Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Warqah Kepada Bangsa Melayu


       
Bangsa Melayu yang insaf akan peri pentingnya peranan Institusi Raja-raja Melayu sebagai tonggak sebenar bangsa dan agama serta masih kasih dan taat kepada Raja-raja Melayu seharusnya menyokong mahupun mendokong apa jua ikhtiar demi mengembalikan semula Daulah Institusi Raja-raja Melayu. Janganlah diingat nasi sudah menjadi bubur, kesilapan masa lalu tidak boleh diperbetulkan, kerana kita sudah lama merdeka dan bebas dari penjajahan kuasa-kuasa asing. Kesilapan dalam tindak tanduk adalah sebahagian dari pakaian manusia kerana kita tidak maksum (kecuali para Nabi dan Rasul), namun kita boleh belajar dari sejarah masa silam, mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Jika tidak kita, siapa lagi yang boleh diharapkan  untuk menentukan arah masa depan bangsa, agama dan negara sendiri? Jatuh bangun dan buruk baiknya masa depan umat Melayu berada dalam tangan kita sendiri.

    Saudara sebangsa, hayatilah hakikat bahawa Tanah Melayu tercinta ini redup dengan kehadiran ramai cucu-cicit junjungan mulia Rasulullah ﷺ , samada  yang masih pekat lagi darahnya, mahupun yang telah bercampur baur dan bersebati dengan penduduk asal. Hargailah bahawa kita orang-orang Melayulah yang menyambut dan menjunjung zuriat Rasulullah ﷺ bersama dakwah ilal’Llah mereka semenjak beberapa ratus tahun dahulu apabila mereka ditimpa musibah di tanah tempat tumpah darah mereka sendiri, bertepatan dengan sebuah Hadeeth yang bermaksud:

    ” Kami ahlul-bait telah Allah SWT pilih untuk akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak sehingga datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam …!!”

  (Hadeeth Panji-Panji, HR Abu Daud, Al Hakim At-Tarmizi, Ibnu Majah)

    Kita jugalah yang berbesar hati memuliakan zat Rasulullah ﷺ dalam diri ahlul-bait dengan  mendudukkan mereka di atas singgahsana  menerajui bumi timur dikala  kaum mereka sendiri melupuskan kedaulatan mereka, mengusir dan menghambat mereka dari tanah kelahiran nenek moyang mereka, ini bermakna kita telah menjunjung perintah-perintah Baginda ﷺ :

    “ Seorang hamba  Allah belum sempurna keimanannya sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada diri sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada  ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri”    (HR At-Thabarani)

      “ Ahlul-baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”  (HR At-Thabarani)

      “ Dahulukanlah Quraisy  dan jangan mendahului mereka”. (HR At-Thabarani)

            Sesungguhnya, kemunculan cucu-cicit Rasulullah ﷺ di bumi timur secara beramai-ramai, sebagai mubaligh dan alim-ulama sufi di awal kedatangan Islam, sebagai  raja-raja, alim-ulama dan golongan bangsawan di zaman kegemilangan kesultanan-kesultanan Alam Nusantara dan sebagai kaum kerabat yang datang  di zaman-zaman belakangan (iaitu mulai abad ke 18 Masihi), menyebabkan Tanah Melayu menjadi bumi yang redup dan bertuah, dimana  sedikit sebanyak dapat menarik rahmat dan keberkatan dari Allah SWT  serta juga perlindunganNya dari malapetaka dan bala bencana besar yang sering berlaku di berbagai tempat lain di dunia pada hari ini.

        Saudara sebangsa, janganlah dihairankan mengapa bumi Melayu acapkali menjadi sasaran golongan kuffar semenjak zaman silam, yang tidak pernah lelah mencatur strategi demi strategi dalam ikhtiar untuk mematahkan kekuatan Islam dan bangsa Melayu, mulanya dengan pendekatan ‘ubat peluru’, kemudiannya melalui tipudaya yang halus dan berbelit-belit, namun kesannya lebih berbisa, legasinya tetap dirasa. Janganlah dihairankan jika Institusi Raja-raja Melayu dan Institusi Ulama kini tampak pincang, malahan bangsa Melayu pula seolah-olah luntur semangat, lupus kekuatan jiwa nurani. Janganlah dirasakan pelik mengapa semenjak akhir-akhir ini bangsa Melayu mulai terhakis identitinya, meraba-raba mencari arah tuju, terperangkap dalam kemelut bangsa. Janganlah dihairankan jika jelas syaitan dan juak-juaknya mengumpul segala tenaga dan kekuatan untuk mematah-matah serta menghancur leburkan identiti Melayu serta pegangan agamanya.

    Janganlah dihairankan semua ini, kerana jawabannya jelas berada di sekeliling kita,  jawabannya tersohor pada jatidiri bangsa kita, jawabannya terzahir pada Institusi Raja-raja yang masih kita junjung walaupun dengan segala bekas parut dan calarnya!!

