Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang

        Dalam konteks penelitian serta penghalusan kepada sejarah perkembangan proses memerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari penguasaan British, jikalaulah kita dibenarkan bersikap jujur, berpendirian TEGAS TELUS dan TULUS  dengan matlamat mengambil iktibar serta tauladan daripada peristiwa tersebut, hakikatnya kita perlu mengakui wujudnya satu kesilapan besar yang dibuat oleh kepimpinan Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menangani maslahat-maslahat politi yang bersangkutan dengan proses tersebut.

     Kesilapan yang dimaksudkan adalah bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan-keputusan yang sebenarnya bakal menentukan nasib dan masa hadapan orang-orang Melayu di tanah air mereka sendiri, semata-mata telah dikelabui dengan umpanan taraf kemerdekaan yang ditawarkan oleh kuasa British[1].

       Kegopohan yang berlaku akibat menfokus semata-mata kepada umpanan taraf kemerdekaan tersebut sehingga berlaku kesilapan ‘tujuan menghalalkan cara’, lupa untuk membuka suis pandangan-pandangan batiniyyah[2] yang boleh membantu membuat apa jua keputusan  tanpa perlu mengkompromi kepentingan bangsa dan agama yang bersifat teras ataupun induk[3].

           Dalam hal ini dua perkara besar tidak seharusnya dikompromi langsung, iaitu dalam hal melonggarkan syarat kerakyatan yang telah sedia ketat dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang asal[4]. serta membuka pintu kepada penglibatan politik bukan Melayu. 

       Ketegasan ini mungkin akan melengahkan  proses kemerdekaan, namun itulah harga yang mesti dibayar untuk mengekalkan penguasaan orang-orang Melayu  serta menjamin kepentingan-kepentingan Melayu tetap dalam kawalan  bangsa di tanah air mereka sendiri. Apatah lagi Piagam Atlantik yang ditanda tangani British dalam tahun 1941 telah mengikat mereka kepada perjanjian untuk memerdekakan  semua tanah jajahan, cepat atau lambat, namun tersedia komitmennya di situ.

       Pepatah orang Melayu lama, ‘biar lambat asal selamat’  gagal diambil hikmahnya di sini, kelambatan yang mungkin boleh diambil kesempatan untuk memberi peluang kepada seluruh masyarakat Melayu bersatu-padu dalam menekan kuasa British untuk memberikan kemerdekaan Tanah Melayu dalam semangatnya yang sebenar tanpa perlu mengkompromi hak ketuanan Melayu serta hak untuk menentukan nasib bangsanya sendiri tanpa perlu campurtangan kaum-kaum lain di kemudian hari.

       Mengapa tidak diambil iktibar daripada peristiwa ‘amuk Melayu’ yang dijelmakan dalam bentuk protes-protes hebat, besar-besaran dan penuh semangat kesatuan serta perpaduan bangsa  yang utuh dalam menentang pembentukan Malayan Union sehingga gagasan tersebut tidak sempat ‘see the light of day’, mati tidak berkubur? 

       Walhal semangat yang sama terjelma sekali lagi dalam peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, membuktikan apa yang umat Melayu berpotensi laksanakan dalam keadaan tersepit, sehingga mencetuskan kesatuan dan perpaduan kental atas semangat serta kesedaran bangsa dan agama?

        Malang semangat tersebut tidak diupayakan dalam proses mencari kemerdekaan, sehingga  berlaku tragedi ‘menang sorak, kampong tergadai’, laungan kemerdekaan tidak bererti sama sekali jikalau hakikatnya bangsa Melayu telah hilang kuasa politik di tanah air sendiri sehingga urusan keluarga bangsa dan agama kini terbuka luas dengan campurtangan orang lain.

        Walaupun seringkali diuar-uarkan bahawa tiga hal yang sakaral bagi bangsa ini telah dapat di ’pahat atas batu’  (entrenched) dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu aspek kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu (dan pribumi lain) serta kepentingan Islam, malangnya teras hakikat bagi aspek-aspek ini telah dirapuhkan sehingga tidak lagi sekuat dan sejitu asalnya.

       Ringkasnya dengan  memberikan taraf warganegara dan membuka ruang penglibatan politik kepada kaum bukan Melayu, maka akan sentiasa wujud konflik-konflik kaum kerana seringkali tuntutan-tuntutan yang dibuat adalah bercanggahan diantara satu sama lain berdasarkan sejarah, latarbelakang, kepercayaan, amalan dan budaya yang banyak berbeza, malahan ada yang bertentangan.

       Menurut Norma Mahmood: “ Perasaan perkauman dirangsangkan oleh proses penciptaan organisasi dan kewarganegaraan yang baru. Perubahan daripada penduduk kepada warganegara, penglibatan organisasi masyarakat dalam proses politik yang pada peringkat sebelumnya masyarakat dihindarkan daripada proses politik, membawa kepada tuntutan yang baru dan hebat[5].”

