Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab


        Dalam menelusuri sejarah dan salasilah penguasa-penguasa dari berbagai kerajaan dan kesultanan Islam di dunia ini, penulis telah mengambil petunjuk dari berbagai sumber sejarah yang mengaitkan kebarangkalian sebahagian daripada pemerintah-pemerintah kerajaan ataupun kesultanan ini sebagai berketurunan daripada ahlul-bait Rasulullah ﷺ.

        Dalam perkara ini, walaupun sesetengah daripada kerajaan dan kesultanan ini telahpun disahkan penguasanya sebagai bertitisan daripada ahlul-bait Rasulullah ﷺ oleh ahli-ahli nasab yang muktabar, namun sebahagian yang lain tidak dapat disahkan lagi kerana setakat ini masih belum memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli nasab.

        Ini berikutan petunjuk-petunjuk sejarah hanya berfungsi sebagai pengukuh bagi maklumat-maklumat yang terdapat dalam kitab-kitab rujukan ahli nasab, sedangkan petunjuk-petunjuk sejarah tidak dapat berdiri dengan sendirinya sebagai dalil atau hujjah utama atas sifatnya yang dinamis dan boleh berubah dengan penemuan-penemuan baru, selain kemungkinan boleh dipersoalkan kesahihannya kerana ada juga maklumat sejarah yang dipinda, ditokok tambah atau dipalsukan berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu.

         Dalam hal ini apabila terdapat petunjuk-petunjuk sejarah yang memungkinkan seseorang dikaitkan dengan keturunan ahlul-bait Rasulullah ﷺ, maka keadaan ini memerlukan pengkajian yang lebih mendalam, halus dan teliti dengan metodologi yang khusus, selain mengambil kira rekod-rekod dari buku-buku nasab serta rujukan-rujukan para munsib, untuk disahkan, diterima dan direkodkan dalam kitab-kitab nasab yang resmi.

        Ilmu Nasab adalah Ilmu Yakin, oleh itu salasilah perlu  diteliti, diperhalusi dan disaring secara cermat oleh mereka yang berkelayakan dalam bidang ini iaitu ahli-ahli nasab sebelum dapat disahkan secara muktamad.

        Dalam hal ini, kerajaan-kerajaan ataupun kesultanan-kesultanan dunia khususnya di Alam Nusantara, yang mana sebahagian salasilahnya yang belum/tidak dapat disahkan secara muktamad oleh para ahli nasab, penulis dan pengkaji sejarah seharusnya membentangkannya sebagai kajian ilmiah daripada perspektif Ilmu Sejarah semata-mata, sebagai tambahan ataupun kajibanding pada karangan-karangan lain yang berkaitan dan sedia ada .

        Sebagai kajian ilmiah semata-mata yang bersandarkan kepada sumber-sumber sejarah, maka bilamana terdapat petunjuk-petunjuk, data dan fakta berlainan yang lebih kuat dan sahih maka kesimpulan-kesimpulan yang dibuat pada buku ini boleh saja berubah.

        Matlamat pengkajian salasilah dari perpekstif Ilmu Sejarah dan bukan Ilmu Nasab  hanyalah demi memperluaskan skop ilmiah tentang aspek-aspek sejarah bangsa kita yang penting, sebagai maklumat-maklumat berharga yang boleh terus menerus dikaji, diperhalusi dan dibahaskan selain memperkayakan khazanah ilmu dan warisan sejarah bangsa kita.

     Di sini molek jika kita dapat sama-sama berkongsi maklumat tentang kelayakan ahli-ahli nasab seperti berikut[1]:

a.   Bertaqwa kepada Allah SWT, takut terhadap segala bentuk godaan yang akan menimbulkan sifat khianat para ahli nasab dengan menetapkan, membuat atau mengeluarkan nasab seseorang yang bukan keturunan Rasulullah ﷺ, baik dengan cara sogokan dalam bentuk materi (wang), hubungan kekeluargaan dan persahabatan, pemaksaan dari lain pihak dengan berbagai macam cara, sehingga ahli nasab tersebut tergelincir ke dalam kegiatan pemalsuan nasab.

b. Berlaku jujur agar tidak berbuat kebohongan dalam menetapkan, membuat atau mengeluarkan nasab seseorang yang bukan keturunan Rasulullah ﷺ dan mampu menolak segala bentuk kecurangan seputar nasab.