        Iblis telah bersumpah akan menghancur luluhkan cucu-cicit Nabi Adam AS yang menjadi sebab ia dilaknat Allah, apatah lagi luapan kebenciannya terhadap Rasulullah ﷺ yang kerana Baginda manusia diciptakan!! Oleh itu, sudah tentu Iblis dan juak-juaknya  begitu kepingin dan merindui untuk mematah-matahkan kekuatan cucu-cicit Rasulullah ﷺ dan menghancur leburkan peranan mereka sebagai sarana keselamatan ummah!!! Keinginan ini dizahirkan melalui berbagai  strategi hasutan dan perantaraan, dan mana-mana sasarannya yang gagal menjunjung dan mendaulahkan agama, yang tidak berminat untuk meneguhkan kubu iman dan taqwa, yang menjadikan keseronokan dan kenikmatan duniawi matlamatnya semata, merekalah yang mudah diperdaya dan menjadi mangsa.

        Teramat malang jika kita terus menerus terpedaya dengan dakwaan bahawa bangsa kita lemah, tiada daya juang, tiada keyakinan diri dan mudah dijual beli. Jika kita percaya pada propaganda ‘perang saraf’ yang dibuat oleh musuh-musuh Islam ini, maka umpama kita sudah kalah sebelum berjuang kerana tanpa kita sedar, kita sendiri akan merealisasikan andaian tersebut (self-fulfilled prophecy), dan inilah sebenarnya yang telah berlaku pada bangsa kita!!!

    Kesilapan besar pada umat Melayu adalah kerana kita tidak berusaha mengenali SEJARAH SEBENAR jatidiri dan nenek moyang bangsa kita, apatah lagi sejarah sebenar umat Islam sendiri (iaitu kita banyak bergantung kepada input dari perspektif orientalis), menyebabkan orang-orang kita terdedah kepada tipudaya, propaganda  dan prejudis musuh-musuh bangsa dan agama, dari luar dan dari kalangan kita (golongan munafik). Sedangkan bangsa lain bukan sahaja menghayati dan menghargai sejarah nenek moyang mereka, malahan mengkaji dan menyelidik juga sejarah kaum yang mana mereka ada kepentingan, agar dapat dicari titik kekuatan dan kelemahan pihak sasaran  itu.

    Hakikatnya, jika kita berusaha mengenali diri dan sejarah sebenar nenek moyang kita, mudah-mudahan kita akan dapat disedarkan tentang potensi sebenar  bangsa Melayu  atas jatidiri kita yang kebanyakkannya telah bercampur aduk dan bersebati dengan titisan zat mulia Rasulullah ﷺ. Salasilah keturunan dan darah yang mengalir dalam jasad kita tidak bohong dan tidak boleh dibohongi!!  Hayatilah sabda Baginda:

     “Manusia itu bagaikan tambang emas ataupun perak, sebaik-baik mereka di masa jahilliyah adalah sebaik-baik mereka di masa Islam bila mereka mengerti.”   (HR Abu Hurairah)

        Hakikatnya, nenek moyang kita pernah menghidupkan potensi zuriat yang berdaulat ini dengan cemerlang, namun dengan berlalunya masa dan percaturan kaum kuffar, kita telah di ‘lenakan’, potensi bangsa Melayu  kini terpendam dalam darah daging kita, menunggu untuk diupayakan bila-bila masa sahaja kita bersedia !!

Saudara sebangsa, renungkanlah  hakikat ini baik-baik………

        Nah! Sekarang sudah tibalah masanya kita dikejutkan dari lena dan igauan yang panjang, sudah sampailah saatnya kita kembali ke pangkuan keluarga bangsa Melayu dan bersama-sama pula berikhtiar mengembalikan kedaulatannya!!  Marilah sama-sama kita berusaha menggapai semula naungan Allah SWT atas bangsa kita.  Insaflah, kita pernah merdeka dalam erti kata yang sebenar, pernah gemilang, kuat dan berdaulat. Kita pernah menjunjung Al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ dan meletakkan dengan penuh takzim di tempatnya yang hakiki. Kita pernah memahkotakan Raja-raja Melayu sebagai payung bangsa, sebagai satu unit dari rantaian khalifah ummah, pernah meletakkan alim-ulama sebagai tunjang di bawah Institusi Raja-raja, malah pernah menjunjung bangsa Bani Hasyim sebagai cucu-cicit Rasulullah ﷺ yang wajar diberi penghormatan dan kemuliaan!! Kita juga pernah membayar dengan  harga keringat dan darah demi mempertahankan daulah bumi  bertuah ini !!!

       Oleh itu, berilah kesinambungan kepada  tradisi bangsa  yang  tidak pernah dikhianati oleh nenek moyang kita! Kembalilah kepada waad (sumpah) Raja-raja Melayu dengan bangsanya!! Ambillah inspirasi dari sabda junjungan mulia apabila Baginda menyebut : “ Akan terjadi di Akhir Zaman Islam muncul dari bumi sebelah timur !!!”

