Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Apa Ada Pada Sejarah Melayu?

       Melalui kajian genetik dan arkeologi, leluhur bangsa Melayu Nusantara merupakan rumpun bangsa yang telahpun wujud selama beribu tahun  yang lalu. Malah bangsa Melayu yang dinisbahkan sebagai bangsa yang beriman dengan ajaran Islam juga telah melewati usia 700-1200 tahun yang lalu, yang mana sejarah membuktikan berlaku pengislaman masyarakat di rantau ini seawal zaman para sahabat Nabi ﷺ lagi, walaupun di awalnya bersifat runcitan. Mulai abad ke 13 Masihi barulah berlaku gelombang pengislaman secara besar-besaran.

     Bermakna, umur bangsa kita yang panjang telah menatijahkan perkara-perkara berikut:

  • Umur yang telah mencapai tahap kematangan dalam mengatur kaum-kaum Nusantara sehingga berhasil mencapai era dan kemuncak budaya, peradaban dan ketamadunan gemilang khususnya dalam abad 16-18 Masihi.
  • Pengalaman beratus tahun dalam mengendalikan hal ehwal umat Islam sehingga melahirkan ulama-umara bertaraf dunia yang unggu, hebat, berwibawa, berdaulat, malah diiktiraf dan menjalin kerjasama dengan kerajaan-kerajaan besar dunia termasuk Kesultanan Delhi, Syarif-syarif Mekah, kerajaan-kerajaan Eropah dan Khalifah Othmaniyyah.
  • Pengalaman beribu tahun sebagai wilayah maritim bertaraf dunia disebabkan kedudukan Selat Melaka yang strategik sebagai pintu masuk   bagi jaluran pelayaran serta perdagangan antarabangsa daripada dunia Barat, Timur Tengah dan India kepada kerajaan China yang merupakan empayar hebat di masa dahulu, mematangkan masyarakat Nusantara dalam hubungan dengan dunia dan masyarakat luar. Contohnya Melaka pernah menjadi tuan rumah kepada 59 puak dan suku kaum orang asing di dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan.Natijahnya, telah menjadi adat masyarakat Melayu Nusantara memuliakan dan bertolak ansur dengan tetamu kerana telah biasa diziarahi serta berhubung dengan berbagaikaum luar selama beratus-ratus tahun, malah berlaku perkahwinan dengan kaum-kaum luar ini seperti Parsi, Arab, India, China dan sebagainya.
  • Pengislaman serta pentarbiyahan masyarakat rumpun Melayu Nusantara di zaman awal Islam (sebelum muncul penjajah British yang mengenalkan system SEKULAR) telah menyebabkan mereka mendapat pandangan alam Islam yang sebenar. Mengikut pendapat Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, pandangan alam Islam merangkumi pengenalan kepada Allah sebagai Tuhan Maha Pencipta, pengenalan kitab al-Quran sebagai sumber wahyu, pengenalan kepada makhluk ciptaan Allah seperti konsep syurga dan neraka, alam ghaib, perkara roh dan kebatinan, konsep nilai, kebahagiaan, kebaikan hakiki dsbnya. Dalam pandangan alam Islam terangkum hal ehwal dunia dan akhirat yang mana hubungan duniawi dan ukhrawi adalah tidak sekali-kali terpisahkan sedangkan akhirat adalah matlamat akhir insan. Dan inilah yang diajarkan kepada masyarakat Melayu Nusantara sehingga berhasil menatijahkan elemen-elemen Melayu dan kemelayuan serta sistem-sistem pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan umat Melayu yang sinonim dan mesra Islam seperti kesultanan, pendidikan, ekonomi, undang-undang, budaya dsbnya
  • Di bawah bimbingan alim-ulama yang muktabar lagikan mursyid, yang mengajarkan ilmu TAUHID, FEQAH, TASAWUF dalam lingkungan AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH telah berhasil mewujudkan generasi umat Melayu yang berteraskan prinsip ‘UMMATAN WASATA’, iaitu umat yang bersederhana dan sentiasa mengambil jalan tengah.
  • Juga berhasil mewujudkan ‘BANGSA PENDOKONG AGAMA ISLAM’.Pengalaman umara-ulama yang berganding ampuh dengan daya dan kuasa, selain mengambil khazanah ilmu dan falsafah dari  ahli-ahli hikmah, selama beratus-ratus tahun dalam mentadbir dan mengurus umat Melayu Nusantara, sehingga berhasil menyatukan berbagai kaum dengan kefahaman agama yang sama (Ahlus Sunnah Wal Jamaah), Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, serta wujudnya adat-adat Melayu yang banyak bersendi Kitabullah. Selain berhasil memacu peradaban dan ketamadunan Melayu Islam yang luhur gemilang
 
