Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Kedaulatan Watan
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu
      • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Keruh di Hulu Keruh di Hilir

Persepsi kita tentang sejarah dan jatidiri bangsa Melayu dibentuk oleh tiga faktor utama:
  1. Sejarah arus perdana tafsiran orientalis dan anak didik mereka daripada pendidikan sekular
  2. Cerita Melayu yang diambil dari filem-filem lama ‘zaman P.Ramlee’ seperti yang dibuat oleh syarikat perfileman awal seperti Cathay Keris, Studio Merdeka dsbnya
  3. Pemerhatian kepada realiti masyarakat Melayu hari ini
Hakikatnya, kategori (i) di atas adalah punca terbesar dalam membentuk persepsi umum yang tersasar dari hakikat sebenar tentang bangsa Melayu.
 
Peranan Orientalisme & Ikhtiar Menyikapi Kemudaratannya

1.Dalam kontek sejarah Islam di Malaysia dapat dikelaskan kepada 4 bhg:
          i.        Zaman sebelum Islam
          ii.       Zaman Islamisasi Alam Melayu
          iii.      Zaman campurtangan British
          iv.      Zaman pasca kemerdekaan
 
Di awal sistem pendidikan moden bermula semenjak zaman British, yang banyak mengkaji sejarah negara kita adalah golongan orientalis seperti Snouck Hurgronje, J.P Moquette, Schrieke, R.O Winstedt, Vleeke, Linehan dsbnya. Mereka adalah orang-orang Barat dengan latarbelakang agama dan budaya yang berbeza, memegang prinsip dan nilai-nilai yang berbeza dari kita. Maka apabila mereka mengkaji sejarah kita adalah menurut PANDANGAN ALAM MEREKA. Lebih tepat lagi, mengikut TAFSIRAN, NILAI dan NERACA BARAT / SEKULAR. Himpunan data  dan  maklumat mungkin sama, namun sudut pandang, nilai dan neraca yang digunakan untuk mentafsir data dan maklumat adalah berbeza sama sekali, maka tafsirannya  sudah tentu tersasar dari hakikat sebenar.  Wujud juga golongan orientalis yang mempunyai agenda  yang tersendiri natijah dari pengalaman  orang-orang Eropah yang kalah dengan umat Islam dalam peristiwa Perang Salib abad ke 10-13 serta pemerhatian mereka pada kemajuan umat Islam waktu itu yang berhasil menguasai dunia dengan ketamadunan dan peradaban gemilang, sedangkan dalam masa yang sama bangsa mereka mengalami zaman kemunduran dan kegelapan (Medieval Age).

Selepas era orientalis yang awal di Tanah Melayu, wujud anak-anak didik mereka yang lazimnya hanya menurut jejak langkah mereka, kerana sudah terdidik dengan sistem pendidikan sekular Barat,  mengambil terus tafsiran-tafsiran sejarah Melayu  dari  golongan orientalis yang awal. Natijahnya berlaku banyak kepincangan dalam tafsiran sejarah nenek moyang kita, antara yang paling kronik adalah kegagalan mentafsirkan  ciri identiti serta jatidiri Melayu yang tepat, termasuk  nilai-nilai  keislaman yang berpasak kukuh pada bangsa ini.

Bayangkan, jikalau kita diajar bahawa warisan nenek moyang kita pekat dengan fahaman,  kepercayaan dan amalan Hindu-Buddha, adat budaya kita banyak yang syirik dan khurafat, raja-raja kita mengguna-pakai sistem feudal (yang sebenarnya adalah sistem monarki Eropah, bukan sistem kerajaan Islam Nusantara), berketurunan lanun, orang-orang Melayu dulu tinggal di atas pokok, nenek moyang kita adalah  kaum pendatang yang tidak bertamadun dan berperadaban, apakah kesannya pada saikologi dan persepsi orang Melayu terhadap bangsanya sendiri? Bagaimana pula kalau sejarah bangsa kita yang ditafsirkan sebegini diajar pula kepada kaum-kaum lain yang sekarang menjadi warganegara kita. Kita pandang sejarah kita jelek, apatah lagi mereka!!

Dalam hal ini, seorang ahli akademik tersohor iaitu Syed Hussein al-Attas (gambar bawah, kiri), pernah cuba menggerakkan suatu ikhtiar iaitu  ‘Reconstruction of the Malay History” atau Pembangunan Semula Sejarah Melayu pada zaman 60an dahulu (seperti yang pernah diceritakannya sendiri kepada penulis), namun gagal. Ikhtiar beliau menunjukkan ada kalangan cendikiawan Melayu yang dari awal telah mengetahui bahawa sejarah Melayu sebenarnya banyak disalahkan tafsirkan kerana gagal melihat dari sudut pandang yang sepatutnya. Demikian juga wujud individu-individu dari dunia akademik  atau pakar bidang yang tidak setuju dengan banyak tafsiran orientalis serta anak-anak didik mereka yang mencedok tafsiran-tafsiran tersebut secara membuta tuli  tanpa bersikap kritikal. Perkara ini telah mendatangkan kesan negatif yang mendalam kepada umat Melayu terhadap sejarah bangsanya, seperti yang kita dapat lihat di sekeliling kita pada hari ini.

