Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Bahaya Anti Mazhab


Mencari Hukum Syarak pada sesuatu kejadian yang berlaku


        Apabila berlakunya sesuatu kejadian baru dan kita perlu tahu apa hukumnya dari sudut syariat maka kita cari hukum masalah tersebut daripada kitab-kitab Feqah dalam bab yang difikirkan menasabah, adakah terdapat hukum bagi masalah ini. Jika tidak ada maka kita cari hukum masalah yang seakan-akan dan hampir kepada masalah yang berlaku atau kita cari dalam bab-bab lain atau kitab-kitab fatwa[1].

        Perlu diingat dalam usaha mencari dan membandingkan hukum-hukum berkenaan dengan masalah yang baru itu, hendaklah kita melihat kitab-kitab khas yang membicarakan masalah-masalah ijmak supaya jangan kita melanggar ijmak kerana MELANGGAR IJMAK YAQINI ITU BERBAHAYA DAN KUFUR, sebagaimana kata Ibnu Hazm Azhzhaahiri dalam kitabnya ‘Maratibul Ijmak’. Beliau telah mengumpulkan masalah ijmak para sahabat RA anhum yang disusunnya menurut aturan Feqah dalam kitabnya yang telah dicetak di Mesir.

        Di zaman Khilafah dan Raja-Raja Islam dahulu kala, orang awam  dipermudahkan menjalankan tugas fardhu ‘Ain mereka dan terlindung daripada wujudnya perselisihan pendapat tentang hukum-hakam agama kerana telah sedia ada Qadhi, Mufti atau Majlis Fatwa yang mana antara tugas mereka adalah membuat ijtihad dalam perkara-perkara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Maka apabila fatwa telah dikeluarkan oleh ulamak-ulamak ini atas titah Khalifah atau Sultan, rakyat tidak perlu bersusah payah atau berselisih pendapat kerana terus sahaja mentaatinya[2] berdasarkan

        Firman Allah SWT  yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman! Turutlah Allah dan turutlah Rasul dan ‘Ulil Amri’ (Khalifah atau Raja) diantara kamu.”    (An-Nisa :59)

        Sedangkan perbuatan-perbuatan yang telah berkurun-kurun lamanya menjadi amalan umat Islam sudah sedia ada hukum-hakamnya dalam kitab-kitab Feqah dan kitab-kitab Fatwa karangan ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka tidak perlulah berbalah mengenai masalah lafaz ‘usalli’, masalah ‘talkin’, ‘qunut’, tahlil, tarawikh, sambutan  maulidur rasul dan masalah-masalah yang lain. Tiada faedah yang diperolehi dengan membahaskan perkara-perkara ini, apatah lagi ianya perkara sunat, siapa yang hendak buat, silakan, siapa tak hendak buat, tak payahlah buat tetapi jangan pula mengkritik orang yang hendak buat. Kerana kedudukan amalan-amalan ini serupa juga seperti sedeqah sunat dan solat sunat[3]. Rujuk sahaja kitab-kitab muktabar yang sudah membincangkan hukum-hakam tentang perkara-perkara ini. Tetapi sekali lagi, PASTIKAN KITAB DITULIS OLEH ULAMAK-ULAMAK HAKIKAT.


Bahaya ancaman Anti-Mazhab 

        Semenjak tertubuhnya negara-negara sekular dalam dunia Islam,  munculah kelompok-kelompok yang lantang menyeru umat Islam supaya melepaskan diri mereka daripada ikatan mazhab. Kelompok-kelompok Anti-Mazhab ini beralasan bahawa bertaklid kepada mazhab boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mundur, mati semangat, jumud, beku, tidak berkemajuan, sudah mati sebelum mati dan sebagainya yang bersifat menghina kepada orang-orang bermazhab.

        Adakah benar umat Islam yang bertaklid kepada Mazhab Imam-Imam Mujtahid yang empat itu  mundur, jumud, beku dan lain-lain lagi seperti yang dituduh itu? Cuba lihat Imam Bukhari yang taklid kepada Imam Syafiee, adakah beliau beku dan jumud?  Adakah orang-orang seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya yang taklid kepada Imam Syafiee itu termasuk orang bodoh? Lihatlah Sultan Salahuddin[4] yang bertaklid kepada Imam Syafiee dan Sultan Muhammad Fatih[5] yang bermazhab Hanafi, apakah mereka terjajah dan dipermainkan sahaja? Apakah khalifah-khalifah dan raja-raja Islam  zaman pra-sekularisma dahulukala yang semuanya bertaklid kepada  Mazhab Empat merupakan Ulil Amri yang jumud dan mundur? Apakah berjuta-juta umat Islam semenjak hampir 1000 tahun dahulu sehingga  ke hari ini yang menganuti Mazhab Empat adalah orang-orang yang bodoh belaka?

