3 Maqasid
ILMU, SULUK, DAKWAH
Antara ajaran ulama ahlul-bait Rasulullah saw yang tersohor, iaitu Habib Umar bin Hafidz yang cukup ditekankan adalah tentang kepentingan ILMU, SULUK dan DAKWAH sehinggakan ianya menjadi 3 teras utama penubuhan pusat pengajiannya Darul Mustafa di Kota Tarim, Yaman beserta cawangan-cawangannya, selain menjadi tema dalam khidmat agama dan dakwah beliau.
Dan pada 3 teras ini, iaitu yang pertamanya ILMU, yang mana dimaksudkan adalah ilmu-ilmu agama yang diperolehi daripada guru-guru yang berkelayakan, secara bersanad.
Teras yang kedua iaitu SULUK, yang dimaksudkan di sini adalah pentarbiyahan dalam penyucian jiwa nurani serta pembaikan akhlak dan keperibadian, sehinggakan penuntutnya mampu memperolehi faedah daripada ilmu-ilmu yang dipelajarinya, kemudian dapat pula memberi menafaat daripada ilmu-ilmu tersebut kepada orang-orang lain.
Dan teras yang ketiga, iaitu DAKWAH, yang dimaksudkan disini adalah menjadi tanggungjawab penuntut-penuntutnya untuk menyebarkan ilmu-ilmu agama, selain ilmu-ilmu rohaniyyat yang telah diperolehi mereka.
Inilah 3 prinsip atau teras penubuhan Institusi Darul Mustafa dan Darul Zahra’ yang diasaskan oleh Habib Umar bin Hafiz. Di bawah ini dihuraikan secara ringkas tentang konsep ILMU, SULUK dan DAKWAH yang tersebut itu.
ILMU
Telah berfirman Allah SWT yang mafhumnya: “ Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu.”
Berkata Ibnu Abbas RA : Maksud ‘ Ibadah’ itu ialah mengenali Allah.
Telah ditanya kepada Imam Abu Husain An-Nauri rahimahullah mengenai apakah perkara yang pertama difardhukan oleh Allah kepada hambaNya. Beliau menjawab: “Pengenalan”, maksudnya terhadap Allah Ta’ala.
Sesungguhnya perkara yang paling wajib di dalam perkara fardhu ialah ILMU dan perkara yang paling besar dosanya ialah JAHIL, dan jahil yang paling buruk sekali adalah jahil terhadap mengenal Allah SWT yang merupakan kekufuran terhadap orang tersebut.
Maka tidak boleh mengenal Allah, membuat amal ibadat, mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan segala larangannya, mendekatkan diri kepadaNya kecuali dengan Ilmu, dan dengan perantara ilmu sahajalah perkara tersebut akan dapat dicapai. Ilmu adalah perkara yang paling asas dan tidak dapat tidak mestilah berilmu barulah manusia mengetahui perkara yang disuruh dan perkara yang dicegah.
Barangsiapa yang beribadah tanpa ada ilmu, maka kemudharatannya adalah lebih banyak dari menafaatnya, oleh itu tidak dapat tidak setiap orang muslim dan muslimat hendaklah mempelajari dan memahami akan ilmu pengetahuan, tidak ada kelonggaran bagi mereka dari meninggalkan mempelajari akan ilmu.
Yang dimaksudkan akan ilmu pula adalah Ilmu yang mana tidak sah Islam dan Iman kecuali dengan ilmu tersebut.
Dan diantara Ilmu Iman adalah : Ilmu Tauhid ataupun Ilmu Kalam
Diantara Ilmu Islam adalah : Ilmu Feqah dan Ilmu Tafsir
Diantara ilmu lain yang wajib dipelajari adalah :Ilmu mengetahui akan tipu daya syaitan, ilmu menghapuskan nafsu ammarah bis-su’, fadhilat-fadhilat amal, mengetahui akan musibah jika kita tinggalkan beramal, serta semua ilmu-ilmu lain yang mempunyai sanadnya dalam Islam melalui ulama juga digalakkan mempelajarinya.
