Umara-Ulama yg Robbaniyah:
Trend Kepimpinan Ummah di Masa Hadapan
Sejarah panjang perkembangan agama Tauhid (Islam) telah menyaksikan dinamisma peranan yang dimainkan oleh KEPIMPINAN ZAHIRIYYAH/DUNIAWI (raja, khalifah, umara, malik, dsbnya) dan KEPIMPINAN AGAMA/ROBBANIYAH (Nabi, Rasul dan alim-ulama). Dalam hal ini, kepimpinan manusia semenjak zaman Nabi Adam AS sehingga menjangkaui zaman pra-sekular, secara zahir/duniawi dan agama/ketuhanannya, adalah kadangkala disatukan pada pundak Ketua Negara dan kadangkala diregukan antaranya dengan ulama, namun sekali-kali tidak harus dipisahkan antara keduanya atas sifatnya yang sama-sama penting kerana menjurus kepada matlamat yang sama.
Sejarah kepimpinan Rasulullah SAW dapat dijadikan contoh terbaik bagaimana pemerintahan zahiriyyah/duniawi digabungkan sekaligus dengan bimbingan agama dan aspek-aspek ketuhanan atau Robbaniyah pada diri Baginda sendiri sebagai Ketua Negara dalam kota Madinah.
Perhatikan Hadis berikut yang dikenali sebagai Hadis Jibrail;
Umar RA menyatakan : “ Ketika kami duduk-duduk dekat Rasulullah SAW sekonyong-konyong nampaklah pada kami seorang lelaki yang memakai baju putih dan berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya bekas-bekas perjalanannya (jejaknya) dan tidak seorang pun diantara kami yang mengenalinya, dan duduklah ia di hadapan Nabi, maka disandarkannyalah lututnya pada lutut Nabi dan meletakkan tangannya di atas paha Nabi, lalu berkata :
‘Hai Muhammad beritakanlah kepadaku tentang ISLAM. Maka jawab Rasulullah SAW : Islam ialah bahawa engkau menyaksikan bahawanya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuroh Allah. Hendaklah engkau mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan hendaklah engkau berpuasa dalam bulan Ramadhan dan hendaklah engkau mengerjakan haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya. Berkata orang itu: Benar engkau hai Muhammad, maka kami hairan, ia bertanya dan ia sendiri pula membenarkannya.’
‘Maka bertanya lagi orang itu: Maka beritakanlah kepadaku apa IMAN itu. Jawab Nabi: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, kepada Malaikat-malaikatNya, kepada kitab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada Hari Kiamat dan hendaklah engkau beriman kepada Qadar yang baik dan yang buruk. Berkatalah orang tadi: Benar engkau hai Muhammad.’
‘ Bertanya orang itu lagi: Maka beritahukanlah aku tentang IHSAN. Jawab Nabi: Hendaklah engkau berbakti kepada Allah seakan-akan engkau melihat kepadaNya, sekalipun engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat engkau.’
‘Bertanya orang itu lagi: Beritahukanlah kepadaku tentang Hari Kiamat.Jawab Nabi: Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih mengetahui dari si penanya sendiri. Tanya orang itu selanjutnya. Beritakanlah kepadaku tanda-tandanya. Jawab Nabi: Diantaranya jika seseorang telah melahirkan tuannya dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang-camping, bergembala kambing sudah mampu sehingga berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan. Kemudian beredarlah orang itu.’
‘Aku hening sejenak, kemudian Nabi (SAW) berkata kepadaku; Wahai Umar! Tahukah kamu siapa yang bertanya tadi? Jawabku: hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Kata Nabi: Dia itulah Malaikat Jibrail (AS) datang kepadaku UNTUK MENGAJAR KAMU TENTANG AGAMAMU.“ (HR Muslim)
Dalam hal ini, Rasulullah SAW sebagai Insanul Kami telah membawa ajaran Islam yang paling lengkap dan sempurna yang mencakupi amalan ZAHIR-BATIN. Dalam keperibadian, diri, akhlak dan perbuatan Baginda tercermin unsur-unsur pegangan Tauhid, Syariat dan sifat Ihsan yang hakikatnya merupakan tiga sendi utama Agama Islam. Sebagai insan yang paling lengkap dalam menyampaikan ajaran Islam, sempurna pada fahamannya, aqidahnya, akhlaknya serta pengamalannya zahir dan batin, maka Rasulullah SAW hakikatnya adalah merupakan seorang Ahli Aqidah, Ahli Feqah, Ahli Sufi (Tasawuf)dan Ahli Tariqah, wujud dalam bentuk SEPADU, iaitu tanpa dipisah-pisahkan diantara satu dengan yang lain.
