Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

  Majlis Tahlil Keluarga BSR Tun Ali ibn Tun Qorish (mangkat 1857)

majlis_tahlil_klg_bsr_tun_ali_tun_qorish__2_.pdf
File Size: 324 kb
File Type: pdf
Download File


Sollu 'alan Nabiy 
“Ziarah Silaturrahim Klg & Kerabat Bendahara Pahang”

Alhamdulillah, impian untuk melaksanakan satu program silaturrahim keluarga Raja Bendahara Seri Wak Raja Tun Ali, Raja Pahang dan Bendahara Kesultanan Johor Lama (mangkat 1857) telah selamat disempurnakan pada hari Sabtu 13hb Mei baru-baru ini. Antara objektif majlis:

1.Menghimpun, meraikan serta memautkan kembali hubungan silaturrahim & kekeluargaan kaum kerabat keluarga bendahara Pahang, khususnya daripada jurai BSR Tun Ali ibni Tun Qorish.

2.Mengadakan majlis tahlil untuk keluarga besar bendahara Pahang, khususnya jurai BSR Tun Ali ibni Tun Qorish.

3.Berkongsi penemuan-penemuan baru dalam menjejak keturunan kaum kerabat Bendahara Pahang yang ramai telah kehilangan identiti, jatidiri serta pengetahuan tentang sejarah leluhur mereka natijah daripada tragedi perang saudara di Pahang itu.

4.Memberikan kesedaran tentang fungsi dan peranan leluhur (Institusi Bendahara) dalam konteks memelihara dan melaksanakan amanah agama, raja, bangsa dan watan yang diterajui secara sambung-menyambung semenjak beratus-ratus tahun yang silam. Ianya dengan maksud amanah tersebut dapat terus dipikul dengan niat mendapatkan keredhaan Allah swt serta sumber kebanggaan leluhur di Hari Akhirat nanti.

Dalam ruang kesempatan ini, kami sempat 'mengeteh' di rumah seorang kerabat di Kg Mengkasar, Pekan, berkongsi perkembangan mutakhir politik tanah air selepas PRU 14, serta perkembangan Institusi Raja-Raja Melayu, alhamdulillah beberapa permuafakatan telah tercapai dalam usaha memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Institusi Raja Melayu sbg tonggak dan pembenteng agama, bangsa dan watan semenjak zaman berzaman.

Keesokan harinya, yakni pada hari Ahad 13hb Mei, kami sempat menziarahi makam Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Mansor Shah Melaka (Sultan pertama Pahang Lama dari darah Melaka) di Langgar, dan kemudian menyinggah ke Pulau Gancong untuk memijak tapak istana lama moyang saya iaitu Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali (pemerintah Pahang dan Bendahara Johor Lama 1847-1863). Impian yang akhirnya terlaksana setelah 18 tahun menunggu peluang ini, alhamdulillah. Akhir sekali kami singgah ke tapak istana Raja Bendahara Tun Ali di Lamir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Suatu program yang agak bersejarah sebenarnya bagi kami, dan mereka yang tahu tentang sejarah 'Perang Saudara Pahang' yg berlaku dalam tahun 1857-1863, khususnya yang mana nenek moyang mereka juga telah terlibat dalam tragedi tersebut.

Adalah diharapkan Majlis Tahlil keluarga BSR Tun Ali ibni Tun Qorish: “Ziarah Silaturrahim Klg & Kerabat Bendahara Pahang” ini bukan sahaja menjadi suatu kesempatan untuk keluarga bendahara Pahang merapatkan kembali silaturrahim keluarga yang banyak terpisah dan terputus, sekaligus telah mendapat pencerahan tentang sejarah dan identiti keluarga serta leluhur, khususnya dalam konteks peranan besar dan penting yang pernah dimainkan oleh leluhur keluarga bendahara Melaka, Johor dan Pahang, sambung-menyambung menjadi tempat ‘perbendaharaan segala rahsia raja’, malah lintas sejarah bangsa Melayu menyaksikan amanah tersebut dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab demi memelihara kepentingan agama, bangsa dan watan.

Dengan pencerahan dan kesedaran ini, semoga keturunan bendahara Pahang umumnya, dan khususnya jurai bendahara BSM Tun Ali ibni Tun Qorish dapat terus melaksanakan ‘amanah darah daging’ leluhur dari jurai keluarga dan keturunan bendahara Melaka, Johor dan Pahang, sambung menyambung dalam posisi masing-masing, kecil atau besar, membantu mendokong sama perjuangan agama, raja, bangsa dan watan sehingga menjadi asbab keredhaan Allah serta kebanggaan leluhur kita di Hari Akhirat nanti, amiin ya Robbal ‘alamiin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ajk pelaksana yang menjayakan majlis ini khususnya mereka yg berikut:

Ayahanda YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail
Nde Engku Azmiah
Ayahanda Engku Kamaruddin
Ayahnda Wan Joe
Adinda Engku Mohd Faisal (Ku Mad) bin Engku Najmuddin
Adinda Wan Rashid
Adinda Engku Iskandar
Anaknda Ustad Iqbal Hanif bin Mohd Rushdi

Dll yang tak mampu disebutkan di sini tanpa mengurangkan rasa kasih dan homat kita. Juga kepada kekanda kita Aziz M.Osman dan adinda kita Datuk Zulkiflie M.Osman yang turut sama meraikan majlis yang pernuh bermakna bagi kami keturunan BSM Tun Mutahir Tun Ali Pahang.

Berikut adalah salasilah BSM Tun Mutahir:
"Tun Mutahir ibn Tun Ali ibn Tun Qorish ibn Tun Abdul Majid ibni Tun Tahir ibn Sultan Abdul Jalil Shah IV Johor ibn BSM Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Johor Lama, mangkat 1697)"

Moga Allah swt meredhoi dan merahmati mereka yang telah menjayakan majlis ini, amiin ya Robbal 'alamiin

Intaha
TSTHO


Powered by Create your own unique website with customizable templates.