Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Syair Rintihan Raja Melayu


Sollu 'alan Nabiy

Assalamu'alaikum pemula bicara,
Kepada semua isi negara,
Hamba rakyat raja di pura,
Moga selamat aman sejahtera.

Pujian kepada Allah yang Esa,
Salawat junjungan Nabi sentiasa,
Ahlul-baitnya dirahmat sentosa,
Juga kepada sahabat (RA) berjasa.
.
Bicara kita bukan sembarang,
Terbit dari kalbu nan bimbang,
Ingin berkongsi sejarah gemilang,
Buat ibarah pedoman yang terang.

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Tulus budi tinggi martabat,
Memegang adat menjunjung syariat,
Pernah menempa zaman nan hebat.

Dimana raja di situ kerajaan,
Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,
Raja Melayu nobat kedaulatan,
Hamba Melayu menjunjung sultan.

Demang Lebar Daun bangsawan gahara,
Asal leluhur keluarga bendahara,
Sang Nila Utama dijadikan putera,
Ijabkabulkan dengan si dara.

Sang Nila Utama bangsawan bertuah,
Demang Lebar Daun mengurnia daulah,
Negeri Palembang kerajaan diserah,
Raja Melayu ditabal sudah.

Raja-Bendahara satu zuriat,
Iskandar Zulkarnain asal hakikat,
Memutus bicara bersatu wa’ad,
Daulat! Bertambah daulat!

Demikian adanya sumpah setia,
Melayu Siguntang Bendahara tuannya,
Hamba Melayu amanah pundaknya,
Nila Utama diserah tonggaknya.

Wa’ad Melayu sudahlah terang,
Bangsa Melayu adatnya terbilang,
Raja Melayu manikam benderang,
Bendahara Melayu permata gemilang.

Tersebut kisah negeri Melaka,
Rakyat jelata berkapal belaka,
Ramai pedagang membuat harta,
Pesat dan masyur seisi kota.

Raja Melaka mendapat firasat,
Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,
Allah hendak memberi mandat,
Supaya baginda menyebar syariat.

Raja Melaka gelisah nan amat,
Terkenang mimpi dapat hidayat,
Sekonyong baginda jadi terperanjat,
Anu baginda telah disunat.

Sayyid Abdul Aziz seorang ulamak,
Dari Jeddah membawa amanat,
Mengajar raja syahadah azimat,
Maka zahirlah segala alamat.

Ulamak keturunan Rasulullah (SAW),
Jolokan AHLUL-BAIT dalam sejarah,
Sama mendokong risalah dakwah,
Diberi kemuliaan duli Khalifah.

Sultan Muhammad nama diberi,
Menggerak dakwah tak kira hari,
Syariat Islam sudah terdiri,
Wajah bercahaya penuh berseri.

Maka masyurlah titah Sultan,
Agama Islam menjadi anutan,
Amal hakikat mencetus kesan,
Melaka menempa zaman keemasan,

Ulamak syariat ulamak tariqat,
Membimbing Raja amalan muafakat,
Gotong royong amalan rakyat,
Seisi negeri mendapat berkat.

Kesultanan Melayu rantaian khilafah,
Ajaran Tauhid menjadi falsafah,
Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),
Sejahtera dunia serta akhirah.

Raja Melaka mencurah jasa,
Pencetus tamadun budaya bangsa,
Agama dan adat diadun mesra,
Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,
‘Aib peribadi ada belaka,
Namun rakyat tetap dijaga,
Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad jasa tak hilang,
Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,
Sultan Alauddin taqwa terbilang,
Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,
Mengikut kata fitnah petualang,
Bala turun Portugis menyerang,
Namun raja tetap berjuang.

Raja Melaka bermacam sejarah,
Suka dan duka dibuat ibarah,
Jasa dan bakti tetap dicurah,
Tonggak Melayu sedikit tak goyah.

Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.

Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.

Orang Melayu bertasawuff belaka,
Hubungan Allah sentiasa dijaga,
Bila si kafir nak buat celaka,
Jihad sabil isytihar senegara.

Bila penjajah isytihar perang,
Ulamak ke depan beri perangsang,
Bersama rakyat jadi hulubalang,
Raja Melayu turut berjuang.

