Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
      • Identiti Mani Purindan
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Perihal Baka & Bimbingan
"Nature vs Nurture"

Aturan darjat manusia di mukabumi Allah ini adalah juga terkait rapat dengan persoalan baka. Hakikatnya setiap benda di dunia ini mempunyai martabatnya masing-masing, yang mana istilah martabat dalam konteks ini dimaksudkan dengan kualiti benda yang berbeza diantara satu dengan yang lain.

Istilah kualiti merujuk kepada ciri buruk baiknya, atau mutu sesuatu benda. Contohnya secara umum dalam dunia perdagangan, piawaian-piawaian tertentu akan ditetapkan oleh sebuah badan rasmi kerajaan mahupun badan-badan antarabangsa untuk komoditi-komoditi ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang dipasarkan, apatah lagi jikalau ianya menembusi pasaran antarabangsa.
       
Bagaimana pula dengan makhluk Allah yang bernyawa? Contohnya adakah spesis-spesis haiwan mempunyai martabat? Adakah seekor binatang mempunyai martabat berbeza dengan binatang lain dari spesis yang sama? Contohnya kucing A dengan kucing B? Atau kuda jenis C berbanding D?

Adakah di atas ciri-ciri fizikal ataupun tabiat-tabiat tertentu yang dikaitkan dengan binatang-binatang ini yang menyebabkan satu jenis ataupun satu spesis dibezakan dengan yang lain dari aspek ‘nilai sahamnya’ yang rendah ataupun tinggi ? Jawapannya sudah pasti.

Golongan saintis sendiri telah memperakukan tentang kewujudan ciri-ciri khusus pada jenis-jenis air yang  berbeza, yang disebut juga sebagai mempunyai ‘darjat’ ataupun ‘martabat’ masing-masing yang tersendiri. Bandingkan  diantara air zam-zam, air yang telah diwiridkan padanya, air kolah di masjid-masjid,  air osmosis, air aura, air tapisan dan sebagainya. Analisis pada atom-atom air dari jenis-jenis yang berbeza ini jelas membuktikan wujudnya martabat/kualiti diantaranya.

Bagaimana pula dengan manusia? Jikalaulah darjat atau martabat duniawi  manusia itu ditakdirkan berbeza antara satu sama lain, bagaimana pula dengan ciri bakanya, iaitu sifat-sifat fitrah atau semulajadinya? Adakah baka manusia semuanya bersifat sama? Bolehkah ciri-ciri yang ada pada seseorang insan itu diambil daripada nenek moyangnya lalu diperturunkan pula kepada anak cucu dan keturunannya? Apakah ciri-ciri tersebut merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan mental? Adakah istilah manusia yang berbaka baik, iaitu bercirikan sifat-sifat kesempurnaan serta sifat-sifat lain seperti kepimpinan dan kewibawaan yang dapat memenafaatkan diri mahupun orang lain secara semulajadi atau fitrah[1]? Adakah baka baik itu dapat diwariskan pula kepada anak-cucu?

Apakah ciri baka juga menjadi salah satu elemen yang menentukan martabat manusia di dunia ini selain dari apa yang telah ditentukan dalam hukum syariat seperti yang telah kita kupas dalam bahagian terdahulu?

Hakikatnya dalam kehidupan manusia, faktor baka, zuriyyat dan salasilah atau rantaian keturunan memainkan peranan yang amat penting kerana ia terkait rapat dengan salah satu dari dua ciri yang mencorak, mengadun, membentuk dan mewarnai setiap individu yang bergelar insan, iaitu yang lahir daripada titisan Nabi Adam AS dan Siti Hawa AS itu. Ciri yang dimaksudkan itu ialah aspek BAKA/GENETIK dan BIMBINGAN/PENDIDIKAN (NATURE AND NURTURE).

Walaupun setiap manusia berasal daripada titisan Nabi Adam AS dan Siti Hawa AS, namun tidak bermakna secara otomatik keseluruhan mereka akan disatukan bersama nenek moyang mereka itu di dalam syurga pada Hari Akhirat kelak, kerana sebahagian daripada mereka ditakdirkan bakal menerima kecelakaan sebagai orang-orang kafir yang akan dihumbankan ke jurang api neraka buat selama-lamanya. Nauzubillah….

Ini adalah kerana nasib seseorang di Alam Akhirat adalah bergantung kepada ‘bekalan’ yang dibawanya apabila ia menemui ajalnya, dan bekalan yang dimaksudkan ialah iman dan amal soleh yang dilakukan sepanjang tempuh hayatnya di dunia ini.

