Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Syair
'Perang Bendahara' (edisi kedua)




Assalamu’alaikum saudara dan rakan,
Sejarah Pahang hendak disembahkan,
Moga menjadi contoh tauladan,
Gila kuasa adat dipisahkan.

Bendahara Ali baik orangnya,
Dibantu pula warak wazirnya,
Engku Sayyid jadi gelarnya,
Negeri Pahang aman sentosa.

Negeri Pahang aman sentosa,
Bendahara Muda Tahir namanya,
Dikasihi ayahanda demikian adanya,
Bendahara Muda adat dijaga.

Bendahara Ali ke Lingga perginya,
Berkahwin pula Cik Puan Lingga,
Bendahara Muda ikut bersama,
Tengku Kecik  puteri Sultan duduknya.

Cik Puan Lingga melahirkan putera,
Encik Wan Ahmad diberi nama,
Bakal menggegar kampong dan kota,
Sejarah hitam keluarga bendahara.

Johor Lingga penuh gelora,
Raja ditabal tiada adatnya,
Kanda yang tua sepatutnya bertakhta,
Yam Tuan Muda melantik adindanya.

Bendahara siap nak  betulkan adat,
Inggeris durjana pergi menyekat,
Dihasut dengan kata  yang kesat,
Supaya raja bertukar kerabat.

Johor Lingga melanggar adatnya,
Pecah berderai jadilah ia,
Inggeris datang ambil Singapura,
Lingga pula dirampas Belanda.

Johor Lingga  pernah bersatu,
Seorang rajanya sudahlah tentu,
Adat dilanggar siasah berlaku,
Menjadi dua  rajanya itu.

Pecahlah sudah  Johor dan Lingga,
Remuklah sudah hati bendahara,
Maka bicara memutus kata,
Muafakat semua orang kayanya.

Wahai Orang Kaya semua yang ada,
Dengarlah ini  pertanyaan kita,
Pada siapakah kita beraja,
Inggeris Belanda punya angkara.

Bangsawan Johor sudah menyerah,
Kesultanan Johor sudah berpecah,
Musibah melanda sudah membarah,
Bendahara di Pahang perlukah pasrah?

Negeri Pahang kurniaan Sultan,
Keluarga bendahara punya pegangan,
Sultan termakzul  banyak tentangan,
Moleklah kita tetapkan pendirian.

Patik sekelian, pacal yang hina,
Kepada  Tuanku patik beraja,
Inggeris Belanda punya angkara,
Biar Tuanku galang gantinya

Maka sabda Raja Bendahara,
Wahai anakanda Bendahara Muda,
Isytihar segera kepada semua,
Negeri Pahang  tetap daulahnya.

Keluarga bendahara  memegang daulah,
Raja Bendahara terus perintah,
Muafakat semua selesailah sudah,
Negeri Pahang tidakkan diserah.

Raja Bendahara mengundur dirinya,
Istana di Lamir  dibina untuknya,
Bendahara Muda galang gantinya,
Gancong istana  indah serinya.

Tun Tahir bergelar Bendahara Muda,
Bendahara Gancong dialah juga,
Engku Sayyid wazir utama,
Di bumi Pahang serta pelosoknya.

Tersebut Wan Ahmad buat angkara,
Melanggar aturan adat  agama,
Remuklah hati paduka ayahanda,
Pada Tun Tahir baginda bersabda.

Wahai Tun Tahir singkirkan Ahmad,
Inilah titah sebagai amanat,
Jangan subahat dengan pengkhianat,
Tidak selamat sampai Kiamat.

Warkah ditinta Raja Bendahara,
Disaksi sekelian Orang Kayanya,
Jalankan hukuman mengikut agama,
Kepada si Ahmad yang buat durjana.

Jawab  Tun Tahir pada baginda,
Tidaklah anakanda melanggar sabda,
Ayahanda sedang gering adanya,
Beri anakanda tempuh dan masa.

Balas madah raja yang bijak,
Sebelum mangkatnya segeralah bertindak,
Jangan sampai rakyat terjebak,
Huru-hara Pahang kiranya merebak.

Encik Wan Ahmad menghilang diri,
Tidak terlaksana titah Tun Ali,
Baginda pula gering di puri,
Berduka semua isi negeri.

Sudah syahadan tiba masanya,
Mangkatlah sudah Raja Bendahara,
Sekali peristiwa berlaku angkara,
Muncul Wan Ahmad di pemakaman bendahara.

Bertentanglah sudah mata  keduanya,
Diantara Wan Ahmad dan Tun Tahir kandanya,
Namun dihalang semua Orang Kaya,
Lantas berkata dengan tegasnya.

Wahai Tuanku dua saudara,
Makamkan dulu paduka ayahanda,
Mohon doa kepada yang Esa,
Bersama rakyat berkabung  hiba.

