Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Perbendaharaan Rahsia Raja

Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'alan Nabiy

Prinsip“ Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” merupakan dua elemen terpenting yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia. Ianya mewakili hal yang bersifat induk, tersangat intim, menebal, mendarah daging serta berakar-umbi dalam  fabrik masyarakat Melayu semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Sesungguhnya prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan tanahair telah memaknai rupa wajah bangsa ini, dengan terjemahan  secara murni luhur dalam bentuk budaya, peradaban dan ketamadunan masyarakat di Alam Melayu.

‘Di mana raja di situ kerajaan’ , merupakan antara pepatah-petitih orang tua-tua kita. Amat tepat sekali disabitkan dengan lintas sejarah bangsa Melayu.  Hakikatnya sejarah bangsa Melayu dengan akar umbinya yang panjang jelas merujuk kepada Institusi Beraja sebagai corak pemerintahan yang amat sebati, kental dan serasi kepada masyarakat tradisi Nusantara. Raja dan kerajaan  dianggap suatu konsep yang sinonim, di mana ada raja, di situ letaknya negeri. Raja dan kerajaan adalah segala-galanya dalam kehidupan masyarakat Nusantara, lebar luasnya kerajaan baginda tidak menjadi soal.

Fitrah masyarakat tradisi Nusantara adalah berpayung  di bawah Institusi Beraja. Raja-raja menjadi pusat dan paksi tumpuan, junjungan, khidmat setia dan sedia, muafakat, perlindungan dan pertahanan bangsa. Kata raja adalah undang-undang, hukuman raja adalah muktamad, daulat raja mendaulatkan rakyat.
​
Tahukah kita bahawa Institusi Beraja atau  Kesultanan yang  telah mencorak dan mewarnai lanskap politik-sosio-budaya Melayu bermula seawal abad ke 9 Masihi di Sumatera utara dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada  abad ke 15-17 Masihi di Melaka dan Aceh, hakikatnya merupakan sebahagian daripada mata rantai kepada sistem khulafa’ Rasulullah yang bermula dari zaman pemerintahan Bani Umaiyyah selepas berakhirnya era Khulafa-ur-Rashidin? Sayyidina Muawiyah r.a pernah berkata : “Aku bukanlah seorang khalifah, akan tetapi aku adalah raja pertama dari raja-raja Islam, dan akan kalian dapatkan raja-raja sesudah aku.”  Berkaitan hal ini, baik Institusi Khilafah mahupun Institusi Beraja Islam, corak pemerintahannya  tetap bersumber daripada usul al-fiqh al-siyasi atau kaedah bagaimana sesebuah negara itu diperintah mengikut landasan syariat yang mula diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w  sebagai penguasa Madinah dan  dilanjutkan oleh Khulafa’-ur-Rashidin sebagai penerus legasinya.
 
Pemerhatian kepada masyarakat Melayu masakini yang sebahagiannya merupakan penganut tegar fahaman-fahaman dualisme hasil pendidikan sekular  yang diarus perdanakan semenjak sekian lama, jelas terpamir kecetekan ilmu, kecelaruan, malah wujud kesalah fahaman yang agak kronik tentang hakikat institusi kesultanan Melayu,  khususnya dari aspek keselarian dan keserasiannya dengan corak pemerintahan Islam yang sebenar. Antaranya berikutan dari awal lagi sistem ini  telahpun dicop ataupun dilabel oleh golongan orientalis Barat dan anak-anak didiknya dengan istilah ‘feudal’ sebagaimana sistem monarki Eropah. Maka dari awal lagi peluang untuk menyelami serta memahami intisari, dasar dan fondasinya  dengan tepat (iaitu menurut tafsiran alim-ulama Islam) telah ditutup rapat dan dikunci rapi akibat terbelenggu kuat dengan tafsiran daripada nilai Barat apabila disamakan sistem raja Islam dengan sistem monarki Eropah !

Picture
Artikel-artikel yang terkandung dalam Bahagian 'Perbendaharaan Rahsia Raja' ini dipetik daripada Majalah Seni Bela Diri. Penulis yang telah menyumbang artikel-artikel dalam majalah ini bermula awal tahun 2016  menggunakan nama pena 'Bonda Tun'
Picture
Semakin parah apabila dikaitkan pula sistem ini sebagai warisan dari ajaran agama Hindu di zaman sebelum Islam, maka banyaklah pula adat istiadat dan protokol istana sewenang-wenangnya ditohmah sebagai bersifat syirik dan khurafat, langsung menghilangkan minat masyarakat untuk mengambil tahu tentang sistem yang realitinya sangat harmoni dengan fitrah bangsa Melayu ini. Tidak cukup dengan itu, agenda menjauhkan umat Islam daripada umara mereka diperhebatkan dengan muncul sejarah raja-raja Melayu yang zalim, ganas dan tidak islamik, walhal bilangan yang zalim  sangat sedikit berbanding  ramainya raja-raja Melayu silam yang  adil, solihin lagikan berwibawa..!!
 
Maka semakin sempitlah ruang untuk memahami, menghayati, menghargai, apatah lagi untuk mempertahankan institusi kesultanan Melayu sebagai suatu bentuk sistem pemerintahan yang bukan sahaja terbukti mirip pemerintahan Islam yang sebenar,  malahan masih releven dan berpontensi untuk menjadi semakin relevan di era  bermulanya kemerosotan dalam kepercayaan  dan keyakinan umat manusia  kepada sistem demokrasi ala-barat yang rata-rata telah memperlihatkan kegagalan yang ketara dalam fungsi menjaga maslahat manusia di mana-mana juapun mutakhir ini. Hanyasanya  diberi ruang kesempatan bagi para pengkaji dan ahli-ahli akademik untuk menilai dan mentafsir  semula data-data sejarah yang terkait dengan institusi ini khususnya dalam perbandingan dengan usul al-fiqh al-siyasi.

Berkaitan raja dan agama, Imam Ghazali pernah memberikan pendapatnya  seperti berikut:
 
 “Dunia itu ialah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tidaklah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan Raja itu pula ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh, dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan ilmu fikah.”
 
Sebagai agama wahyu, Islam yang bercorak universal telah terbukti berulang kali mampu diterjemah dengan gilang-gemilang dalam bentuk fitrah, wajah dan budaya bangsa-bangsa  yang berlainan. Sesungguhnya institusi kesultanan Melayu adalah salah satu daripada bentuk jelmaan, perilaku ataupun penterjemahan ini, dan siri ‘Perbendaharaan Rahsia Raja’  bermaksud untuk cuba merungkainya daripada berbagai sentuhan dan sisi. Wallahu ‘alam bissawab.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.