Menggali Hakikat Leluhur
Khazanah Bendahara Seri Maharaja
  • Laman Utama
    • Matlamat Laman >
      • Sejarah Itu Penting
      • Bagaimana Menghidupkan Sejarah
    • Perihal Penulis >
      • Pengasas Pertubuhan KEMUDI
    • Karya-Karya Penulis >
      • Ralat
  • Melayu Islam Beraja
    • Keruh di Hulu, Keruh di Hilir
    • Melayu Bangsa Pendatang?
    • Apa Ada Sejarah Melayu
    • Melayu Mestilah Islam >
      • Melayu & Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah
      • Islam Dalam Wajah Melayu
    • Puisi 'Karamah Melayu'
    • Perbendaharaan Rahsia Raja >
      • Warqah Kepada Alim-Ulama
      • Warqah Kepada Bangsa Melayu
    • Raja Melayu Zilullah Fil-Ardh >
      • Raja Melayu & Perlembagaan
      • Kuatkuasa Raja-Raja Melayu
      • Peranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang
      • Warqah Kepada Raja Melayu >
        • Syair Rintihan Raja Melayu
    • Puisi Insaflah Umat Islam
    • Umara-Ulama Robbaniyah Trend Masa Hadapan
  • Tun Mutahir Pahang 1847-63
    • Institusi Bendahara >
      • Bendahara Melaka, Johor & Pahang Lama >
        • Serikandi-Serikandi Keturunan Bendahara
        • Sajak: Airmata Tun Senaja
        • Syair 'Permata Melayu yang Hilang'
    • Tun Seri Lanang >
      • Mengapa Tun Seri Lanang?
      • Tun Sri Lanang sebagai Raja Samalanga I
    • Biodata Tun Mutahir Pahang >
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 26/05/12
      • Majlis Tahlil Kg Marhum, Pahang 12/05/18
    • Propaganda Hikayat Pahang >
      • Bukti Primer Perang Pahang
    • 2 Raja Pahang yg Tidak Didendang >
      • Nasihat Kepada Penuntut Takhta
    • Syair 'Perang Bendahara' (edisi kedua) >
      • Audio Syair 'Perang Bendahara' (edisi pertama)
    • Di Mana Makam Tun Mutahir ? >
      • Apakah Ini Makam Tun Mutahir?
      • Keris Kebesaran Tun Mutahir
      • Ucapan Pelancaran Buku Mencari Sejarah Tun Mutahir >
        • Teks Penulis Sempena Pelancaran Buku Tun Mutahir
    • Salasilah Besar Zuriat Tun Mutahir >
      • BSM Tun Koris ibni BSM Tun Mutahir
      • BSM Tun AbdulRahman ibni BSM Tun Mutahir (+ Che Wan Empok) >
        • Foto & Dokumen Waris
        • Penemuan Makam Tun Aman
      • Tun Uda ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Abdullah ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Muhammad ibni BSM Tun Mutahir
      • Tun Ibrahim ibni BSM Tun Mutahir
      • Engku Puan binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Nit binti BSM Tun Mutahir
      • Engku Chik binti BSM Tun Mutahir
    • Prediket 'Tun' Klg Bendahara
  • Ahlul-Bait Nabi SAW
    • Martabat & Peranan Duniawi >
      • Baka & Bimbingan
      • Ilmu Baka dari Perspektik Sains Genetik
    • Peranan Petunjuk Sejarah >
      • Ralat
    • Tarekat Ba 'Alawi >
      • Ilmu, Suluk, Dakwah
      • Gamitan Bumi Wali, KOTA TARIM
    • Kaitan Sejarah & Ilmu Nasab
    • Sayyid Hussein Jamadil Kubra
    • Islam dan Ahlul-Bait di Capetown, Afrika Selatan
    • Seruan Kepada Ahlul-Bait
  • Inilah Era Akhir Zaman
    • Dunia di Penghujung Era Mulkan Jabariyyan?
  • Bahtera Nuh di Akhir Zaman
    • Luahan Seorang Mukmin Akhir Zaman
    • Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
    • Mengembalikan Taklid Empat Mazhab
    • Bahaya Anti Mazhab
  • Tasawuf Dan Tarekat
    • Hubungan Murid Dengan Murobbi
    • Tasawuf Kunci Kekuatan Akhir Zaman
  • Merancang Kebangkitan Ummah
  • Kunci Melayu Akhir Zaman
    • Seruan Kepada Pewaris Dinasti Melayu