Sekonyong Wan Ahmad ke Singapura,
Duduk di sana mengumpul tenaga,
Temenggung Johor memasang mata,
Mengadulah ia pada gabenornya.

Syahadan menjawab gabenornya pula,
Apalah sangat Wan Ahmad adanya,
Biarkan dia menghabiskan masa,
Duduk berehat di Singapura.

Setelah segala sempurna kumpulnya,
Belayarlah Ahmad Terengganu tujunya,
Raja Terengganu menunggu tibanya,
Di pantai Kemaman pertemuan keduanya.

Baginda Omar raja Terengganu,
Rancangan Ahmad sedia dibantu,
Menentang Tun Tahir di Pahang itu,
Rampasan takhta akan berlaku.

Kepada anakanda Tun Tahir berkata,
Duduklah dikau, puteri Temenggung  adanya,
Putera yang lain janganlah leka,
Teman kandamu Singapura perginya.

Belayarlah putera Seri Maharaja,
Menyampaikan hajat di Telok Belanga,
Tinggallah baginda bersama puterinya,
Di istana Gancong bersemayam ia.

Tidak diduga sampailah Ahmad,
Bertemu Seri Maharaja lalu  menggertak,
Sekarang kanda apa nak buat,
Tiada berputera hilanglah kuat.

Orang Kemaman Pahang langgarnya,
Melantik Wan Ahmad bendaharanya,
Siwa Diraja  nama gelarnya,
Inggeris merestu jadi dalangnya.

Rakyat di Pahang mendengar berita,
Gundah gulana tertanya-tanya,
Patutkah Ahmad  merampas kuasa,
Sedangkan Tun Tahir dah sedia ada.

Aduhai Pahang apa jadinya,
Tak pernah pula beraja dua,
Seri Maharaja ditabal adatnya,
  Siwa Raja pula, orang luar angkatnya.

Kepada asykarnya Wan Ahmad berperi,
Seranglah Pekan bertubi-tubi,
Biarkan semua rakyatnya lari,
Hartanya pula kita rampasi.

Begitulah kisah Gancong diserang,
Istana dicemar sewenang-wenang,
Tiada terlindung seurat benang,
Tingkah Wan Ahmad, cela dipandang.


Ketiga putera Seri Maharaja,
Kembali ke Pahang dengan Orang Kaya,

Membela  ayahanda dengan setia,
Usir  Wan Ahmad  angkara derhaka.

Istana Gancong kembali dapatnya,
Gembira hati paduka baginda,
Adapun Embong besar kokoknya,
Menang berperang  kerana dia katanya.

Sultan Mahmud raja di Lingga,
Hilang  negerinya dibuang Belanda,
Ziarah ke Pahang serta pengiringnya,
Puteri Seri Maharaja  di Pekan duduknya.

Sultan Mahmud ke Jelai kemudian,
Ziarah Tok Raja  bersuka-sukaan,
Khabar bergolak tuju ke Pekan,
Sultan Mahmud Tok Raja merajakan.


Aduhai apakah ikhtiar termulia,
Fikir Seri Maharaja dalam benaknya,
Adinda Wan Ahmad sedang sedia,
Melanggar Pahang kali kedua.

Apatah lagi nestapa baginda,
Inggeris durjana mengambil kira,
Jangan diraja  Sultan  Lingga
Nescaya Pahang dapat bencana.

Seri Maharaja memutus kata,
Mengikut adatnya marhum ayahanda,   
Negeri Pahang bendahara perintahnya,
Biarlah daulah ikut adatnya.

Tok Raja dan Sultan Lingga,
Bersiap ke hilir Pekan tujunya,
Tiba di sana tiada dapat hajatnya,
Seri Maharaja teguh fikirnya.

Langkah diambil Sultan Lingga,
Terengganu tujunya daulah kerabatnya,
Daerah Kemaman hajat tujunya,
Mencari Wan Ahmad berpihak padanya.

Jika demikian sudah bicara,
Mengapa Tok Raja menurut  serta,
Seri Maharaja hakikat rajanya,
Sultan Lingga mengapa diturutnya.

Pergi Tok Raja duduk Kemaman,
Puteranya Embong mengganti Tuan,
Rakyat Jelai tetap tertawan,
Tabiat Embong datangkan keruan.

Khabar  dituju ke Seri Maharaja,
Embong tidak mendengar kata,
Ayahandanya pula curiga setia,
Bencana apa negeri kita.

Maka berkata Seri Maharaja,
Arahkan Embong turut ayahanda,
Namun Embong tetap derhaka,
Akhirnya jadi padah dirinya.

Sampai berita ke telinga Tok Raja,
Aduh sedihnya tidak terhingga,
Mengambil bicara memutus kata,
Kepada Ahmad diubah setia.

