerah yang paling sedikitpun akan mendapat kawasan takluknya seluas 10 kali saiz bumi.
Berbeza dengan keadaan syurga yang tiada berbatas, dunia diciptakan Allah dengan segala keterbatasannya, segala sumber alam yang fana ini adalah terhad sebagai ujian untuk hamba-hambaNya. Contohnya keluasan bumi tidak mampu menampung bilangan anak Adam yang terlalu ramai, lalu Allah ciptakan manusia dengan peringkat umur yang berbeza, dari saat lahir sehingga kematiannya, dan Allah ciptakan Alam Barzakh untuk roh-roh yang telah meninggalkan alam fizikal dan menunggu Hari Kiamat. Maka walaupun jumlah keseluruhan anak-anak Adam dari zamannya sehingga menjelang Kiamat nanti adalah terlalu besar, namun dunia tetap dapat menampung mereka kerana jumlah yang hidup di atas mukabumi ini dalam satu-satu masa adalah terhad.
Peringkat-peringkat umur manusia ini wujud dengan kekuatan yang berbeza juga. Dari masa kelahiran seorang bayi, menjangkaui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa, pertengahan umur, tua sehingga sampai ajalnya, ia melalui peringkat kekuatan mental dan fizikal yang meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai maksima dan menurun kembali bermula pada umur pertengahan sehinggalah sampai usia tua yang mana diperlukan orang-orang lain untuk membantunya dalam kehidupan yang telah tinggal berbaki sahaja.
Maka diciptakanNya darjat atau martabat duniawi, yang mana orang tua dan dewasa adalah berdarjat lebih tinggi di dunia berbanding orang muda dan kanak-kanak, sesuai dengan ciri mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman hidup, yang mana dengan ciri-ciri ini mereka dapat pula membimbing serta mendidik golongan yang muda dan kanak-kanak yang seharusnya diletakkan di bawah sayap mereka untuk dilindungi juga.
Dan Allah SWT menuntut supaya golongan muda dan kanak-kanak menghormati, memuliakan serta beradab sopan dengan golongan dewasa dan orang-orang tua, terutamanya ibubapa mereka, sesuai dengan darjat yang telah ditetapkan untuk mereka. Inilah yang disebut sebagai aturan duniawi sejajar dengan peranan-peranan manusia yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Di Hari Hisab nanti, Allah SWT akan menyoal tentang pelaksanaan hak masing-masing, iaitu tanggungjawab orang-orang muda kepada orang-orang tua dan sebaliknya. Dan orang muda mampu mencapai kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah SWT jikalau ia melaksanakan tanggungjawab duniawinya lebih daripada yang diperbuat oleh golongan tua terutamanya kepada ibubapa mereka.
Dan Allah SWT juga menciptakan lelaki dan wanita dengan kekuatan dan kelemahannya masing-masing sesuai dengan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka samada sebagai ‘bread winner’ iaitu pencari rezeki dan pelindung keluarga (peranan suami) ataupun sebagai teman hidup, pengasuh anak-anak dan pengurus rumahtangga (peranan isteri).
Maka sekali lagi diciptakanNya darjat atau martabat duniawi, yang mana suami berdarjat lebih tinggi di dunia sesuai dengan peranannya sebagai ketua rumahtangga. Isteri duduknya di bawah ‘sayap’ suami, maka perlu ia muliakan, menghormati serta taat pada suaminya selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Dan di Hari Hisab nanti, masing-masing suami dan isteri akan disoal tentang pelaksanaan tanggungjawab masing-masing. Jikalau isteri menunaikan tanggungjawab duniawinya dengan lebih baik berbanding suaminya, termasuklah dalam soal memulia, menghormati dan taat pada suaminya yang diletakkan lebih atas dari dirinya, maka darjatnya kelak adalah lebih mulia di sisi Allah SWT daripada suaminya jikalau suaminya gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah.
Bermakna untuk mendapatkan martabat yang tinggi di sisi Allah SWT, seorang isteri perlu redha dengan martabat duniawinya yang lebih rendah berbanding suaminya, dalam makna kata ia berada di bawah ‘sayap’ dan perlindungan suami. Bukanlah seperti yang diuar-uarkan oleh golongan Womens Lib yang mendakwa seorang lelaki dan wanita, ataupun suami dan isteri itu adalah sama tarafnya.
