Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Kedaulatan Watan
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu
      • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Propaganda Hikayat Pahang

Picture
Manuskrip Jawi Hikayat Pahang, halaman pertama. Sumber : Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
_Bismillahirrahmanirrahim

         Pemerhatian kepada hampir kesemua buku-buku sejarah karangan ahli-ahli akademik dan sejarahwan tentang peristiwa Perang Saudara Pahang atau Perang Bendahara Pahang yang berlaku diantara tahun 1857-1863M dapat membawa kepada suatu kesimpulan; bahawa kebanyakan daripada data dan fakta mengenai peristiwa tersebut diambil terus daripada satu sumber primer, iaitu sebuah manuskrip tempatan bertajuk Hikayat Pahang.  Perkara ini tidaklah menghairankan kerana Hikayat Pahang merupakan satu-satunya sumber tunggal pribumi yang mencakupi era tersebut dengan segala perincian sejarahnya.

     Malangnya manuskrip tersebut terkandung beberapa kecacatan dasar  atau akar umbinya yang menyebabkan  isu-isu utama yang diketengahkan menjadi jauh terseleweng dari peristiwa sebenar yang berlaku.

        
_
         Walaupun Hikayat Pahang diakui banyak memberikan sumbangan dalam bentuk perincian data mengenai titik-bengik yang berkaitan dengan proses peperangan itu sendiri, bagaimanapun pengkisahannya mengenai latarbelakang politik istana serta campurtangan orang luar, khususnya pihak British yang banyak mewarnai peristiwa Perang Saudara Pahang tersebut samada menyeleweng dari fakta sebenar, diremeh-temehkan atau disenyapkan terus. Beberapa perkara pokok seperti isu surat wasiat  Bendahara Tun Ali, kesan daripada jatuhnya empayar Johor kepada kerajaan Bendahara di Pahang, peranan Tun Mutahir sebagai Bendahara Johor dan Raja Pahang, fakta di sebalik peristiwa pemberontakan dan pembunuhan anak Maharaja Perba, perlanggaran adat  Raja-Raja Melayu  dan sebagainya juga  mengalami nasib yang sama.

     Penulisan manuskrip Hikayat Pahang yang bersifat prejudis dan berat sebelah itu telah dikritik oleh seorang tokoh sejarah dan ahli akademik yang terkenal, Prof Dr Muhammad Yusof Hashim dalam bukunya Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur 1800-1930. Antara lain beliau menulis;

     ‘Hj Muhammad Noor (pengarang HP) seolah-olah menjadi pengacara bagi menghebah dan mendakyahkan kepada umum bahawa bendahara atau sultan Ahmadlah yang menjadi ‘sauh’ bagi menentukan arah sejarah Pahang. Begitu condong sikapnya terhadap tokoh protagonisnya ini sehingga menaratifkan hal-ehwal politik Pahang daripada tahun 1800 sehingga ke tahun 1930 an dan tokoh inilah yang diletakkan menjadi ‘paksi’  bagi kerangka pensejarahannya. Di sekitar paksi inilah segala naratif darihal titik bengik politik dan kebudayaan serta anecdote tentang individu Pahang (para anggota kerabat dan pembesar negeri itu) berkisar. Hal ini begitu terasa ketika menulis naratif ‘Cetera Enam Belas’ iaitu mengenai angkatan perang Bendahara Tun Mutahir yang dikatakan mulai lemah. Ketokohan Tun Mutahir dan para penyokongnya diletakkan di bahagian pinggiran naratif saja. Oleh itu secara langsung, ketokohan dan ‘watak’ Wan Ahmad segera menyerlah.’

 Dalam perenggan lain, beliau menulis:

     “ Dalam hal ini, jelaslah arah ‘political slant’ dan ‘compositional slant’ yang diambil oleh pengarang ke arah Wan Ahmad….Oleh itu sikap pengarang HP (Hikayat Pahang) lebih banyak ‘dikemudikan’ oleh pihak penaungnya, iaitu kalangan teratas istana Pahang”

     Sebagai satu-satunya sumber tunggal pribumi yang memperihalkan data-data terperinci mengenai Perang Bendahara Pahang, manuskrip Hikayat Pahang mendapat ‘advantage’ yang besar sebagai sumber rujukan primer utama kepada para sejarahwan dan ahli akademik yang membuat pengkajian serta penulisan mengenai peristiwa tersebut. Apatah lagi Perang Bendahara Pahang mempunyai kepentingan dan nilai yang tinggi dari sudut sejarah kerana kesan daripada peristiwa tersebut telah membawa kepada era pemerintahan sultan-sultan Pahang dari keturunan bendahara, bermula dengan Sultan Ahmad Muadzam Shah I (1882-1914M) dan berlanjutan sehingga ke hari ini. 

