Analisis Ringkas Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
MENGULAS TAJUK ‘BAGAIMANA SULTAN SINGAPURA MENJUAL TANAH KE BRITISH’: SUATU KAJIAN RINGKAS DARIPADA SUDUT PERUNDANGAN WATAN
Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang perkongsian sebuah video menarik diatas yang tular bertajuk ‘Bagaimana Sultan Singapura Menjual Tanah ke British’ ? Tujuan saya mengulas adalah untuk berkongsi kajian dan rumusan saya berkaitan dengan peristiwa penyerahan Singapura oleh “Sultan Singapura’ dalam tahun 1824 berteraskan sudut perundangan watan sebuah negara yang sah dan berdaulat.
Sebelum itu, izinkan saya berkongsi petikan daripada sebuah tesis yang bertajuk 'Through a Glass Darkly: A Fresh Look at the Stories of The Foundation of Singapore' oleh Teddy Y.H. Sim daripada Nanyang Technology University, Singapore :
“The most notable aspect of the foundation of Singapore is that Raffles legitimised the island's acquisition by signing a treaty with a "Sultan of Johor" HE CREATED BY MANIPULATING A SUCCESSION ISSUE, which otherwise had no chance of success, BLATANTLY IGNORING THE EXISTENCE OF A SULTAN OF JOHOR WHO WAS ACKNOWLEDGED BY MOST OF SINGAPORE'S NOBILITY AND PEOPLE…."
Saya beri pautan beliau untuk maklumat lanjut:
https://web.usm.my/kajh/vol20_2_2013/Art%201(1-14).pdf...
Ada dua perkara yang saya ingin komen di sini:
PERTAMA:
Adakah ‘Sultan Singapura’ yang wujud pada masa itu dilantik secara sah menurut perundangan watan sebuah Kesultanan Melayu yang berdaulat (Kesultanan Johor Lama), yang mempunyai sistem dan aturan tersendiri semenjak beratus-ratus tahun, sekaligus diiktiraf oleh negara-negara dunia?
KEDUA:
Apakah penyerahan Tanah Singapura pada kuasa British sah dari sudut perundangan watan pada masa itu?
Saya kongsikan beberapa poin daripada kajian saya bagi menjawab persoalan ini:
1. Undang-undang antarabangsa berkaitan kedaulatan sesebuah negara dari sudut politik dan perundangan, telah mengambil prinsipnya daripada triti-triti Peace of Westphalia dalam tahun 1648, menjadi asas kepada prinsip-prinsip perundangan yang mendasari sistem negara moden, selanjutnya menjadi bahagian daripada piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Antara yang penting adalah mengiktiraf kedaulatan negara-negara dan perundangan watan negara-negara tersebut.
2. Atas prinsip inilah, hubungan negara-negara dunia dimeterai melalui perjanjian-perjanjian atau triti-triti yang dibuat dengan otoriti atau punca kuasa pemerintahan bagi negara-negara yang berdaulat, sekaligus menghormati aspek-aspek perundangan watan negara-negara tersebut.
3. Kesultanan Johor Lama telah terdiri secara sah bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka yang berundur dari Kota Melaka pada tahun 1511, apabila kota tersebut diserang oleh kuasa Portugis. Sultan Mahmud menjadi Sultan Johor Lama yang mewarisi sistem Melaka sehingga kemangkatan baginda dalam tahun 1528 . Semenjak itu, pemerintahan diteruskan oleh raja-raja daripada dinasti Raja Melaka dan dilanjutkan dengan dinasti bendahara semenjak tahun 1699. Walaupun wujud pelbagai pengalaman suka duka pemerintahan Kesultanan Johor Lama, namun struktur dan perundangan watan yang diwarisi dari zaman kesultanan Melaka tetap diteruskan, dengan sedikit pindaan apabila muncul bangsawan Bugis di istana Johor Lama bermula awal abad ke 18 Masihi.
Sistem pemilihan dan perlantikan pemerintah dilaksanakan mengikut Hukum Syariat dan Adat oleh Jemaah Pembesar di peringkat tertinggi, umpama sistem Jemaah Pangkuan Diraja atau Majlis Syura Diraja (dalam hukum Islam disebut sebagai ahlul halli wal aqdi) yang mempunyai otoriti atau punca kuasa untuk menabal Sultan, jemaah ini diketuai oleh Bendahara.
4. Gejolak politik Kesultanan Johor Lama telah berlaku dalam masa pentadbiran Bendahara Tun Ali yang merupakan Bendahara kepada Sultan Mahmud Syah III (1761-1812). Baginda mangkat dalam tahun 1812, sejurus kemudian berlaku manipulasi politik dalaman oleh pembesar Bugis di Riau, sehingga terjadilah pertabalan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor Lama dengan tidak mengikut adat, apatah lagi sepatutnya kekandanya Tengku Hussein yang ditabal mengikut wasiat al Marhum Sultan Mahmud Syah.
Namun, demi maslahah kerajaan, hal ini telah dapat diredakan dalam tahun 1823, berdasarkan kaedah ‘memilih mudarat kecil bagi mengelakkan mudarat besar’. Berlakulah permuafakatan anggota ‘Jemaah Pangkuan Johor @ Majlis Syura Diraja, selanjutnya bertaballah Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor Lama yang sah mengikut perundangan watan dalam tahun 1823, kali ini siap dengan alat kebesaran, bergelar Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah 1 sebagai Sultan Johor Lama, yang meliputi Tanah Besar Johor, Pahang, Singapura dan Kepulauan Riau-Lingga.