        Golongan Anti Mazhab merasakan bahawa mereka lebih pandai dan maju kerana tidak ‘terbelenggu’ dengan ikutan Mazhab Empat. Adakah mereka yakin akan mampu berhujjah di mahkamah Allah di Hari Akhirat nanti jikalau ditanya  bagaimana dan dari mana mereka menggali hukum?

        Persoalannya siapa yang tertipu, umat Islam yang bertaklid kepada mazhabkah atau penganjur-penganjur  serta pengikut-pengikut Anti Mazhab?

        Ada pula jenis umat Islam yang mengatakan dia bukan Anti-Mazhab, tetapi mendakwa dia sendiri tidak menganut mana-mana mazhab pun, tidak mazhab Syafiee, tidak Hanafi, tidak Maliki, tidak Hanbali, tidak mazhab sesiapapun. Mazhabnya hanyalah Mazhab Allah dan RasulNya. Katanya ia langsung mengambil terus hukum daripada Al-Quran dan Hadeeth.

        Bagaimana halnya dengan keadaan orang-orang ini yang kebanyakannya tidak pernah belajar Bahasa Arab, hanya sekadar  membaca Quran terjemahan dan sedikit sebanyak Hadeeth  terjemahan, contohnya dalam  Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia? Adakah ia memiliki ciri-ciri kelayakan seorang ulamak, apatah lagi kelayakan seorang Imam Mujtahid? Bagaimana keadaan mereka ini yang kebanyakannya hanya membaca buku-buku  karangan kaum Orientalis Barat, iaitu orang-orang yang suka membicarakan tentang Islam, tetapi adalah  kafir?

        Kalau baru dengan membaca buku-buku agama tentang Ilmu Feqah lantas sudah mahu mengatakan tidak mahu bermazhab, maka orang itu sudah membohongi dirinya sendiri. Kerana pada hakikatnya ia tetap seorang penganut mazhab, iaitu mazhab pengarang buku-buku yang dibacanya itu secara tidak diinsafinya kerana bukan dia yang mengistinbath atau mengeluarkan hukum dari nash, hanya sekadar merujuk terus kepada  tafsir Quran dan Hadeeth  yang dibuat mengikut pendapat pengarang-pengarang buku yang dibacanya itu.

        Sedangkan orang yang mendakwa tidak pakai mazhab tetapi dalam fatwa-fatwanya jelas dilihat mengikuti pendapat Imam-Imam Mutjahid yang dulu-dulu, bermakna TIDAK ADA PENDAPATNYA YANG BARU, sesungguhnya ia tenyata sudah bertaklid.

        Tetapi jikalau orang itu mengatakan bahawa ia tidak menganut mazhab sama sekali, sedang ia tidak membaca buku-buku agama dan tidak pernah belajar agama dari sesiapapun, orang ini dikatakan sebagai TIDAK BERAGAMA SAMA SEKALI.

        Menurut Al-Imam Abu Ishaq Al-Isfiraini, ulamak besar dalam Mazhab Syafiee yang meninggal dalam tahun 418H, dalam perkara tidak pakai mazhab berpendapat bahawa : “Mulanya hunar dan akhirnya menjadi zindiq yakni keluar daripada Agama Islam, dan tiada apa-apa agama pun dengan sebab tiada pakai mazhab itu.”

 
        Bermakna  orang-orang yang tidak pakai mazhab dikhuatiri akan  menjadi seperti lalang, tidak akan mempunyai keyakinan yang teguh dalam iktiqad serta amalan agamanya dan akhirnya boleh  menjadi tidak beragama sama sekali.

        Ada juga orang yang mengatakan dengan lidahnya bahawa ia tidak menganut sesuatu mazhab, tetapi jika dilihat dalam amalannya, ia penganut yang gigih dalam sesuatu mazhab. Cuma yang kurang baiknya, mazhab yang dianuti dengan tidak diinsafinya itu bukanlah  mazhab umum yang dikenali dalam dunia Islam, tetapi adalah  mazhab-mazhab jalanan yang direka berdasarkan hawa nafsu dan dibuat oleh tok guru-tok guru yang tidak tahu mengaji pula, atau paling celaka mengikut MAZHAB ORIENTALIS, mazhab orang Barat Yahudi dan Kristian yang banyak membicarakan soal-soal Agama Islam.

