Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Ahlul-Bait Rasulullah SAW


Dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW maka kita beriman dengan ketetapan Allah SWT bahawa tiada lagi Nabi dan Rasul selepas baginda. Dalam lain perkataan, tiada lagi kesinambungan pembawa obor kemuliaan keluarga Nubuwwah bertaraf Nabi dan Rasul selepas Rasulullah SAW. Justeru timbul beberapa persoalan. Antaranya, adakah lagi rangkaian salasilah dari keturunan atau zuriat Nabi Muhammad SAW di kalangan umat manusia pada hari ini? Dan kalaupun ada, apakah masih ada lagi bibit-bibit kemuliaan pada keturunan baginda?

Tidak ada alasan  sama sekali untuk meragukan bahawa masih adanya zuriat atau  apa yang  Rasulullah SAW sebut sebagai ‘itrati’ (keturunanku)  baginda di zaman ini. Zuriat ini turut mewarisi kemuliaan dan keutamaan yang tersendiri pula. Bahkan ciri-ciri ini akan sentiasa kekal pada cucu-cicit baginda, InsyaAllah sehingga datangnya Hari Kiamat.

Fakta ini berdasarkan  dalil Al-Quran dan Al-Hadeeth yang sahih ;

Semasa baru bermulanya kedatangan Islam di bumi Mekah[1], Rasulullah SAW serta para sahabat baginda menghadapi berbagai ujian dalam bentuk cemuhan, siksaan dan boikot dari puak-puak musyrikin yang mahu mereka meninggalkan Agama Islam.  Sedang baginda menghadapi tekanan yang begitu hebat dari semua arah, Abdullah, putera Nabi wafat dalam usia yang masih kecil, dan ini begitu menghibakan hati baginda. Mendengar berita kewafatan putera  Rasulullah SAW itu, puak-puak Quraysh berasa begitu gembira dan melaung-laungkan “Muhammad adalah orang abtar (lelaki yang bakal tidak berketurunan), Muhammad tidak mempunyai putera, lantaran itu dia tidak akan memperolehi anak cucunya lagi. Ini akan melenyapkan nama beliau setelah wafat nanti.”

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah SWT telah mewahyukan Surah Al-Kauthar: 


“ Sesungguhnya Kami telah  anugerahkan kepadamu nikmat yang amat banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah (ternak kurban). Sungguhlah, orang yang membencimu itulah orang yang abtar (terputus keturunan).”

Ayat ini diwahyukan bagi menenangkan hati dan memantapkan tekad Rasulullah SAW dengan menegaskan bahawa anugerah rahmat Allah SWT yang tertinggi,  adalah darjat Nubuwwah (kerasulan) dan Rahmatu-Lil-‘Alameen (pembawa rahmat bagi sekelian alam).

Firman Allah SWT dalam ayat ini akhirnya  terbukti apabila setelah lebih daripada 1,400 tahun, bukan sahaja terdapat berjuta-juta umat Islam yang kasih serta bangga menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi juga membuktikan keturunan baginda masih tetap berkembang biak di mana-mana jua pun di muka bumi ini.

Melalui cucunda  Rasulullah SAW, iaitu Al-Hassan dan Al-Hussein, zuriat baginda tetap diberi kesinambungan dan keutamaan oleh Allah SWT sehinggalah di penghujung zaman kelak dengan kemunculan Imamul Al-Mahdi Al-Muntazar yang juga bernasab dan berzuriat dari baginda sendiri.

Sebuah Hadeeth Sahih riwayat Imam Ahmad bin Hambal menyebut :


“Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku…Ahli-Baitku. Sungguhlah kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (Telaga Nabi di Syurga).”

Sabda Rasulullah SAW lagi :  “ Jika dunia ini hanya tinggal sehari sahaja nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kekejaman.”     (HR Abu Dawud & At-Tarmidzi)

​Dari Ali bin Abi Thalib, sabda  Rasulullah SAW :  “Mahdi ialah dari kami ahlul-bait, Allah membawakan kebaikan dengannya pada satu malam [2].”



[1] Maulana Zakariyya Al-Kandhlawi, Fadhail- A’mal, Kisah-Kisah Sahabat, hlm 221
  HMH Al-Hamid Al-Husseini, Mengenal Ahlul-bait Rasulullah SAW, hlm 58-59
[2] Musnad Ahmad 2:58 Hadeeth nombor 645 dengan tahqiq Ahmad Syakir yang mengatakan ‘isnadnya   sahih’.`

keakraban_melayu_dgn_rasulullah_saw.pdf
File Size: 4635 kb
File Type: pdf
Download File

Powered by Create your own unique website with customizable templates.