Maha Indah Allah yang telah meletakkan keseimbangan dalam hal berlainan darjat ini, yang mana walaupun si suami itu lebih tinggi martabat duniawinya berbanding isteri, namun dengan kelebihan martabat itu diberikan pula tanggungjawab yang lebih besar kepada sang suami, bukan sahaja sebagai pelindung dan pencari rezeki untuk keluarganya, malah dituntut pula untuk bersikap lebih berihsan, berprihatin dan berkasih sayang, bukannya menzalimi isteri dan anak-anak, merendah-rendahkan mahupun memperhambakan mereka.
Ringkasnya, kedudukan insan pada martabat tinggi adalah dengan tuntutan untuk menjadi lebih bertanggungjawab pada orang-orang yang lebih rendah kedudukannya di dunia ini, dan semua pihak akan dipersoalkan oleh Allah SWT nanti. Bermakna jikalau pihak yang darjatnya tinggi mengambil kesempatan di atas martabatnya serta mengabaikan ataupun mengkhianati tanggungjawab yang disusulkan dengan martabat itu, maka kedudukannya akan lebih hina di sisi Allah SWT berbanding mereka yang bermartabat lebih rendah daripadanya di dunia ini namun pasrah dan tetap menunaikan amanah dalam peranan atau kedudukan yang telah ditakdirkan.
Begitu juga halnya hubungan seorang hamba dengan tuannya. Dalam Islam, martabat duniawi seorang hamba adalah lebih rendah daripada tuannya, dan ia dituntut untuk memuliakan serta berkhidmat kepada tuannya. Namun bukan bermakna tuannya boleh memperlakukan sesuka hati kepadanya, menzalimi dan menderanya. Hamba juga ada haknya untuk ditunaikan, iaitu diberi makanan, pakaian dan tempat tinggal, serta ditunjukkan sikap belas ihsan dan jangan dihalangi urusan amal ibadatnya kepada Allah SWT. Dan hamba yang redha pada takdir serta martabat duniawinya lalu berkhidmat kepada tuannya dengan penuh ikhlas, beramanah dan bertanggungjawab, ia mampu berdarjat lebih tinggi dan mulia di sisi Allah SWT berbanding tuannya. Dan tuan yang lalai dalam menunaikan hak hambanya akan menjadi lebih rendah dan hina di sisi Allah SWT.
Dan Allah juga menciptakan golongan kaya dan miskin. Jikalaulah semua orang hidupnya kaya-raya di dunia ini, bagaimana urusan mengatur makhluk dan kehidupan dapat disempurnakan, siapa yang mahu mencurah keringat bekerja di ladang-ladang menghasilkan tanaman, meredah hutan belantara mencari ramuan, mengotorkan tangan dan kaki dengan lumpur di sawah bendang, mengharungi lautan cetek dan dalam untuk menangkap ikan, menternak binatang-binatang untuk makanan manusia, menjadi para tukang membuat alat-alatan dan pembina bangunan-bangunan, kerana semua orang mahu bermalas-malasan, bersenang-lenang dan berfoya-foya dengan kemewahan dan segala hiburan duniawi, tidak ada siapapun yang mahu bersusah payah dan bertungkus lumus bekerja menghasilkan produk-produk untuk survivalisme dan kehidupan??
Lainlah keadaannya di syurga nanti, semua orang boleh bersenang-lenang kerana Allah SWT sudah menjamin bidadari dan bidadara serta khadam-khadam syurga yang berkhidmat sepenuh masa, tempat tinggal yang serba molek dan indah, makanan dan minuman yang enak-enak tersedia sekelip mata tanpa manusia perlu bekerja untuk mendapatkannya.
Dan Allah SWT telah perintahkan golongan yang kaya untuk tidak bersikap angkuh dan menyombong dengan takdir martabat duniawinya yang lebih tinggi, untuk berbelas kasihan dan bermurah tangan (selalu bersedekah) kepada golongan fakir dan miskin. Sedangkan Allah SWT memerintahkan golongan yang miskin untuk bersabar dengan takdir mereka, jangan mengungkit-ungkit dan menyalah-nyalahkan takdir, jangan mencemburui, beriri hati dan berhasad dengki kepada yang kaya, redha dan cukup dengan kehidupan yang sedikit, serta berikhtiar dengan doa dan amal untuk mendapatkan barakah dalam kehidupan mereka.
Dan golongan yang miskin mampu menjadi lebih kaya dan berdarjat lebih tinggi di Hari Akhirat nanti berbanding golongan kaya jikalau mereka dapat bersikap redho dengan takdir dunia serta melakukan amal ibadat sesuai dengan perintah Allah dan RasulNya ﷺ.
