Mencari 'Bahtera Nuh' di Akhir Zaman
_
“ Keadaan sudah terdesak,
Detiknya mula mengasak,
Tiupkan lantang semboyanmu,
Palukan padu gong dan gendangmu,
Bunyikan sekuat-kuatnya,
Jika tersekat-sekat sambutannya,
Bawakan perhatian kepada realiti zaman,
Bersatu hati membuat persiapan.”
“ Keadaan sudah terdesak,
Detiknya mula mengasak,
Tiupkan lantang semboyanmu,
Palukan padu gong dan gendangmu,
Bunyikan sekuat-kuatnya,
Jika tersekat-sekat sambutannya,
Bawakan perhatian kepada realiti zaman,
Bersatu hati membuat persiapan.”
Samada kita sedar ataupun tidak, hakikatnya umat Islam hari ini berada dalam suatu persimpangan dan terpaksa (atau dipaksa) membuat pilihan. Pilihan yang bukan mudah kerana kalau tersalah pilih, mampu menyentap IMAN dan AQIDAH. Mampu membuat pemilihnya tersungkur jatuh kepada martabat Munafiqun dan Kafirun yang bakal meregutnya ke dalam jurang api neraka di Alam Akhirat kelak, bersama-sama dengan golongan Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. Kekal di sana untuk selama-lamanya, terputus dari rahmat Allah azza wajalla. Nauzubillahi minzalik.
Bertepatanlah dengan janji Iblis laknatullah untuk menyesatkan anak Adam AS seperti yang terkandung dalam ayat Al-Quran yang mafhumnya:
“Ya Tuhanku! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlas (bertaqwa) diantara mereka.”(Al-Hijr: 39-40)
Dengan demikian, apakah nasib yang menanti umat Islam di zaman-zaman mendatang ini? Apakah musibah besar yang bakal menimpa? Adakah kita akan terus dicabuli, ditindas, diinjak-injak, disiat-siat, diratah-ratah dan akhirnya dibinasakan? Adakah kita akan kecundang??
Subhanallah! Sekali-kali tidak!
Sesungguhnya kita akan MENANG kerana kita adalah UMAT ISLAM!
Kita ada ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Pencipta sekelian alam. Allah yang Maha Luas RahmatNya tetapi juga MAHA KERAS hukumanNya
Dan pada sisi Allah jalla jallaluh, Agama Islam itu adalah SATU-SATUNYA AGAMA KEBENARAN sedangkan yang lain itu adalah batil dan batal belaka !!
Firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dialah yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkan agama itu atas sekelian agama, walaupun orang-orang Musyrikin tidak menyukainya.” (Ash-shaf : 9)
Rasulullah SAW pula bersabda :
” Jika dunia ini hanya tinggal sehari saja sekalipun nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku (Imam Al-Mahdi) yang akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman.” (HR Abu A-Tufail)
MAKA SESUNGGUHNYA ISLAM AKAN MENANG KERANA ITU JANJI ALLAH DAN ALLAH TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJINYA!!
Di situlah letaknya harapan umat Islam hari ini. Iaitu terhadap janji Allah SWT yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail AS kepada junjungan mulia, Rasulullah SAW.
Kita tidak perlu gusar kerana Allah tetap akan memelihara agamaNya serta memberi kemenangan kepada umat Islam sabit masa yang tertakdir. Apa yang terlebih penting ialah pemahaman mengenai hakikat zaman yang terbentang di hadapan kita dan yang bakal menyusul kemudiannya.
Nabi Nuh AS. Iaitu zaman yang bakal membawa kepada turunnya bala Allah atas golongan kafirun dan kaffarahNya atas umat Islam, iaitu suatu proses penyucian kembali dunia ini dari segala macam amalan ateisme, syirik dan khurafat, serta segala bentuk amalan-amalan maksiat, kemungkaran dan kesesatan yang tidak terbendung lagi dimuka bumi ini.
Bukanlah sukar untuk menghayati betapa manusia hari ini rata-rata telah menjadi penentang-penentang RABB yang menciptakan mereka dari titisan-titisan air mani. Malahan dengan bongkaknya mereka sanggup mencabar dan mengisytiharkan perang terbuka keatas Allah SWT sendiri!
Oleh itu mengikut sunatullah, bala Allah pasti akan ditimpakan ke atas mereka. Dunia terpaksa dicuci semula daripada najis pencemaran yang ditabur secara berleluasa oleh pelaku-pelaku maksiat, syirik dan kemungkaran, secara kolektif dan terang-terangan, yang dipelopori dan ditaja dengan lantangnya oleh kaum Yahudi serta Nasrani.
Malangnya apabila musibah menimpa, ianya tidak kenal kawan dan lawan. Sepertimana yang tertera dalam sebuah Hadeeth Rasulullah SAW seperti berikut:
Aishah RA bertanya kepada Rasulullah SAW :
“Apabila azab Allah diturunkan ke atas penduduk alam ini, adakah ia menimpa orang-orang yang soleh seperti yang bersalah ditimpakan-Nya?”
