SIRI KIAMAT HAMPIR MENJELANG
|
|
dunia_di_ambang_kiamat.pdf | |
File Size: | 2394 kb |
File Type: |
|
|
TAK HILANG MELAYU DI DUNIA:
SUATU NARATIF DARIPADA PETUNJUK ISRAILIYYAT Awal kata Sekumpulan paderi-paderi Kristian menyatakan "Adalah penting, bagi setiap pelajar Kitab Suci, untuk mengakui bahawa Bible adalah sempurna dari segi matematik, dan kebenaran Tuhan yang tepat dan sistematik… Mengetahui kehendak ini membolehkan kita mengenali apa yang kelihatan sebagai ketidak harmonian, dalam Kitab Suci, sebenarnya adalah "harta karun yang tersembunyi." Tambah mereka lagi, 'Orang terpilih dikaitkan dengan DNA keluarga Ibrahim, Ishak, Yaakub dan QANTURA pada zaman dahulu, rahmat yang membawa manusia ke dalam hubungan "perjanjian darah" dengan Allah'. Apakah kaitan Melayu dalam konteks ini? Apakah Kelebihannya? Memetik dari Bible,"Adalah kemuliaan Allah untuk menyembunyikan sesuatu, tetapi kemuliaan raja-raja ialah menyelidiki sesuatu." (Proverbs 25:2; 1 Corinthian 2:9; Ephesians 1:17; Colossian 1:9 ). Perhatikan dan renunglah kenyataan daripada Bible ini, ianya bukan untuk di imani, tetapi cukup untuk dikaji dalam konteks iImu Eskatologi sebagai panduan umum. Inilah mungkin mengapa fenomena mencari silsilah keturunan hari ini pada sebahagian orang-orang Melayu semakin menjadi-jadi. Seolah-olah Allah SWT membuka rahsia keturunan mereka yang ramai dari silsilah Waliyullah, Alim-Ulama Sufi, dan Raja-Raja berketurunan Rasulullah SAW. Menyambung pendapat mereka; 'Dalam masa yang menggugah pemikiran dan mencabar di mana kita hidup ini, kita perlu dimaklumkan dan memahami seperti… "anak-anak ISAACHAR, yang adalah orang-orang yang memahami hakikat zaman, dan mengetahui apa yang harus dilakukan oleh Israel..." (1 Chronicles 12:32).' Menurut Bible, keluarga ISAACHAR adalah orang-orang yang gagah perkasa dan tentera bersedia untuk berperang; kerana mereka mempunyai banyak isteri dan anak lelaki. Keluarga ini digolongkan sebagai, "keturunan yang hilang" dalam kepercayaan Yahudi melalui Talmud mereka. Mereka terkenal sebagai kaum yang kuat berdakwah agama Allah walaupun kewajipan itu belum diwajibkan atas mereka. Dalam konteks ini, beberapa ahli salasilah Muslim mengaitkan Shuayb kepada Ibrahim melalui Sarah dan QANTURAH, dengan menjadikan salasilah Shuayb sebagai SHUAYB BIN ISAACHAR BIN MADYAN BIN IBRAHIM. Dan wilayah mereka di sebelah wilayah kaum Kanaan. Dikatakan BANI ISAACHAR telah "hilang" kerana tidak menyempurnakan penaklukan Kanaan. Kemungkinan besar mereka telah bersemenda dan lebur hingga membentuk kaum atau Bani Madyan. Mungkin juga sifat mereka berdakwah dan mereka diterima oleh sesetengah kaum Kanaan. Dan mengikut hikayat kuno, orang Minangkabau yang menyatakan mereka berasal dari Kanaan, dan mereka menyatakan mereka menyembah Allah SWT dari dahulu lagi. Mereka ini memenuhi sesetengah sifat Bani Madyan. Mereka adalah komponen penting dalam bangsa Melayu. Berkenaan dengan "generasi yang hilang" Daud memberi khabar akan peristiwa akan datang; "Sebuah benih akan beribadah dan berkhidmat kepada-Nya, ia akan diperhitungkan kepada