Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara
Picture
Picture
Kepada yang berminat mendapatkan tajuk-tajuk di atas, sila hubungi wakil Penerbit Alami  di talian 019-7290135  atau terus ke Link Fb di.www.facebook.com/penerbitalami/
Picture
mengapa_melaka_kalah_1511.pdf
File Size: 316 kb
File Type: pdf
Download File

Sejarah Itu Penting

,_
Apa pentingnya sejarah?

Sejarah akan jadi penting apabila tanah anda dirampas tiba-tiba semata-mata faktor sejarah.

Anda hidup merempat dan lebih malang apabila keluarga anda,ibu bapa anda yang telah tua,

anak-anak kecil anda yang tidak tahu apa-apa dihalau keluar dari rumah.

Anda akan melihat rumah anda dirobohkan oleh bulldozer.

Anda tidak boleh buat apa-apa selain menangis dalam hati dengan emosi yang teramat marah.

Isteri dan anak-anak anda sudah lama berendam air mata.

Katakan anda telah lama tinggal di Pulau Batu Putih.

Anda seorang yang anti subjek sejarah.

Ketika di sekolah dahulu,

sejarah adalah subjek yang paling anda benci.

Cikgu sejarah adalah manusia yang paling membosankan.

Beberapa kali anda ponteng kelas sejarah sebab terlalu bosan.

Suatu hari ada seseorang datang mengetuk rumah anda

dan mengatakan tanah yang anda duduk sekarang sudah jadi milik negara lain.

Mengikut undang-undang negara itu,

anda telah menduduki tanah tersebut secara haram dan perlu keluar dari rumah itu dalam tempoh sebulan.

Anda membantah,

mengatakan anda sah menduduki tanah itu dan menunjukkan segala dokumen yang berkaitan.

Orang misteri itu menggelengkan kepala

dan berkata segala dokumen anda sudah tidak berguna lagi

kerana kini tanah anda sudah tertakluk pada undang-undang baru.

Anda bertanya,

mengapa?

Orang itu menjawab sebab negara anda kalah dalam tuntutan ke atas pulau itu.

Anda bertanya sebab apa kalah?

Orang itu menjawab sebab negara anda tidak jumpa dokumen-dokumen penting

(malas mencari atau dibayar untuk malas mencari?)

dan menampilkan foto-foto yang di 'copy-paste' dari blog

sementara negara dia mengupah jurugambar profesional.

Anda terkedu mendengarnya.

Lelaki misteri itu tersenyum sinis melihat mata anda terbeliak seraya berkata:


"Negara anda buta sejarah.

Sebenarnya pulau anda lebih dekat dengan Johor dari negara kami.

Pulau anda adalah milik Empayar Johor-Riau suatu ketika dahulu.

Ketika zaman British dahulu,

Johor belum lagi dinaungi British,

malah hanya menerima penasihat British terlalu lewat,

menjelang abad ke-20,

iaitu pada tahun 1914.

Ada satu dokumen yang mengesahkan pulau ini milik Sultan Johor,

tetapi pasukan negara anda pemalas.

Kami telah mengupah pasukan profesional

terdiri dari pakar-pakar yang bertauliah

dari segi sejarah dan perundangan.

Pasukan negara anda pula terdiri dari penerima rasuah dan buta sejarah.

Jadi siapa bodoh dia yang kena..."

Lelaki itu ketawa berdekah-dekah sambil meninggalkan anda terpinga-pinga.

Apa kepentingan sejarah?

Sejarah akan jadi penting apabila anda dituduh sebagai pendatang di negara tanah tumpah air sendiri,

dan segala keistimewaan yang diterima oleh anda sebelum itu sebagai pribumi dicabut serta-merta.

Apabila semua kaum di Malaysia sama taraf sebagai pendatang,

anda akan melihat kaum anda adalah yang paling tercicir,

atau bahasa kasarnya yang paling bangsat di Malaysia sebab lemah dari segi ekonomi

dan tidak punya daya saing.

Apabila kaum anda disama tarafkan sebagai pendatang

maka raja-raja anda pun adalah pendatang!

Maka institusi raja dimansuhkan dan negara anda menjadi sebuah republik.

Kaum lain akan naik cepat dalam politik sebab punya BANYAK WANG.

Wang tidak boleh membeli segalanya

NAMUN DAPAT MEMBELI ORANG-ORANG YANG KAKI RASUAH DAN PENGKHIANAT BANGSA.

Malaysia akan jadi Singapura kedua.

Malangnya,

sebab kaum anda masih majoriti dalam negara (selepas dicampur pribumi yang lain).

Sejarah penting sebab banyak orang yang berbohong sekarang.

Anda boleh tertipu di pasar malam selepas kena kelentong dengan penjual.