        Demi kesedaran ini, kepada saudara sebangsa dan seagama, sama-samalah kita menyumbang kudrat dalam perkara-perkara berikut ;

1)    Menyokong apa jua inisiatif untuk menjadikan platform Institusi Ulama sebagai wadah mengembalikan semula kesatuan Raja-raja Melayu dan bangsanya.

2)   Menghayati dan menghargai peranan raja-raja sebagai bayangan dan wakil Allah SWT (Zilul’Llah fil-ardh)  serta khalifah Rasulullah ﷺ  di mukabumi ini.

3)   Membezakan peranan raja-raja yang mempunyai kuasa turun temurun yang memberi kesan positif terhadap corak pemerintahannya berbanding dengan ahli-ahli politik dimana jawatannya bersifat sementara, oleh itu mempengaruhi tindak tanduk dan percaturan-percaturan politiknya dengan objektif mempertahankan kuasa dan pengaruh selama mungkin.

4)  Menghayati dan menghargai nenek moyang Raja-raja Melayu yang telah memberi daulat dan menjadi asbab anutan agama Islam oleh bangsa Melayu. Menghargai dan berterima kasih kepada nenek moyang Raja-raja Melayu kerana melalui mereka, masyarakat madani diperkenalkan kepada orang-orang Melayu.

5)  Mengkaji sejarah sebenar kesultanan-kesultanan Melayu  bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang peranan dan jasa-jasa  nenek moyang Raja-raja Melayu, khususnya di zaman perkembangan Islam. Kalau boleh, baca dan hayati dahulu buku-buku sejarah karangan pengarang-pengarang Melayu lama bagi mendapatkan gambaran sejarah bangsa dan raja-raja zaman dahulu dari perspektif orang-orang Melayu. Jika membaca buku-buku karangan penulis Orientalis dan Modenis, hati-hati dalam menilai yang mana fakta dan yang mana tohmah.

6)   Menyaring dengan teliti atas apa yang ditonton, didengar dan dibaca yang berkaitan dengan isu bangsa Melayu, ‘alim-ulama dan Raja-raja Melayu agar dapat membezakan antara fakta dan tohmah.

7)  Memahami serta menghayati sejarah perkembangan Islam, khususnya di Alam Nusantara agar dapat  menghargai sumbangan cucu-cicit Rasulullah ﷺ, alim-ulama dan raja-raja yang menggembeling serta berganding tenaga dan sumber dalam menyebar, menyubur dan mempertahankan syiar Islam.

8) Menginsafi bahawa Tanah Melayu ini satu-satunya negara  bangsa Melayu yang bebas dan merdeka dari cengkaman penjajah, oleh itu bersama-sama berusaha melindunginya dari kehilangan identiti Melayu dan Islamnya.

9)  Sedar dan insaf bahawa Institusi Raja-raja Melayu adalah lebih tinggi, mulia dan berharga dari peribadi raja-raja itu sendiri. Tidak mudah melatah dan terpengaruh apabila ada suara-suara sumbang yang cuba membesar-besarkan ke’aiban Raja-Raja Melayu, dikhuatiri mereka sebenarnya anti pemerintahan beraja dan mahu menghapuskan terus Institusi Raja-raja Melayu.

10) Membela dan mempertahankan maruah dan kedaulatan Institusi Raja-raja dari serangan dan tohmahan mana-mana pihak yang berkepentingan. 

11) Membela dan mempertahankan Institusi Raja-raja dari mana-mana raja   yang membuat ke’aiban sehingga ditakuti boleh menjejas dan mencemarkan kedaulatan  institusi yang merangkumnya. Bagi tujuan ini, haruslah dirujuk pada Majlis Raja- raja  mengikut saluran  dan protokal yang disediakan.

12) Menginsafi bahawa Institusi Raja-raja, Institusi  Ulama  dan ahlul bait Rasulullah ﷺ adalah tiga golongan yang hakikatnya menjadi sasaran utama perancangan jahat kaum kuffar, khususnya Yahudi Zionis  yang tahu bahawa golongan-golongan inilah sebenarnya kunci kekuatan bangsa Melayu, malahan juga merupakan kunci  kekuatan ummah secara keseluruhannya jika mereka kembali memikul peranan tradisi dengan penuh beramanah dan bertanggungjawab.

13) Sentiasa mendo’akan kesejahteraan Raja-raja Melayu. Do’a khusus harus diberikan kepada raja-raja yang mempunyai darah Rasulullah ﷺ kerana mereka lebih dimuliakan atas zat yang ada pada diri mereka. Juga mendo’akan agar kesejahteraan dan kedaulatan bangsa Melayu dapat dikekalkan.

14)  Memohon kepada Allah SWT agar mengembalikan semula kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu sebagai tonggak pelindung bangsa dan agama.



Petikan buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu
Untuk maklumat lanjut, rujuk bahagian Karya Penulis

Powered by Create your own unique website with customizable templates.