Adapun ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu perubatan, sains, teknologi, ekonomi dan banyak lagi sesetengahnya memang bermenafaat dan penting buat setiap orang, sedangkan yang lain pula hanya mendatangkan faedah kepada sebahagian orang dan tidak pula berfaedah kepada sebahagian yang lain, malahan ada pula ilmu yang boleh menarik ahlinya kepada kemurkaan Allah dan kebinasaan dirinya serta kehilangan akhiratnya.
Maka orang-orang yang berilmu pengetahuan dalam bidang-bidang keduniaan wajiblah menyambungkan ilmunya itu dengan ilmu-ilmu keagamaan, keakhiratan dan ketaqwaan, yang mengingatkannya tentang takut dan taqwa kepada Allah, suruhan dan laranganNya, yang halal, harus dan haramnya, yang menyebut tentang janji-janji Allah dan ancamanNya, supaya dapatlah ia menjadi pendorong untuknya bersikap zuhud, mengutamakan tuntutan akhirat, mensucikan ilmunya kepada asas Tauhid dan ciri-ciri peribadatan, serta berupaya menjaga kepentingan-kepentingan Islam dan umatnya.
Allah berfirman yang mafhumnya: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menrima pelajaran.” ( Az-Zumar: 9)
Nabi SAW telah bersabda: “ Barangsiapa yang berjalan dalam menuntut ilmu, maka Allah akan menyenangkan baginya jalan ke syurga.”
Telah berkata Sayyidina Ali RA:
1. Segala kemuliaan itu adalah layak diberikan kepada ahli ilmu sahaja, ini adalah kerana mereka menjadi petunjuk kepada orang yang inginkan hidayah
2. Kehebatan seseorang itu dilihat dari kadar amalan terhadap ilmu yang telah diperolehinya, dan orang-orang yang bodoh menjadi musuh bagi orang-orang yang berilmu.
3. Maka tuntutlah ilmu itu dan janganlah kamu mengharapkan apa-apa gantian, sebenarnya semua manusia itu mati dan orang-orang yang berilmu sahajalah yang hidup.
4. Sesungguhnya harta akan musnah dalam masa yang singkat, dan ilmu pengetahuan akan kekal buat selama-lamanya.
SULUK
Ketahuilah bahawa jalan pertama ahli suluk yang menuju kepada Allah SWT adalah dorongan kuat yang dicampakkan ke dalam hati, sehingga mampu mengejutkan, mencetuskan kebimbangan serta memotivasikan dirinya untuk mencari jalan menuju kepada Allah dan Hari Akhirat. Dorongan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tentera Allah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ianya merupakan kurniaan Allah dalem bentuk inayah sebagai tanda asasnya hidayah. Di kalangan hambaNya yang dibukakan jalan melalui pintu ini, tercetus rasa takut, rindu dan minat, sehinggakan merasai perasaan yang sama apabila melihat wajah orang-orang yang hampir kepada Allah ataupun menerima pandangan dari mereka.
Untuk menuju kepada Allah, ahli suluk perlu memperbetulkan taubat sebagai langkah mula. Nabi Adam AS memohon taubat kepada Allah dari segala macam noda dan dosa. Sekiranya ahli suluk mempunyai kesalahan terhadap orang lain, bersegeralah memohon kemaafannya dan minta dihalalkan apa sahaja darinya, kerana hal tersebut akan melepaskannya dari belenggu tergantung penerimaan rahmat Allah untuknya.
Syarat taubat yang hakiki adalah merasa kesal atas kesalahan atau dosa-dosa yang dilakukan serta berazam untuk tidak kembali ke lembah maksiat. Hal ini perlu dilakukan dengan tulus ikhlas, kerana barangsiapa yang cuba bertaubat sedangkan ia masih kekal dalam maksiat ataupun tetap berniat melakukannya maka tidak ada erti langsung taubatnya.
