Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Warqah kepada KDYMM Raja-raja Melayu



            Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu sekelian, segunung harapan diletakkan agar dapat KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian bangkit menyahut seruan memainkan peranan sebagai tonggak sebenar bangsa Melayu dan Agama Islam, didokong rakyat jelata kerana   KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian masih bertakhta di hati kami. Patik-patik sekelian menjunjung Daulah-Daulah Tuanku, dan  InsyaAllah  bersama KDYMM Tuanku-Tuanku berikhtiar mengembalikan maruah raja-raja, agama dan bangsa Melayu serta berusaha menjemput kembali naungan Allah SWT; Raja bagi segala Raja, yang memerintah Kerajaan Langit dan Bumi. Marilah sama-sama kita belajar daripada sejarah masa silam nenek moyang bangsa kita. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Marilah kita sama-sama menjunjung  kembali amanah bangsa dan agama yang sakaral, dan berikhtiar mengemudi bangsa ini kepada masa hadapan yang lebih mulia, cemerlang serta bermaruah.

    Menjunjung Kasih KDYMM  Duli-Duli Tuanku. Antara khidmat dan peranan yang berupaya dan mampu KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian perbuat ialah :

1)            Menghayati takrif sebenar konsep raja-raja sebagai wakil Allah SWT dan RasulNya di mukabumi ini dan berikhtiar memberikan kesinambungan kepada peranan tradisi raja-raja ini. Menghayati serta menghargai bahawa  corak pemerintahan beraja mempunyai legitimasi yang kukuh dalam ajaran agama Islam.

2)            Menghayati takrif sebenar istilah ‘raja-raja  sebagai payung bangsanya’ dan takrif ‘raja-raja sebagai tonggak kedaulatan bangsa dan agama’. Berikhtiar menghidup serta memberikan realiti pada konsep ini terutamanya apabila  perlu membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan Agama Islam untuk seluruh umat.

3)       Membaca kisah-kisah sejarah nenek moyang, iaitu raja-raja zaman dahulu kala, terutamanya di zaman kegemilangan bangsa-bangsa Melayu dan Institusi Raja-rajanya agar dapat dijadikan iktibar mana yang baik dan dijadikan teladan mana yang buruk.

4)            Menampilkan sifat dan sikap  kewarasan, nilai-nilai murni dan peribadi mulia dalam hubungan dengan rakyat jelata.

5)            Menunjukkan tokoh ‘kebapaan’ dalam hubungan dengan pembesar-pembesar negeri, penguasa-penguasa bawahan dan rakyat jelata.

6)       Mendengar keluhan rakyat yang tertindas dan kemudiannya menggunakan pengaruhnya untuk menolong rakyatnya yang tertindas itu.

7)            Bersua muka dan beramah tamah dengan rakyat jelata dalam majlis-majlis kerakyatan seperti sembahyang Jumaat, perasmian projek-projek pembangunan rakyat dan sebagainya.

8)      Bersama-sama rakyat jelata menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah agama.

9)    Menampilkan imej kesatuan dan perpaduan raja-raja apabila berhadapan dengan krisis-krisis yang melibatkan Institusi Raja-raja Melayu, mahupun krisis-krisis yang melibatkan bangsa Melayu.

10)         Menasihati antara satu sama lain tentang pentingnya peranan yang diamanahkan dan peri pentingnya tanggungjawab menjaga kedaulatan Institusi Raja-raja.

11)         Menggunakan saluran ‘Majlis Raja-raja’ untuk menangani masalah yang melibatkan politik dalaman pihak istana dan sebagainya demi menjaga kepentingan rakyat dan kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu. 

12)         Menggunakan hikmah, kewarasan dan menjaga protokol, adat serta peradaban bangsa Melayu yang tinggi dalam menangani masalah-masalah politik dalaman istana, masalah raja-raja yang hilang pertimbangan saksama atau bejat moral.

13)         Menunjukkan sifat ehsan, belas dan berhikmah dalam hubungan dengan rakyat jelata tetapi menampilkan imej ketokohan, ketinggian, kedaulatan dan kebesaran apabila berhadapan dengan para pembesar tempatan dan luar negeri.

14)         Tidak goyah, tunduk dan alah apabila berhadapan dengan musuh-musuh  Institusi Raja-raja dan bangsa Melayu.

15)         Tidak memberi muka pada pihak yang cuba memperlekeh dan memperkerdilkan Institusi Raja- raja dan menghina bangsa Melayu.

16)         Mendalami ilmu agama dan mengamalkan sekurang-kurangnya ajaran agama yang asas untuk diri dan keluarga. Sebaiknya dimajukan amalan agama di kalangan kaum kerabat istana demi kesejahteraan keluarga diraja, apatah lagi rakyat jelata yang sudah pasti akan menerima tempias keberkatannya.

17)       Dan akhirnya, mewujudkan para ulama di kalangan kaum kerabat raja-raja itu sendiri. Tujuannya ialah supaya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang rumit, yang melibatkan  kepentingan Institusi Raja-raja, agama Islam dan bangsa Melayu, para ulama dari kalangan raja-raja bolehlah dirujuk dan diminta khidmat nasihat. Ini ialah kerana ulama dari darah daging sendiri sudah tentunya lebih insaf akan kepentingan institusi raja-raja kerana institusi itu merupakan sebahagian dari dirinya sendiri. Dan atas kesedaran serta pengetahuan mendalam akan hukum hakam agama, memungkinkan ia memberi pertimbangan dan penilaian  yang tegas, adil dan saksama, yang dapat memberi kebaikan pada semua pihak yang terlibat. Oleh itu, bagi tujuan ini, pihak istana perlulah ‘mengorbankan’ seorang dua kaum kerabatnya untuk mendalami ilmu agama dan menjadi ulama sepenuh masa. Sesungguhnya, inilah pelaburan yang terbaik bagi dunia dan akhirat, bukan sahaja untuk keluarga, hatta bangsa Melayu itu sendiri, kerana ia memberi nafas baru kepada syiar Islam bagi umat Melayu.

Ambillah iktibar dari Firman Allah SWT yang membawa maksudnya :

    “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan ilmu mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah:122)

    Mudah-mudahan tradisi nenek moyang raja-raja zaman dahulu kala yang ramai di antara mereka menjadi wali, alim ulama dan pahlawan-pahlawan Melayu dapat dihidupkan kembali.

Ampun  DYMM Tuanku-Tuanku sekelian beribu ampun !

Petikan dari buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu
Untuk maklumat lanjut, rujuk  bahagian Karya Penulis


Powered by Create your own unique website with customizable templates.