      Maka umat Melayu belakangan telah dapat mewarisi dan menimba ‘tried and tested formulas’ dari leluhur kita, mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan sebelum dibantutkan dengan kekeruhan sejarah campurtangan British dengan agenda imperialisme pembudayaan barat. Persoalan untuk umat Melayu masakini:

  • Dalam ikhtiar mencari penyelesaian kepada kemelut dan dilemma Melayu, mengapa kita perlu menggelabah mencari panduan dan pedoman, ‘going back to the starting block’,  walhal  sejarah leluhur kita sangat kaya dengan khazanah ilmu dan pengalaman yang berhasil dimenafaatkan dengan jayanya, yang boleh kita kutip kembali sebagai panduan dan pedoman.
  • Apakah rujukan kita, bagaimana kita membuat keputusan tentang apakah pilihan yang terbaik untuk masyarakat kita, untuk anak cucu kita, sedangkan orang-orang yang kita telah berikan mandat dan amanah dalam tanggungjawab membuat pilihan-pilihan yang sesuai dan serasi dengan fitrah dan citarasa kita adalah mereka yang  rata-rata tidak memiliki pandangan alam Islam yang sebenar, malah telah dibentuk dengan pandangan alam yang selainnya termasuk sekular yang  jika tidak berhati-hati,  mampu menatijahkan penyakit buta akal dan mata hati, sehingga pandangan, tumpuan dan pilihan dihadkan semata-mata kepada perkara-perkara keduniaan. Orang-orang seperti ini umpama anak-anak kecil yang diberi pilihan untuk dihadiahkan samada wang kertas 50 ringgit di tangan kanan atau gula-gula dan choklat yang berada di tangan kiri si pemberi, langsung pantas diambil gula-gula dan chokelat tanpa dihiraukan wang kertas yang sebenarnya boleh membeli lebih banyak gula-gula dan chokelat untuknya dari yang ditawarkan di hadapannya itu.Dan orang-orang serupa inilah yang kita harapkan membuat pilihan-pilihan terbaik untuk masyarakat kita?? Dan rakyat sebagai pemberi mandat dalam perkara kepimpinan negara juga tidak lari dari musibah ini jikalau tidak dididik dengan pandangan alam Islam yang sebenar.  
     Disebabkan rata-rata masyarakat Melayu hari ini yang telah terdidik dan lazim dengan ilmu sekular sehingga menatijahkan pandangan alam yang asing dengan pandangan alam Islam yang sebenar, maka tida berkeupayaan untuk membuat pilihan-pilihan terbaik dalam mengatur dan mengurus hal-hal kehidupan duniawi, apatah lagi ukhrawi yang sepatutnya saling berhubungan dan berinteraksi secara harmoni. Maka, salah satu ikhtiar adalah kembali ke akar, kembali ke asal-usul yang mampu menjadi “tali yang menarik kembali umat Melayu daripada teraba-raba dalam kegelapan kepada cahaya dan pencerahan hakiki..”  Tali itu ada pada pengenalan diri dan jatiri dari pengajian ILMU AKAR SEJARAH BANGSA…
 
Apakah sejarah silam bangsa kita masih relevan untuk masakini dan masa hadapan?
 
Sudah tentu, rujuk beberapa elemen akar sejarah Melayu dan kemelayuan pegangan leluhur kita:
 
  1. Faham Agama : Ahlus Sunnah Wal Jamaah
  2. Islamisasi Bahasa & Pandangan Alam Islam
  3. Sistem Pemerintahan Beraja
  4. Sejarah & Peranan Ahlul-Bait Nabi ﷺ
  5. Tasawuf Tauhid, Tasawuf Feqah dan Tasawuf Akhlak
  6. Adat Bersendi Kitabullah
  7. Budaya Melayu yang mesra Islam
  8. Seni Beladiri & Persenjataan
  9.  Kudrat Alami
  10. Dsbnya

     Inilah warisan leluhur kita yang masih boleh dipakaikan, malah tetap relevan dalam ikhtiar mengembalikan kesatuan, kekuatan, dan kekuasaan  bangsa dan agama.

Intaha
TSTHO
 
 

 
 
 


Powered by Create your own unique website with customizable templates.