Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Keris Kebesaran Tun Mutahir

Picture

Picture
3 bilah keris dalam simpanan zuriat Penggawa Johor Timur Wan Nong Yahya  yang ke-4, iaitu Kapten Mohd Thair bin Dato Yahya. Keris-keris tersebut adalah
Keris Permaisuri (Raja Hamidah), Keris Raja Muda (Tun Koris) dan Keris Panglima
Keris Raja Permaisuri @ Raja  Hamidah, permaisuri kepada Sultan Mahmud Shah III
 
Picture
Picture
Bilah keris Raja Muda (Tun Koris)
Keris Panglima
Saya dapat maklumat ini daripada sumber media sosial SILAT, KERIS & SEJARAH pada tarikh 8hb Oktober 2022 bersumber daripada Kapten Mohd Thair bin  Dato’ Yahya. Di sini saya kongsikan petikannya:
 
“3 bilah keris pusaka turun menurun yg berkait ceritanya dgn Raja Hamidah@Engku Putri bt Raja Haji Marhum Teluk Ketapang pemegang regalia yg tidak berzuriat, selaku suri ke3 kpd Sultan Mahmud ke 3..mengikut cerita orang tua2 dulu keris ini berada dgn jenazah Tun Mutahir/ Tun Koris ketika di sambut oleh moyang saya selaku Penghulu Sungai/  Pengawa Sungai Wilayah Timur Johor atau Resident Di Pulau  Tanjung Surat, di kuala Sungai Johor dan pintu masuk ke Straits of Johor dari Riau atau Pahang. Dipersembahkn kpd Dato Temenggong Abu Bakar…, di kurnia 3 bilah keris pusaka dari Riau itu kpd moyang saya Wan Nong Yahya. Jadi sudah 5 keturunan keris yg berkait dgn Raja Hamidah iaitu keris permaisuri, keris panglima dan keris raja muda..kini berkumpul di rumah saya”
 
“Cerita orang dulu2 sejarah yg tidak bertulis betul atau tidak wallahualam tapi di muara Kuala Sungai Johor  bertemu dengan Selat Johor dan, Pulau Tekong, Singapura dimana terletaknya Pulau Tanjung Surat, pintu masuk ke Johor lama dan Tanjung Putri dari Riau, Endau Kuala Sedili, Pahang Terengganu, kena melalui pelabuhan Tg Surat di mana duduk nya moyang2 saya yg berjawatan penguasa atau penggawa wilayah timur Johor..iaitu  kuala sedili, penggerang, kota tinggi termasuklah mersing sebagai penggawa wilayah berkuasa keatas darat, sungai dan laut  yg berkuasa adalah Wan Nong Yahya  selaku Residen, penguasa dan pemungut cukai wakil mutlak Temenggong/ Maharaja/ Sultan Johor seawal 1860 ketika Temenggong Abe Bakar berumur muda lewat 20'an dan bergelar Maharaja pd tahun 1868..samada di sambut oleh moyang saya secara fisikal atau orang2nya, Nong Yahya bertanggungjawab mempersembahkan kpd Temenggong Abu Bakar tentang ketibaan jenazah Bendahara Pahang..tak tau lah protokolnya macam mana..”
 
Ringkasnya:
 
  1. 3 bilah keris pusaka yang disebut sebagai Keris Permaisuri, Keris Panglima dan Keris Raja Muda ditemukan pada jenazah al Marhum  Raja Bendahara Seri Maharaja  Pahang Tun Mutahir Tun Ali dan putera baginda, Raja Muda Tun Koris (ditabal sebagai Raja Muda pada tahun 1861)
  2. Jenazah Tun Mutahir yang mangkat pada 30 Mei 1863, dan Tun Koris mangkat hanya selang 4 hari kemudian, iaitu pada tanggal 3 Jun 1863, telah disambut oleh Penggawa wilayah timur Johor, Wan Nong Yahya atau orang-orangnya dan dibawa kepada Temenggong Abu Bakar, menantu kepada Tun Mutahir melalui perkahwinannya  dalam tahun 1858 dengan puteri Tun Mutahir yang bernama Tun Chik (daripada perkahwinan ini lahir seorang puteri iaitu Tengku Besar Petrie). Temenggong Abu Bakar juga terlibat membantu Tun Mutahir dalam peristiwa Perang Saudara di Pahang dalam tahun 1857-1863.
  3. Temenggong Abu Bakar kemudian telah menyerahkan ketiga-tiga bilah keris tersebut kepada Penggawa, Wan Nong Yahya dan masih disimpan sehingga ke hari ini oleh zuriatnya Kapten Thair bin Dato Yahya.