Ahli suluk juga perlu menunaikan segala perintah Allah dan menjauhi dari laranganNya. Sentiasa merasa bersalah dan mengakui kekurangannya terutama dalam hal melaksanakan kewajipan-kewajipan yang fardhu, kerana jiwa yang sentiasa merasa kerdil dan sedih terhadap dirinya yang sentiasa terlanjur berbuat dosa, maka ketika itu Allah berada di sisinya. Dan sentiasa berwaspada dari segala macam dosa samada yang kecil, apatah lagi yang besar sehingga melebihi waspadanya seseorang yang takut termakan racun yang boleh membunuh.
Ahli suluk juga mestilah berusaha bersungguh-sungguh memelihara hatinya dari berbagai jenis penyakit hati, was-was, angan-angan panjang dan lintasan-lintasan jahat ataupun yang meragukan, perlu dibina benteng kukuh bagi menghindari penyakit-penyakit dari menembusi masuk, kerana pada hati itulah TEMPAT PANDANGAN ALLAH SWT. Sesungguhnya punca utama segala penyakit hati itu adalah cinta kepada dunia sesuai dengan sebuah Hadis yang berbunyi : “ Punca segala kerosakan adalah cinta kepada dunia.” Maka cinta kepada Allah dan RasulNya SAW tidak akan menjadi sempurna kecuali hati kita dibersihkan dari segala macam penyakit antaranya sombong, takabbur, bangga diri, hasad dengki, riya’, ujub, khianat, buruk sangka dan sebagainya.
Sedang hati yang sama juga perlu dimasukkan sifat-sifat kenabian seperti redho, sabar, syukur, taqwa, tawakkal, tawadhu’, yakin, khauf, harap, hadir diri dalam amal ibadat, berbaik sangka sesama makhluk dan dengan Allah Ta’ala, dan banyak lagi, serta sentiasa dibasahi hati itu dengan zikir qalbi, nescaya sucilah hatinya sebagai persediaan menerima cahaya keTuhanan yang mampu mencapai makrifat.
Ahli suluk juga perlu sentiasa bertafakkur pada tiga perkara, iaitu:
1. Tafakkur tentang keajaiban kuasa dan keindahan Sang Penguasa yang Maha Agung samada di langit mahupun di bumi.
2. Tafakkur terhadap segala nikmat Allah yang tidak terhitung, serta pengaruh yang terdapat pada alam dan nikmat itu sendiri dan kecintaan pada Allah.
3. Tafakkur dalam soal kehidupan dunia dan akhirat serta keadaan makhluk yang ada, sehinggalah terbina jiwa yang tidak tunduk kepada dunia bahkan sentiasa mencari kebahagiaan akhirat.
Ahli suluk juga mestilah menjaga tubuh badan dan pancaindera dari terjebak ke dalam lembah maksiat dan dosa, digunakan hanya untuk kepentingan akhirat. Contohnya lidah yang dipelihara dari perkataan-perkataan keji, mengumpat, adu domba dan sebagainya, sebaliknya digunakan untuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seandainya perlu berbicara tentang urusan dunia, pastikan ia menjurus kepada kepentingan akhirat. Mata dan telinga yang merupakan pintu ke lubuk hati juga perlu dibentengi dari hal-hal maksiat kerana pandangan dan pendengaran mudah meresap masuk serta menetap di hati dan sukar untuk mengikisnya.
Maka pandangilah dunia hanya dengan tujuan mendapatkan pengajaran darinya, iaitu memikirkan bahawa apa yang kita pandang akan musnah, kerana dunia bermula dengan tiada dan berapa ramai makhluk Allah yang dahulunya telah berjalan di atas mukabumi ini dengan gah, kehebatan dan kemegahan, namun akhirnya dunia ini ditinggalkannya begitu sahaja, sekadar menjadi warisan orang terkemudian, tiada apa yang dibawanya dari perhiasan dunia ke alam kubur dan alam akhirat nanti, melainkan amal perbuatan baik dan buruknya. Dunia dan perhiasannya juga dapat dipandang sebagai natijah penciptaan Sang Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana sehinggakan semua hati yang bercahaya mampu mendengar dari ciptaan alam membicarakan dengan keadaannya betapa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Lembut lagi Maha Berdiri Sendiri.