         Kegagalan ketara kepengarangan Hikayat Pahang dalam menelusi latarbelakang politik Perang Bendahara Pahang secara tepat dan neutral seharusnya menjatuhkan nilainya sebagai sumber primer  bagi pensejarahan negeri Pahang  (dalam era berlakunya kejadian itu) dari perspektif tersebut. Apatah lagi penulisannya yang jelas diketahui bersifat prejudis dan berat sebelah harus diambil sebagai isyarat untuk dibuat perbandingan dengan sumber-sumber primer yang lain, samada bagi mengesahkan kebenarannya ataupun membatalkan mana-mana data yang  terbukti menyeleweng yang dipeloporkan dalam penulisan manuskrip tersebut.

     Apa yang musykilnya, para sejarahwan dan akademik rata-rata tidak mengendahkan kecacatan yang bersifat pokok atau dasar itu, langsung mengambil bulat-bulat apa yang diketengahkan  oleh penulis Hikayat Pahang yang diketahui merupakan  penyokong dan orang kuat kepada Wan Ahmad (Sultan Ahmad) dalam peristiwa perang saudara itu.  Sumber-sumber lain yang diambil hanyalah sedikit  dan kebanyakannya bersifat ranting, langsung menjadikan pengkisahan Hikayat Pahang  mendapat tempat dalam lanskap sejarah negeri Pahang sebagai fakta-fakta  yang dianggap sebagai ‘tepat’, ‘boleh dipercayai’ dan ‘sahih’ .

     Anggapan ini mampu menyebabkan sejarah sebenar di sebalik peristiwa Perang Bendahara Pahang terkambus untuk selama-lamanya, berikutan penulisan oleh ahli-ahli akademik dan sejarahwan belakangan dan masakini yang hanya berpuashati dengan terus merujuk serta menyalin terus daripada buku-buku sejarah Pahang karangan pelapis pertama seperti W.Linehan, Buyong Adil dan Aruna Gopinath (yang menggunakan Hikayat Pahang sebagai rujukan utama) dengan meminimakan inisiatif untuk mencari sumber-sumber primer yang lain.

     Buku ‘Pensejarahan Semula Perang Bendahara Pahang (1857-1863); Menelusi Peranan British’ ditulis  dengan matlamat mengupas pensejarahan perang saudara di Pahang dari perspektif hubungkaitnya dengan agenda British untuk menghapuskan peranan dan apa jua legasi INSTITUSI BENDAHARA warisan Melayu Melaka sebagai sebahagian dari lanskap ‘Orde Melayu Lama’ (tradisional) demi melaksanakan cita-cita British mengenalkan pemerintahan bercorak sekular di Semenanjung Tanah Melayu.

     Apa yang pasti, campurtangan British (dan Belanda) secara langsung mahupun tidak langsung dalam politik istana Johor Lama serta dalam Perang Bendahara Pahang telah berhasil membantu kuasa Barat memperkenalkan ‘Orde Melayu Baru’ sebagai muqaddimah atau ‘prelude’ kepada pemerintahan bercorak sekular menggantikan sistem pemerintahan tradisi warisan Melayu Melaka itu.

         Dalam hal ini, menurut seorang tokoh sejarah dan ahli akademik terkenal, Professor Khoo Kay Kim dalam artikel ‘Pekan’s twilight as an administrative capital’, Heritage, New Straits Times, Monday, January 5, 2004, hlm 5) :  “Pahang was the impetus for the Colonial Office in London to form the Federated Malay States (1896)”.

 (Terjemahan: “Pahang  menjadi pencetus kepada  Pejabat Koloni di London untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1896).”

     Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu inilah tanda bermulanya proses penjajahan British yang menular sehingga kepada semua kesultanan-kesultanan lain di Semenanjung Tanah Melayu dengan membawa bersamanya sistem pemerintahan SEKULAR menggantikan kanun ADAT dan SYARIAT yang merupakan aturan tradisi orang-orang Melayu semenjak berkurun lamanya.

     Ini menjadi satu lagi sebab yang amat penting mengapa Perang Bendahara Pahang mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan untuk bergantung semata-mata kepada sumber Hikayat Pahang yang seratus peratus menyembunyikan peranan British sebagai dalang utama di sebalik tragedi pembinasaan Institusi Bendahara yang berpusat di Pahang itu adalah satu kerugian yang amat besar kepada para pengkaji dan pencinta sejarah sebenar Bangsa Melayu.

     Kesimpulannya,pengkisahan sejarah sebenar di sebalik tragedi Perang Bendahara Pahang perlu diketengahkan serta diberi perhatian. Melalui penemuan beberapa sumber primer alternatif yang amat berharga yang mampu membongkar penyelewengan Hikayat Pahang, adalah menjadi harapan penulis supaya jangan sampai pembohongan Hikayat Pahang  terus dianggap dan diterima bulat-bulat  sebagai fakta sebenar oleh para pencinta sejarah Melayu untuk selama-lamanya.

     Selain itu diharapkan ianya dapat menjadi pemula kepada pensejarahan peristiwa Perang Bendahara Pahang oleh penulis-penulis lain yang lebih tepat, neutral dan adil.

        


Sumber Buku Perang Bendahara Pahang 1857-63:

(Pensejarahan Semula, Menelusi Peranan British), 2007.
Sila rujuk bahagian 'Karya-karya Penulis' untuk maklumat lanjut.