Abu Hurairah RA pernah menceritakan bahawa kaum Muhajirun yang miskin pernah datang mengadap Rasulullah ﷺ lalu berkata: “Mereka yang berharta telah memiliki tingkat-tingkat ketinggian dan nikmat-nikmat yang kekal.”
Rasulullah ﷺ bertanya: “Bagaimana?”
Mereka menjawab: “Saudara-saudara kami itu bersolat seperti kami bersolat dan berpuasa seperti kami berpuasa tetapi mereka masih mempunyai kelebihan harta untuk bersedekah dan memerdekakan hamba sahaya. Sedangkan kami tidak dapat berbuat sedemikian itu.”
Maka Rasulullah ﷺ bersabda : “Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu untuk mencapai yang mendahului mereka itu dan untuk mendahului yang sesudah kamu hingga tidaklah ada lagi seorang pun yang lebih afdhal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti apa yang kamu perbuat?”
Sahut mereka: “Baiklah, ya Rasulullah”
Rasulullah ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu mengucapkan SubhanaAllah, Alhamduli’Llah, AllahuAkbar sebanyak 33 kali setiap satunya selepas tiap-tiap solat.”
Maka mereka pun mengamalkannya. Kemudian para Muhajirin yang miskin itu pun datang kembali kepada Baginda ﷺ dan berkata : “Saudara-saudara kami itu mendengar apa yang kami perbuat lalu mereka turut mengerjakannya.”
Baginda ﷺ bersabda: “Itu adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”
Dan Allah SWT juga telah menciptakan golongan manusia yang menjadi pemerintah dan yang diperintah. Aturannya sama yang mana martabat tinggi disusulkan pada yang memerintah berbanding dengan rakyat jelata yang duduknya pada darjat di bawah pemerintah. Rakyat dituntut untuk memuliakan, taat dan berkhidmat pada pemerintah bagi memastikan kelancaran urusan pemerintahan.
Firman Allah SWT : Berbuat kebaktianlah kamu akan Allah, dan akan Rasul dan akan Ulil Amri (pemerintah).“ (An Nisa’: 59)
Sepertimana pada darjat-darjat duniawi yang lainnya, Allah SWT telah meletakkan tanggungjawab yang lebih besar pada golongan pemerintah sesuai dengan ketinggian martabatnya. Mereka dituntut berlaku adil dan saksama, melindungi, bersikap ihsan dan bermurah hati dengan rakyat jelata, dan segala tanggungjawab ini akan disoal di hadapan mahkamah Allah SWT kelak. Bermakna, jikalau pemerintah mengambil kesempatan pada darjat tinggi yang diikat pada peranan duniawinya, mengaut harta sewenang-wenangnya, tidak berlaku adil, menzalimi dan memperhambakan rakyat jelata, maka sudah tentu kedudukannya adalah lebih hina daripada rakyat jelata di sisi Allah SWT.
Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“ Sultan adalah payung Allah di dunia, tempat bernaungnya hamba-hamba Allah yang kena zalim (aniaya). Maka seandainya Sultan itu adil, baginya pahala, dan wajiblah bagi rakyatnya berterimakasih. Dan seandainya dia (Sultan) itu zalim atau khianat atau menyeleweng, dia berdosa dan rakyat mestilah bersabar. Dan apabila para penguasa itu aniaya, langit tidak akan menurunkan hujan. Apabila mereka tidak membayar zakat binasalah binatang dan ternakan. Apabila zina itu berleluasa timbullah kemiskinan, dan apabila perjanjian dibatalkan musuh-musuh bertindak jahat.” (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Allah SWT telah menjadikan golongan yang dipimpin sebagai golongan yang bersifat mengharap dan mengikut, sedangkan golongan yang menjadi pemimpin memberi harapan dan mengepalai. Golongan yang menaruh harapan dan yang memberi harapan masing-masing ada tanggungjawab yang bakal dipersoalkan oleh Allah SWT di Hari Hisab nanti, iaitu adakah masing-masing menunaikan hak yang lain?
Rasulullah ﷺ bersabda: ” Setiap kamu adalah pemerintah, dan setiap pemerintah adalah bertanggungjawab terhadap orang bawahannya.”
Mengapa Allah SWT ciptakan aturan duniawi sebegini, yang mana disusulkan darjat-darjat seperti darjat ibubapa melebihi anak, suami melebihi isteri, hamba melebihi tuan, guru/alim-ulama melebihi penuntut, dan raja melebihi rakyat? Dan golongan yang lebih rendah darjatnya dituntut untuk memulia, mentaati dan berkhidmat kepada golongan berdarjat tinggi.