Nama-nama tokoh ilmuan serta cendikiawan Nusantara seperti Syeikh Ahmad Zain al-Fatani, Tan Sri Prof Syed Mohd Naquib al-Attas (gambar bawah, kanan), Prof Hamka, Hj  Wan  Mohd Saghir Abdullah, Pehin Jamil al-Sufri, Prof Othman Mohd Yatim, Prof Khalif Muammar, Dr Amran Muhammad, Prof Tatiana Denisova, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi dan ramai lagi, adalah antara mereka yang telah berusaha membangun serta mentafsirkan kembali sejarah islamisasi, ketamadunan dan peradaban Alam Melayu daripada premis yang lebih tepat dan sahih. Bagaimanapun ilmu-ilmu yang mereka gali, kaji, halusi. rumusi dan bentangkan khususnya dalam kertas-kerja, tesis dan buku-buku yang dihasilkan, masih belum banyak diarus perdanakan, dimasukkan dalam modul-modul pendidikan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi, malah sejarah yang ditafsirkan dari kacamata golongan orientalis rata-rata masih terus mengambil ruang utama dalam arus pendidikan sejarah bangsa kita.

Persoalannya, apakah relevan dan penting bagi generasi anak-anak Melayu masakini untuk mengenali  sejarah bangsanya dan ciri-ciri serta jatidiri kemelayuan nenek moyangnya? Jawapannya: jikalau 20-30 tahun lepas, tidak belajarpun tidak mengapa, kerana secara ilmu dan amali, kita masih ada kesinambungan bertali temali dengan leluhur kita semenjak beratus-ratus tahun dahulu dari sudut kefahaman agama, peradaban dan budaya seharian. Namun, hari ini realitinya berbeza. Ledakan maklumat khususnya dalam media-sosial telah diambil kesempatan seluas-luasnya oleh kuasa-kuasa Barat untuk mengawal manusia, melalui  jaringan politik, ekonomi, teknologi dan ketenteraan, mendapat kemuliaan dan kehormatan yang tinggi, hatta digeruni olehi ramai kalangan umat manusia di dunia ini, membanjiri  dunia dengan propaganda barat@sekular dengan matlamat membawa manusia kepada agenda sekular liberal atau pembebasan dari kekangan agama dan adat budaya tempatan, termasuk agenda pluralisme yang mengancam kepentingan bangsa dan agama Islam.

Maka, mereka ‘menghadiahkan’ anak-cucu kita dengan gaya hidup barat, generasi anak-anak muda masakini yang bakal menerajui kepimpinan negara ramai yang terpengaruh dengan agenda pembaratan ini, mengambil sekali warts and all, gagal memahami bahawa dunia barat rata-rata telah membuang peranan tuhan dalam kehidupan, agama itu dikatakan ciptaan manusia yang menghalang kebebasan serta  kemajuan duniawi, maka perlu dihapuskan.

Natijahnya:
  1. Masyarakat BIADAP menggantikan masyarakat beradab
  2. Ananiyah (keakuan, nafsu-nafsi) menggantikan tanggungjawab sosial
  3. Masyarakat puja hawa nafsu dan shahwat, tiada kawalan iman
  4. Tidak menghormati undang-undang dan otoriti
  5. Tidak menghormati ulama dan cendikiawan
  6. Pencabulan institusi-institusi yang selama ini sakaral seperti institusi keluarga, institusi perundangan, institusi raja-raja dsbnya
  7. Tidak ada harga diri dan kemuliaan.
  8. Masyarakat yang cenderung kebencian, pecah belah dan permusuhan
  9. Mob society
  10. Masyarakat cenderung anarki
 
Natijah dari pengsekularaan Ilmu Sejarah Melayu, bangsa Melayu terrcemar dan nenek moyang kita menjadi mangsa kepada berbagai tohmahan. Paling menyedihkan, ramai generasi Melayu masakini:
  1. Malu  dengan identiti kemelayuannya kerana beranggapan hakikat bangsanya adalah  serba serbi lemah dan mundur berbanding orang-orang Barat
  2. Malu dengan identiti Islamnya, antaranya juga kerana termakan propaganda Barat tentang agama Islam
  3. Malu dengan sejarah leluhurnya

Intaha

TSTHO
 
 
Picture
Picture
Gambar Kiri: Bersama Professor Syed Hussein al Attas
Gambar Atas: Bersama Professor Syed Naquib al Attas
rukun_muafakat_melayu.pdf
File Size: 1775 kb
File Type: pdf
Download File