​Maklumat tambahan:
 
  1. Apabila Sultan Mahmud Shah III Johor Lama (1761-1812), mangkat dalam tahun 1812 Masihi, permaisuri baginda Raja Hamidah telah menyimpan semua alat kebesaran kerana waktu itu  berlaku gejolak politik Kesultanan  Johor Lama yang melibatkan dua orang putera Sultan Mahmud, iaitu Tengku Husin dan Tengku Abdu Rahman, pihak Yam Tuan Muda di Riau dan kuasa Belanda. Maka regalia Kesultanan Johor Lama tidak dapat diserahkan kepada pewaris yang sah lalu disimpan oleh Raja Hamidah.
  2. Bagaimanapun alat-alat kebesaran pada Raja Hamidah kemudian telah dirampas oleh kuasa Belanda sekitar tahun 1823 Masihi, dan ditabalkanlah Tengku Abdul Rahman sebagai pemerintah Kesultanan Johor Lama pada tahun yang sama. Pembesar tradisi Johor Lama waktu itu yang diketuai oleh Bendahara Siwa Raja Tun Ali ibni Tun Koris kemudian telah mengiktiraf Sultan Abdul Rahman (1823-32), pewaris baginda, Sultan Muhammad Shah (1832-1841) dan Sultan Mahmud Muzaffar  Shah (1841-1857) sebagai pemerintahan Kesultananan Johor Lama. Namun Sultan Mahmud Muzaffar  kemudian telah dimakzulkan oleh kuasa Belanda dalam tahun 1857 yang mengakhiri Kesultanan Johor Lama.
  3. Apa signifakannya keris Permaisuri (Raja Hamidah) dan keris Raja Muda (Tun Koris) berada pada jenazah Tun Mutahir dan Tun Koris apabila jenazah tersebut di sambut oleh Tok Penggawa di Tanjung Surat?? Berkemungkinan kedua-dua bilah keris tersebut berkait rapat dengan kurniaan jajahan Pahang  oleh Sultan Mahmud Shah III kepada keluarga Bendahara  di zaman Bendahara Tun Abdul Majid (1770-1802) disebabkan berlakunya latarbelakang gejolak politik pembesar Melayu dan Bugis pada waktu itu. Di waktu itu, bermulalah era dinasti bendahara sebagai pemerintah Pahang (vassal state), sekaligus terus menjadi bendahara bagi Kesultanan Johor Lama sebagaimana tradisinya semenjak zaman Melaka (Kesultanan Johor Lama adalah pewaris Kesultanan Melaka)
  4. Berkemungkinan daripada Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid inilah, keris tersebut menjadi sebahagian daripada regalia kerajaan bendahara di Pahang, diturunkan kepada pewaris berikutnya sehinggalah tiba di haribaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ibni Bendahara Siwa Raja Tun Ali yang memerintah dari tahun 1847-1863 Masihi. Dalam tahun 1857 bermula Perang Saudara di Pahang, dan Tun Mutahir menemui kekalahan dan mangkat dalam tahun 1863 Masihi.  Dari  latarbelakang perang saudara ini muncullah Kesultanan Pahang Moden.
  5. Dan keris tersebut dijumpakan bersama jenazah al Marhum dan anaknda Tun Koris dalam tahun 1863…
keris_kebesaran_ditemukan_pada_jenazah_tun_mutahir_pahang.pdf
File Size: 555 kb
File Type: pdf
Download File

Powered by Create your own unique website with customizable templates.