Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Ralat

Pada buku 'Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu' (2001) halaman 194, edisi pertama buku 'Ahlul-Bait dan Kesultanan Melayu' (2006) halaman 214-215, serta terjemahannya dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk 'Ahlul-Bait Rasulullah SAW and Malay Sultanates' (2009) halaman 202 dan 207, dan buku bertajuk Ahlul Bait Rasulullah SAW dan Umara-Ulama Alam Melayu (2011) hlm 331-332, penulis telah mengemukakan satu pendapat yang menyebut bahawa Sayyid Idrus yang dimaksudkan dalam Salasilah Muar adalah sama orangnya dengan Sayyid Abdullah al-Aidrus. Nasab penuh beliau adalah seperti berikut;

“ Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Abu Bakar As-Syukran ibni Abdul Rahman As Saqaf ibni Muhammad Mauli Ad Dawilah ibni Ali ibni Alwi ibni Muhammad Faqih Al Muqaddam ibni Ali ibni Sayyid Muhammad Mirbath ibni Ali Khaliq Khasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Al-Muhajir ibni Isa Ar-Rumi ibni Muhammad An-Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW [1]”

Bagaimanapun saya telah dimaklumkan bahawa sebuah kitab rujukan  nasab Ba-Alawi iaitu Masyra al-rawi  karangan  Muhammad Abu Bakar asy-Syibli Ba' Alawi  yang terkandung padanya salasilah Sayyid Abdullah al-Aidrus yang seperti di atas ini (hlm 381), bahawa beliau  tidak pernah datang ke  negeri Acheh, apatah lagi berkahwin dengan puteri Acheh. Beliau hanya pernah  mengembara ke Ahmadabad di India menemui ayahandanya yang tinggal di sana, kemudian telah pergi ke Mekah dan Madinah menuntut ilmu sebelum kembali semula ke Tarim di Hadhramaut, Yemen.

Begitu juga dengan puteranya Sayyid Zainal Abidin  bukan orang yang sama dengan Sayyid Zainal Abidin yang disebut dalam Salasilah Muar berdasarkan kepada rujukan yang didapati pada kitab-kitab nasab Ba-Alawi[2].

Saya mengucapkan jutaan terima-kasih kepada mana-mana pihak yang menghailatkan kesilapan ini dan memohon maaf kepada pembaca sekelian atas perkara tersebut.

Kesilapan salasilah ini telahpun diperbetulkan pada edisi  seterusnya di bawah tajuk 'Zuriat Rasulullah SAW & Raja-Raja Melayu (Falsafah, Sejarah & Hikmah)', pada halaman 270-283, terbitan tahun 2013 yang masih diguna pakai sehingga hari kini. Dalam edisi tersebut, saya hanya merujuk kepada salasilah Tun Habib Abdul Majid kepada nendanya yang bernama Syed Zainal ibni Syed Idrus yang diperolehi daripada manuskrip 'Salasilah Raja-Raja Temenggung Muar' sebagaimana berikut:


" Maka adalah keturunannya itu mula-mulanya daripada seorang kaum Hasyim yang bernama Sayyid Idrus yang turun dari Hadhramaut ke negeri Acheh tempatnya bernama Kampung Pasir hingga beberapa tahun tinggal di sana maka diambil oleh Sultan Acheh dijadikan menantunya, beristerilah ia dengan kebangsinya anak Sultan Acheh itu. Tidak berapa lama antaranya hamillah isterinya itu hingga berputera akan seorang anak laki-laki dinamakan ayahndanya Sayyid Zainal Abidin…"
 
Mohon dirujuk pada rumusan kajian pada edisi tersebut.

Pada pendapat saya, apa yang penting adalah kajian fakta-fakta sejarah dari pelbagai sumber yang merujuk Tun Habib Abdul Majid sebagai seorang  ahlul-bait Rasulullah SAW, tanpa memberikan salasilah penuh. Saya amat mengalu-alukan sebarang kerjasama dari mana-mana pihak untuk mencari salasilah penuh Tun Habib Abdul Majid  kepada Rasulullah SAW. Semoga Allah SWT memberikan pertolonganNya, ameen ya Robbal 'alameen.

Afwan dan Jazakallahu khairan kathiran

TunSuzana@ Suzana Hj Othman



[1] Salasilah Abdullah al-Aidrus ini boleh didapati sumbernya dari kitab-kitab muktabar rujukan nasab keluarga al-Aidrus di Hadhramawt, Yaman.
[2] Allamah Abd Rahman b Muhd b Husain al-Masyhur, Shamsu az-Zahirah (hlm 107-108, 163) , Taarif Usul Nasab al-Saadah (hlm 5 dan 6), Muhammad Abu Bakar asy-Syibli Ba' Alawi  Masyra al-Rawi  (hlm 485-494), Ahmad b Abdullah as Saqqaf Khidmatul Ashirah (hlm 14)

           

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Kepada yang berminat untuk mendapatkan maklumat buku bertajuk 'ZURIAT RASULULLAH SAW & RAJA-RAJA MELAYU (FALSAFAH, SEJARAH & HIKMAH)', sila klik pada pautan berikut:

http://Www.wasap.my/601164505012/ZRRM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.