Jawapannya amat mudah, cuba bayangkan senario dimana manusia semuanya bertaraf sama kedudukannya di dunia, mempunyai kekuatan, keupayaan dan kewibawaan yang serupa. Sudah tentu keadaan ini akan menimbulkan huru-hara kerana setiap manusia merasa berhak untuk mendapatkan apa jua, apatah lagi manusia ini diciptakan bernafsu tinggi yang bersifat suka mendorong diri kepada mengecapi kemanisan dan kenikmatan perhiasan-perhiasan duniawi, seperti merasai makanan dan minuman yang lazat, berkehendak kepada kebendaan yang mewah dan canggih, keelokan rupa paras dan pakaian, harta, kuasa, pangkat dan berbagai lagi.
Bagaimanapun nafsu itu bersifat buta, gelap, tiada upaya ia untuk memikirkan buruk baiknya sesuatu tindak tanduk itu. Nafsu menuntut dipuaskan segala kemahuannya pantas, tanpa bertangguh-tangguh dalam mengecapi kelazatan perhiasan-perhiasan duniawi ini, lagi dan lagi, tanpa dibataskan. Meskipun yang segera dan berlebih-lebihan itu bakal mengundang natijah buruk di kemudian hari.
Sedangkan dunia yang serba keterbatasan serta bersifat sementara ini tidak mampu untuk menampung semua kehendak dan kepuasan nafsu setiap orang, sepertimana ia tidak dapat menampung kehidupan semua anak-anak Adam sekaligus kerana terhad dari aspek sumber dan ruang, tidak seperti di Alam Akhirat nanti.
Oleh itu Allah SWT telah menetapkan hak setiap manusia sesuai dengan darjat-darjat mereka semasa di dunia ini dan hak yang tidak dilaksanakan dengan baik mengikut ketetapan Allah SWT akan menyebabkan urusan mentadbir alam dan makhluk akan banyak tergendala, sukar disempurnakan, yang tua tidak dapat membimbing yang muda, ibu bapa tidak dapat mendidik anak-anak, guru dan alim-ulama tidak dapat mengajar murid-murid, tuan tidak dapat menafaat dari khidmat hambanya, maka huru-haralah dunia ini jadinya.
Begitu juga halnya dengan aspek kepimpinan. Rasulullah ﷺ sendiri berpesan-pesan dalam hal ini, dan Baginda amat memuliakan golongan pemuka-pemuka masyarakat dan raja-raja, sering mendahulukan mereka, namun sebagai Kepala Negara Baginda juga menunjukkan kasih sayang yang kental, melaksanakan keadilan, memberi perlindungan serta bersifat dermawan pada golongan miskin, hamba dan yang hina-dina.
Cuba bayangkan bagaimana halnya jikalau setiap anggota masyarakat mahu menjadi pemimpin dan tiada siapa yang mahu dipimpin, sudah tentu keadaan menjadi celaru kerana semua mahu mengepalai sedangkan tiada siapa yang mahu mengikut perintah. Apakah natijahnya jikalau rakyat tidak mahu memulia dan berkhidmat kepada raja-raja mereka, jikalau semua orang mahu menjadi raja, tiada siapa mahu menjadi rakyat, bagaimanakah urusan pemerintahan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan? Sudah tentu akan menimbulkan huru-hara, malahan anarki, sedangkan pada adatnya satu kapal pun tidak boleh ada dua nakhoda, jikalau anak-anak kapal berpecah-belah kerana mengikuti banyak nakhoda, alamat karamlah kapal.
Dalam hal ini sebuah Hadeeth riwayat Abdullah bin Amr bin As bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda :
“ Siapa sahaja yang telah membai’at seorang Imam, lalu memberikan huluran tangan dan buah hatinya (untuk mentaati perintahnya), maka hendaklah ia mentaati imam tersebut selagi masih mampu, dan jika ada orang lain hendak mengambil kekuasaan darinya, maka penggalllah leher orang itu”
HR Abu Said Al-Khudri dari Rasulullah ﷺ yang bersabda : “Apabila dibai’ah dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya”
HR Arfajah yang berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“ Siapa saja yang datang kepada kamu sekelian sedangkan urusan kalian berada di tangan seseorang (Khalifah), kemudian dia hendak memecah belahkan kesatuan jemaah kalian, maka bunuhlah dia.”