Ringkasnya, ahli suluk adalah orang yang mempunyai matlamat hidup semata-mata untuk mencari keredhoan Allah. Daya usaha mereka adalah menjejaki Rasulullah SAW, mengambil segala bentuk hidup baginda dalam akhlak, perbuatan dan perbicaraannya. Mereka sentiasa menjejaki, mencontohi serta taat setia kepada segala perintah Allah, berusaha menjauhi azab sengsaraNya dan merindui janjiNya tentang ganjaran syurga serta dapat berhimpun bersama-sama jemaah Rasulullah SAW dan para kekasihNya di Hari Akhirat nanti.
DAKWAH
Telah berfirman Allah SWT yang mafhumnya:
“ Siapakah yang lebih baik perkataannya diantara orang-orang yang menyeru kepada Allah, lalu dia mengamalkan perbuatannya yang soleh seraya berkata sesungguhnya aku ini dari kaum Muslimin.” (Fushsilat: 33)
Allah berfirman lagi: “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali Imran: 110)
Nabi SAW pula telah bersabda : “Barangsiapa yang mengajak kepada suatu petunjuk yang benar, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang mengikutnya, tiada kurang dari pahala mereka walau sedikitpun. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka atasnya dosa sama seperti yang mengikutnya, tidak kurang dari dosa mereka walau sedikitpun.” (HR Ibnu Majah)
Seruan kepada Allah dan jalanNya, agamaNya dan ketaatan kepadaNya, adalah menjadi sifat para Nabi dan Rasul, yang mana mereka diutus ke dunia untuk tugas ini. Dan di atas tugas yang sama jugalah para ulama amilin dan auliya’ solihin dari kalangan hamba Allah yang mukminin telah menurut jejak langkah mereka pada setiap zaman dan masa.
Mereka menyeru manusia ke jalan Allah dan jalan ketaatanNya dengan kata dan kota, yakni dengan perkataan dan perbuatan, dengan penuh kesungguhan dan daya upaya, semata-mata kerana mencari keredhoan Allah dan atas belas kasihan terhadap hamba-hamba Allah, disamping mengharapkan pahala yang murni dariNya serta menurut jejak langkah Rasulullah SAW.
Pada umumnya, orang-orang Islam membatasi seruan dakwah dan tabligh kepada para alim ulama semata-mata, padahal setiap Muslim dan Muslimah adalah diperintah oleh Allah SWT supaya mencegah manusia daripada membuat maksiat. Walaupun usaha dakwah dan tabligh sememangnya kewajipan alim ulama, namun umat Islam yang umum juga tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut.
Nabi SAW bersabda :” Sampaikan dariku walau sepotong ayat” (HR Bukhari)
Oleh itu bukanlah semestinya seseorang itu bergelar alim terlebih dahulu baru boleh dia menyampaikan agama dan akhlak yang baik kepada manusia sedangkan apa sahaja yang salah dan terlarang di sisi agama yang dilakukan di hadapan orang-orang Islam, maka menjadi kewajiban mereka menegur orang yang melakukan kesalahan tersebut dengan cara yang tertib, berhikmah dan betul.
Ayat al-Quran yang memberikan penghormatan kepada umat Nabi SAW sebagai umat yang terbaik (surah Ali Imran: ayat 110), adalah dengan syarat umat ini meneruskan kerja menyebarkan risalah Rasulullah SAW yang agung, iaitu menyampai serta mendakwahkan ajaran-ajaran Islam, menyeru manusia ke jalan Allah dan mencegah manusia dari membuat maksiat.
Memang sudah termaklum bahawa tiada seorang manusia pun yang dilahirkan sebagai orang alim, dan wajib atas ahli-ahli ilmu agama menyampaikan ilmu-ilmu yang dketahuinya, dan semua orang yang belajar walaupun satu masalah sahaja sudah dikira dari ahli ilmu agama.
