Apakah Ini Makam BSM Tun Mutahir Pahang Yang Dicari Selama Ini?
Sudah sekian lama YM Tunku Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato’ Ismail, orang kuat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang menyuarakan 'firasatnya' yang kuat kepada saya tentang kemungkinan identiti pemilik sebuah makam bersaiz kecil di lokasi pemakaman keluarga bendahara Pahang di Kg Marhum,Pekan, yang tidak bernama ini, namun maklumat yang tertera padanya sangat signifikan. Terpahat jelas dalam tulisan Jawi pada dapur makamnya “ Daripada Ibrahim Sultan Johor “, tertera tahun 1917. Tunku Iskandar, atau Ayah Nain, nama yang mesra saya panggil merujuk pangkatnya sebagai kerabat lebih tua, beberapa kali telah menyuarakan keyakinannya bahawa inilah makam Bendahara Seri Maharaja Pahang, Tun Mutahir Tun Ali (1847-1863) yang kami cari selama ini!!
|
|
Setiap kali saya menziarahi makam keluarga leluhur saya di Kg Marhum ini, sudah pasti akan berstesen di makam ini, dan setiap kali juga akan terdetik di hati saya, makam siapakah ini, kerana kedudukannya yang istimewa, diletakkan bersebelahan sahaja dengan Bendahara Siwa Raja Tun Ali (mangkat 1857), ayahanda kepada Tun Mutahir. Di sisi lain terletak makam Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid, Sultan Johor 1699-1718 yang merupakan nenek moyang kepada Tun Ali.
Pada 26hb April 2020 lepas, sekali lagi Tunku Iskandar, yang saya hargai jasanya kerana telah berpuluh tahun sangat prihatin menjejak waris Tun Mutahir yang berselerakan di seluruh negara selepas kalah dalam tragedi Perang Saudara Pahang (1857-1863), beliau sendiri merupakan pakar dalam kajian salasilah kesultanan Pahang termasuk dari jurai kerabat Tun Mutahir sendiri, telah memuat naik dalam Fbnya perihal makam tersebut, antara lain bertanya “ Makam siapakah itu? Tun Mutahir ka?, merujuk firasatnya yang kuat.
Sebelum ini saya agak keberatan untuk menyiasat kemungkinan kebenaran ‘instinct’ Tunku Iskandar ini, kerana sejarah yang muktabar meletakkan tempat persemadian Tun Mutahir dan warisnya di tapak pemakamam khusus di puncak Bukit Timbalan, Johor Bharu (dulu Tanjung Putri). Tun Mutahir dan putera sulongnya Tun Koris mangkat selang 4 hari diantara satu sama lain pada akhir Mei 1863, semasa berundur dari perang Pahang dan belayar ke Johor mencari suaka di wilayah menantunya Temenggung Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar).Kemudian berlaku peristiwa pembersihan kawasan tapak makam sekitar akhir tahun 1930an, sebagai persediaan untuk konstruksi bangunan Sultan Ibrahim, maka bermulalah polemik yang masih belum berkesudahan sampai hari ini, samada saki baki tetulang penghuni semua makam kerabat Pahang di situ telah dialihkan, atau dijarah begitu sahaja berdasarkan sumber maklumat seorang tokoh sejarahwan Johor, arwah Cikgu Shaharom Hussain yang saya perolehi hasil temuramah dengannya dalam tahun 2001 ( beliau memperolehinya drp 'org dlm'). Kalau telah dialihkan, di mana lokasi barunya, di mana rekodnya, kenapa waris Tun Mutahir tidak mendapat apa pun maklumat terhadap hal ini, mengapa siasatan demi siasatan dibuat tetap menemui jalan buntu??
Bagaimana mungkin makam Tun Mutahir yang sepatutnya berada di Johor, ‘ended up’ di Kg Marhum, Pekan, Pahang dalam tahun 1917 seperti yang difirasatkan oleh Tunku Iskandar, menjadi kemusykilan saya.
