Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
    • E-Buku & E-Artikel oleh Penulis >
      • Berkaitan Institusi Bendahara
      • Berkaitan Institusi Raja Melayu
      • Siri Kiamat Hampir Menjelang
      • Artikel Sejarah & Peradaban Alam Melayu
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan >
        • Salasilah Kesultanan Deli & Serdang
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Menjawab Blog Ku Seman 2019
      • Triti 1861 Mengikat Dinasti Bendahara & Temenggong
      • Penyerahan Singapura oleh 'Sultan' Hussein
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu
  • Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara

Raja Melayu & Perlembagaan


Bismillahirrahmanirrahim
 
Sejarah tanahair kita telah memperlihatkan umur kerajaan-kerajaan Melayu Islam  yang telah menjangkau hampir seribu tahun lamanya, yang mana sebahagian dinasti Raja-raja Melayu yang masih memerintah  hari ini mampu menjejaki salasilah keluarga  semenjak  zaman awal Islam di negara ini seperti Kedah dan Kelantan.
 
Sejarah juga telah mencatatkan istana sebagai pusat dan pencetus segala perkembangan dalam pelbagai aspek ketamadunan dan peradaban rakyat di negara ini sama ada dalam bidang pendidikan, keagamaan, kebudayaan, adat resam, ekonomi dan lain-lain. Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan, agama, kebudayaan, kesenian, adat resam dan ekonomi merupakan lapangan yang saling berkait diantara satu sama lain yang menjadi medan bagi pihak pemerintah memajukannya.
​
Maka Institusi Raja-raja Melayu yang merupakan institusi tradisional orang-orang Melayu yang paling lama, bersejarah dan penting, walaupun telah melalui perbagai perubahan dan anjakan paradigma khususnya selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948, belakangan dikenali dengan nama negara Malaysia, serta proses-proses perubahan yang berlaku selanjutnya sehingga  menghadkan ruanglingkup kuasa dan keistimewaan baginda sekelian, namun peranannya masih tetap utama, penting dan relevan sebagai tonggak sebenar bangsa dan agama.
 
Kepentingan Institusi Raja-raja Melayu telah dipahat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal dalam tahun 1957 sejurus sebelum negara ini mencapai kemerdekaannya.
 
Perkara 181, 38(4), 44, 71 dan 159(5) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas merujuk kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja Melayu sekelian sebagai Tuan-tuan kepada semua warganegara Malaysia, bukan sahaja sebagai tonggak dan simbol bangsa Melayu secara tradisinya, malahan adalah juga simbol kuasa dan kerajaan Malaysia. Perkara 32(1) pula telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘ yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan’ sementara dalam Perkara 70(1) Raja-raja Melayu yang lain adalah ‘ tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain’,  sedangkan Perkara 8 mengisytiharkan semua orang lain adalah sama di sisi undang-undang,
 
Perkara 38 yang menyentuh tentang Majlis Raja-Raja, Perkara 181 yang menyentuh tentang Kedaulatan dan Keistimewaan Raja-raja Melayu, Perkara 70 yang menyentuh  Keutamaan Yang Dipertua Negeri dan  Raja Melayu dan Perkara 153 yang menyentuh Hak dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera pula adalah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah pinda melalui proses biasa (iaitu memerlukan 2/3 daripada anggota Dewan Rakyat yang hadir mesyuarat), tetapi hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
 
Dalam konteks yang sama Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga fungsi yang tidak boleh dipersoalkan, iaitu ;

  1. Melantik Perdana Menteri
  2. Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen (atas desakan)
  3. Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu dan mengambil tindakan perihalnya.
 
Kuasa ini juga wujud di bawah perlembagaan semua negeri beraja. Bermakna kuasa pengimbang tetap ada pada Raja Melayu samada yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Perkara 38.  Dalam Perkara 43 (2) pula syarat perlantikan Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat Yang di-Pertuan Agong seseorang itu mendapat sokongan ramai ahli di Dewan Rakyat.
 
Dalam Perkara 153(1), Yang di-Pertuan Agong berperanan dalam “melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. Ianya hendaklah difahami dalam  pengertian dan semangat asal Fasal tersebut, walaupun secara tersuratnya Yang di-Pertuan Agong juga menjaga kepentingan sah kaum-kaum yang lain,  namun  bukan dalam konteks mengkompromi kepentingan orang Melayu yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.
 
Peranan Raja-raja Melayu sebagai tonggak bangsa dan agama juga telah ditekankan oleh mantan Ketua Hakim Negara iaitu Tun Salleh Abbas. Beliau pernah menyebutkan bahawa :
 
“ Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam”.
 
Kesimpulannya, melalui beberapa peruntukan perlembagaan seperti yang disebutkan di atas, serta saluran Majlis Raja-Raja, Raja-raja Melayu bukanlah semata-mata simbolisme sahaja, tetapi mempunyai kuatkuasa undang-undang yang walaupun terhad, namun masih boleh digunakan untuk mencapai maksud menjaga kepentingan bangsa, agama dan watan, terutamanya dalam menghadapi saat-saat kritis dalam cabara-cabaran yang berpotensi menggugah kepentingan orang-orang Melayu dan agama Islam.
 
Kaum-kaum lain telah mendapat ruang yang luas dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk berekonomi, berpolitik, malahan bebas untuk berbahasa, berbudaya dan beramal dengan kepercayaan adat dan agama mereka, maka jikalau orang Melayu menuntut dipelihara hak keistimewaan tradisional mereka khususnya hak untuk memelihara serta menjunjung kepentingan agama Islam dan umatnya melalui payungan Institusi Raja-raja Melayu adalah suatu yang amat wajar.
 
 
Wallahu ‘alam bissawab
   
                            Hukum Kanun Melaka
malacca_code_base_of_federal_constitution.pdf
File Size: 581 kb
File Type: pdf
Download File

the_embryonic_malay_constitution.pdf
File Size: 70 kb
File Type: pdf
Download File

kedaulatan_allah_dan_kedaulatan_raja_melayu.pdf
File Size: 103 kb
File Type: pdf
Download File

kontrak_sosial_teras_kedaulatan_rakyat.pdf
File Size: 87 kb
File Type: pdf
Download File

kontrak_sosial_kedaulatan_raja___kedaulatan_rakyat.pdf
File Size: 126 kb
File Type: pdf
Download File

malay_native_sovereignty.pdf
File Size: 243 kb
File Type: pdf
Download File

kepincangan_nilai_undi_dlm_sistem_demokrasi.pdf
File Size: 92 kb
File Type: pdf
Download File

Picture
Manuskrip Tajul Salatin .

Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.