Identiti Mani Purindan: Membidas Naratif Songsang R.O Winstedt
Berikut dikongsikan petikan dari kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mengisahkan tentang Mani Purindan qaddasallahu sirrahum:
“Kata sahibul’l-hikayat, maka tersebut-lah perkataan ada sa-buah negeri di-benua Keling, Paheli nama-nya, Nizamu’l-Muluk Akbar Shah nama raja-nya. Ada pun raja itu Islam, di-dalam agama Nabi Muhammad. Maka baginda beranak tiga orang, dua orang laki2, sa-orang perempuan, dan yang tua bernama Mani Purindan, dan yang tengah Raja Akbar Muluk Paduka Shah nama-nya, dan yang bungsu perempuan. Maka ayahanda baginda Raja Nizamu’l-Muluk Akbar Shah pun hilang-lah. Maka ananda baginda Raja Akbar Muluk Paduka Shah-lah ganti kerajaan ayahanda baginda. Maka baginda berbahagi pusaka tiga bersaudara saperti di dalam hukum Allah ta’ala, demikian-lah di-perbuat-nya. Datang-lah pada papan chuki emas, buah-nya permata, sa-belah permata merah, sa-belah permata hijau. Maka kata baginda Mani Purindan pada adek-nya Raja Akbar Muluk Paduka Shah, ‘Chuki ini berikan-lah pada saudara kita yang perempuan kerana bukan layak kita memakai dia.’
Ada beberapa perkara yang kita dapat rumuskan dari deskripsi Mani Purindan dalam Sulalatus Salatin:
1) Mani Purindan adalah nama gelaran/timangan Sanskrit dan bukan nama sebenar beliau; Mani Purin Dan dalam skrip Devanagari "मणि पूरिन् दान" mempunyai beberapa kemungkinan terjemahan bergantung pada konteksnya. Satu terjemahan yang kita boleh ambil ialah "derma permata" di mana "मणि" (maṇi) bermaksud "permata". Satu lagi terjemahan lain adalah "pendermaan minda sepenuhnya" di mana "मणि" (maṇi) merujuk kepada minda (Mani jauga merupakan tokoh yang mengasaskan agama Parsi - Manichaeism), dan frasa itu boleh ditafsirkan sebagai sumbangan perhatian penuh, tumpuan atau dedikasi seseorang terhadap sesuatu tujuan atau amalan rohani.
2) Dalam kosmologi dunia Melayu, benua Keling merujuk kepada benua kecil India (Indian sub-continent) dan bukan hanya kepada wilayah Kalinga yang pada masa itu diperintah oleh Kerajaan Trikalinga yang beragama Hindu.
3) Ayahnya merupakan seorang raja muslim di India yang menggunakan gelaran Nizamu’l-Muluk , dan sedia diketahui Raja atau Sultan yang menggunakan gelaran Nizamu'l-Muluk di zamannya pada abad ke 14-15 Masihi adalah dari pemerintahan yang terbit dalam Kesultanan Delhi dengan jajahan yang sangat luas
4) Manakala Paheli pula adalah berasal daripada perkataan Hindi (menarik yang nama ini nama Hindi dan bukan nama Tamil); Ia bermaksud "teka-teki". Kemungkinan besar ini bukan tempat yang betul dan Mani Purindan bila ditanya tentang asal-usulnya banyak merahsiakan dirinya (mungkin kerana ada kisah silam dan kejadian lama yang disembunyikan). Ada pendapat yang mengatakan Paheli itu sama dengan Pahara yang berada di Rajashtan. Ini satu pendapat yang tidak kukuh kerana Paheli bermaksud "teka-teki" (पहेली) dalam bahasa Hindi manakala Pahara bermaksud "Gunung" (पहारा), seakan sama tapi tak serupa. Kita tahu bahawa tiada tanda arkeologi yang mengatakan Pahara adalah kota yang penting buat kesultanan Delhi.
Naratif popular yang diperkenalkan oleh orientalis dan pentadbir British R.O Windsted, yang beranggapan bahawa Mani Purindan adalah dari golongan saudagar Tamil, hal ini bukan sahaja berbeza dengan apa yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin bahawa Mani Purindan adalah putera seorang raja, Sultan Nizamu'l Muluk- Akbar Shah, malahan telahpun dibidas oleh Sir Roland Braddel, seorang sejarahwan dan penasihat kolonial sepertimana berikut:
“Sejarah ke-12 (Sejarah Melayu) memperkenalkan Mani Purindan yang dikatakan oleh Winstedt sebagai pedagang Tamil tetapi
atas alasan apa (dia membuat andaian), ia sukar untuk difahami."