5. Antara hal yang menyebabkan Majlis Syura Diraja Johor memilih Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor Lama dan bukan kekandanya Tengku Hussein adalah disebabkan berlaku peristiwa ‘pertabalan’ Tengku Hussein sebagai ‘Sultan' Singapura pada tahun 1819.
Persoalannya, siapakah yang melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Singapura? Rujuk Hikayat Abdullah (Abdullah bin Abdul Kadir@ Abdullah Munsyi):
“ Bahawa ketahuilah oleh segala orang, maka Tuan Gabenor Jeneral yang di Benggala mengangkat Sultan akan Tengku Long, dan digelar dia Sultan Hussein Shah ibnu Al-Marhum Sultan Mahmud Shah dalam negeri Singapura ini serta daerah takluk jajahannya.”
Bermakna punca kuasa yang melantik Tengku Hussein menjadi Sultan Singapura adalah daripada seorang pegawai British, yang tidak mempunyai otoriti dan hak untuk melantik seorang Sultan dari sudut perundangan watan, samada dari hukum syariat mahupun adat Melayu, dan tidak mendapatkan permuafakatan Majlis Syura Diraja Johor waktu itu memandangkan Singapura adalah bahagian daripada wilayah jajahan Melaka semenjak zaman berzaman, dan kemudian diwarisi oleh Kesultanan Johor Lama.
Hal ini secara terang-terangan telah melanggar perundangan tempatan, mahupun antarabangsa (prinsip Peace of Westphalia) yang menuntut semua negara dunia mengiktiraf dan menghormati piagam dan perundangan watan!! Namun, disebabkan waktu itu British merupakan empayar besar dunia yang gah dan kuat, hal-hal seperti ini tidak diendahkan dan menjadi pembuli besar dunia, (sepertimana hari ini apabila Amerika Syarikat sering mencampuri urusan negara-negara lain) .
6. Selanjutnya, apabila ‘Sultan’ Hussein menurunkan tandatangannya untuk menyerahkan Singapura kepada kuasa British dalam tahun 1824, adakah perkara tersebut sah di sisi perundangan watan, mahupun antarabangsa? Umpama cek syarikat yang mana otoriti untuk menandatangani cek tersebut bagi tujuan ditunaikan, perlu dibuat oleh Pengerusi Fulan X, Setiausaha Fulan Y dan Bendahari Fulan Z, yang masing-masing penama Fulan X, Y, Z telah dilantik secara sah oleh pemegang saham syarikat untuk menjawat jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dalam mesyuarat rasmi yang diminitkan. Maka bolehkan orang-orang lain seperti Fulan A, B, C menurunkan tandatangan mereka pada cek tersebut? Sahkah cek tersebut dengan tandatangan Fulan A,B,C yang bukan Fulan X,Y,Z ??
Dalam hal penyerahan Singapura yang dibuat melalui satu triti dan ditandatangani oleh orang yang hakikatnya bukan otoriti sebenar kerana dilantik daripada punca kuasa yang tidak sah, apakah ia memberi kesan kepada triti tersebut? Dalam makna lain, apakah sah triti tersebut, ataupun tidak?
Saya serahkan hal ini kepada pengkaji sejarah dan pakar perundangan untuk menganalisis hal ini dan membuat kesimpulan masing-masing.
7. Saya ingin akhiri artikel ini dengan berkongsi suatu kenyataan yang dibuat oleh Gabenor Selat Kenneth Murchison pada tahun 1841, berkaitan tuntutan anaknda kepada ‘Sultan’ Hussein iaitu Tengku Ali yang menuntut ditabal sebagai Raja Johor Lama apabila ayahandanya mangkat:
“ ….inginkan keluarga itu (keluarga Tengku Ali) secepat mungkin bertukar menjadi penerima gaji yang tidak bergelar. Al-Marhum ayahandanya dahulu (‘Sultan’ Hussein) pun tidak pernah diakui oleh negeri-negeri Melayu yang lainnya sebagai Sultan Johor, dan juga tidak pernah menikmati apa-apa hasil di negeri Johor dan tidak pernah menjalankan sebarang kegiatan politik di situ. Al-Marhum itu memang telah diisytiharkan sebagai sultan oleh pihak Inggeris, tetapi itu kerana ada muslihat tertentu, dan sekarang tidak mempunyai alasan untuk mengiktiraf putera Al-Marhum yang hanya bergelar tetapi tidak mempunyai tugas."
Untuk mereka yang ingin maklumat lanjut mengenai sejarah keruntuhan Kesultanan Johor Lama, boleh mendapatkan buku karangan saya ‘Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863’ terbitan DBP. Format digitalnya ada dibuat oleh Perpustakaan Negeri Pahang, saya kongsikan di sini, atau muat turun dari halaman 'E-Buku dan E-Artikel dari Penulis' :
http://pwin.pahanglibrary.gov.my/books/qerg/#p=1
Al-Fatihah kepada semua Raja-Raja Johor Lama dan Yang Di-Pertuan Selat Sultan Hussein serta waris-waris baginda. Moga Allah SWT mengampuni dan merahmati roh baginda sekelian, amiin ya Robbal ‘alamiin.

singapore_foundation_tyh_sim.pdf | |
File Size: | 295 kb |
File Type: |