Melayu & Islam umpama Roh dan Jasad
|
Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Melayu umpama jasad, dan Islam umpama ruh dan kejiwaan bagi bangsa ini. Jikalau tiada ruh Islam, matilah Melayu. Namun jikalau tiada jasad Melayu, terawang-awanglah ruh kerana tiada bentuk zahir untuk menampung serta menyerlahkan keupayaan, kekuatan, kecantikan dan kemuliaannya yang Allah SWT telah ciptakan khusus untuk fitrah bangsa ini."
|
Tiga Tiangsari Melayu
“Memelayukan diri adalah mengubahsuaikan anasir-anasir asing yang ada pada diri kepada TIGA TIANGSARI yang membentuk ciri-ciri dan norma-norma Melayu jati. Tiga Tiangsari yang dimaksudkan itu adalah ISLAM fahaman Ahlussunah Wal Jamaah, BERBAHASA MELAYU dan BERADAT ISTIADAT MELAYU (bersendi syariat). Orang-orang asing dengan norma-norma yang asing pada diri mereka, pada jangka masa tertentu di’neutralkan dengan suntikan tiga tiangsari ini sehingga menjadi tidak bersalahan lagi dengan norma-norma Melayu jati. Inilah yang dimaksudkan dengan istilah ‘MASUK MELAYU”. Malahan pada tiga tiangsari ini wujud dinamisma dan kebelenturan Melayu jati yang pernah membentuk varian-varian tempatan berdasarkan pengalaman suku-suku kaum dari rumpun Melayu yang hidup dalam lingkungan alam yang berbeza, lalu menjadi ‘kesatuan dalam kepelbagaian”. Dan di sini jugalah letaknya survivalisma Melayu untuk masakini dan akan datang.”
| ||||||||||||||||||