Warqah Kepada Alim Ulama@Guru-guru Mulia:
Kepada Tuan Guru-Tuan Guru yang dimuliakan dan diredhai Allah SWT sekalian, marilah sama-sama kita menyahut seruan ke arah mendokong kembali salah satu peranan tradisi alim-ulama, iaitu sebagai teras kekuatan pemerintahan Raja-raja Melayu seperti yang amnya diamalkan di zaman silam. Moleklah kiranya platform Institusi Ulama dijadikan suatu wadah mengembalikan semula kesatuan Raja-raja Melayu dan bangsanya kepada sebuah keluarga umat Melayu yang kuat dan berdaulat, yang cemerlang dan gemilang, yang mendaulah dan mempertahankan Islam dengan apa cara dan apa harga sekali pun!!! Untuk mencapai matlamat ini, dengan penuh takzim kami menyarankan agar dapatlah kiranya Tuan Guru-Tuan Guru sekelian ;
1) Mengkaji dan menghayati sejarah alim-ulama masa silam yang memberatkan peranan tentang memberi kefahaman kepada ummah akan legitimasi sistem pemerintahan raja-raja sebagai corak pemerintahan yang mempunyai legitimasi kukuh dalam Islam.
2) Menerap kefahaman kepada Raja-raja Melayu akan kepentingan peranannya sebagai wakil Allah SWT dan khalifah Rasulullah ﷺ di muka bumi ini.
3) Memberi kefahaman kepada Raja-raja Melayu bahawa daulat, kebesaran, kemuliaan dan keistimewaan yang dianugerahi padanya sebenarnya terikat atas syarat-syarat berikhtiar melaksanakan peranan sebagai pemimpin ummah dengan beramanah dan bertanggungjawab.
4) Memberi kesedaran kepada Raja-raja Melayu bahawa mereka akan dihadapkan di mahkamah Allah SWT pada hari Hisab kelak, dan akan disoal mengenai tanggungjawabnya sebagai wakil Allah dan khalifah Rasulullah ﷺ atas umat Islam.
5) Memberi bimbingan dan kekuatan mental kepada Raja-raja Melayu dengan keimanan dan tauheed dan menjuruskannya agar yakin, cekal dan tegas dalam menjalankan amalan pemerintahan Islam. Menunjukkan sikap berhemah tetapi tegas dalam menasihati raja-raja tentang amalan agamanya.
6) Memberikan kefahaman kepada bangsa Melayu akan peri pentingnya Institusi Raja-raja terus dipelihara dan dipertahankan sebagai tonggak kekuatan dan kedaulatan bangsa dan agama.
7) Memberikan kesedaran kepada ahlul-bait Rasulullah ﷺ tentang kepentingan memelihara nasab dan maruah mereka sebagai pembawa zat dari keturunan termulia, iaitu Rasulullah ﷺ.
8) Menyampaikan sejarah kisah-kisah ketokohan cucu-cicit Rasulullah ﷺ yang ramai diantara mereka tampil ke saf hadapan ummah menjadi para pemimpin, alim- ulama, dai’ee-dai’ee dan para pejuang agama yang gigih dan cekal, serta mampu memikul amanah sebagai pembawa panji-panji agama dan panji-panji Rasulullah ﷺ. Kisah-kisah mereka diharap dapat memberikan inspirasi, motivasi, kekuatan dan dorongan kepada ahlul-bait Rasulullah ﷺ untuk mencontohi semangat dan perjuangan nenek moyang mereka itu.
9) Memberikan kesedaran kepada ahlul-bait Rasulullah ﷺ dari kalangan Raja-raja Melayu dan pemimpin umat yang lainnya akan kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka sebagaimana yang disabdakan oleh nenda Rasulullah ﷺ. “Penolongku adalah dari kalangan keturunanku yang bertaqwa”.
10) Menyebarkan aliran fikiran yang betul tentang fakta, sejarah dan kedudukan ahlul-bait dari perspektif ijmak ulama Ahlus-Sunnah-Wal-Jamaah, khususnya dari Mazhab Syafiee.
11) Menerapkan kefahaman bahawa ahlul-bait Rasulullah ﷺ BUKAN pendokong Syiah pelampau dan ahlul-bait yang dirujuk sebagai Imam-imam Syiah hakikatnya telah berlepas tangan dari kesesatan dan penyelewengan mereka.
12) Menerapkan kefahaman kepada bangsa Melayu akan peri pentingnya hak ahlul-bait Rasulullah ﷺ sebagai cucu-cicit Baginda terus dipelihara dengan baik.
13) Mendo’akan agar Allah SWT mengembalikan naunganNya, dan mengembalikan kesatuan serta kedaulatan bangsa Melayu dan raja-rajanya. Mendo’akan agar Allah SWT menggagalkan rancangan musuh-musuh Islam, terutamanya agenda Yahudi Zionis yang bertekad untuk membinasakan umat Islam dengan menghancurkan tiga tonggak kekuatan mereka iaitu Institusi Raja-raja, Institusi Alim-Ulama dan Institusi Ahlul-Bait Rasulullah ﷺ.
Petikan buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu
Untuk maklumat lanjut, rujuk bahagian Karya Penulis