Malahan kepimpinan Rasulullah SAW juga mencakupi segala aspek kehidupan berbangsa, bernegara, ahli dalam bidang politik, tata negara, kemasyarakatan, pertahanan wilayah dan banyak lagi, langsung meluaskan peranan Baginda sebagai tokoh negarawan, ulil amri, malik, raja atau khalifah, sekaligus membimbing kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi kepada umat manusia.
Namun untuk menyatukan kedua-dua peranan tersebut sekaligus adalah sulit bagi kebanyakan orang lain kerana hakikatnya ciri-ciri kelayakan pemerintahan duniawi dan kepimpinan agama tidak semuanya sama. Rasulullah SAW sendiri memperolehi kesemua ciri-ciri kepimpinan duniawi dan ukhrawi adalah kerana Baginda diajarkan secara langsung oleh Allah SWT melalui wahyu, bukan diperolehi dengan usaha sendiri secara murni kerana Rasulullah SAW adalah seorang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis.
Dan golongan manusia yang berupaya menyatukan pemerintahan duniawi dan membimbing agama/kerohaniyyan sekaligus bilangannya tidaklah ramai, contohnya Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Yusuff, Nabi Daud, Nabi Sulaiman AS, Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ ar Rashidin, sesetengah khalifah dan raja-raja dahulukala seperti Syarif Ali (Brunei), Sultan Malikuz Zahir (fuqaha-Acheh), Sultan Syariful Hasyim (Sulu), Syarif Kebungsuwan (Mindanao) dan sebagainya.
Secara idealismanya, fungsi Ketua Negara dalam aspek memerintah hal-hal duniawi sekaligus membimbing dalam urusan syariat/robbaniyah paling sesuai dilakukan oleh pemimpin yang sama, iaitu sekaligus mempunyai ciri-ciri kepimpinan duniawi dan ukhrawi. Namun realitinya, tokoh-tokoh seperti ini bukanlah mudah untuk didapatkan, mereka lahir dengan takdir zaman yang ditentukan Allah SWT.
Mungkin dalam zaman Nabi-nabi dan era khaira-kurun (kurun-kurun yang terbaik yakni 3 kurun selepas Rasulullah SAW) bekalan mereka lebih ramai berbanding pada Akhir Zaman ini. Itupun masih tidak ramai sedangkan realitinya pemerintahan duniawi dan kepimpinan ukhrawi sering sahaja terpisah-pisah antara satu dengan yang lain.
Dengan mengikut resam takdir, kehidupan realiti dan kesesuaian serta perkembangan zaman, maka wujud konsep pemerintahan umat Islam yang dipecah dua, namun tetap diganding atau diregukan. Iaitu kepimpinan umara-ulama yang berlainan, tetapi saling bekerjasama, bantu-membantu, sokong-menyokong dan dokong-mendokong antara satu sama lain dalam urusan pengembalaan umat Islam. Contohnya Nabi Samuel-Raja Thalut, Nabi Zulkifli-Raja Heymel, sesetengah khalifah dan raja-raja dahulukala seperti Sultan Alam Akbar al-Fatah (Raden Fattah)-Wali Songo (Bintoro Demak), Sayyid Abdul Aziz-Sultan Muhammad Shah (Melaka), Syeikh Yusuff Taj Al-Khalwati- Sultan Ageng Tirtayasa (Banten), Tokku Paloh-Sultan Zainal Abidin III (Terengganu) dan ramai lagi.
Formula mengganding ataupun meregukan umara-ulama seperti di atas paling banyak digunakan oleh pemerintahan-pemerintahan Islam tradisional kerana lebih mudah dilaksanakan berbanding mencari Ketua Negara yang berwibawa dalam kedua-dua hal pemerintahan duniawi sekaligus membimbing sendiri aspek-aspek syariat/Robbaniyah rakyatnya.
