Di Mana Makam Tun Mutahir ??
|
Apabila BSM Tun Mutahir mangkat di Kuala Sedili pada 30hb Mei 1863, jenazah al-Marhum dikatakan telah dibawa ke puncak Bukit Timbalan di Johor Bharu. Kaum kerabat serta para pengiring al-Marhum pula ditempatkan di sebuah perkampungan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Pahang.
Sekitar tahun 2000 Masihi, semasa saya (Tun Suzana) mula membuat inisiatif untuk mencari salasilah keluarga dari sebelah al-Marhum ayahanda saya, saya dan suami telah berjumpa dengan arwah Tuan Hj Shaharom Husain, sejarahwan Johor yang pernah terkenal dengan jolokan "muzium hidup' kerana pengetahuannya yang mendalam tentang sejarah negeri Johor waktu itu. Beliau pernah menulis sebuah buku sejarah pada tahun 1995 bertajuk 'Sejarah Johor:Kaitannya dengan negeri Melayu, diterbitkan oleh Fajar Bakti.
Dalam buku tersebut, ms 187, beliau mencatatkan: " Apabila menyebut nama Sedili (Sedili Besar dan Sedili Kecil), saya teringat peristiwa sejarah peperangan saudara yang berlaku dalam tahun 1865 diantara Bendahara Wan Tahir dan anakandanya Wan Koris, dengan adindanya Wan Ahmad. Dalam peperangan itu, Temenggung Abu Bakar, Raja Johor (menantu Tun Mutahir@Wan Tahir) turut melibatkan diri membantu pihak Wan Tahir dan Wan Koris. Akhirnya Wan Tahir dan Wan Koris tewas dlm peperangan 'merebut' (TS:merampas) takhta kerajaan Pahang itu. Wan Tahir dan Wan Koris berundur meninggalkan Pahang ke Johor. Ketika sampai di Kuala Pahang, Wan Koris mangkat. Sampai di Kuala Sedili, Wan Tahir pula mangkat.Kedua-dua jenazah itu dibawa terus ke ISKANDAR PUTERI (Johor Bharu) dan dimakamkan di sana, KEDUA-DUA JENAZAH ITU DIMAKAMKAN DI ATAS BUKIT BENDERA (BUKIT TIMBALAN) bersama-sama makam orang Pahang di bawah Bukit Timbalan. Kini makam-makam itu termasuk makam-makam Wan Tahir dan Wan Koris telah lenyap kerana terdirinya bangunan pejabat-pejabat kerajaan baru dalam tahun 1937-1941.."
Selanjutnya Tuan Hj Shahrom Husain juga memaklumkan kepada saya bahawa di zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (1895-1959), perkuburan di Johor dibahagikan kepada tiga kelompok. Pertama, iaitu di Makam Mahmoodiah, ditempatkan untuk anak jati Johor serta kaum kerabat diraja Johor. Kedua, ‘Perkuburan Dagang’, yang sekarang dikenali sebagai perkuburan Kebun Teh, dikhususkan untuk pengkebumian orang-orang luar Johor seperti Perak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Dikatakan bahawa terdapat sebuah lagi tapak perkuburan, iaitu yang terletak di Bukit Timbalan, dikenali juga dengan nama ‘Perkuburan Pahang’. Di puncak Bukit Timbalan adalah dikhususkan bagi kaum kerabat Pahang yang mangkat, sementara orang kebanyakan Pahang yang meninggal dunia akan dikebumikan di bawah bukit ini
Lewat tahun 1938 Masihi, Sultan Ibrahim telah mencetuskan ilham untuk dibina sebuah bangunan kerajaan yang moden sebagai simbol kemajuan ekonomi negeri Johor yang sedang membangun pesat pada waktu itu. Bangunan yang kemudiannya dikenali sebagai bangunan Sultan Ibrahim ini masih berdiri megah di puncak Bukit Timbalan sehingga ke hari ini.
Di kawasan yang bertentangan dengan tempat letaknya pondok pengawal bangunan ini, terletak batu asas bangunan Sultan Ibrahim yang mana tercatat padanya kenyataan seperti yang berikut ini;
BANGUNAN SULTAN IBRAHIM
“Bangunan Sultan Ibrahim terletak di kawasan seluas kira-kira 68,000 meter persegi di sebuah kawasan bukit yang dikenali sebagai Bukit Timbalan. Bangunan ini dibina atas ilham dan kehendak al-Marhum Sultan Ibrahim bagi menempatkan semua pejabat kerajaan negeri dan bagi melambangkan keagungan kerajaan Johor yang makmur dan pesat membangun ketika ini.