c. Menjauhkan diri dari sifat-sifat yang dilarang oleh syariat, berbuat yang hina dan dapat merendahkan martabatnya serta menghindari perbuatan yang dapat merusak kewibawaan sebagai seorang ahli nasab dengan sengaja melanggar syariat.

d. Istiqamah (konsisten) dalam menghadapi setiap masalah, jika ia telah menetapkan nasab seseorang keturunan Rasulullah ﷺ berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan dan tidak melanggar aturan agama, mengkaji pendapat lingkungan, apalagi pendapat tersebut tidak mempunyai dasar dan fakta, serta tidak dapat dipertanggungjawabkan.

d. Seorang yang berkecimpung di bidang nasab haruslah orang yang benar-benar mengetahui ilmu nasab dan mempunyai ingatan yang kuat dan baik, mempunyai analisa yang luas dan mendalam seputar nasab, selalu menguasai dan menyandarkan pengetahuannya kepada syariat dan hukum Islam terutama hukum-hukum yang berkenaan dengan ahlul bait Rasusulullah ﷺ.

e. Bersikap penuh dengan kehati-hatian, cermat dan teliti dalam berpikir, tidak tergesa-gesa dan mudah membuat keputusan tanpa pertimbangan yang matang.

f.  Mempunyai jiwa yang besar dan tegar, agar tidak mudah cemas dalam menghadapi persoalan nasab, supaya tidak membawanya kearah kebatilan dan menjauhkan diri dari kebenaran.

g. Mempunyai tulisan yang bagus, karena seorang ahli nasab tidak pernah jauh dari urusan tulis menulis seputar silsilah keluarga Rasulullah ﷺ.

        Di kawasan Asia Tenggara hari ini, ahli-ahli nasab yang muktabar dari kelompok Alawiyyin berpayung di bawah dua organisasi yang masyur iaitu Rabithah Alawiyah dan Naqobatul Asyrof yang menjadi pusat mengkaji, mengumpul serta memelihara data serta maklumat salasilah keluarga besar Alawiyyin, berpusat di Jakarta Indonesia selain mempunyai cawangan di Malaysia, Singapura, Sumatera  serta beberapa tempat yang lain.

        Wujud juga organisasi seperti Naqobah Al Azmat Khan Al Husaini yang menaungi keluarga besar al-Azmat Khan dengan metodologi mereka yang tersendiri untuk menyaring  serta mengesahkan salasilah-salasilah yang dibentangkan kepadanya.

        Namun setakat ini, masih belum ada organisasi seumpamanya dari kelompok al-Hassani  and al-Abbasi walaupun diketahui zuriat daripada kedua-dua keluarga dan kerabat Nabi ﷺ ini wujud di Alam Nusantara ini dengan zuriat yang agak ramai juga, walaupun mungkin tidak seramai dari kelompok Alawiyyin yang berasal dari Hadhramaut, Yaman itu.


Peranan Petunjuk Sejarah Dalam Ilmu Nasab

        Jikalau disabitkan dengan hubungan sebagai ahlul-bait Rasulullah ﷺ, secara ringkasnya golongan beriman di mukabumi ini dapatlah dikategorikan kepada tiga kelompok: iaitu pertama, yang secara muktamadnya merupakan ahlul-bait Baginda kerana telahpun disaring, dibuktikan dan disahkan oleh ahli-ahli nasab yang muktabar dari sumber-sumber rujukan yang diperolehi dari kitab-kitab nasab yang masyur serta rekod-rekod para munsib kabilah-kabilah ahlul-bait mahupun dari badan-badan tertentu, khususnya yang bersusur galurkan daripada keluarga paling masyur iaitu Ba Alawi@Alawiyyin dari Hadhramaut di Yaman.  

        Kelompok kedua adalah mereka yang belum dapat diiktiraf sebagai ahlul-bait Nabi ﷺ oleh ahli nasab, kerana tiada rekod dalam kitab-kitab nasab ataupun pada munsib-munsib kabilah, namun golongan ini belum boleh ditolak seratus peratus kerana wujudnya petunjuk-petunjuk sejarah dari berbagai sumber yang  mengaitkan leluhur mereka kepada keluarga Rasulullah ﷺ. Sejarah dan salasilah golongan ini  perlu dijejaki dengan lebih lanjut lagi, diteliti dan diperhalusi khususnya oleh pakar-pakar nasab ahlul-bait Rasulullah ﷺ sebelum dapat diterima secara muktamad, ataupun terus ‘digantung’ kerana hujjah dan buktinya masih belum cukup kuat, yakni perlu dicari lagi, mahupun ditolak terus kerana dalil-dalil yang dikemukakan ternyata palsu.

