Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman

“Saya cinta Allah dan saya cinta Nabi ﷺ. Saya sayang ayah dan saya sayang ummi. Saya dambakan rahmat dan keredhaan Allah dunia akhirat, bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga untuk ayah  dan ummi saya, kaum keluarga saya, sahabat-sahabat saya, jiran-jiran saya, malahan untuk saudara-saudara seagama saya.

Saya mahu mati sebagai ORANG YANG BERIMAN dan dalam HUSNUL KHATIMAH walau apapun yang terjadi di Akhir Zaman ini. Kerana saya sedar terlalu banyak pancarobanya di zaman iman umat Islam keluar masuk pada hari ini dan cubaan demi cubaan dari musuh-musuh Allah untuk meregut iman umat Islam dimana-manapun. Nauzubillahiminzalik.

Maka saya ingin mencari  jalan Allah melalui pintu RasulNya ﷺ. Tapi saya amat keliru kerana dalam pencarian ini, macam-macam  jalan atau firqah yang ditunjukkan kepada saya. Mazhab Empat asing-asing, Mazhab Empat campur aduk, Anti Mazhab, Mazhab Syiah, Golongan Qurany[1], Wahhabi, Muktazilah, fahaman Ibnu Taimiyyah, Najariyyah, Jabariyyah, Murjiyyah  dan macam-macam lagi.

Pendek kata bermacam-macam jalan dan tafsiran yang  sampai kepada saya.  Bermacam-macam jenis ‘ulama’ yang saya jumpa termasuklah yang separuh masak dan yang tak masak langsung. Ini belum masuk ‘ulama’ lulusan pusat-pusat pengajian Orientalis  Barat[2] yang bertok gurukan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu. Berbagai-bagai warna dan tafsiran yang saya lihat  dan mendengar sendiri. Sehinggakan ahli-ahli akademik, wartawan, ahli-ahli pemikir dan filosof, hatta orang-orang kafir sekalipun merasa berkelayakan untuk mentafsir ajaran-ajaran Islam serta memberi ‘petunjuk mereka’ mengikut sesuka hati dan hawa nafsu masing-masing.

Orang moden hari ini sebilangannya berkata ajaran Islam itu bersifat relatif, bukan mutlak. Oleh itu pilihlah Islam versi mana-manapun, semuanya betul.

Tapi bukankah Rasulullah ﷺ pernah bersabda :

“ Bahawasanya Bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka KECUALI SATU”. Para sahabat yang mendengar ucapan Nabi (ﷺ) itu bertanya:”Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah (ﷺ)?” Nabi (ﷺ) menjawab:”Yang satu itu ialah orang yang berpegang kepada peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.”  (HR At-Tarmidzi)

"Sentiasa akan ada satu thoifah (jemaah) dari umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran dan mereka itu tidak akan dapat dirosakkan atau dihancurkan oleh orang-orang yang menentangnya hingga datangnya perintah Allah (Hari Kiamat).”

“ Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad ditanganNya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.’ Sahabat bertanya: ‘Siapakah firqah (yang tidak masuk neraka) itu ya Rasulullah?’ Nabi (ﷺ ) menjawab : ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah’. (HR Thabarani)

Demi kebenaran Agama Allah SWT, saya  kini faham bahawa hanya firqah AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH sahaja satu-satunya jalan menuju kepada rahmat dan perlindunganNya. Falsafah, aliran pemikiran dan tafsiran-tafsiran ajaran Islam mengikut firqah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja yang betul, sedangkan firqah-firqah yang lain itu tidak terjamin mendapat perlindungan Allah dan dalam mara bahaya  membawa pengikutnya ke jurang api neraka di Hari Akhirat nanti. Saya minta perlindungan Allah dari mara bahaya tersebut!

Bagaimanapun  dalam keadaan dunia Islam sekular hari ini  yang melahirkan ramai golongan ulama suk (batil) dengan berbagai fahaman yang banyak berpandukan kepada hukum akal dan hawa nafsu mereka semata-mata, maka saya khuatir berlakunya campur aduk sehingga berkemungkinan terjerumus di dalam firqah-firqah batil. Apa yang lebih mengelirukan ialah, pada hari ini semua orang  dari berbagai aliran pemikiran Islam dan firqah telah mendakwa bahawa hanyasanya kelompok mereka sahajalah pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah  yang sebenar. Ada pula yang mengatakan semua kelompok ini benar serta menuju matlamat yang sama sebagai golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kalaulah mereka semuanya betul, mana dia firqah-firqah yang batil? Adakah firqah-firqah batil hanya wujud di zaman dahulukala dan tidak wujud lagi pada hari ini??

Rasulullah ﷺ telah bersabda :

“ Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) diantaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika  itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah dan gigitlah dengan gerahammu”     (HR  Imam Abu Dawud)

“Ada dua firqah dari umatku yang pada hakikatnya mereka tidak ada sangkut paut dengan Islam, iaitu kaum Murjiyyah dan kaum Qadariyyah.”   (HR At-Tarmidzi)

“ Akan keluar suatu kaum Akhir Zaman, orang-orang muda berfahaman jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan ‘Khairil Bariyah’ (maksudnya firman-firman Tuhan yang dibawa oleh Nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu lawanlah mereka.”   (HR Imam Bukhari)

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sendiri telah memberi amaran mengenai  wujudnya firqah-firqah batil sampai Akhir Zaman yang dipakaikan dengan imej Islam. Saya tidak mahu menjadi keliru atau tertipu dengan dakwaan-dakwaan ‘alim-ulama’ serta para pengikut firqah-firqah  yang sedemikian. Saya tidak mahu terjerumus ke dalam firqah-firqah  yang dikhuatiri wujud unsur-unsur yang sesat lagi menyesatkan. Saya berlindung dengan Allah daripada fitnah dan musibah besar ini.

MAKA SAYA BERTEKAD UNTUK MENGENALI PENGIKUT  FIRQAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR !! 

 Siapakah  mereka? ”



1] Nama yang memperdayakan. Sebenarnya ini nama lain bagi golongan Ingkaru Sunnah atau Anti-Hadith.

[2] Berkata Al-Sahl Al-Tastari rahimahullah sebagaimana tersebut dalam Ibthal Al-Hiyal karangan Ibnu Baththah halaman 54;

“ Sesiapa yang mengeluarkan fatwa kepada orang ramai dengan helah dalam perkara-perkara yang tidak harus ditakwilkan dengan akal dan nafsu, dengan tanpa mengambil daripada Al-Quran dan Hadith, maka orang berkenaan adalah ulama suk (jahat). Dengan sebab adanya fatwa seperti inilah rosak orang dahulu dan sekarang dan akibat daripada perbuatan seperti ini, orang berkenaan akan mendapat tiga hukuman di dunia iaitu : Ilmu kewara’an dicabut daripada hatinya, dunia dihiaskan untuknya sehingga dia amat menyukainya dan mendapat fitnah kerananya dan akhir sekali menjadikannya betul-betul mengutamakan dunia sehingga sekiranya dia diberikan seluruh dunia ini untuk mensia-siakan agamanya, nescaya dia akan menerimanya….”


Sumber:
Buku 'Panduan Ummah di Akhir Zaman'. Rujuk 'Karya Penulis'
. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dalam bentul buku-e (format fail pdf). Untuk maklumat lanjut, rujuk bhg 'Buku-e dan Makalah-e'

Powered by Create your own unique website with customizable templates.