Pagi ini hati saya tergerak untuk menyiasat hal ini. Maka saya geledah balik semua dokumen-dokumen lama yang saya simpan semenjak awal saya berkecimpung dalam dunia pengkajian sejarah dan salasilah keluarga bendahara Melaka-Johor-Pahang, khususnya dari jurai BSM Tun Mutahir sendiri. Beberapa perkara menangkap perhatian saya:
1. Mengikut maklumat pada makam, ianya dititip oleh Sultan Ibrahim Johor (1895-1959 ), sudah tentu kepada kekanda iparnya Sultan Mahmud Pahang (putera Sultan Ahmad Shah I), dikebumikan kembali di perkuburan diraja Kg Marhum di Pekan dalam tahun 1917. Bermakna pemiliknya sudah pasti merupakan kerabat Pahang yang mangkat di Johor. Kebetulan pangkat Tun Mutahir dengan Sultan Ibrahim adalah nenda saudara, kerana Sultan Abu Bakar (ayahnda Sultan Ibrahim) merupakan menantu Tun Mutahir sendiri dari puterinya yang bernama Chik, manakala bonda Sultan Ibrahim adalah isteri lain kepada Sultan Abu Bakar.
2. Makam ini diletakkan betul-betul intim bersebelahan makam Bendahara Siwa Raja Tun Ali (mangkat 1857), merujuk kedekatan hubungan kekeluargaan pemilik makam tidak bernama ini dengan Tun Ali. Bermakna, pemilik makam adalah kerabat Tun Ali sendiri yang makamnya di Johor telah dipindahkan ke Pahang, merujuk lokasi makam yang dari Johor itu sudah pasti di pemakaman kerabat Pahang di puncak Bukit Timbalan. Kebetulan Tun Mutahir adalah putera sulong Tun Ali, dan makamnya di Johor adalah di Bukit Timbalan.
3. Ianya mungkin dapat menjelaskan suatu persoalan yang selama ini membenak di fikiran saya , mengapa, dalam dakwaan berlakunya ‘tragedi penjarahan makam kerabat Pahang’ oleh kontraktor binaan pada akhir tahun 1930an sebagai persiapan membangunkan bangunan Sultan Ibrahim, yang sudah tentu menyalahi hukum syariat dan adat Melayu, ianya tidak menimbulkan sebarang reaksi daripada mana-mana pihak berwajib, baik di pihak Mufti, jabatan agama, apa lagi di pihak Sultan Ibrahim sendiri yang masih memerintah waktu itu, sementelah kerabat Pahang adalah saudara maranya sendiri. Maka, jika benar pemilik makam tidak bernama di Kg Marhum adalah sebenarnya milik Tun Mutahir, yang dititip bersama beberapa makam lain yang juga tidak bernama dalam tahun 1917 ( dikenali sbg 'makam pindah', rujuk gambar bbrp nisan2 kayu), maka ianya mengesahkan bahawa sebenarnya pemakaman di puncak Bukit Timbalan telah lama dikosongkan sebelum dibersihkan oleh kontraktor binaan, dipindahkan kembali ke negeri Pahang, tempat asal para penghuninya.
4. Persoalannya, jika benarlah berlaku perpindahan makam tersebut, mengapa peristiwa itu seolah-olah tidak diketahui oleh warisnya? Berkemungkinan memang disengajakan begitu, pertama, atas faktor kedudukan Tun Mutahir, seorang pemerintah yang kalah dalam Perang Pahang (1857-1863), menyusul tragedi keruntuhan kesultanan Johor Lama (1857). Di awal abad ke 20, peristiwa menyayat hati yang memecah belahkan kaum kerabat Pahang ini masih menjadi isu tegang yang terus dikenang dan sangat sensitif bagi kedua-dua kesultanan bersaudara Pahang dan Johor yang sama-sama terlibat dalam Perang Saudara di Pahang antara adik beradik (Tun Mutahir dan Che Wan Ahmad). Kedua, ramai waris Tun Mutahir telah berselerakan mencari suaka di banyak tempat seperti di Terengganu, Singapura dan kawasan2 pendalaman di Johor, menyepi diri dan menyembunyikan identiti. Jadi tidak wajar untuk membuat gazet terhadap tindakan mengalihkan makam tersebut yang boleh membuat luka yang tidak berapa lama berdarah kembali.
