Penemuan Makam Tun Aman
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menemukan saya dengan keluarga kembangan saya daripada zuriat Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman (Tun Aman) bin BSM Tun MutahirTun Ali (Pahang, 1863-?).Pertemuan berlangsung pada tarikh 28hb Disember baru- baru ini.
Setelah sekian lama mencari jejak moyang saya, Tun Abdul Rahman yang menghilang setelah berakhir tragedi Perang Saudara Pahang (1857-1863), tidak ketahuan bila mangkatnya dan dimana makamnya, saya ditemukan dengan zuriatnya dari salah seorang isterinya yang bernama Tengku Halimah (drp kerabat Riau-Lingga).
Banyak cerita terbongkar, hatta tarikh kemangkatan Tun Aman (1964) dan lokasi makamnya (Kg New Zealand, Maran) juga dikongsikan dengan kami, waris Tun Aman melalui isterinya Che Wan Empok (kerabat Chenor). Selain bertukar-tukar maklumat, kami juga sempat membuat bacaan Yaasin dan tahlil di makam Tun Aman, dipimpin oleh anakanda saya Muhammad Yusuff.
Paling terharu, apabila pihak tuan rumah menyajikan makanan ringan yang katanya adalah kegemaran moyangda saya dan isterinya, selain makanan tradisi golongan bangsawan Pahang iaitu laksa gebok,kueh Pene,kueh Badok Kubang,serta Dodol Kukus Allahu!
Terima kasih kepada adinda Saiful dan keluarga besarnya yang sudi menerima kehadiran saya sekeluarga di Maran, Pahang. Moga segala usaha dalam menjejak sejarah moyang kita dipermudahkan Allah, moga usaha kerabat kita mengumpulkan kerabat Che Wan Pahang dan mengeratkan silaturrahim diredhoi Allah, amiin ya Robbal 'alamiin
jejak_tun_aman___wan_aman.pdf | |
File Size: | 124 kb |
File Type: |