Tuhan turun-temurun. Mereka akan datang dan memberitakan kebenaran-Nya kepada SUATU BANGSA YANG AKAN DILAHIRKAN. Mereka akan memaklumkan hal itu sudah selesai!" Psalm (Zabur) 22:30. Apakah, bangsa "yang akan dilahirkan" itulah bangsa Melayu yang dilahirkan dari dakwah wali-wali dan alim-ulama??. Jika demikian, maka benarlah apa yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Benih itu benih Rasulullah SAW. Maka maksud yang terhampir disini adalah keturunan Rasulullah SAW. Dan kita tahu keturunan Rasulullah SAW berkembang biak dengan suburnya di Alam Melayu. Bible menyatakan mereka akan dinamakan "Rahib-rahib Tuhan" malah "Menteri-menteri Tuhan." Semua orang yang melihat mereka akan mengakui; "mereka adalah keturunan yang diberkati Tuhan!" Isaiah 61:4, inilah mudah-mudahan tanda umat Melayu diterima secara pukal bak kata Sheikh Zaki al Sanggafuri, tambah beliau lagi, "bangsa ini dipelihara Allah...", didalam kitabnya, "Bersyukur aku Melayu". Tindakan Barat Perlu diingat, ini adalah dalil kaum Nasrani dari zaman dahulu lagi, maka tidak hairanlah Sepanyol dan Portugal terus berlayar mengelilingi dunia untuk mencari Bangsa Melayu ini kerana mereka yakin akan bisanya bangsa ini. Perhatikan mereka menumpukan sasaran penjajahan mereka pada Alam Melayu ini. Kuasa kuffar bersileh ganti dalam menguasai wilayah ini secara terang-terangan mahupun tidak. Perkara ini berterusan hingga ada pendapat akademik bahawa perang salib yang terpanjang di dunia masih berlaku di Filipina selepas 600 tahun!! Akhir Kalam "Generasi ini tidak akan berakhir, sebelum semuanya ini terjadi (seperti yang diramalkan)," Matthew 24:34. Pengumuman beliau merujuk kepada apa yang dipanggil "Generasi Terakhir." Ini adalah generasi yang menyaksikan peristiwa yang membawa kepada Kesengsaraan Besar, juga kepada peristiwa Armageddon atau bagi Islam Malhamah al Kubra. Wallahu 'alam bissawab Moga Melayu daripada jurai Bani Qantura yang telah lebur dalam darah Melayu daripada jurai Bani Ismail@ Quraisy @ Hashimi @ Ahlul-Bait Nabi SAW, terpilih untuk berkhidmat kepada Baginda SAW di Akhir Zaman ini, amiin ya Robbal 'alamiin |
CATATAN TERKINI 01/01/24
Sebagai meneruskan pembicaraan perkara-perkara yang telah disebutkan dalam Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu dan Akhir Zaman, cetakan 2002, kami telah menyorot persoalan-persoalan yang bermain-main di dalam fikiran kami. Maka kami meneruskan kajian hingga menghasilkan buku ini pada tahun 2007. Kami rasakan kami telah membuat apa yang terbaik. Moga Allah SWT mengampunkan khilaf kami kepada buku yang seolah-olah menjadi ‘petunjuk masa depan’. Maka akhir-akhir ini, selepas dua kejadian yang besar, iaitu Perang Ukraine pada tahun 2022 dan Perang Palestine pada tahun 2023 telah benar-benar menggegar Order Dunia Barat. Bantuan demi bantuan pada Ukraine dan sekatan demi sekatan pada Russia tidak melemahkan Russia, malahan Tentera Darat Russia diiktiraf sebagai tentera darat terbaik di dunia. Dan ekonomi Russia menunjukkan prestasi yang terbaik di Eropah! Ukraine sudah hilang wilayah dan rakyatnya dan