Dalam perkara meregukan umara-ulama ini, kadangkala bahagian kepimpinan ulama itu sendiri berpecah dua. Perkara ini bermula pada era pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, pemerintahan umat Islam yang pernah bersepadu di masa Rasulullah SAW kini berpecah tiga, pemerintahan duniawi dipegang khalifah, kepimpinan ketuhanan atau Robbaniyah dibimbing Sultanul Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Jailani, sedangkan di bidang Syariah yang meliputi aspek ibadah, aqidah, muamalah, jenayah dan sebagainya diterapkan ke dalam daulah pemerintahan, yakni pada Jabatan Mufti ataupun Qadhi.
Pada masa kerajaan Majapahit bentuknya hampir sama dengan khilafah Harun ar-Rashid dimana aspek kerohaniyyan diserahkan sepenuhnya kepada Wali Songo. Bahkan diberi hak menerapkan syariah sampai terbentuknya pemerintahan Islam di Demak, Jawa Tengah, bawah kepimpinan Raden Fatah. Dan sistem ini paling popular dilaksanakan pada zaman kesultanan-kesultanan Islam tradisional.
Kesimpulannya,
Tidak kiralah samada pemerintahan duniawi/ukhrawi umat Islam diletakkan semata-mata bawah sayap Ketua Negara yang serba-serbi berkebolehan, ataupun diregukan antara umara-ulama seperti yang lebih umum kedapatan pada sistem khilafah dan kesultanan-kesultanan tradisional, asal sahaja aspek IMAN (AQIDAH), ISLAM (SYARIAT) dan IHSAN (TASAWUF), yakni keseluruhan agama Islam dipelihara dan dibaja subur oleh Ketua Negara, dipertanggungjawabkan samada atas dirinya sendiri ataupun diwakilkan kepada para pembantunya (alim-ulama), umat Islam yang bawah takluknya pasti akan mendapat menafaatnya.
Kedua-dua formula pemerintahan ini (SEPADU ataupun REGU) ternyata tetap mampu menghasilkan kesan yang sama dalam membentuk masyarakat beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa selain bercirikan masyarakat madani, sejahtera dan bertamadun. Walaupun tidak dapat dinafikan kadangkala terdapat masalah keperibadian di pihak pemerintah itu sendiri, namun selagi beliau bertanggungjawab memastikan bekalan alim-ulama syariat/tasawuf mencukupi dan rakyat tidak terhalang hak mereka daripada mendapatkan bimbingan alim-ulama ini, serta tidak menghalang pelaksanaan syariat dan tidak pula memaksa rakyat berbuat maksiat, sudah tertunailah tanggungjawabnya sebagai Kepala Negara bagi umat Islam.
Masalah muncul apabila Ketua Negara tidak mahu mengambil prinsip pemerintahan berdasarkan ajaran Islam, iaitu dalam peranan “untuk MENGGANTI Rasulullah SAW bagi melindungi agama serta mentadbir keduniaan”. Ini terjadi khususnya di zaman penjajahan British, apabila golongan bangsawan dipujuk atau ditekan untuk mengambil pendidikan barat, sekaligus belajar cara dan gaya hidup mereka yang sudah tentu mengasingkan elemen-elemen Islam. Ianya mempunyai kesan secara langsung kepada prinsip dan corak pemerintahan mereka kelak, samada dalam peranan sebagai Ketua Negara mahupun dalam kepimpinan bawahan.
Walhal selama ini anak-anak bangsawan dididik dengan ilmu-ilmu agama oleh tok-tok guru, amnya bagi memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, dan khususnya bagi waris-waris pemerintah sebagai persiapan menjadi Kepala Negara yang memerlukan ciri Al-‘dalah (memenuhi ciri kelayakan di bidang agama dan sihat rohaniyyat) serta Al-Ilmu (pengetahuan yang cukup untuk memutuskan sikap politik dan kebijaksanaan yang tidak bertentangan dengan syariat dan aturan lainnya saat diperlukannya berijtihad).
Campurtangan kolonial-kolonial barat pada daulah-daulah Islamiyyah di kurun ke 19-20 Masihi dahulu banyak mencorakkan negara-negara tersebut sebagai politi moden, yang mana sistem pemerintahan, perundangan dan ekonominya merupakan warisan secara langsung. Kemunculan elemen-elemen barat ini telah melupuskan kebanyakan daripada struktur-struktur pemerintahan tradisional yang hakikatnya lebih menjurus kepada pemerintahan Islam yang sebenar.