        Sedangkan golongan ketiga pula adalah mereka yang secara muktamadnya bukan ahlul-bait Nabi ﷺ kerana sememangnya dari awal lagi tidak terdapat sebarang petunjuk yang memungkinkan berlakunya hal tersebut walaupun dalilnya sebesar biji sawi.

        Diaspora keturunan Rasulullah ﷺ ke serata pelosok alam merupakan suatu realiti sejarah yang rata-rata telah diketahui dan diperakui umum. Sebahagian mereka masih terus memelihara nasab keluarga secara turun temurun, dengan cermat dan teliti, namun sebahagian yang lain pula tidak sedemikian. Ini mungkin disebabkan lazim terjadinya perkahwinan dengan golongan yang luar dari kelompok ahlul-bait seperti dengan puteri-puteri bangsawan tempatan sehingga generasi-generasi kemudian menjadi sebati dengan acuan dan budaya tempatan dari darah nenda yang perempuan, lalu anak cucu yang sudah bermusafir dan berpindah randah, kemudian membina tapak dan kehidupan baru, nun jauh dari tanah asal-usul nenek moyang di jazirah Arab,’home away from home’,  langsung berasimilasi dengan keluarga dan kaum kerabat dan masyarakat di ‘negeri angkat’ yang kini sudah bersebati seperti darah dan daging sendiri,  tidak lagi ditekankan kepentingan untuk merekodkan salasilah dan asal usul keluarga, apatah lagi pada generasi-generasi yang belakangan, lebih beratus-ratus tahun terpisah dari tanah leluhur yang asal.

        Realitinya ahli-ahli nasab seringkali menemui keluarga-keluarga yang  dibayangkan bertitisan ahlul-bait Rasulullah ﷺ khususnya melalui petunjuk-petunjuk sejarah,  namun tiada rekod nasab resmi untuk menunjukkan demikian, bentuk dan rupa yang fizikal pun sudah lebih beracuan lokal,  sekadar diberitahu oleh kalangan orang tua-tua keluarga yang sudah ingat-ingat lupa, ataupun dilisankan salasilah keluarga secara terputus-putus pada hafalan ahli-ahli keluarga, yang sebahagiannya sendiri bercelaru dengan susunan, kalau bernasib baik terselit dalam simpanan orang tua-tua dokumen-dokumen tulisan tangan dalam bahasa lama, dalam helaian kertas yang usang dan reput, yang disalin semula entah berapa ratus kali secara caca-merba oleh generasi-generasi kemudian mengikut fahaman masing-masing, maka kini terserahlah pada kepakaran para ahli nasab untuk cuba menjejak, mengkaji, menghalusi dan menyusun kembali salasilah keluarga-keluarga ini secara tepat mengikut kaedah dan metodologi tertentu, kerana perkara nasab bukan main-main, khususnya yang terkait dengan zuriat daripada Rasulullah ﷺ sendiri.

        Hakikatnya dalam Ilmu Nasab terdapat beberapa kategori khusus yang mengkelompokkan status nasab seseorang.

        Di bawah ini adalah petikan daripada kertas kerja yang ditulis oleh Syed Ali Alidin, merangkap AJK dan Ahli Nasab kepada sebuah badan nasab Alawiyyin yang terkemuka di Indonesia, iaitu Naqobatul Asyraf, yang mana antara fungsi badan ini adalah mengkaji, merekod dan memelihara keaslian dan kesucian rantaian salasilah keluarga Rasulullah ﷺ dari jurai Alawiyyin yang berasal dari wilayah Hadhramaut di Yaman, khususnya di Alam Nusantara ini.

