Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
Terlibat dalam Perang Selangor sepertimana kekandanya Tun Abdul Rahman, Tun Da dan Tun Abdullah. Menurut sumber sejarah Selangor, Tun Ibrahim telah mangkat dalam peperangan (atau selepas?) peperangan di Selangor dan jenazahnya dimakamkan di Kelang, disempurnakan mengikut adat istiadat anak raja-raja mangkat. Menurut surat resmi daripada Syed Zin kepada Residen Selangor bertarikh 2 hb Julai 1884, ada usaha untuk memindahkan jenazah Tun Ibrahim, kerana lokasi makamnya yang terletak di perkarangan rumah pegawai British yang bernama W. Crosses. Namun tidak dapat dipastikan lagi setakat ini samada tugas tersebut telah dilaksanakan.
Setakat ini belum diketahui samada Tun Ibrahim telah berkahwin dan meninggalkan zuriat.