Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Hubungan Murid Dengan Murobbi @ Syeikh

Wahai murid, kamu harus  mengambil perhatian khusus dalam  menjalin hubungan dengan orang-orang baik dan mendampingi golongan solihin dan abrar. Carilah pembimbing  yang baik, yang benar-benar arif  dalam soal agama, manusia terpimpin yang  ahli dalam hal pentarbiyahan jiwa nurani,  telah mengecapi nikmat hakikat iman dan mencapai makrifat. Sempurna akal fikirannya, lapang dadanya, molek pentadbiran hidupnya, mengenali serta memahami soal-soal kemanusiaan  serta mempunyai kemampuan dalam segenap sudut kehidupan.

Apabila kamu telah menjumpai pembimbing yang memenuhi ciri-ciri tersebut, rebutlah peluang yang amat berharga ini dan jadikankanlah diri sebagai pelajarnya, berikanlah kuasa kepadanya atas segala hal ehwal kamu dan ambillah didikan dan tunjuk ajarnya dalam segenap kehidupan. Berusaha untuk mencontohi segala yang terbaik dari bicara dan perilakunya, kecuali  pada perkara-perkara  peribadinya, sebagai contoh urusan perhubungan beliau dengan orang-orang lain, soal-soal dakwahnya dengan orang yang hampir dan jauh.

Jangan suka membangkang ataupun mempertikaikan tindak-tanduknya  samada secara terang mahupun sulit. Jika sekiranya tercetus prasangka-prasangka buruk dan lintasan-lintasan jahat dalam pemikiranmu tentangnya, segeralah singkirkan jauh-jauh pemikiran tersebut,  namun  jika gagal berbuat demikian, mohonlah bantuan syeikh kamu untu menunjukkan jalan keluarnya.  Kamu juga harus memaklumkan segala hal ehwal kamu, khususnya yang terkait dengan tariqatmu. Berwaspadalah supaya jangan kamu mengikuti syeikh kamu di khalayak  ramai dan di hadapannya semata-mata tetapi mengengkari di belakangnya, kelak kamu binasa.


Janganlah duduk di mana-mana majlis syeikh yang lain melainkan kamu telah mendapat keizinan daripada syeikhmu.  Gunakanlah keizinannya dengan sebaik mungkin dan peliharalah hati. Namun jika dia tidak mengizinkan kamu, ketahuilah bahawa seorang syeikh itu lebih mengetahui apakah keutamaan dan kesesuaian untuk diri pelajarnya, jangan pula kamu menuduhnya berperasaan hasad atau irihati. Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan sifat tersebut daripada para ahlullah pilihanNya.

Berwaspadalah dari meminta-minta karamah dan kasyaf  daripada syeikh kamu, kerana sesungguhnya ilmu ghaib itu adalah milik Allah SWT yang mutlak, had wali itu ialah apa yang Allah SWT mendedahkan kepadanya dari sebahagian ilmu ghaib, pada sebahagian waktu.

Mungkin seseorang murid datang kepada syeikhnya dengan hasrat bertanya tentang lintasan pemikirannya sendiri, tetapi syeikh tersebut enggan mendedahkan  walaupun  mengetahuinya, hal ini disebabkan kehendak syeikh itu sendiri untuk melindungi sirr dan keadaan rohani muridnya, kerana para aulia (semoga Allah merahmati mereka) adalah golongan yang amat berhati-hati didalam perkara memelihara sirr dan tidak  suka menunjuk-nunjuk kekeramatan mereka. Kebanyakan karamah yang berlaku kepada para aulia bukanlah atas pilihan mereka, dan orang-orang yang menjadi saksi kepada karamah ini akan diminta untuk merahsiakannya sehingga wafatnya aulia tersebut. Kadangkala aulia akan menzahirkan karamahnya demi memelihara kepentingan yang lebih utama.  
Ketahuilah bahawa seorang syeikh mendidik pelajarnya dengan penuh semangat, tingkah laku dan perbicaraannya. Bertindak melindungi muridnya samada  waktu bersama mahupun tidak. Bahkan jikalau berjauhan, pelajar akan mendapatkan isyarat didikan melalui lintasan hati.

Perkara yang paling mudharat bagi seseorang murid adalah apabila syeikhnya  berkecil hati dan berubah sikap terhadapnya, jikalau ini berlaku, walaupun semua syeikh-syeikh dari timur dan barat bersatu untuk memperbaiki murid ini, namun tetap tidak akan berjaya melainkan jikalau  beliau kembali mendapatkan restu syeikhnya .