Sebagai contoh anda boleh tertipu membeli jam tangan yang nampak macam 'branded'

tetapi selepas sebulan 'out'.

Saya beritahu anda,

bahawa anda boleh hilang negara sebab kena kelentong dengan para pembohong ini.

Anda boleh hilang tanah tumpah darah anda,

hilang budaya,

hilang bahasa

dan akhir sekali hilang agama anda!

Anda tahu rancangan Kristianisasi di Malaysia?

Berapa ramai orang Melayu Islam yang tukar agama?

Jika Malaysia menjadi sebuah republik dan pemimpin politik terdiri dari para Chauvinist DAP,

maka peluang untuk melihat anak cucu anda

menjadi seorang Kristian (istilah kasarnya seorang kafir) adalah amat cerah.

Mereka banyak wang syeikh...

kita rata-rata lemah dari segi ekonomi.

Hari ini mereka bagi 2 rat.

Besok bagi lagi 2 rat.

Bagi beras,susu dan macam-macam.

Kemudian anda fikir...

wah baiknya hati orang Kristian.

Nak harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Haram!

Borang itulah...borang inilah...

banyak karenah birokrasi.

Pejabat Agama?

Baitulmal?

Saya tak kenal mereka.

Mereka macam makhluk asing dalam masyarakat Islam.

Duit zakat diperam dalam Baitulmal macam peram anggur supaya jadi arak.

Duit zakat diperam macam masuk skim Labu Peram kah?

Tak minta duit zakat ke?

Dah minta,

tapi macam biasa juga...

borang itulah inilah...

eh..

saya tak cukup syarat rupanya.

Minta bantuan dari masjid...

wah,

orang masjid halau saya.

Saya miskin,

bekas banduan,

bekas pelacur,

bekas bapuk,

bekas mak nyah.

Saya orang berdosa.

Saya tak layak jejak kaki ke masjid.

Orang Kristian bagi lagi bantuan.

Kenapa anda baik pada saya?

Orang Kristian tadi cakap,

ini bukan dari saya...

ini dari Jesus.

Jesus adalah Tuhan yang Maha Pemurah.

Sampai kita berfikir...

wah...

Tuhan Jesus lebih kaya dari Tuhan Allah!

Na'uzubillah...

lihat,

boleh lari iman syeikh!!

Sebab itu pentingnya kita pertahankan sejarah kita.

Orang yang faham agama,

dia akan faham bagaimana musuh-musuh agama mahu cucuk lagi

dan lagi untuk mencelah menjatuhkan agama kita.

Salah satunya memutarbelitkan sejarah.

Matlamat mereka adalah untuk dapat pegang Malaysia dengan apa jua cara.

Salah satunya dengan memutarbelitkan sejarah.

Saya nak bagitahu,

Malaysia lebih bernasib baik dari Indonesia sebab masih ada pemimpin yang sensitif dengan agama.

Kristianisasi di Indonesia amat teruk.

Diburukkan lagi dengan faham Islam Liberal.

Lagi parah.

Moralnya,

kita umat Islam boleh hilang Malaysia jika terus diperbodohkan oleh orang lain.

Ada orang Islam perasan bijak mahu jatuhkan institusi beraja.

Ini bodoh saudara,

sebab Sultan-sultan adalah antara pertahanan terakhir dalam mempertahankan maruah agama.

Saya bukan nak mempertahankan sebilangan sultan yang kaki dunia atau berfoya-foya

tetapi saya pertahankan satu jawatan yang tidak boleh disandang oleh non-muslim dan bukan Melayu,

yang menjadi 'supreme leader' dan menjaga hal-ehwal agama Islam di Malaysia.

You tengok Singapore macam mana.

Tanpa sultan,

orang Melayu secara perlahan-lahan akan menuju ke arah hilangnya budaya dan agama.

Sebab sultan yang tinggal untuk pakai baju Melayu,

bertanjak dan bersampin di zaman moden ni.

Beliau yang jaga budaya kita sebenarnya ketika kita selesa pakai T-shirt sahaja.

Dalam sebuah republik,

orang paling atas dipilih secara merit.

Mungkin dalam 10 tahun orang Melayu sandang jawatan Presiden,

kemudian selang seli dengan kaum lain.

Kemudian seperti biasa,

orang Melayu tak akan naik-naik,

macam yang berlaku di Singapura.

Kerakyatan akan dilonggarkan.

Kemudian kita menjadi minoriti.

Sedihkan?

So,wake up my friend!

Jangan tidur.



Sumber:
Artikel bertajuk 'Khutbah Sejarah oleh Srikandi'  oleh Bunga Sriwijaya (Fb)



Powered by Create your own unique website with customizable templates.