Pesanan cerdik pandai terbilang,
Jikalau daulah hendak cemerlang,
Nawaitu agama perlu dipegang,
Nescaya terbit kerajaan gemilang.

Jika dibuat kerana Allah,
Umat Islam tak akan mengalah,
Nyawa dan badan sanggup diserah,
Bersama Tuanku duli Khalifah.

Umat mengharap syurga menunggu,
Di medan jihad saling membantu,
Walau maut muncul di pintu,
Wajah berseri sedikit tak buntu.

Zaman berzaman begitu keadaan,
Ulamak umarak satu fahaman,
Raja dan rakyat seperti sebadan,
Bangsa Melayu Allah daulatkan.

Apa nak buat dah takdir zaman,
Umat ditimpa penyakit Al-Wahn,
Cinta dunia takutkan kematian,
Fitnah rempuh berasak-asakan.

Sampai waktunya sudah tersurat,
Petualang Melayu mendapat kudrat,
Dengan Inggeris ambil muafakat,
Dari Illahi putuslah rahmat.

Petualang bangsa buat mudarat,
Pedoman baru berganti tempat,
Siapa kuat dia kudrat,
Tanah Melayu jangkitnya melarat.

Ditolak ketepi benar dan salah,
Dinilai kira, menang dan alah,
Sesuka hati adat diubah,
Akhirnya Melayu mendapat tulah.

Aturan lama tiadalah tempat,
Pusaka bangsa kini merempat,
Inggeris durjana masihlah sempat,
Agama dan adat sering diumpat.

Aturan Melayu Inggeris membenci,
Ke sana-sini mencaci-caci,
Aturan bangsanya sering dipuji,
Konon sempurna tiada yang keji.

Bangsa Melayu binasa adat,
Raja Melayu luput hakikat,
Tanah Melayu hilanglah daulat,
Bumi bertuah Inggeris mendapat.

Sudah suratan apalah malang,
Petaka bangsa tak dapat dihalang,
Warisan murni runtuhlah tiang,
Permata Melayu sudahlah hilang.

1957 Malaysia merdeka,
Sorak sorailah semua belaka,
Apalah malang musibah tak leka,
Bangsa Melayu masih celaka.

Fahaman sekular masuk wilayah,
Kepada bangsa menjadi barah,
Kemelut Melayu tak sudah-sudah,
Semakin lama semakin parah.

Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,
Hibanya hati nenda nan sayu,
Payungi kembali agama wahyu,
Jangan biarkan bangsa melayu.

Istilah Melayu hakikatnya terang,
Ciri tasawuff bukan sembarang,
Tawadhu’ diri sifat cemerlang,
Ujub takabbur semuanya hilang.

Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,
Dengan Allah diri diikat,
Alam akhirat selalu diingat,
Membuat kebajikan itulah tekad.

Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,
Rintihan nenda sila dengarkan,
Tampil kembali sila ke depan,
Bangsa Melayu perlu ketuanan.

Perintah negeri amanat Tuhan,
Telah sedia adat dan aturan,
Pelihara rukun zaman berzaman,
Bangsa Melayu tetaplah aman.

Demi Allah demi RasulNya (SAW),
Cunda semua peganglah daulahnya,
Jadi payungan Melayu semula,
Jadi pelindung adat agama.

Pulihkan semangat, maruah bangsa,
Hakikat Melayu kembalikan bisa,
Walau kuasa yang tinggal sisa,
Jangan sekali berputus asa.

Ketuanan Islam harap kembalikan,
Kedaulatan watan tolong pulihkan,
Adat dan agama jangan pisahkan,
Ia umpama nyawa dan badan.

Raja Melayu menjaga negeri,
Umat Melayu kembali berdiri,
Bersama meredah onak dan duri,
Naungan Allah pasti kembali.

Kita berjumpa di akhirat kelak,
Berkumpul sama jemaah umarak,
Dengan Allah kita menghadap,
Moga diterima amal mujarab.

Sekian bicara kita adanya,
Raja Melayu dari makamnya,
Kepada semua raja rakyatnya,
Moga mendapat faedah darinya.

Intaha.


TSTHO
(Buku 'Ketuanan Islam dan Pertuanan Raja-Raja Melayu')
Rujuk Laman 'Karya-karya Penulis'


Powered by Create your own unique website with customizable templates.