Baginda SAW menjawab:
“Ya! Ia menimpa kesemuanya dalam dunia ini tetapi pada Hari Kiamat, orang-orang yang soleh diasingkan dari orang-orang yang bersalah.”
Dalam melangkah sedetik demi sedetik kepada sabit masa proses penyucian kembali manusia dan alam yang tidak tertolak lagi itu, timbul persoalan. Bagaimana patut berdepan dengan keadaan ini? Apakah caranya golongan beriman mendapatkan perlindungan dari murka Allah?
Pada zaman Nabi Nuh AS, apabila takdir Allah mengenai azab yang bakal menimpa golongan kafirun sudah tidak tertolak lagi, baginda telah diisyaratkan untuk menyediakan sebuah bahtera besar yang bakal melindungi serta menyelamatkan golongan beriman apabila turunnya malapetaka tersebut dalam bentuk banjir besar yang melitupi seluruh mukabumi ini hatta gunung-gunung yang tinggi sekalipun.
Dalam konteks dunia Akhir Zaman hari ini yang bakal menghadapi musibah besar yang mencetuskan segala macam huru hara dan kepunahan sebelum munculnya zaman penuh rahmat (iaitu zaman ‘khalifah yang tertegak atas manhaj kenabian’ mengikut janji Allah), dimanakah dapat dicari ‘bahtera Nabi Nuh’ sebagai satu-satunya tempat berlindung di bawah naungan Allah SWT demi menyelamatkan golongan beriman dari azabNya itu ??
Hakikatnya ‘bahtera Nabi Nuh’ sudah lama wujud di kalangan umat Islam, terbuka dan bersedia untuk dinaiki demi mendapatkan nusrah dan inayah Allah SWT. Malangnya kebanyakan umat Islam hari ini bukan sahaja tidak dapat mengesan kewujudan ‘bahtera’ tersebut samada kerana buta mata hati ataupun belum mampu menghayati realiti masakini dan yang akan datang, yang menyebabkan mereka tidak mengambil langkah bersiap sedia, malahan terdapat juga golongan yang memilih untuk tidak menaiki ‘bahtera Akhir Zaman’ itu walaupun dengan rahmat Allah telah dapat menjumpainya, kerana membiarkan diri mereka terus dibelenggu oleh kepentingan nafsu dan duniawi.
Laman 'Mencari Bahtera Nuh di Akhir Zaman ini' cuba membentangkan formula salafus soleh sebagai jawapan kepada kemelut masakini yang menimpakan musibahnya kepada umat Islam sedunia. Laman ini sekadar menggali semula ‘landasan-landasan hakikat’ yang merupakan laluan-laluan para sahabat RA dan golongan salafus soleh beserta para pengikut mereka sebagai golongan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah yang sebenar. Laluan-laluan yang membentuk landasan-landasan hakikat ini adalah menyelusuri (ataupun bersanad) secara langsung kepada laluan Rasulullah SAW sendiri. Maka landasan-landasan hakikat inilah sebenarnya ‘bahtera Nabi Nuh’ yang mampu menyelamatkan umat Islam di Akhir Zaman ini.
Sesungguhnya umat Islam hari ini perlu memilih jalan para sahabat RAnhum dan salafus soleh demi menyelamatkan Iman dan Aqidah mereka serta anak cucu mereka. Justeru Akhirat mereka. Jikalau mereka enggan memilih, ataupun mengambil mudah dan berpeluk tubuh semata-mata terhadap ancaman golongan kafirun dan munafiqun kepada Islam dan umatnya, lambat laun komplot musuh-musuh Allah ini akan ‘membuat pilihan’ untuk mereka!! Jika keadaan ini dibiarkan berlaku, dikhuatiri celakalah golongan ini di sisi Allah dan tersingkirlah mereka daripada mendapatkan perlindungan ‘bahtera Nabi Nuh’ dalam zaman yang bakal menggoncang manusia dan alam fana kelak. Nauzubillahi minzalik.
Sesungguhnya kita beriman dengan Allah dan Hari Akhirat serta janji-janjiNya mengenai zaman kebangkitan ummah yang diterajui oleh kepimpinan ahlul-bait Rasulullah SAW sendiri, iaitu Imam Al-Mahdi Al-Muntazar AS.
Semoga Allah SWT melindungi kita dari jerat Iblis dan kuncu-kuncunya yang bermati-matian cuba meregut iman dan aqidah umat Islam hari ini. Semoga Allah juga memberikan kita taufik dan hidayahNya untuk membuat pilihan yang tepat, iaitu mendapatkan kembali serta mengamalkan semula jalan para sahabat dan golongan salafus soleh yang hakikatnya merupakan ‘bahtera Nabi Nuh’ sebagai SATU-SATUNYA PELINDUNG DAN PENYELAMAT bagi golongan beriman dalam zaman huru-hara dan punah-ranah yang kini sedang ‘mengintai-ngintai di ambang pintu’ itu, sebelum menyusul zaman kegemilangan umat Islam di era kepimpinan Imam Mahdi AS kelak. Ameen.
Sumber buku 'Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu'
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman 'Karya-karya Penulis'