Rekabentuk bangunan ini telah dihasilkan oleh Syarikat Messrs, Palmer & Turner Architects sementara kerja-kerja pembinaan diserahkan kepada United Engineers dan Ah Hong & Company. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada hari Isnin, 7 hb November 1938 apabila Tengku Mahkota al-Marhum Sultan Ismail merasmikan upacara memecah tanah. Upacara perletakan batu asas pula telah diadakan pada 10hb March 1940 oleh Tengku Mahkota al-Marhum Sultan Ismail. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1942 dengan harga 2 juta. Satu majlis jamuan makam malam telah diadakan di Istana Besar pada hari Selasa 3hb November 1942 (hari ‘Meiji Setsu’) bagi meraikan pembukaan pejabat di Bukit Timbalan. Bagaimanapun bangunan ini hanya dinamakan bangunan Sultan Ibrahim melalui perisytiharan DYMM Sultan Iskandar pada hari Isnin 9hb Ogos 1982…”
Dalam pertemuan saya dan suami saya dengan arwah Tuan Hj Shaharom Husain pada 4hb September 2000 Masihi di kediamannya Gapura Sastera, Kempas, Johor, yang mana wawancara saya dengannya bukan sahaja saya rekodkan dalam tape recorder, malahan saya dan suami sempat menandatangani buku pelawatnya, saya sempat merujuk tentang catatan beliau pada buku karangannya 'Sejarah Johor:Kaitannya dengan negeri Melayu”, kerana dari sumber tersebutlah baru saya tahu di mana makam leluhur saya Tun Mutahir itu, sebelumnya adalah misteri, dan dari situ jugalah tercetus inisiatif untuk bersemuka dengan Tuan Hj Shaharom Husain untuk mendapatkan gambaran yang lebih lanjut tentang lokasi dan status makam Tun Mutahir.
Apa yang diungkapkan Tuan Hj Shaharom Husain begitu memeranjatkan kami. Tentang makam tersebut beliau bercerita dengan lebih lanjut, iaitu pernah bertanya secara langsung dengan pegawai istana Johor, semasa itu Sultan Ibrahim ke luar negara. Soalan cepu emasnya "di mana makam Tun Mutahir?", respon yang dijawab adalah lebih kurang begini “ shh….., (dengan diletakkan jari telunjuk ke bibirnya), "…ditolak begitu sahaja… jangan bagitahu Tuanku..mampxxx kita!!"
Dari kenyataan inilah arwahnya Tuan Hj Shaharom Husain berani mencatatkan lokasi makam Tun Mutahir di puncak Bukit Timbalan dan kenyataan penuh tersirat pada bukunya "...Kini makam-makam itu termasuk makam-makam Wan Tahir dan Wan Koris telah LENYAP kerana terdirinya bangunan pejabat-pejabat kerajaan baru dalam tahun 1937-1941.., dan dari kenyataan ini jugalah saya berani mengeluarkan kenyataan berikut dalam buku saya bertajuk Mencari Sejarah Tun Mutahir Tun Ali, Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863), dilancarkan pada bulan Ogos 2001, dan sempat dihadiri oleh arwah Tuan Hj Shaharom Husain sendiri (lihat gambar bawah).

Pada buku Mencari Sejarah Tun Mutahir halaman 98, saya mencatatkan seperti berikut:
“ Dikatakan bahawa dalam tempuh pembinaan bangunan Sultan Ibrahim ini, baginda seringkali berkunjung ke luar negara dalam jangka waktu yang panjang. Kami difahamkan bahawa dalam satu sesi ziarah baginda ke luar negara yang memakan masa berbulan-bulan lamanya, terjadilah satu tragedi yang amat menyedihkan di Bukit Timbalan. Kerja-kerja pembinaan bangunan Sultan Ibrahim yang dibuat oleh orang Inggeris dan Cina telah dibuat tanpa mengambil kira serta menghormati hukum hakam agama Islam serta adat istiadat orang Melayu dalam hal pembinaan bangunan di tanah wakaf, iaitu dalam konteks ini, tanah perkuburan kaum kerabat Pahang.”