       Dilihat dari sudut perkembangan proses kemerdekaan tanah air, apabila Perikatan UMNO-MCA-MIC bersetuju untuk melaksanakan agenda kontrak-sosial dalam peranannya sebagai wakil bagi tiga kaum yang terbesar dalam Persektuan Tanah Melayu, iaitu dengan  mengadakan faktor-faktor yang dapat mengimbangi tuntutan orang-orang Melayu pada tiga perkara penting yang sangat dekat di hati mereka, iaitu kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu (dan pribumi lain) serta kepentingan Islam, namun disebaliknya wujud kelompok-kelompok bukan Melayu yang enggan terlibat dengan kontrak sosial tersebut. Kelompok-kelompok ini mewakili masyarakat Cina dalam jumlah yang bukan sedikit.

           Hal ini jelas dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina yang menolak MCA sebagai bentuk reaksi terhadap aturan quid pro quo Parti Perikatan, iatu pemberian hak istimewa masyarakat Melayu. Malahan mereka menyatakan sokongan kepada dasar Malaysian Malaysia, iaitu persamaan antara kaum, sebagai jelmaan daripada dasar bangsa Malayan yang bersatu. Parti-parti politik seperti  DAP, PPP dan Gerakan termasuk dalam kategori ini, mewakili kehendak kaum bukan Melayu, khususnya Cina yang tidak berpuas hati dengan taraf keistimewaan orang Melayu dan persamaan hak antara kaum yang sebenarnya lebih menguntungkan masyarakat bukan Melayu

           Dari segi  yang lain pula, kepimpinan Parti Perikatan untuk sentiasa mencari keseimbangan dalam semangat ‘kontrak sosial’, kepada tuntutan-tuntutan kaum yang adakalanya  bercanggah,  bukanlah kerja yang mudah. Sebagai mewakili parti berteraskan kaum dalam UMNO, MCA dan MIC, setiap kepimpinan yang terlibat  dalam kerajaan Perikatan bukan sahaja perlu memikirkan kehendak ahli-ahli dalam parti sendiri, malahan pada masa yang sama perlu berhadapan dengan tuntutan ahli-ahli parti lain dalam keluarga Perikatan, dan hal ini amat mencabar kerana silap langkah akan menyebabkan ahli-ahli berpindah lari ke parti-parti lain yang lebih bersedia memenuhi tuntutan mereka.

         Dalam  hal ini sikap bertolak-ansur dan bertoleransi tinggi sangatlah dituntut daripada setiap kepimpinan atasan dalam parti-parti yang berlainan agenda tetapi duduk sebumbung atas beberapa kepentingan yang dikongsi bersama ini. Penyelesaian-penyelesaian dalam bentuk ‘formula-formula Perikatan’ terhadap isu-isu yang diselesaikan, yang dibuat atas semangat setiakawan, menjaga sensitiviti kaum dan mengambil sikap bersederhana dalam melayani sebarang tuntutan ahli-ahli parti masing-masing menyebabkan formula kerajaan Perikatan berjaya buat suatu tempuh yang lama (kecuali dalam peristiwa 13 Mei 1969).

          Namun formula sebegini tidaklah bersifat struktur tetapi adalah bergantung kepada sifat dan pendirian individu kepimpinan atasan dalam setiap komponen Perikatan. Pada peringkat awal, dengan pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman dan Tang Cheng Lock, formula tersebut agak berjaya tetapi dengan bergantinya kepimpinan pada masa-masa kemudian, wujud krisis-krisis sefahaman seperti yang diperlihatkan menerusi pembahagian kerusi dalampilihanraya 1959[6].

           Ringkasnya kerjasama yang sedia wujud dalam perikatan UMNO-MCA-MIC semenjak sekian lama yang bergantung semata-mata pada bersefahaman politik pucuk pimpinan atasannya  boleh berada dalam situasi mencabar jikalau terdapat unsur-unsur pengkhianatan kepada teras-teras formula kerjasama tersebut sehingga  boleh manjadi suatu ancaman kepada situasipolitik negara ini secara keseluruhannya.

          Senario yang paling dibimbangi adalah jikalau MCA dan MIC bertindak keluar dari perikatan dan persepakatan ‘tradisional’ mereka dengan UMNO, lalu bergabung dengan semua parti-parti politik yang mempunyai agenda Malaysian-Malaysia dengan matlamat memperjuangkan hak persamaan kaum. Kecelaruan yang tercetus sudah tentu akan membahayakan keselamatan negara.

           Bagaimana pula dengan parti-parti politik orang-orang Melayu sendiri? Realitinya kekuatan politik orang-orang Melayu telah banyak terhakis pada hari ini akibat politik UMNO, Pas dan Gerakan. Walaupun masyarakat Melayu adalah golongan majoriti dalam negara ini, malangnya kelebihan ini tidak dapat dimenefaatkan dalam kesatuan politik Melayu kerana wujud faktor-faktor seperti prinsip perjuangan serta ideologi yang berbeza, politik persukuan dan keegoan, selain wujudnya korupsi sehingga menjejaskan matlamat memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.