Alim-ulama hakikat yang pernah digandingkan dengan Ketua Negara sebagai regu yang ampuh dalam sistem kesultanan tradisional kini rata-rata menjadi kelompok yang dianak-tiri dan disisihkan, ataupun dihadkan peranan mereka menerusi fungsi-fungsi resmi di bawah pernaungan kerajaan sekular-liberalisme yang banyak kekangannya sehingga menjejaskan peranan tradisi mereka.
Natijahnya dapat dilihat pada hari ini apabila kebanyakan anggota masyarakat lebih selesa dengan kehidupan berkiblat kebaratan sehingga berlakunya penyingkiran elemen-elemen Islam daripada kebanyakan aspek kehidupan yang membawa kepada berbagai gejala keruntuhan akhlak dan moral serta musibah-musibah ummah.
Pada hari ini, dalam sistem pemerintahan bercorak sekular-liberalisme barat pegangan kebanyakan negara-negara Islam di dunia, urusan pemerintahan duniawi menjadi terpisah-pisah daripada aspek bimbingan syariat dan kerohaniyyan, ajaran Islam yang sepatutnya merupakan gabungan eleman IMAN/TAUHID, ISLAM/SYARIAT dan IHSAN/TASAWUF mulai terlerai diantara satu sama lain,umpama tasbih putus lalu deras berderai biji-bijinya jatuh ke tanah.
Sehingga peranan Kepala Negara bukan lagi sebagai penerus Rasulullah SAW, sebagai khalifah Baginda dalam mengurus tadbir maslahat alam dan makhluk, membimbing manusia ke jalan berpulangan pada Allah SWT, menyembah, memuji dan mengagungkanNya sepertimana janji mereka pada Yaumil Mitsaq di alam roh dahulu.
Bagaimanapun kita tetap yakin pada sunatullah, yakin pada janji Allah tentang zaman kebangkitan semula umat Islam, zaman kemunculan Imam Mahdi. Dalam hal ini, wujud keperluan untuk alim-ulama menyampaikan Hadis-hadis serta tanda-tanda yang sudah mengarah kepada semakin dekatnya kemunculan Imam Mahdi serta membuat persiapan rohaniyah sementara menantikan kedatangannya.
Walaupun tiada siapa yang tahu akan masa sebenar kemunculannya kerana itu rahsia Allah SWT, namun telah sedia maklum bahawa ianya diawali dengan berbagai bentuk malapetaka dunia, daripada musibah alami seperti gempa bumi, tsunami, wabak serta berbagai bencana lain yang mengakibatkan beribu-ribu kematian, kepada musibah disebabkan salah laku manusia seperti peperangan, permusuhan, pencabulan, kezaliman, kemaksiatan yang mana setelah munculnya Imam Mahdi akan merata-luaskan bumi ini dengan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.
Dan dikirakan itulah tanda-tanda yang cukup am dan berleluasa pada hari ini sehinggakan sebilangan alim-ulama dunia yang tersohor telah mula berperanan aktif dalam meningkatkan aspek dakwah dan pentarbiyahan ummah bagi memantapkan kesedaran dan pengamalan Islam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka yang ditakdirkan menjadi pembimbing-pembimbing manusia sejagat di zaman serba-serbi mencabar ini.
Apakah pula trend kerajaan-kerajaan umat Islam yang menyongsong kemunculan Imam Mahdi? Walau apapun namanya, sudah pasti ia perlu kembali kepada peranannya yang sebenar sebagai “ MENGGANTI Rasulullah SAW bagi melindungi agama serta mentadbir keduniaan” . Kaedah perlantikan Ketua Negara, ciri-ciri kelayakannya serta tanggungjawab rakyat jelata juga perlu merujuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Logiknya, sebagai persediaan untuk menyambut kemunculan Imam Mahdi kelak, Ketua Negara harus menggabungkan kembali peranan dalam mengurus hal duniawi dan membimbing pada aspek agama/ketuhanan rakyat pada pundaknya sendiri, ataupun meregukan kembali tanggungjawab tersebut dengan alim-ulama Robbaniyah yang sudah tentu bersanad, iaitu bertali temali dari guru ke guru sehingga kepada Rasulullah saw.