Barat dengan Pakatan NATO nya tidak boleh berbuat apa-apa! Perang Palestine, walaupun lebih dari 80 hari dari pecahnya peperangan, tentera Zionis dengan perkakasan lengkap tidak mampu untuk mengalahkan pejuang Palestin. Perang ini berlaku di seluruh Palestin, terutama wilayah Gaza. Lebih 20,000 syahid di Gaza sahaja akibat kekejaman Zionis. Gaza di kepung air, letrik, telekomunikasi dan bahanapi, sekatan yang merupakan jenayah perang. Mangsa paling ramai adalah bayi dan kanak-kanak. Mereka menyerang sekolah, universiti, masjid dan gereja. Mereka tidak dibantu oleh satu negara Islampun sementara Regim Zionis dibantu oleh US dan sekutu-sekutu Baratnya. Russia telahpun menunjukkan kebenciannya pada Israel! Tetapi, Allah SWT telah menunjukkan makar Nya! Mereka bermakar tetapi Allah juga bermakar! Pejuang-pejuang Palestin menunjukkan keberanian yang luarbiasa. Mereka menghancurkan kereta kebal, kereta perisai dan asset ketenteraan yang lain. Mereka telah membunuh ratusan askar Zionis disamping mencacatkan beribu dikalangan mereka. Askar ini juga berperang dengan ‘mereka yang telah syahid’ dan tentera ‘ghaib’. Disamping itu di seluruh wilayah Palestin (Israel dalam media) dibedil dengan roket dari pejuang Palestin, pejuang Lebanon dan pejuang Yemen! Ekonomi mereka merudum, dan lebih suku juta Yahudi telah meninggalkan Palestin! Allah SWT menunjukkan rahmatNya! Ramai orang Barat, tidak kira apa bangsapun termasuk Yahudi telah berdemonstrasi anti-Israel, tidak putus-putus hingga hari ini. Hatta di Vatican pun, rapat Hari Krismas disertakan dengan solidariti dengan penduduk Palestin! Ini adalah suatu yang bersejarah, seolah orang Kristian sudah tidak bersama pemimpin politik mereka! Apa yang mereka mahu? Kedamaian dan Keadilan. Dalam masa yang sama, ramai yang telah mendapat Cahaya daripada Allah SWT melalui kempen membaca Al-Quran di media sosial. Mereka ini dikatakan dari Gen Z iaitu dalam julat 20 hingga awal 30 tahun. Mereka dah tidak percaya pada propaganda dari media utama dan lebih suka berbincang sama sendiri. Seolah-olah Allah SWT memecahkan cengkaman Yahudi pada media dan minda! Kita memetik dari Alexander Dugin, seorang ahli falsafah Russia dalam komentarnya akan keadaan sekarang dengan kalimat-kalimat seperti “Perang besar akan datang ke Timur Tengah.” dan “Kejatuhan Israel tidak dapat dielakkan. Panggillah ia apapun menurut sesuka hati anda. Kami memanggilnya sebagai peristiwa akhir zaman. Telah berlaku Apocalypsis! Kalau tidak sekarang, tidak berapa lama lagi.” Perkataan ‘Apocalypsis’ tidak digunakan sembarangan, kerana ia merujuk pada peristiwa penurunan kembali Al Masih Isa AS dalam kitab suci mereka. Maka tidak hairanlah kerana ini jugalah pendapat ramai ahli makrifat sedunia! Apakah ertinya semua ini? Seolah-olah Allah SWT telah mengatur semua watak-watak akhir zaman di atas sebuah papancatur, dan menyiapkan mereka untuk pertempuran. Ia, tirai yang memisahkan kita dengan Mahdi, Nabi AS dan Dajjal telahpun tersingkap! Moga Allah SWT mengampuni kita semua dan memandu kita kepada jalan yang di redhai Nya!!! Amin! |