Ketahuilah, dalam mencari syeikh, seorang murid jangan sekali-kali menyerahkan  dirinya  kepada mana-mana syeikh tariqat sehingga dia benar-benar pasti bahawa syeikh itu menepati ciri-ciri ketokohan yang disebutkan serta boleh menerimanya dengan sepenuh hati. Begitu juga apabila seseorang murid datang kepada syeikh dan meminta untuk dibimbing dalam tariqatnya, dia tidak akan diizinkan melainkan keikhlasannya  telah terlebih dahulu diuji  dan sejauh mana kemahuannya untuk dibimbing kepada Tuhannya.


Semua perkara diatas adalah merujuk kepada  SYEIKH TAHKIM, dan amat penting bagi murid untuk bersamanya umpama jenazah di sisi orang yang akan memandikannya atau seperti  anak  kecil di sisi ibunya. Bagaimanapun syarat ini tiadalah dikenakan kepada SYEIKH TABARRUK, jika niat sang murid sekadar mengambil barakah dari syeikh ini dan bukan untuk menyerahkan dirinya, dalam hal tersebut lebih banyak syeikh tabarruk yang ditemuinya adalah lebih baik.

Seorang murid yang belum berjaya dalam ikhtiar mendapatkan syeikh hendaklah meneruskan usahanya dengan gigih, rujuk dan berserahlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan sifat kehambaan, mohonlah supaya Allah menghantarnya pembimbing, nescaya doanya  akan dimakbulkan oleh Dia yang mengkabulkan sesiapa yang terdesak, Dia akan menghantar hambaNya yang akan memimpin tangannya.

Dalam pencarian seorang murid, dia mungkin berfikiran bahawa dia ketiadaan syeikh sedangkan hakikatnya syeikh yang dia tidak pernah jumpa sedang menumpukan perhatian dan membimbingnya dalam keadaan beliau tidak sedar.  Yang paling penting adah ketulusan hati dan keikhlasan, di situ akan hadir syeikh-syeikh hakiki.

Syeikh a-Junaid berkata: “ Jikalau seseorang murid itu benar-benar ikhlas, dia akan menjumpai syeikhnya dihadapannya,” . Maha Suci Dia yang telah mendorongkan diri si pencari kepada auliaNya melalui tanda-tandaNya dan tidak menzahirkan tanda-tanda tersebut melainkan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.

Jikalau anda berhajat kepada syeikhmu atau ada soalan yang ingin diajukan, tanyalah sekali, dua kali atau tiga kali. Diam dan tidak bertanya bukanlah satu adab yang baik. Sewajarnya para murid sentiasa bertanya kepada syeikhnya, kecuali sememangnya syeikh menyuruh  kamu berdiam atau jangan bertanya lagi soalan tersebut, maka kamu harus patuh.

Jika syeikh kamu menghalangimu dari berbuat sesuatu atau jika ia melebihkan orang lain, janganlah pula kamu mendakwa-dakwinya kerana apa yang dilakukannya adalah terbaik dan akan menafaatkan kamu. Jika kamu telah melakukan sesuatu yang tidak disenangi syeikhmu, mohonlah kemaafan sehingga kegusarannya atas kamu hilang. Selalulah memohon kemaafan kepada syeikh seandainya berlaku kesalahan ataupun kesilapan sehinggalah  ia memaafkan dan merestuimu kembali.

Jikalau kamu mensyaki bahawa syeikh kamu telah berubah hati padamu, sebagai contohnya beliau tidak mengukir senyuman kepadamu seperti yang selalu dilakukannya, maka kamu haruslah  menyuarakan kebimbanganmu kepadanya, mungkin ianya disebabkan sesuatu  kesalahan kamu yang memerlukan kamu bertaubat, atau hanya prasangka dari bisikan/hasutan syaitan yang mahu menyempitkan dadamu.  Maka bertanyalah! Jika syeikh kamu memberitahumu bahawa beliau masih senang denganmu, maka sesungguhnya itu adalah rahmat, dan kamu tidak akan dapat ketenangan sedemikian sekiranya kamu hanya berdiam sahaja atas keraguanmu.


Jika kamu melihat seorang murid penuh dengan perasaan hormat takzim dan merendah diri kepada syeikhnya, meyakininya, mentaati sepenuhnya zahir dan batin serta memuliakan syeikhnya dengan selayaknya, maka murid tersebut akan mewarisi sirr syeikh itu atau sebahagian darinya.

 

Petikan dari kitab “Kitab Murid’ oleh Al Habib Imam Abdullah bin Alawi Alhaddad


 

 

 

 


Powered by Create your own unique website with customizable templates.