Ralat
_
Pada buku Ahlul-Bait dan Raja-raja Melayu (2001) halaman 194, edisi pertama buku Ahlul-Bait dan Kesultanan Melayu (2006) halaman 214-215, serta terjemahannya dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk Ahlul-Bait Rasulullah SAW and Malay Sultanates (2009) halaman 202 dan 207, dan buku bertajuk Ahlul Bait Rasulullah SAW dan Umara-Ulama Alam Melayu (2011) hlm 331-332, penulis telah mengemukakan satu pendapat yang menyebut bahawa Sayyid Idrus yang dimaksudkan dalam Salasilah Muar adalah sama orangnya dengan Sayyid Abdullah al-Aidrus. Nasab penuh beliau adalah seperti berikut;
“ Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Abu Bakar As-Syukran ibni Abdul Rahman As Saqaf ibni Muhammad Mauli Ad Dawilah ibni Ali ibni Alwi ibni Muhammad Faqih Al Muqaddam ibni Ali ibni Sayyid Muhammad Mirbath ibni Ali Khaliq Khasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Al-Muhajir ibni Isa Ar-Rumi ibni Muhammad An-Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW [1]”
Bagaimanapun penulis telah dimaklumkan bahawa sebuah kitab rujukan nasab Ba-Alawi iaitu Masyra al-rawi karangan Muhammad Abu Bakar asy-Syibli Ba' Alawi yang terkandung padanya salasilah Sayyid Abdullah al-Aidrus yang seperti di atas ini (hlm 381), bahawa beliau tidak pernah datang ke negeri Acheh, apatah lagi berkahwin dengan puteri Acheh. Beliau hanya pernah mengembara ke Ahmadabad di India menemui ayahandanya yang tinggal di sana, kemudian telah pergi ke Mekah dan Madinah menuntut ilmu sebelum kembali semula ke Tarim di Hadhramaut, Yemen.
Begitu juga dengan puteranya Sayyid Zainal Abidin bukan orang yang sama dengan Sayyid Zainal Abidin yang disebut dalam Salasilah Muar berdasarkan kepada rujukan yang didapati pada kitab-kitab nasab Ba-Alawi[2].
Penulis mengucapkan terima-kasih kepada mana-mana pihak yang menghailatkan kesilapan ini dan memohon maaf pada pembaca sekelian atas perkara tersebut. Kesilapan salasilah ini akan diperbetulkan pada edisi-edisi yang akan datang, insyaAllah.
Bagaimanapun apa yang lebih penting adalah fakta-fakta sejarah dari berbagai sumber yang merujuk kepada Tun Habib Abdul Majid sebagai seorang ahlul-bait Rasulullah SAW. Penulis amat mengalu-alukan sebarang kerjasama dari mana-mana pihak untuk mencari salasilah Tun Habib Abdul Majid yang tepat kepada jurai ahlul-bait Rasulullah SAW. Semoga Allah SWT memberikan pertolonganNya, ameen.
Afwan dan Jazakallahu khairan kathiran
(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman
[1] Salasilah Abdullah al-Aidrus ini boleh didapati sumbernya dari kitab-kitab muktabar rujukan nasab keluarga al-Aidrus di Hadhramawt, Yaman.
[2] Allamah Abd Rahman b Muhd b Husain al-Masyhur, Shamsu az-Zahirah (hlm 107-108, 163) , Taarif Usul Nasab al-Saadah (hlm 5 dan 6), Muhammad Abu Bakar asy-Syibli Ba' Alawi Masyra al-Rawi (hlm 485-494), Ahmad b Abdullah as Saqqaf Khidmatul Ashirah (hlm 14)