Kesimpulannya, martabat duniawi adalah untuk aturan dunia, itu sunatullah. Di dunia ini, manusia diciptakan tidak sama, ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang menjadi pemerintah dan yang lain menjadi golongan yang diperintah (rakyat). Di dunia ini sememangnya tidak boleh semua orang menjadi sama rata dalam darjat kerana ada golongan yang perlu memimpin dan ada pula yang perlu dipimpin seperti golongan tua muda, suami isteri, tuan hamba, guru murid, raja rakyat, masing-masing ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan sejajar dengan martabat duniawi yang ditakdirkan.
Maka dijadikanlah golongan MENGHARAP dan YANG MEMBERI HARAPAN. Iaitu golongan kaya dan miskin, pemerintah dan diperintah, yang berkuasa dan yang dikuasai, yang membimbing dan dibimbing, yang mendidik dan yang dididik, yang melindung dan yang dilindungi.
Golongan-golongan ini wujud atas takdir Allah, dan masing-masing kelompok bukan sahaja mempunyai HAK, tetapi juga diikat dengan TANGGUNGJAWAB bagi mendapatkan keseimbangan dan keharmonian duniawi. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menunaikan hak kamu, dan tanggungjawab kamu pula untuk menunaikan hak saya kerana hal-hal ini akan dipersoalkan di mahkamah Illahi kelak. Dan golongan yang berdarjat tinggi walaupun mendapat banyak keistimewaannya, namun disusulkan dengan tanggungjawab yang lebih besar dan berat berbanding mereka yang berdarjat rendah.
Aturan dunia ini bolehlah diumpamakan seperti aturan berjuta-juta galaksi yang diciptakanNya, beredar dengan kelajuan tinggi, pada galaksi-galaksi ini terkandung berjuta-juta bintang yang dihiasi planet-planet, satelit-satelit dan komet-komet yang berbagai ciri, bersusun-susun, berputar-putar dan berlegar-legar di tempat atau orbitnya masing-masing, tiada pintas memintas, laga-melaga antara satu sama lain, umpama irama dan lagu yang harmoni.
Begitu juga umpama aturan jasad manusia, diciptakan olehNya darah dan nanah, susu dan keringat, air mani dan air kencing dengan warna dan fungsi yang berbeza, namun berkongsi ruang dalam satu jasad. DiciptaNya saluran darah, otot, daging dan kulit secara berlapis-lapis. Bulu rambut, bulu roma, bulu kening dan bulu mata, bulu kumis dan janggut pada tempatnya masing-masing, tiada bersalah-salahan, sebagai pelindung dan penghias. DijadikanNya pada tubuh manusia saluran makanan, saluran pernafasan, saluran pencernaan yang pejal dan cecair, saluran peranakan, masing-masing dengan tugas khusus, bekerja dengan turutan dalam suasana tertib dan harmoni.
Perhatikan baik-baik pada kata-kata kunci di atas….
‘…..berbagai ciri..namun bersusun-susun, berputar-putar dan berlegar-legar di tempat atau orbitnya masing-masing….’
‘….. tiada pintas memintas, laga-melaga antara satu sama lain, umpama irama dan lagu yang harmoni…’
‘….. pada tempatnya masing-masing, tiada bersalah-salahan, sebagai pelindung dan penghias….’
‘….. masing-masing dengan tugas khusus, bekerja dengan turutan dalam suasana tertib dan harmoni….’
MasyaAllah! Allahu Akbar!! Maha Agung Allah yang Maha Mengetahui setiap dan segala ciptaanNya, kekuatan dan kelemahan mereka, tidak satupun yang terlepas dari pantauan dan kawalanNya walau sesaat juapun.
Bagaimanapun Allah SWT tidak semestinya memutlak dan memuktamadkan setiap manusia pada suatu darjat duniawi yang tertentu seumur hidup mereka, kerana yang muda akan menjadi tua, yang miskin boleh menjadi kaya, suami dan isteri boleh bercerai berai, raja boleh tersingkir, rakyat boleh menjadi pemimpin, murid boleh menjadi guru dan hamba boleh dimerdekakan lalu menjadi tuan pula.
Di situ jugalah letaknya keadilan Allah, kerana Dia boleh memuliakan, dan Dia juga boleh menghina, satu hari kita berdarjat tinggi, tidak mustahil jikalau pada hari yang lain kita menjadi hina-dina pula, begitu jugalah sebaliknya. Sejarah manusia yang panjang banyak memainkan episod-episod sebegini supaya manusia mengambil iktibar dan tauladan daripadanya.