Sajak : Air Mata Tun Senaja

Memang benar kata Djazlam Zainal kemuncak kekejaman Sultan Mahmud ialah membunuh Bendahara dan keluarganya,Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Bendahara yang dibunuh itu adalah ayah saudara dan ayah angkatnya sendiri. Saya perturunkan sajak TANGISAN BONDA SULTAN MAHMUD (Salasilah, dbp 2005: 60-61).

Setelah melakukan pembunuhan
ke atas Bendahara Seri Maharaja
dan ahli-ahli keluarga
Sultan Mahmud kebingungan
melihat bondanya Tun Senaja menangis berhari-hari
menangis tidak berhenti-henti
menghempas-hempas bagai tidak sedarkan diri.

Sultan Mahmud bertanya, “Bonda, mengapa bonda
jadi begini?”
maka kataTun Senaja dalam linangan air mata
wahai anakanda,
mengapa anakanda membunuh bendahara,
tidakkah anakanda sedar, itu kesilapan yang amat besar.

Sudahkah anakanda lupa,
siapa bendahara sebenarnya?
bukankah Bendahara Seri Maharaja itu
saudara kandungku?
sudah pasti bapa saudaramu
dalam negeri kau mungkin melebihi
tetapi dalam hukum keluarga
tempatnya lebih mulia.

Kami berdua adalah anak Seri Nara Diraja
Tun Ali dan Tun Kudu
Datuk juga kepadamu
bendahara itu telah memeliharamu
sejak ayahanda mangkat
sepatutnya kauhormat
sebagai ayahanda angkat.

Anakanda, raja itu raja kerana rakyat
jangan lupa akan asal mula
raja pertama yang diangkat
oleh Demang Lebar Daun
Demang mengambil tempat kedua
setaraf bendahara
menjadi mentua Sang Sapurba
dan dilayan seperti bapa.

Dan, kemudian di Singapura
Sang Nila Utama yang bergelar Seri Teri Buana
mempunyai dua orang putera.
Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda
Raja Kecil Besar menaiki takhta
menggantikan ayahanda
dan Raja Kecil Muda dilantik jadi bendahara.
dialah bendahara yang pertama
jadi bukankah bendahara itu juga berdarah raja
pasti ada daulatnya?
Muslihatnya agar
negeri sama dijaga
keluarga membantu keluarga.

Sejak zaman-berzaman
bendahara menjadi sandaran
tiang memperteguh kerajaan
memakai gelaran-gelaran
yang melambangkan kebesaran.
Seri Maharaja, Paduka Raja
Seri Wak Raja bermakna bapa tua raja
kerana sememangnya dia berpangkat bapa
tempat meminta nasihat
dilayani dengan hormat.

Bendahara adalah penjaga raja
pemelihara takhta
raja bertitah
bendahara mengarah.
raja di singgahsana
bendahara memagar istana
dalam sejarah belum terjadi
raja membunuh bendaharanya sendiri.

Apabila kau membunuh bendahara
kau telah membunuh keluargamu juga
sedangkan keluarga menguatkan kita
tanpanya kita menjadi sebatang kara.


Aku menangis untukmu Mahmud
kerana kesilapan ini
kau akan ditimpa bencana
kerana kesilapan ini
kau akan kehilangan negeri
dan, yang paling kutakuti
Melaka tidak akan beraja lagi.

Tajam keris raja
menikam tubuh bendahara
kejam tingkah raja
menghiris hati bangsa.

Sumber:
Dato' Dr Zurinah Hassan
Sasterawan Negara 2016


Powered by Create your own unique website with customizable templates.