5. Bagaimanapun, Sultan Ibrahim diketahui sangat rapat dengan seorang cucu Tun Mutahir, sepupunya yang bernama Tun Tahir bin Tun Abdul Rahman bin Tun Mutahir. Beliau antara waris kuat Tun Mutahir yang mewakili seluruh kerabatnya, bekerja di Johor Military Force (JMF), malah ada sumber mengatakan beliau pernah menjadi ADC kepada Sultan Ibrahim. Malahan semasa kemangkatan Tun Tahir dalam tahun 1928, Sultan Ibrahim sendiri yang mengatur pemakamannya secara beradat serta memerhatikan kebajikan keluarganya termasuk nenda saya Wan Chik yang waktu itu baru berumur 21 tahun (puteri sulong Tun Tahir) .
Saya yakin, ada kemungkinan Sultan Ibrahim telah memohon izin Tun Tahir untuk memindahkan makam nendanya Tun Mutahir dari Bukit Timbalan, kembali ke negeri asalnya Pahang, lalu mendapat persetujuannya, namun ia tidak dihebahkan atas alasan yang diberikan sebelum ini. Agak tidak menasabah jikalau Sultan Ibrahim hendak memindahkan makam Tun Mutahir dengan tidak meminta izin daripada waris kuat yang mewakili seluruh kaum kerabatnya yang berselerakan, berkebetulan Tun Tahir merupakan sepupu akrabnya sendiri.
6. Persoalan akhir, mengapa dipindahkan? Apa keperluan terhadapnya? Saya yakin ianya dengan niat murni demi menjaga maslahah kesultanan bersaudara Johor dan Pahang. Posisi makam Tun Mutahir yang strategik di puncak Bukit Timbalan, menghadap Selat Tebrau, yang diketahui oleh semua orang Johor waktu itu, menjadi simbol kuat kepada suatu sejarah yang sangat pahit untuk ditelan. Sultan Ibrahim perlu melanjutkan usaha menyatukan kaum kerabatnya dari Johor dan Pahang, dan banyak bukti merujuk hal demikian. Mungkin pada kehalusan pendapat serta pertimbangan wajar baginda, tiada keperluan untuk terus melestarikan tapak makam di Bukit Timbalan, sebaiknya dipindahkan dengan penuh penghormatan, kembali ke Pahang sebagai usaha memadamkan kenangan terhadap sejarah perang di Pahang itu. Begitu juga yang terjadi dengan Kampung Pahang yang dulunya merupakan tapak penempatan pelarian kerabat Pahang, namun sekarang telah menjadi bangunan kompleks Kota Raya di Johor.
Kemungkinan kedudukan strategik Bukit Timbalan juga diambil kira, kerana pada tahun 1940an, mula tersergam bangunan Sultan Ibrahim bersebelahan kawasan tapak makam Bukit Timbalan, yang saya yakin sudahpun kosong lama sebelum itu namun dirahsiakan hal tersebut dari pengetahuan umum!
Sebagai bekas Setiausaha Badan Waris Kerabat Tun Mutahir Pahang, telah lebih 20 tahun saya bersama beberapa zuriat Tun Mutahir mencari cerita sebenar di sebalik misteri status makam Tun Mutahir di Bukit Timbalan, malah pernah mengirim surat-surat kepada pihak berwajib memohon kerjasama untuk menyiasat hal ini, namun terus menemui jalan buntu. Mungkinkah jawapannya ada pada pemilik makam tidak bernama di Kg Marhum, Pahang ini???
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mewakili keluarga besar Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ingin memohon pihak berwajib menyiasat identiti sebenar pemilik makam bersaiz kecil, namun saya yakin sangat signifikan itu, apakah sebenarnya ia merupakan makam Tun Mutahir sendiri yang telah dibawa pulang dari Johor dengan titah Sultan Ibrahim. Moga Allah meredhoi dan mengganjari segala inisiatif dan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk merungkai misteri ini, seterusnya mendapatkan pengesahan yang tuntas terhadap hal ini.Wallahu ‘alam bissawab
Al Fatihah kepada al Marhum Tun Mutahir dan seluruh kerabatnya...