Dan pada Hari Hisab nanti, setiap manusia akan dipersoalkan bukan sahaja tentang tanggungjawab mereka kepada Allah SWT, tetapi juga tanggungjawab sesama manusia yang telah ditentukan sesuai dengan peranan-peranannya di dunia ini. Adakah yang berdarjat tinggi berlaku adil, melindungi, membimbing serta menjaga kepentingan golongan yang berdarjat rendah? Atau mereka bersikap menzalimi, kedekut, angkuh, meninggi diri serta tidak mensyukuri segala nikmat Allah ini dengan mengerjakan segala bentuk maksiat dan kemungkaran, malahan berlaku syirik pula kepadaNya?
Adakah yang berdarjat rendah pula menghormati yang bermartabat tinggi serta ikhlas berkhidmat sesuai dengan peranan mereka? Adakah mereka mampu bersabar dan redho dengan takdir Allah serta meningkatkan amal ibadat dalam mencari kehidupan yang penuh barakah dan dirahmat Illahi? Atau bersikap menyalahkan takdir, mencemburui dan berhasad dengki pada golongan berdarjat tinggi, malahan bersikap tidak jujur, pecah amanah, menipu dalam timbangan dan jual-beli semata-mata ingin mengaut keuntungan yang lebih?
Islam mengajar kita bahawa sifat TAQWA merupakan ciri yang melayakkan seorang hamba untuk hampir kepada Tuhannya, mendapat anugerah martabat atau kemuliaan yang tinggi di sisiNya. Semua manusia itu adalah sebenarnya sama, hanya taqwa yang menjadi ukuran ketinggian darjat masing-masing di sisi Allah SWT.
Dan hendaklah difahami betul-betul bahawa perkara taqwa bukan sahaja merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan urusan amal ibadat, tetapi juga tentang pelaksanaan hak-hak makhluk dan alam, kerana ini semua akan dipersoalkan di Hari Pengadilan kelak. Jikalaulah istilah taqwa dipersempitkan tafsirannya oleh manusia-manusia yang jahil semata-mata pada urusan amal ibadat semata-mata, itu adalah suatu yang silap. Kerana segala perintah dan larangan Allah SWT adalah bersifat syumul, yakni menyeluruh termasuklah dalam urusan penjagaan hak-hak yang lain seperti makhluk, haiwan dan alam.
Oleh itu biarpun seseorang itu menghabiskan seumur hidupnya di atas sejadah, berpuasa, berzikir, namun jikalau ia mengabaikan tanggungjawabnya dalam menunaikan hak-hak orang lain seperti ibubapanya, guru, tuan, pemerintah dan sebagainya, ia umpama kain singkat, ditarik ke atas atau ke bawah tetap akan menyerlahkan keaibannya. Kerana ia hanya memerhatikan hal hubungannya dengan Allah SWT (hablumminallah) namun telah mengabaikan hak manusia yang telah ditetapkan keatasnya (habluminannas) oleh Khaliqnya itu.
Begitu jugalah bagi seorang yang kaya-raya, berdarjat mulia, dilahirkan dalam keluarga bangsawan, menjadi raja, namun itu semua tiada nilaiannya di sisi Allah SWT di Hari Akhirat nanti kecuali ia melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah dan RasulNya serta kepada semua yang berhak termasuklah rakyat marhain serta hamba sahaya yang di bawah penguasaannya.
Begitulah aturan duniawi yang mendapat kesimbangan dalam tanggungjawab-tanggungjawab yang diikat pada martabat seseorang insan. Sesungguhnya Allah Maha Adil, aturan dunia tidak sama dengan aturan akhirat. Tidak seperti keadaannya di dunia yang bersifat sementara ini, di Hari Akhirat nanti, hanya taqwa menjadi ukuran kerana isteri mampu lebih mulia dari suami, hamba melebihi tuan, rakyat melebihi raja di sisi Allah SWT. Kerana semasa hayatnya di dunia mereka pasrah dan redha pada martabat masing-masing yang telah ditakdirkan, serta menunaikan hak yang disusulkan oleh Allah SWT sendiri pada setiap martabat duniawi tersebut, menghormati, memulia, berkhidmat dan patuh pada yang di atas selama mana tidak disuruh pada jalan kemungkaran.
Sumber:
Buku 'Zuriat Rasulullah SAW & Raja-raja Melayu'. Rujuk 'Karya Penulis'