Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Kedaulatan Watan
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu
      • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Nasihat Kepada Penuntut Takhta


Bismillahirrahmanirrahim

 “Turun kamu dari takhta, kerana takhta ini sebenarnya adalah hak dan milikku!!”
 
Kita sering mendengar kisah-kisah waris Sultan polan ibn polan dari kerajaan ‘xyz’ yang tampil menuntut takhta atas  dakwaan ‘saya sebenarnya waris raja yang sah !”
 
Apakah dengan hanya bermodalkan ciri genetik atau ‘bukti waris’ melayakkan seseorang itu untuk menuntut takhta kerajaan? Di Melaka saja, lebih 70 orang telah mendakwa mereka adalah waris sultan Melaka terakhir yang sah (Sultan Mahmud Shah), tampil mencari peluang untuk menuntut takhta kesultanan Melaka sehingga ke hari ini. Tidak cukup dengan dakwaan sebagai waris, ada pula yang cuba mengukuhkan tuntutan dengan mengemukakan apa yang didakwanya sebagai ‘alat kebesaran diraja’, konon sebagai bukti sah kelayakan dan hak untuk memegang teraju kesultanan yang menurutnya telah dirampas pada suatu masa dahulu.
 
Mungkin sejarahnya benar bahawa “nenek moyang kamu dahulu dalam kerajaan ‘xyz’ telah merampas takhta nenek moyangku yang telah dilantik secara sah mengikut agama dan adat, dan ini adalah kezaliman di sisi Tuhan, dan aku mampu membuktikan yang aku adalah waris sah kepada nenek moyangku  Sultan polan ibn polan itu”.
 
Malahan mungkin juga benar apa yang mereka tampilkan sebagai alat kebesaran leluhur, bagaimanapun adakah benar jikalau selanjutnya mereka membuat tuntutan pula bahawa “…maka sekarang kamu dipersilakan turun dari takhta, kerana aku sebenarnya yang berhak atas kesultanan ini, aku waris sultan yang sah, dan selayaknya takhta wajib dikembalikan kepadaku?”
Benarkah tuntutan demikian ???
 
JAWAPANYA TIDAK BENAR !!
 
Hakikatnya ramai daripada kalangan masyarakat kita yang terkeliru dengan persoalan ‘takhta sebagai hak milik keluarga atau diri peribadi’.
 
Ajaran agama Islam, yakni dari aspek Fiqh al-Siyasi, hakikatnya takhta bukan hak atau milik sesiapa, ianya adalah amanah Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dkehendakiNya. Dalam hukum Fiqh jelas disebut tiga syarat sah pemilihan seorang raja iaitu;
 
Pertama: Samada dipilih melalui Ahl al-Hal  Wa  al-Aqd (Jemaah Pangkuan)
Kedua: Dengan ditunjukkan oleh Raja sebelumnya
Ketiga: Dengan kekerasan seorang laki-laki yang mempunyai kekuatan  mengalahkan satu negeri  lalu melantik dirinya sendiri sebagai Raja.
 
(Sumber: Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayah Al-Diniyyah (Hukum–hukum pemerintahan dan kekuasaan agama) oleh Al-Mawardi & Thamarat al-Muhimmah Diyafat li’l-Umara’i wa’l-Kubara’i li-Ahli al-Mahkamah oleh Raja Hj Ali ibn Raja Hj Ahmad Riau).
 
Lihat syarat ketiga diatas, jelas merujuk kepada sahnya perlantikan seseorang yang mengambil kuasa kerajaan dengan kekuatan dirinya. Islam adalah agama yang halus, berhikmah dan sangat mementingkan kesejahteraan umat. Jikalau seorang telah berhasil mengalahkan satu negeri & mengambil alih kuasa, kemudian ada cubaan daripada pemerintah dahulu atau warisnya untuk mengambil balik pemerintahan dengan jalan peperangan, maka tidak akan berakhir episod pembunuhan, pemberontakan, perang-memerangi yang sudah tentu sangat menyengsarakan, memudaratkan dan merugikan umat Islam, banyaklah kehilangan nyawa dan harta benda yang tidak berkesudahan, sambung menyambung turun temurun.
 
Kezaliman merampas kuasa secara tidak sah adalah suatu hal yang akan dihadapkan di Mahkamah Allah di Hari Akhirat nanti. Itu perkara lain dan akan diadili. Tetapi jikalau pihak yang merampas itu sudah terlalu kuat dan dapat menguasai kerajaan yang diambil alih, maka sebaiknya dibiarkan saja dan bersegera mendapatkan keseimbangan dan memulihkan kembali negara yang berpecah belah, kerana Islam sangat mementingkan keamanan. Serahkan urusan mengadili dan menghukumi si perampas kuasa di Mahkamah Allah nanti.
 
Maka bertukarlah dinasti X ke dinasti Y, inilah resam sejarah yang telah banyak kali berlaku dan perkara ini telahpun diambil kira oleh Hukum Feqah.
 
“ Maka jikalau nenek moyang kamu sudah merampas takhta daripada nenek moyangku secara zalim di zaman silam, biarlah nenek moyangku yang menuntut keadilan di Mahkamah Allah esok. Kerana kamu yang sudah dilantik secara sah sebagai Sang Raja pada hari ini  dan kamu adalah waris si perampas itu , dari sudut Fiqh ianya tidak menjadikan kamu penzalim yang menuntutku  untuk menuntut takhta. Kerana takhta bukan hak milik keluargaku, hatta bukan hak milik sesiapapun…”
 
Terbaik jikalau kamu mengambil langkah berdamai, menyatukan kembali keluarga besar yang sudah berpecah belah disebabkan tragedi silam, moga kamu beroleh redho Allah dan cinta Rasulullah ﷺ di atas usaha murni tersebut.Kecuali ia terkait dengan Harta Faraid yang diambil secara tidak sah, tapi itu cerita lain.
 
Kesimpulannya, takhta kerajaan bukan milik peribadi mana-mana keluarga. Takhta merupakan punca kuasa tertinggi sesebuah negara yang merupakan amanah Allah kepada seorang raja untuk membangunkan sebuah negara maslahah, iaitu negara berkebajikan yang menghimpun kebaikan dan mengelakkan kemudaratan, memelihara Maqasid Syariat terkait agama, nyawa, akal, keturunan  serta harta.

Maka jika sekiranya sesebuah kerajaan yang telah lupus dan mahu dikembalikan, contohnya Kesultanan Melaka, maka bolehlah digunakan cara yang pertama tadi, iaitu dibentuk kembali sidang Jemaah Pangkuan yang akan memilih dan melantik Sang  Raja, molek diambil calonnya dari zuriat raja dari wilayah tersebut, tetapi bukan muktamad, yang penting memenuhi tujuh atau lapan syarat lain, kerana syarat daripada darah raja hanyalah syarat adat, bukan Hukum Fiqh.