Biodata Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali Pahang
_
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali merupakan pemerintah negeri Pahang dalam tahun 1847-1863 Masihi. Waktu itu negeri Pahang telahpun dianugerahkan kepada keluarga bendahara Johor (sebelum itu Pahang adalah sebahagian dari jajahan Kesultanan Johor Lama) oleh Sultan Mahmud Shah III Johor (1761-1812M), namun Pahang masih tetap mengakui pertuanan Sultan-sultan Johor secara adatnya dan bendahara-bendaharanya masih tetap menjadi bendahara kepada Kesultanan Johor. |
|
Dilahirkan pada tahun 1803 Masihi, Tun Mutahir merupakan putera lelaki tertua kepada Bendahara Siwa Raja Tun Ali (1806-1863) daripada adik beradiknya yang seramai 11 orang iaitu 5 lelaki dan 6 perempuan
Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Wan Ismail, Wan Ahmad (kemudian menjadi Sultan Ahmad I), Wan Mansur dan Wan Hassan. Sementara saudara perempuannya adalah Wan Sulong (berkahwin dengan Sayyid Omar Al-Attas, Perdana Menteri Pahang), Wan Teh, Wan Timah, Wan Andak, Wan Sunit (berkahwin dengan Wan Abdullah, adinda Sultan Abu Bakar Johor) dan Wan Esah (berkahwin dengan Tengku Kecik Johor).
Salasilah Tun Mutahir adalah seperti berikut;
‘ Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir bin Raja Bendahara Siwa Raja Tun Ali bin Raja Bendahara Paduka Raja Tun Koris bin Raja Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid bin Bendahara Seri Maharaja Tun Abbas bin Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV Johor bin Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Dato’ Seri Maharaja Diraja bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Idros (Hadhramaut)”
Pada salasilah di atas, Tun Mutahir bersambung nasabnya kepada keturunan bendahara-bendahara Johor dan Melaka seperti berikut;
' Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir bin Raja Bendahara Siwa Raja Tun Ali bin Raja Bendahara Paduka Raja Tun Koris bin Raja Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid bin Bendahara Seri Maharaja Tun Abbas bin Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV Johor bin Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Dato Seri Maharaja Diraja berbondakan puteri Bendahara Paduka Raja (Bendahara Sekudai) Tun Jenal bin Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad (Tun Seri Lanang-lihat laman sesawang yang berkaitan) bin Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai bin Tun Mahmud bin Tun Tahir bin Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali bin Amir Badaruddin Khan Shindi Syeikh Matraluddin Baharshid/ Mani Purindan (kerajaan Pahili dalam kesultanan Delhi)”

Keluarga Besar Tun Mutahir Tun Ali
Gambar perhimpunan keluarga besar Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman (Wan Aman) ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali. Majlis perhimpunan diadakan pada tarikh 10 March 2001 Masihi bersamaan 14 Zulhijjah 1421 Hijrah
Tun Mutahir telah dilantik sebagai Bendahara Muda oleh ayahandanya Tun Ali dalam suatu majlis diraja di Lingga (pusat Kesultanan Johor Lama) dalam tahun 1832 Masihi. Dalam tahun 1847 Masihi, Tun Ali mengumumkan persaraannya dan melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara Seri Maharaja dengan berpusat di Ganchong. Semenjak itu Tun Mutahir dikenali juga sebagai Bendahara Gancong.
Dalam tahun 1857 Masihi, iaitu tahun yang sama dengan kemangkatan Tun Ali, Tun Mutahir telah terlibat dalam Perang Saudara yang dicetuskan oleh adindanya (berlainan bonda) Encik Wan Ahmad. Perang yang memakan masa 6 tahun (dibuat secara 3 peringkat) dengan pihak Wan Ahmad mendapat sokongan dan dokongan pihak British akhirnya telah meregut nyawa Tun Mutahir dan anakanda sulungnya Bendahara Tun Koris, iaitu dalam tahun 1863 Masihi.
Selang beberapa bulan selepas tamat peristiwa Perang Saudara Pahang, Gabenor British telah menerima Wan Ahmad sebagai pemerintah ‘de facto’ Pahang yang baru tanpa mempersoalkan keabsahan tuntutannya, tindak tanduk dan cara pengambilan negeri Pahang yang dibuat dengan melanggar adat Melayu, malah undang-undang British sendiri. Apatah lagi Tun Mutahir sendiri masih ramai waris lelaki, dan salah seorang dari mereka (Tun Abdul Rahman) telahpun dilantik sebagai Raja Bendahara Pahang yang berikutnya (iatu selepas kemangkatan Tun Mutahir dan Tun Koris). Semua itu ditolak mentah-mentah oleh pihak British dengan dakwaan Wan Ahmad telah diterima dengan baik oleh rakyat negeri Pahang.
Perjuangan Tun Mutahir diteruskan oleh anakandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman (Tun Aman) dengan dibantu secara aktif oleh dua orang saudaranya iaitu Wan Da dan Wan Abdullah. Bagaimanapun takdir tidak menyebelahi mereka.
Susulan daripadanya, Wan Ahmad telah dilantik oleh pengikutnya sebagai Raja Bendahara Siwa Raja Pahang. Dalam tahun 1882 Masihi pula diangkat oleh pembesar Jelai sebagai ‘Sultan Pahang’, Gabenor British mengiktiraf perlantikan tersebut dalam tahun 1887 Masihi.
Tun Mutahir berkahwin dengan 2 orang isteri iaitu Tunku Chik binti Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (Sultan Kedah) dan Tengku Kechik binti Sultan Abdul Rahman (Sultan Johor Lama di Lingga)
Daripada perkahwinannya telah mendapat 9 orang anak, iaitu 6 putera dan 3 puteri. Putera-puteranya adalah Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Koris, Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman atau Tun Aman (setelah kemangkatan kekandanya Tun Koris pada tahun 1863M), Wan Da, Wan Abdullah, Wan Muhammad dan Wan Ibrahim.
Puteri-puteri Tun Mutahir pula adalah Engku Puan (berkahwin dengan Sultan Mahmud Muzaffar Shah Johor), Engku Nit dan Engku Chik (berkahwin dengan Sultan Abu Bakar Johor)
salasilah_induk__bendahara.pdf | |
File Size: | 4221 kb |
File Type: |
Ekspedisi Menziarahi Tapak Istana Tun Mutahir di Pulau Ganchong, Pekan, Pahang pada tahun 2018 Bersempena Haul Bendahara Tun Ali
BUKU ELEKTRONIK 'MENCARI SEJARAH TUN MUTAHIR BIN TUN ALI BENDAHARA SERI MAHARAJA PAHANG 1857-1863':
pwin.pahanglibrary.gov.my/books/wavd/#p=1 |