        Beliau telah memberikan beberapa klasifikasi berikut dalam hal yang terkait dengan pengkajian terhadap keturunan daripada ahlul-bait Rasulullah ﷺ seperti berikut:

        Shohihun Nasab

    Adalah status nasab seseorang yang setelah melalui penelitian dan  pemerhatian serta penyelidikan ternyata sesuai dengan buku rujukan (buku H. Ali b Ja’far Assegaf dan buku induk serta buku buku nasab yang lain yang telah diakui oleh para An Nasabah di dunia ini), yang bersangkutan dinyatakan berhak untuk mendapatkan buku dan dimasukkan namanya di dalam buku induk ataupun mendapatkan lembaran nasab yang di keluarkan oleh orang yang mengerti akan ilmu nasab. Pengeluaran lembaran nasab ini melalui proses yang cukup matang dengan mengadakan penelitian yang teliti dan cermat.

        Masyhurun Nasab

        Adalah status nasab seseorang/satu kelompok keluarga  yang diakui akan kebenarannya namun tidak terdapat pada buku rujukan yang ada. Nasab seseorang/satu kelompok ini tidak dapat dimasukkan dalam buku induk yang ada. Kebenaran nasabnya didapat dari keterangan kalangan keluarganya sendiri dan ditunjang oleh beberapa karangan/buku yang dapat dipercaya juga diakui oleh ahli-ahli silsilah terdahulu ditambah beberapa orang yang memang diakui keperibadiannya di dalam ilmu nasab pada masanya. Juga yang tak kalah penting adalah pengakuan individu/kelompok ini sebagai keturunan dzurriyah Rasul sudah diakui secara turun temurun dan secara de facto merekapun telah menjalin tali perkahwinan pada keluarga para sayyid yang lain.Umumnya keluarga yang di katagorikan dalam Masyhurun Nasab ini adalah keluarga yang bukan berasal dari Hadramaut. Sebagai contoh :Al Baragwan dan Bin Sueib Al Hasani dari Mekkah, Al Anggawi dari Maroko/Maghrabi, Al-Jailani/Al-Qhodiri Al-Hasani yang sebahagian berasal dari Qaidun Hadramaut ataupun dari tempat tempat lain dan Al Qudsi Al Hasani dari Baitul Maqdis Palestine.

        Makbul al-Nasab.

        Nasab yang telah ditetapkan kebenarannya pada sebahagian ulama nasab tetapi sebahagian lain menentangnya. Maka syarat diterimanya nasab tersebut harus melalui kesaksian dua orang yang adil yang mengerti dan memiliki pengetahuan dasar ilmu nasab. Juga adanya beberapa karangan dari para penyusun nasab yang dapat dijadikan rujukan dalam mengambil sikap/pendapat.

        Majhulun Nasab

       Adalah status nasab seseorang setelah diadakan masa penyelidikan/ pemerhatian dan penelitian ternyata tidak  didapatkan jalur nasabnya. Ada beberapa kemungkinan penyebab terjadinya status ini diantaranya:  karena   ketidaktahuan, kebodohan, kurangnya pengetahuan masalah nasabnya ataupun niat-niat untuk memalsukan nasab. Diantara kelompok ini adalah orang yang menisbahkan diri dalam keluarga Al-Azmat Khan/Wali Songo.Di dalam nasab keluarga ini sudah lebih dari 500 tahun tak tercatat secara tertib. Diperkirakan lebih kurang 15 generasi yang telah terputus, jadi dalam kurun waktu yang begitu lama sangat mungkin terjadi pemalsuan ataupun salah nisbah juga sudah bercampur aduk antara garis laki laki dan perempuan. Nasab ini adalah nasab yang sudah tak dapat disambungkan lagi ke dalam datuk moyang yang mereka nisbah[2].

        Masykukun Nasab

  Adalah status nasab seseorang yang diragukan kebenarannya karena  didalam susunannya terjadi  kesalahan / terlompat  beberapa nama. Hal ini kerana terjadinya  kelengahan sehingga tidak tercatatnya beberapa nama pada generasi tertentu. Status nasab seperti ini dapat saja ditemukan jalur nasabnya yang benar atau malah terbukti bahwa nasab ini palsu/mardud.  

            Mardudun Nasab

        Adalah status nasab seseorang yang dengan sengaja  melakukan pemalsuan nasab yakni mencantum beberapa nama yang tidak memiliki hubungan dengan susun galur nasab yang ada. Ataupun menisbahkan namanya dengan  qabilah tertentu bersandarkan dengan cerita / riwayat dari seseorang yang tidak memiliki ilmu nasab / individu yang mencari keuntungan ekonomi secara pribadi dan ada juga yang melalui mimpi dan hal-hal yang tidak dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah.
 
