Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Menjawab Blog Ku Seman Tahun 2019

PRAKATA
 
Pada pagi Ramadhan yang mulia ini, saya dikejutkan dengan sebuah artikel bertajuk ‘Temenggong Ibrahim singkir Sultan Johor Lama?’, ditulis oleh Ku Seman dalam blognya kuseman.com, bertarikh 4hb Mei 2019. Dalam artikel tersebut, terpampang buku yang saya tulis dan terbitkan pada tahun 2002 berjudul ‘Institusi Bendahara:Permata Melayu yang Hilang' . Buku ini menjadi antara rujukan utama beliau dalam penulisannya. (lihat Lampiran 1)
 
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Ku Seman atas kesudiannya ;'mengangkat' judul buku tersebut. Namun, saya juga ingin membawa perhatian beliau dan pembaca kepada beberapa kekeliruan yang wujud dalam artikel tersebut, yang saya rasa perlu untuk memperbetulkan kekeliruan tersebut. Antara kenyataan dalam artikel tersebut yang mengelirukan adalah seperti berikut:
 
 “ Dengan bantuan British, Temenggung Ibrahim berjaya meruntuhkan Institusi Bendahara, satu-satunya kuasa adat tertinggi menentukan pewaris Sultan Johor Lama yang sebenar. Tengku Ali diisytiharkan sebagai Sultan Johor ke-19 pada 16hb September 1940, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah.Bagaimanapun perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh British.Jawatan Sultan Johor itu hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa pembesar Melayu.”
 
 “ Disebabkan tidak tahan dengan tekanan oleh British dan Temenggong Ibrahim, pada 10 Mac 1855 Masihi Tengku Ali menanda tangani perjanjian menyerahkan takhta Johor Lama kepada Temenggong Ibrahim”.
 
“Temenggong juga bukan daripada galur keturunan kesultanan Melayu Iskandar Zulkarnain yang turun kepada Demang Lebar Daun.”
 
Sebagai pengkaji yang banyak mengkaji sejarah perkembangan dua institusi hirarki Melayu yang terpenting, iaitu institusi Raja Melayu dan institusi Bendahara khususnya daripada warisan kesultanan Melaka, saya berpendapat untuk difahamkan baik-baik bagaimana sebab musabab berlakunya, serta rumusan dan iktibar yang boleh diambil daripada tragedi keruntuhan kesultanan Johor Lama pada abad ke 19 Masihi, lebih tepat lagi dalam tahun 1857 M, adalah penting untuk difahamkan baik-baik tiga perkara ini.
 
i.Peranan institusi Raja Melayu sebagai Khalifah Allah dan Ulil Amri @Ketua kerajaan yang mengikuti kaedah Usul Fiqh al Siyasi (bagaimana memerintah sebuah negara mengikut syariat Islam).
 
ii. Peranan institusi Bendahara sebagai Menteri Tafwidhi@ Menteri Tunggal, dalam kerajaan berpandukan Usul Fiqh al Siyasi.
 
iii. Bagaimana institusi Ulil Amri (Raja Melayu) dan Menteri Tafwidhi (Bendahara) ini dihidup dan digerakkan, dalam dinamika perkembangan sejarah kesultanan Melaka yang kemudian diwarisi oleh kesultanan Johor Lama, sebelum berlakunya keruntuhan kerajaan tersebut pada abad ke 19 Masihi.Perkembangan ini dibawahi dengan panduan Hukum Syariat dan Hukum Adat termasuk Adat Raja-raja Melayu
 
Kegagalan memahami ketiga-tiga elemen di atas akan hanya membuahkan tafsiran-tafsiran sejarah yang tersasar dan mengelirukan sehingga tiada berupaya untuk kita generasi masakini dan yang akan datang mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah jatuh bangun leluhur kita di masa silam. Sekaligus membuka ruang kesempatan untuk musuh-musuh agama dan bangsa merosak dan menghancurkan..
 
Saya akan memberikan penerangan kepada ketiga-tiga kekeliruan yang wujud dalam artikel di atas dalam posting yang lain. Namun bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, sebaiknya merujuk kepada buku saya “Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863M, terbitan DBP 2014, sebagai suatu kajian sejarah yang agak terperinci tentang peristiwa keruntuhan kesultanan Johor Lama. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
 
Fb TunSuzana Tun Hj Othman
1 Ramadhan 1440 Hijrah bersamaan 6hb Mei 2019 Masihi

Notakaki:
​Untuk bacaan lanjut, sila klik pada pautan di bawah

Your browser does not support viewing this document. Click here to download the document.
kesultanan_johor_moden_dr_dinasti_temenggong__v.2_.pdf
File Size: 1116 kb
File Type: pdf
Download File

Powered by Create your own unique website with customizable templates.