Dan dalam tugasnya melaksanakan segala tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT di dunia ini, keteguhan iman serta amal soleh yang dikerjakan ini terkait rapat dengan latarbelakang BAKA@GENETIK serta BIMBINGAN @PENDIDIKAN yang ada pada seseorang insan itu. Maka jikalau ditakdirkan baka atau sifat semulajadinya baik, contohnya ia seorang yang pemurah, penyayang, pembelas, peramah, prihatin, lembut hati dan sebagainya, maka itulah yang dinamakan rezekinya, iaitu nikmat Allah yang tidak terhingga yang patut disyukurinya kerana memudahkannya mengerjakan kebaikan-kebaikan yang diperintahkan oleh  Allah  SWT sehingga proses peningkatan kuantiti dan kualiti amal solehnya jelas terserlah dengan berlalunya masa demi masa perjalanan umurnya.

Bagaimanapun Allah SWT yang Maha Rahman dan Maha Rahim juga telah menyediakan bagi hamba-hambaNya ciri BIMBINGAN dari aspek PENDIDIKAN ILMU, PENGARUH PERSEKITARAN dan PENGALAMAN HIDUP, yang mana ianya mampu mengimbangi ciri baka atau sifat semulajadi seseorang itu. Contohnya jikalau pada bakanya wujud kecacatan atau ‘character flaw’ seperti bersifat keras, kasar, degil, egoistik, baran dan sebagainya, namun ia masih tetap berpeluang menjadi insan yang baik dengan cara memperbaiki dirinya dengan didikan atau pentarbiyahan melalui firman-firman Allah, nasihat-nasihat Rasulullah ﷺ serta panduan daripada kehidupan Baginda sendiri, mempelajari tentang fadhilat-fadhilat amal, dosa pahala, sejarah kaum-kaum terdahulu  dan kehidupan golongan sahabat dan salafus soleh sebagai iktibar dan teladan, konsep Hari Hisab/Pengadilan serta ganjaran syurga ataupun balasan api neraka dan sebagainya.

Selain itu bimbingan atau pentarbiyahan dalam bidang tasawuf atau tazkiyatun nafs juga dapat membantu dalam memperbaiki berbagai kecelaan pada diri serta menunjukkan cara melazimkannya dengan sifat-sifat dan akhlak-akhlak mulia sehingga meningkatlah kuantiti dan kualiti iman serta amal soleh yang dikerjakan.

Pengalaman hidup juga merupakan pentarbiyahan insan yang sangat baik, dikatakan sebagai guru terbaik, kerana daripada pengalamanlah seseorang mampu mengambil iktibar dan teladan.

Apatah lagi bagi golongan manusia pilihan Allah SWT yang mendapat anugerah baka@genetik serta bimbingan@tarbiyah yang baik dan mantap, sehingga proses menjadi hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah dipermudahkan baginya, maka teramat beruntunglah golongan ini kerana mendapat takdir yang baik. Sedangkan yang lain perlu berusaha lebih sedikit dalam pentarbiyahan dirinya supaya keseimbangan baka dan bimbingan (nature and nurture) dapat dicapai demi memperolehi kehidupan yang diredhai Allah SWT.

Persoalannya, benarkah wujud ciri ‘baka baik’ dari kalangan umat manusia, iaitu orang-orang berbahagia yang ditakdirkan lahir dengan sifat-sifat baik dan mulia, walaupun tidaklah sesempurna Rasulullah ﷺ  dan para Nabi yang maksum. Dan apakah ciri-ciri kepimpinan dan kewibawaan juga boleh diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain dalam satu keluarga, contohnya keluarga pemerintah turun temurun seperti raja-raja?

Darah yang mengalir pada jasad setiap insan di dunia ini warnanya merah dan semua manusia mempunyai warna darah yang sama. Namun apakah hakikat dan  sirr atau rahsia yang tersembunyi di sebalik darah  yang merah itu?

Mengapa anak-anak bukan sahaja mewarisi sifat fizikal ibu dan/atau ayahnya, malahan juga tabiat, kecenderungan, perangai dan bakat-bakat mereka? Mengapa kita tidak digalakkan berkahwin dengan keluarga rapat seperti sepupu? Mengapa Rasulullah ﷺ menyenaraikan keturunan sebagai salah satu ciri dalam soal pemilihan jodoh? Dan mengapa seberat-berat hukuman seperti hudud dikenakan kepada orang-orang (yang telah berkahwin) yang berzina?


[1] Kajian  yang dilakukan atas manusia menunjukkan wujudnya ciri-ciri IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient). Gabungan ciri-ciri ini berkait rapat dengan sifat kepimpinan, kewibawaan, keseimbangan emosi, daya fikir, perasaan tanggungjawab dan berbagai sifat-sifat positif yang lain. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah bersifat baka semulajadi, sedangkan sebahagian yang lain boleh dipelajari dari bimbingan serta pengalaman hidup. Syarikat-syarikat korporat  seringkali menggunakan ketiga-tiga ciri ini bagi mengukur potensi seseorang pekerja untuk diterapkan pada jawatan-jawatan yang khusus seperti pengurusan, kepimpinan, teknikal dan sebagainya.



Sumber:
Buku 'Zuriat Rasulullah SAW & Raja-raja Melayu'. Rujuk bhg 'Karya Penulis
'

Powered by Create your own unique website with customizable templates.