        Tahtal Bahas /dalam pembahasan

    Adalah  status nasab seseorang yang   mana  di dalamnya terjadi kesimpang  siuran  dalam  susunan namanya. Hal ini banyak penyebabnya, diantaranya karena yang bersangkutan ditinggal oleh  orang tuanya   dalam keadaan masih kecil atau terjadinya kehilangan  komunikasi dengan  keluarganya  atau terjadi kesalahan dalam menuliskan urutan-urutan namanya. Status nasab ini bisa menjadi Shohihun Nasab atau  Majhulun Nasab  atau  Mardudun  Nasab sesuai dengan hasil penyelidikan dan pemerhatian yang dilakukan.

 
        Math'unun Nasab / Huwa lighoiri Rosydah

        Adalah status  seseorang yang tertolak nasabnya karena yang bersangkutan terlahir dari hasil perkahwinan di luar Syariat Islam. Tertolaknya nasab  ini setelah melalui penelitian dan pemerhatian juga dengan ditegaskan oleh beberapa orang saksi yang dapat dipercayai yang mengetahui dengan pasti akan kejadian tentang sejarah perkawinan orang tuanya. Hal ini juga dikenal dengan cacat nasab.


[1] Sumber internet; Benmashoor.wordpress.com

[2] Di dalam  kitab Syamsu adz-Zhohirah susunan Allamah Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain al Masyur yang kemudiannya ditahkikkan oleh ahli nasab Sayyid Muhammad Dhiya’ Syihab,  hlm 528, menyebutkan bahawa: “Al-Habib al Allamah Ahmad bin Abu Bakar bin Semait dalam syarah kitab Lamiah karangan al Habib Abdullah mengatakan bahawa Ammul Faqih (Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath), mempunyai empat anak, dan diantara anaknya yang mempunyai keturunan ialah Abdul Malik bin Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath, yang mana keturunannya bertebaran di India, dikenali sebagai al-Azmat Khan. Juga dicatatkan bahawa telah datang surat kepada Habib Ahmad bin Hassan al-Attas daripada Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Jufri dan Amin bin Sayyid Jaafar ‘Asim yang mengandungi soalan mengenai keluarga al-Azmat Khan. Maka Habib Ahmad bin Hassan al-Attas menjawab: “ Dan telah kamu mengetahui bahawa nasab sadat al-Azmat Khan adalah anak-anak keturunan daripada Sayyid Abdul Malik bin Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath. Dan mereka telah dicatatkan di dalam  usul/akar pokok salasilah (yakni salasilah Sayyid Abdul Malik sehingga kepada Nabi ﷺ daripada sebelah lelaki) di tangan-tangan para sadat Alawiyyin. Ini adalah akar pokok manakala ranting-ranting daripada pokok salasilah keluarga al-Azmat Khan ini tidaklah kami mempunyai pengetahuan lanjut ke atasnya.”

        Penulis telah merujuk kepada ahli-ahli nasab di  Tareem, Hadhramawt, Yemen  yang mengambil pendirian bahawa jikalau mana-mana pihak yang datang dengan ranting-ranting salasilah al-Azmat Khan ini, maka pendirian yang diambil oleh ahli-ahli nasab di Tareem, Hadhramawt, bahawa mereka tidak akan mengiyakan mahupun menafikan status mereka sebagai ahlul-bait Nabi ﷺ. Sungguhpun ahli-ahli nasab Hadhamawt memperakui kewujudan/keberadaan ranting-ranting salasilah al-Azmat Khan, namun mereka tidak akan mengesahkan mana-mana individu sebagai al-Azmat Khan serta tidak dapat mencatatkan namanya dalam rekod salasilah di sini, kerana syarat-syarat pengesahan  yang digunakan sebagai  mengenalkan mana-mana pihak dari keluarga al-Azmat Khan belum/tidak memenuhi syarat-syarat metodologi ahli-ahli nasab di Tareem, Hadramawt.

Dipetik dari buku Zuriat Rasulullah SAW & Raja-Raja Melayu : Falsafah Sejarah & Hikmah

Untuk maklumat lanjut rujuk bahagian Karya Penulis


Powered by Create your own unique website with customizable templates.