Dua tahun lebih berlalu masa,
Encik Wan Ahmad  kumpul tenaga,
Kali ini dibantu Tok Raja,
Melanggar daulah Seri Maharaja.

Tentera derhaka membakar Kuantan,
Kuantan hangus ditujunya Pekan,
Seri Maharaja dan rakyat  sekelian,
Gagah  perkasa negeri pertahankan.

Tentera Wan Ahmad terkepung  sudah,
Ubat peluru bekalan habislah,
Sekonyong tiba  gabenor Cavenagh,
Mengadap raja membawa gundah.

Gabenor Cavenagh menuntut sahihnya,
Dakwaan Ahmad  wasiat ayahandnya,
Memberi Endau serta Kuantannya,
Konon katanya Seri Maharaja melanggarnya.

Engku Sayyid   Dato Memanda,
Menjadi kalam paduka baginda,
Tuntutan Ahmad dusta semata,
Angkara jahat tiada benarnya.

Gabenor Cavenagh sedia menanti,
Seri Maharaja kemuka bukti,
Dikota baginda apa yang dijanji,
Ahmad derhaka menghilang diri.

Sungguh Inggeris memang durjana,
Biarkan Ahmad buat angkara,
Sekat bantuan  Temenggung Johornya,
Biarkan Ahmad Terengganu bantunya.

Angkara Inggeris tiada disekat,
Ahmad dihasut melangkah adat,
Langkah adat hilanglah rahmat,
Tanah Melayu Inggeris mendapat.

Ahmad berundur melepas dirinya,
Menghala Terengganu daulah tujunya.
Ke bawah duli terus sembahnya,
Namun tiada bicara adanya.

Encik Wan Ahmad patahlah hati,
Pergi Kelantan membawa diri,
Sedang duduk meminum kopi,
Ilham pun datang dengan sendiri.

Kononnya kopi membawa tuah,
Tercetus ilham madah berhelah,
Ahmad berubah Pahang menyerah,
Namun akhirnya semua ditulah.

Ahmad berubah segala adatnya,
Tuhan  sahaja tahu hatinya,
Berperang kita kerana agama tentunya,
Itu menjadi helah dakwanya.

Aduhai Ahmad bersiasah adanya,
  Apakah sungguh  bagai ikhlasnya,
  Adat agama mengapa langgarnya,
Mengapa dirimu  sanggup derhaka.

Tok Raja Maharaja Perba,
Jajahan Jelai bawah perintahnya,
Bila Tok Raja ubah setia,
Rakyat Jelai  rela turutnya.

Tembeling diambil oleh Tok Raja,
Upah membantu hai orang Rawa,
Ahmad dipanggil bila berjaya,
Diangkat orang  lalu diraja.

Beraja dua Pahang sudahnya,
Seri Maharaja raja sahihnya,
Apalah malang Ahmad ditabalnya,
Ubat peluru jadi hakimnya.

Suratan takdir apakan daya,
Darah mengalir Seri Maharaja,
Juga berakhir nyawa anakanda,
Angkara tamak Ahmad derhaka.

Seri Maharaja syahidlah diri,
Rakyat setia sayulah hati,
Mangkat rajanya di Kuala Sedili,
Makam baginda di Tanjung Puteri.

Seri Maharaja tiadalah lagi,
Kasih rakyatnya tak berbelah bagi,
Memutus kata  sampan dilayari,
Keluar Pahang membawa diri.

Orang Kaya  muafakat semua,
Anakanda Tun Aman pula dirajanya,
Mengambil gelar al-Marhum ayahanda,
Raja Bendahara Seri Maharaja.

Tun Aman teruskan perjuangan,
Berbekal semangat, azam dan kenangan,
Berperang tentu mati-matian,
Tetap berjuang walau sendirian.

Sabda yang benar junjungan mulia,
Umat menjaga amanah nasabnya,
Jangan khianati nenek moyangnya,
Pelihara ia sepanjang hayatnya.

Wahai cucunda Seri Maharaja sekelian,
Sampailah sudah masa berjalan,
Duduk perkara tolong khabarkan,
Agar yang keruh, dapat dijernihkan.

Untuk nenda penuh kasih adanya,
Kenangan nenda tidak dipersia,
Moga dirahmat Tuhan yang Esa,
Ditempat bersama ahli syurga.

Maruah nenda cunda perjuangkan,
Tiada cucunda sia–siakan,
Barang yang benar Tuhan zahirkan,
Bagai sireh pulang ke gagangan.

Wassalam sudah penutup kata,
Sejarah benar bukan direka,
Itulah dia  kisah yang nyata,
Buat renungan kita semua.



Powered by Create your own unique website with customizable templates.