        Polarisasi kaum yang masih wujud, malahan semakin buruk sejak akhir-akhir ini menjadi satu lagi senario yang berpotensi mengancam masyarakat negara ini yang timbul natijah dari dasar awal kerajaan Perikatan untuk mengekalkan identiti kaum. Tanpa sebarang inisiatif  ke arah pencairan serta penyebatian budaya, agenda mengasimilasi kaum adalah umpama ’mimpi di siang hari.’  dalam ikhtiar menyatupadukan masyarakat Malaysia secara luhur.

       Itulah realiti kehidupan masyarakat berbilang kaum di tanah air kita yang tercinta, maka apakah peranan Institusi Raja-raja Melayu dalam hal ini?

        Melalui peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sebagai sebahagian daripada dokumen Perlembagaan Negara Malaysia), Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa PENGIMBANG yang mana, melalui budi bicara baginda sekelian, boleh meredakan sebarang konflik atau ‘stand-off’ yang wujud antara berbagai-bagai parti poltik yang bercanggahan ideologi itu. Perkara ini telahpun dibuktikan dalam kemelut politik di negeri Perlis, Selangor, Perak dan Terengganu selepas pilihanraya umum yang  ke-12 pada bulan March 2008.

           Dalam petikan akhbar New Straits Time, ucapan Tunku Naquiyiddin Tuanku Jaafar  menyebut: “  Sebelum 8 March (2008), peranan kita selalunya berkisar sebagai penghias majlis-majlis (ceremonial) disebabkan parti yang memerintah sentiasa memperolehi majoriti undian dua pertiga di Parlimen dan majlis-majlis negeri.”

           Peranan Raja Melayu mula berubah selepas 8 March (pilihanraya 12) apabila menggunakan kuasa perlembagaan yang diperuntukan kepada baginda untuk mempengaruhi secara aktif dalam perkara penubuhan kerajaan bersama   dan perlantikan  menteri-menteri besar di  Perak, Perlis, Terengganu dan Selangor.

        “Rakyat jelata telah memberikan kita input tentang apa pandangan mereka dalam hal tersebut. Berdasarkan input mereka kita terpaksalah bertindak.”

        “Dalam kedudukan Raja Melayu yang neutral, baginda berupaya menghalusi semua sudut pandangan dalam situasi-situasi tertentu.”

        “Raja-raja Melayu perlu campurtangan jikalau ahli-ahli politik sibuk bertelingkah dan membaling-baling kerusi diantara satu sama lain dan kita rasa rakyat jelata merasa lega apabila kita (Raja-raja Melayu) masuk campur (meredakan konflik).[7]”

        Kuasa pengimbang yang ada pada Raja-raja Melayu inilah yang mampu meredakan sebarang konflik-konflik bukan sahaja yang bersumber dari percanggahan-percanggahan parti-parti politik yang berbagai ideologi dan karenah masing-masing, malahan juga daripada konflik-konflik perkauman yang sesekali tercetus dalam sejarah kehidupan msayarakat negara ini  semenjak berkongsi satu bumbung tanah air.



[1] Pemimpin UMNO sedar bahawa penerimaan  jus soli dan dasar bangsa Malayan akan memudahkan kerajaan British memberikan kemerdekaan. Pada peringkat awal kerjasama UMNO-MCA  adalah atas matlamat ‘semata-mata menuju  kemerdekaan, namun kemudian dilanjutkan atas dasar pragmatism dan realistik dalam menghadapi kehidupan masyarakat Malaysia  yang berbilang kaum sehingga wujud  kontrak sosial.
[2] Berbanding orang-orang bukan Islam, umat Islam seharusnya melihat kepada segala-galanya dari dua sudut pandangan  iaitu pandangan zahiriyyah dan pandangan batiniyya. Melalui pandangan batiniyyah, segala-galanya akan dilihat daripada perspektif ajaran  Islam yang hakikatnya adalah kehendak Allah dan RasulNya.
[3] Alim-ulama perlu dirujuk bagi mendapatkan pandangan-pandangan mereka  sebagaimana  yang diamalkan dalam pemerintahan tradisional Melayu
[4] Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kelonggaran berlaku melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan  pada tahun 1952
[5] Norma Mahmood, Rethinking PoliticalProblemin South Esat Asia, UM,KL,1994
[6] _________, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu,op.cit, hlm 231
[7] Restore immunity of rulers, New Straits Time, Thursday, November 27, 2008

​
Sumber:
Tun Suzana
Realiti Perjuangan Kemerdekaan dan Kontrak Sosial, 
Powered by Create your own unique website with customizable templates.