Selanjutnya dalam buku tersebut saya mencatatkan lagi: “Dikatakan bahawa dalam proses pembinaan bangunan Sultan Ibrahim ini, makam Tun Mutahir serta kaum kerabatnya yang lain telah dengan sewenang-wenangnya dicerobohi, diratakan, tanah dan tulang belulang disatukan, diredah dan digeledah oleh kontraktor dari Syarikat United Engineers dan Ah Hong and Company.. (saya berani membuat kenyataan ini berdasarkan rujukan saya dengan Tuan Hj Shaharom Husain) ”
Pada buku yang sama, halaman 100-101 saya mencatatkan:
“ Susulan dari tragedi pencerobohan makam keluarga bekas bendahara Pahang yang secara terangnya telah mencabuli peradaban dan tata tertib agama Islam, serta hasil dari kajian dan penyelidikan kami, maka sebagai cucu cicit al-Marhum Tun Mutahir ibni Tun Ali sendiri, kami dengan penuh rasa keinsafan dan tanggungjawab memohon pekenan KDYMM Sultan Pahang dan Johor serta kerjasama dan sokongan Persatuan Sejarah serta kerajaan dari kedua-dua negeri yang berkenaan ini, agar sebuah monumen peringatan dapat didirikan di atas tapak makam kerabat Pahang berdasarkan fakta-fakta berikut:
Pertama:
Sedangkan perkuburan awam mendapat ziarah dari anak cucu serta kaum Muslimin yang menyedekahkan ganjaran pahala bacaan Yaseen, surah Fatihah serta doa untuk si mati yang sudah tentunya dapat dimenafaati oleh roh-roh mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan ini, kami tidak mahu hak roh nenek moyang kami dirampas dari mendapat menafaat dan keberkatan ziarah anak cucu serta kaum Muslimin selain ganjaran sedeqah bacaan ayat-ayat suci, doa dan salam ke atas mereka hanya atas sebab pencerobohan ke atas tapak makam kaum kerabat Pahang yang tersebut ini.
Kedua:
Memberi peluang kepada keturunan Tun Mutahir untuk menziarahi bekas tapak makam baginda, bertujuan untuk memperingati baginda serta kaum kerabat yang lainnya. Kaum kerabat diraja Pahang juga dapat menefaati dari pembinaan monumen peringatan ini, kerana hakikatnya Tun Mutahir, Tun Koris serta kerabat yang lainnya bukan orang lain bagi mereka, melainkan saudara mara mereka sendiri.
Ketiga:
Sebagai membuktikan bahawa personaliti sejarah yang bernama Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali memang pernah wujud, bukan hikayat semata. Walaupun tiada namanya tercatat di muzium istana Pahang dan legasinya tidak dapat dikesan lagi, sekurang-kurangnya monumen peringatan Tun Mutahir Tun Ali dapat memberi keinsafan kepada keturunan baginda serta para pencinta sejarah tentang kewujudannya suatu masa dahulu
Keempat:
Kisah perang saudara di Pahang mempunyai nilai sejarah yang besar dan berharga, oleh itu dengan terbinanya monumen peringatan Tun Mutahir, dapatlah sejarahnya di hayati dan dihargai oleh para pencinta sejarah tanah air.Sedangkan makam-makam sultan, golongan bangsawan, alim ulama dan personaliti sejarah silam seperti Mahsuri, Hang Jebat, Tun Teja, Puteri Selindung Bulan dan sebagainya tetap dipelihara tapak-tapak makam mereka sehingga hari ini, mengapakah tidak boleh dibuat perkara yang sama pada bekas tapak makam Tun Mutahir, bekas Raja bendahara/pemerintah Pahang yang sah, yang mana kaum kerabatnya masih lagi menerajui takhta kesultanan bumi Pahang sehingga ke hari ini?
Selanjutnya saya mencatatkan juga:
“ Oleh itu, kami sebagai anak cucu Tun Mutahir serta kaum kerabat baginda mengharapkan agar kesemua pihak yang pernah bertanggungjawab membiarkan pencerobohan dengan sewenang-wenangnya dibuat oleh Syarikat United Engineers dan Ah Hong & Company ke atas makam bekas Raja Bendahara Pahang sekeluarga tanpa mengambil sebarang tindakan tegas, agar dapat menyokong usaha murni ini sebagai langkah menebus kembali kesilapan kita sebagai umat Islam yang wajib mempertahankan hukum hakam Islam dari sebarang usaha pencabulan”
Selepas pemakluman dari Tuan Hj Shaharom Husain yang tersebut itu, saya mula mengumpul waris Tun Mutahir, menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan perang saudara Pahang 1857-63, (selepas penulisan buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Raja-raja Melayu), dilanjutkan dengan perjumpaan keluarga dan membuat inisiatif untuk memohon pihak berkuasa Johor, hatta Majlis Agama dan istana Johor untuk menyelidiki kesahihan tragedi ini, dan kalau benar dipugar kembaapak makam tersebut, sekurang-kurangnya dalam hak Tun Mutahir dan kaum kerabatnya sebagai orang Islam.
Surat resmi telah dihantar kepada Majlis Agama, di lanjutkan ke istana Johor, namun jawapan yang diterima amatlah mengecewakan….