Dan kepimpinan umat Islam harus dikembalikan kepada teras spiritualisme atau rohaniyat kental. Setiap kepimpinan dari peringkat teratas sehingga yang paling bawah harus berikhtiar mengembalikan KESEMUA ajaran dan amalan Rasulullah SAW secara SEPADU, KAMIL dan SYUMUL, ZAHIR dan BATIN, iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat RA dan salafus soleh, bukan dipilih-pilih, iaitu diambil separuh dan dibuang separuh ataupun dipisah-pisahkan sebagaimana halnya yang berlaku pada zaman ini.
Apa yang pasti, sistem politik, ekonomi dan pendidikan moden (sekular) tidak bersandarkan ajaran Islam yang sebenar, tiada bersanad, bukan formula yang betul untuk mengurus umat manusia, gagal, terbukti amat memudaratkan, melahir dan menjana manusia-manusia ‘mabuk’, tamak haloba dan serba ‘menggila’ yang suka membuat onar serta berbagai kedurjanaan sehingga banyak berlaku kebencanaan pada alam dan makhluk. Malah jika diteruskan boleh menghancurkan seluruh kehidupan manusia di dunia ini serta mengancam peluang kebanyakan mereka untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di Alam Akhirat yang kekal abadi nanti akibat terperangkap pada jerat-jerat syaitan iblis yang dipasang merata. Nauzubillah.
Walhal bumi Allah ini sudah diciptakan semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan tiada bermasalah, tiada kerosakan, manusia dan alam hidup bersama, co-exist dalam suasana harmoni. Sedangkan pegangan dan amalan sistem-sistem sekular moden yang baru seabad dua dipraktiskan, sudah menampakkan tanda-tanda kegagalan, kemudaratan malah kebencanaannya sehingga dalam bahaya kehancuran kepada seluruh isi bumi ini.
Oleh itu dengan takdir Allah sistem-sistem ini akan ditamatkan, jangan ditanya bagaimana, kita cuma perlu lihat gazet-gazet kecil yang sudahpun menjelmakan bentuknya, kajilah juga sejarah umat-umat terdahulu, bagaimana Allah ‘mengajar’ dan menghukum mereka akibat perilaku buruk dan sikap bodoh-sombong, angkuh dengan kejahilan. Bukan umat Islam tidak pernah mendapat percikan hukum Allah sebagai kafarah bagi mereka!
Apa yang pasti, kerajaan-kerajaan serta kepimpinan-kepimpinan Robbaniyah akan muncul kembali apabila keadaan umat Islam sudah begitu terdesak. Mereka muncul sebagai wira penyelamat, menjadi nafas baru bagi umat Islam, tonggak kekuatan ummah. Tokoh-tokoh cita sempurna dan wali-wali pilihan Allah ini akan ke hadapan untuk menerajui dan menggerakkan agenda kebangkitan Islam sekali lagi.
Satu-persatu muncul tokoh-tokoh cita sempurna ini, tampil dengan ‘cop-cop mohor’ daripada Allah SWT sendiri sebagai membenarkan diri mereka serta membentengi daripada para pendusta yang ramai, umpama peti tabut yang dijadikan cop mohor untuk Raja Thalut. Mereka memberikan kedua-dua pemerintahan duniawi/ukhrawi secara bersepadu umpama Nabi Yusuff, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, ataupun beregu dengan ulama dan wali-wali tersohor sebagaimana regu Nabi Samuel-Raja Thalut, Nabi Zulkifli-Raja Heymel serta kebanyakan tokoh-tokoh kepimpinan agung dahulukala.
Tokoh-tokoh ini mendalam pada ilmunya, molek pada akhlaq dan keperibadiannya, tinggi iman dan taqwanya, gagah dan berani pada sifatnya, wibawa dan berdaya maju dalam kepimpinannya, menjadi pejuang kebenaran yang bersanad, cekal dan gigih serta agen PEMERSATU DALAM KEBENARAN, yakni yang menyatukan seluruh umat Islam dalam hakikat, setelah sekian lama ummah berpecah-belah disebabkan wujudnya terlalu ramai pemimpin cita bencana dalam zaman fitnah sekular masakini.
Sumber buku 'Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama-Umara di Alam Melayu'
Untuk maklumat lanjut rujuk laman 'Karya-karya Penulis'