Maka berhak atas setiap Muslim untuk memulakan dakwah dengan memperbaiki dirinya terlebih dahulu, iaitu menjalankan perintah-perintah yang fardhu dan meninggalkan larangan-larangan yang haram. Kemudian mengajar ahli rumah tangganya, kemudian berdakwahlah kepada jiran tetangganya, kepada sekitaran kampungnya, seterusnya ke merata ceruk rantau negerinya sehinggalah ke negara-negara yang lain. Bila ada orang yang terdekat melakukan yang demikian, barulah gugur kewajipannya terhadap orang yang jauh. Jikalau tidak, nescaya semua orang yang berkuasa akan menanggungnya, baik yang terdekat mahupun yang terjauh. Dan dosa ini tidak akan gugur selama mana terdapat di atas mukabumi ini seorang yang jahil dari hal kefardhuan agamanya, sedangkan ada orang yang boleh berusaha datang kepadanya untuk mengajarnya tentang kefardhuan itu.
Seterusnya, seseorang yang menyuruh itu hendaklah ia memulakan dirinya sendiri terhadap apa yang disuruh, dan menjadi orang pertama menjauhi dari apa yang dilarang. Hal ini perlu supaya suruhan dan larangannya itu meninggalkan kesan di hati orang-orang yang diserunya, sebab terdapat ancaman yang keras dari Allah SWT terhadap sesiapa yang menyuruh berbuat baik walhal ia sendiri tiada mengerjakannya, dan ia melarang berbuat jahat padahal ia sendiri mengerjakannya.
Bagaimanapun tidaklah pula menyalahi bagi seseorang yang menyuruh dan melarang sedangkan ia sendiri tidak mampu berbuat demikian. Dalam hal ini, seorang alim yang tiada mengamalkan ilmunya dan tiada mengajarkan kepada orang lain adalah lebih rendah darjatnya dan lebih berat siksanya daripada orang alim yang mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain tetapi beliau sendiri tidak mengamalkannya.Kerana orang alim yang pertama tadi telah meninggalkan dua kefardhuan (mengajar dan beramal dengan ilmunya) berbanding orang alim kedua yang hanya meninggalkan satu kefardhuan (beramal dengan ilmunya), maka sudah tentu orang yang pertama tadi akan menerima ancaman dan balasan siksa yang lebih berat
Dan akhir sekali, ketahuilah, bahawa menyeru orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat dengan kaedah berlemah lembut, melahirkan belas kasihan, serta benar-benar tulus dalam mengambil berat terhadap bimbingan yang boleh menyelamatkan dan memimpin manusia masuk ke gerbang kebahagiaan dunia dan akhirat adalah cara yang amat berkesan sekali. Hendaklah selalu bersabar dan bertoleransi, berlapang dada, memaafkan, merendah diri dan memujuk dengan kata-kata yang baik dalam urusan dakwah dan pentarbiyahan.
Firman Allah yang mafhumnya:” Maka dengan rahmat Allah itulah engkau berlembut kepada mereka, dan seandainya engkau bersikap kasar dan berhati keras, nescaya mereka akan berpaling darimu” (Ali Imran:159)
Maka jikalau seorang Islam melihat saudaranya yang Muslim melakukan keburukan, hendaklah ia bersegera menutupnya, sambil menasihatinya secara rahsia dengan lemah lembut dan belas kasihan. Sedang jikalau ia tidak mampu mengubah dan melarangnya, maka wajib ia membenci dalam hati.
Begitu pula, hendaklah ia membenci perlakuan orang-orang yang berbuat maksiat secara berterus-terusan secara terbuka sedangkan ia sama-sama hadir menyaksikan kemaksiatan tersebut, maka ia perlu memisahkan dirinya dari tempat itu jikalau tidak mampu mencegahnya.
Dan sesiapa yang dilarang dari membuat kemaksiatan, sedangkan ia tetap tidak mengendahkan larangan tersebut dan berterus-terusan mengerjakannya secara terbuka, maka hendaklah ia disingkirkan sehingga ia meninggalkan kemungkaran tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.
Wallahu’alam
Tarim, Yaman, 2011