Identiti sebenar Mani Purindan diungkap dalam sejarah Kesultanan Deli yang mana mengikut Pemangku Adat Kesultanan Melayu Negeri Serdang (Sumatera), Almarhum Tuanku Luckman Sinar Basarshah II, S.H; diasaskan oleh keturunan Mani Purindan sendiri - Laksamana Khoja Bintan (Gelaran Khoja berasal dari perkataan Parsi yang digunapakai oleh para pembesar dan ketua agama). Menurut Hikayat Deli, Amir Muhammad Badarudin Khan (Mani Purindan) telah mengahwini Puteri Chandra Dewi, puteri Sultan Samudera Pasai. Keturunan beliaulah yang kemudiannya menjadi pemuka Kesultanan Deli.
Nama Kesultanan Deli sendiri mirip dengan Kesultanan Delhi (yang mana Almarhum gelar sebagai Delhi Akbar), manakan tidak bila kita lihat bahawasanya pemuka kesultanan tersebut Laksamana Khoja Bintan, adalah dari keturunan Muhammad Badruddin Khan, putera Nizamu'l-Muluk Akbar Shah.
Tanpa menidakkan jasa serta kewibawaan bendahara-bendahara Melaka yang bukan dari jurai Mani Purindan, khususnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang disebut sebagai bendahara Melaka yang paling cemerlang , disebutkan di sini bahawa dikesampingkan jurai matrilineal Bukit Siguntang dari Palembang, percampuran unsur-unsur patrilineal baka bangsawan dari kerajaan Islam di benua utara al-Hind inilah yang telah melahirkan keturunan atau zuriat Mani Purindan yang berwibawa seperti Bendahara Tun Mutahir, Tun Hassan Temenggung, Serikandi Tun Fatimah, Bendahara Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang, Tun Jenal Dato' Sekudai dan ramai lagi.
Malahan ramai lagi anak cucu mereka yang menjadi golongan pemerintah dan pembesar dalam Kesultanan Perak, Pahang, Johor dan Terengganu di Tanah Melayu ini selama berabad-abad sehingga ke hari ini.
Sementara Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Mahmud Shah dan Sultan Ahmad Shah dari Kesultanan Melaka yang juga mempunyai darah Mani Purindan dari sebelah ibu , sedikit sebanyak menzahirkan juga sisi-sisi keupayaan genetik bangsawan Parsi dari benua al-Hind tersebut.
Ini belum pun termasuk waris Mani Purindan di bumi Acheh (Pasai) yang melahirkan raja-raja dan bendahara-bendahara Pasai, kemudiannya Kesultanan Deli dan Serdang, Uleebalang Samalanga serta ramai lagi tokoh-tokoh bangsawan seperti Gocah Pahlawan, Pocut Meuligo, Teuku Hamid Azwar, Mayjend Teuku Hamzah Bendahara, Teuku H. Zainal Abidin Bendahara dan Teuku H Husen Bendahara dan ramai lagi.
Semoga polemik asal-usul Mani Purindan yang bermula dari naratif popular R.O Winsted dan diikuti oleh sebahagian ahli akademik dan ahli sejarah, tanpa mencermati data daripada sumber primer asal usulnya khususnya daripada kitab Sulalatus Salatin dan sumber primer kajian kesultanan Deli-Serdang, dapat diselesaikan sehingga menghilangkan bibit-bibit prejudis terhadap keluarga bendahara Melaka-Johor-Pahang dari titisannya yang telah berlegar untuk sekian lamanya.
Intaha.
TunSuzana@Suzana Hj Othman
Sumber:
i. Tuanku Luckman Sinar Basarshah II, SH, Adat Kontrak Sosial Antara Raja Dan Rakyat Kesultanan Serdang (2011)
ii. Hanafiah-Fadliansyah Samalanga di bawah pemerintahan Tun Seri Lanang 1613-1659. Jurnal Seuneubok Lada, Vol 2, No 1, Januari-Juni 2015
iii. Tun Suzana Tun Hj Othman, Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu. 2001
https://www.wikitree.com/wiki/Of_Deli-1#Nama_dan_Ejaan
https://www.kerajaannusantara.com/.../119-Adat-Kontrak...

mani_purindan.pdf | |
File Size: | 298 kb |
File Type: |