    Kesimpulannya, orang-orang yang  mendakwa bahawa mereka tidak pakai mana-mana daripada Mazhab Empat pada hari ini adalah termasuk dalam mana-mana  kategori ini, iaitu :

1.       Mereka sekadar mendakwa, tetapi  hampir kesemua amalannya memperlihatkan bahawa ia seorang yang berteguh dengan salah satu dari Empat Mazhab. Yang sedikit itu adalah kerana mereka mencari kelonggaran kerana terdesak dengan hawa nafsu.

2.       Mereka tetap bertaklid kepada mazhab, cuma mazhab mereka adalah mazhab yang tidak dikenali atau mazhab-mazhab jalanan. Tok guru-tok guru mereka  tiada kelayakan sebagai Imam Mujtahid, tetapi membuat mazhab berdasarkan ‘ syok sendiri’.

3.       Mereka tetap bertaklid kepada mazhab, tetapi mazhab mereka adalah Mazhab Orientalis yang amat membahayakan kerana disalut  dengan imej humanisme dan liberalisme yang menyembunyikan kebatilan mazhab ini. Tok guru-tok guru mereka ramai dari kalangan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mengajar Islam relatif yang amat menyelewengkan. Mazhab Orientalis merupakan pesaing yang paling merbahaya kepada Mazhab Empat pada zaman mutakhir ini.

4.       Dari lisan dan amal perbuatan, golongan ini termasuk dalam lingkungan orang-orang yang tidak beragama sama sekali.


        Dengan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa anjuran melarang taklid dari golongan Anti-Mazhab adalah anjuran yang tidak bertanggungjawab kerana ia akan menimbulkan beberapa faktor kerosakan yang besar, iaitu ;

i.       Rakyat tidak dapat melaksanakan syariat dengan baik kerana anjuran Anti-Mazhab akan mendidik rakyat untuk sentiasa mencari jalan supaya tidak perlu taat kepada perintah Allah dan melanggar laranganNya dengan melonggarkan hukum-hakam agama.

ii.       Ajaran Islam menjadi lintang pukang dan porak peranda. Maka mudahlah musuh-musuh Islam menyelinapkan unsur-unsur penyelewengan.

iii.       Umat akan menjadi berpecah-belah kerana semua orang hendak menjadi ‘Imam-Imam Mujtahid’ yang akan merosakkan  sendi-sendi agama

        Kesimpulannya adalah lebih baik dan lebih aman bagi orang-orang yang belum sampai kepada darjat ijtihad, agar ia berfatwa sahaja menurut ajaran Imamnya yang ahli. Kalau berdakwah  dan bertabligh bolehlah  mengemukakan Hadeeth dan Quran, tetapi tafsirnya perlu menurut yang difatwakan oleh Imam-Imam Tafsir. Kalau mengadili sesuatu persoalan Feqah, boleh mengeluarkan Hadeeth dan Quran, tetapi tafsirnya haruslah mengikuti Imamnya, jangan bermain di luar garisan. Inilah yang paling aman!

            Sesungguhnya bertaklid kepada  mana-mana Mazhab Empat tidak menghambat kemajuan, itu bukan maksudnya. Tetapi DEMI KESELAMATAN AGAMA DAN DEMI KEAGUNGAN ALLAH AZZAWAJALLA, SERAHKANLAH HUKUM-HAKAM AGAMA PADA YANG AHLINYA.

 

[1] Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Hj Md Zain Hj Serudin, op. cit, hlm 199

[2]
  Pada 2hb Januari 1984, Negara Brunei Darussalam telah mendapat kemerdekaannya dari penjajahan British. Dalam perisytiharan yang dibuat oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan  Negara Brunei Darussalam sempena hari kemerdekaan Brunei itu, antara lain baginda mengumumkan bahawa:

“…. Adalah dengan izin serta limpah kurnia  Allah Subhanahu wa Ta’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran  Ugama Islam menurut Ahlul-Sunnatu Wal Jamaah”


Dalam perlembagaannya juga tersebut bahawa mazhab yang dipegang oleh kerajaan Brunei ialah Mazhab Syafiee. Dalam hal ini  Jabatan Mufti Kerajaan akan menerbitkan buku ‘Fatwa Mufti Kerajaan’ pada setiap tahun yang mengeluarkan berbagai hukum yang menyentuh soal-soal kehidupan seharian masyarakat Islam.


Kebanyakan artikel ini dipetik dari buku Kiyai Hj Sirajuddin Abbas yang bertajuk: 'Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafiee' yang dimuatkan pada buku penulis 'Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu'. Untuk rujukan lanjut, sila ke bahagian Karya Penulis

Powered by Create your own unique website with customizable templates.