Syair :
'Permata Melayu yg Hilang'
_ Assalamu’alaikum,
saudara sekelian,
Sejarah Melayu, sila dengarkan,
Raja Melayu, semulia bangsawan,
Iskandar Zulkarnain, asal titisan.
Sultan Iskandar, tiga turunan,
Musafir kelana, jauh-jauhan,
Hingga tertakdir, suratan Tuhan,
Tanah Andalas, akhir singgahan.
Negeri Palembang, Tanah Andalas,
Bukit Siguntang, menjadi emas,
Orang berhuma, sangatlah cemas,
Kisah ajaib, tersebar luas.
Negeri Palembang, zaman silamnya,
Demang Lebar Daun, nama rajanya,
Iskandar Zulkarnain, juga moyangnya,
Asal Melayu, dialah tuannya.
Demang Lebar Daun, mendengar riwayat,
Tiga saudara, ajaib hikayat,
Lalu segera, pergi mendapat,
Jadikan anaknya, diambil berkat.
Tiga saudara, terkenal sudah,
Dirajakan orang, diberi daulah,
Alam Minangkabau, Sang Sapurba perintah,
Krishna Pandita, Tanjung Pura diserah.
Saudara ketiga, tetap tinggalnya,
Negeri Palembang, dapat tuahnya,
Sang Nila Utama, nama dirinya,
Seri Teri Buana, juga gelarnya.
Sang Nila Utama, masyur namanya,
Bukit Siguntang, tempat mainannya,
Demang Lebar Daun, mengambil berkatnya,
Raja Melayu, ditabalkannya.
Demang Lebar Daun, meletak adat,
Berpatik bertuanku, bahasa dibuat,
Bertaat setia, mengucap selamat,
Menjunjung duli, pada Hadirat.
Demang Lebar Daun, bangsawan gahara,
Dari asalnya, semua Bendahara,
Pada dianya, raja berura,
Cari muafakat, memutus bicara.
Demang Lebar Daun, empunya puteri,
Muda rupawan, Radin Chandra Puri,
Sang Nila Utama, berperi-peri,
Minta jadikan, ia permaisuri.
Demang Lebar Daun, terima lamaran,
Lalu keduanya, diijabkabulkan,
Itulah punca, asal titisan,
Raja Melaka, waris turunan.
Iskandar Zulkarnain, asal hakikat,
Raja-Bendahara, daulatnya pekat,
Darah bersatu, jalinan diperkuat,
Daulat! Bertambah Daulat!
Demang Lebar Daun, sukanya amat,
Sang Nila Utama, menantu dibuat,
Walau begitu, ia bersyarat,
Baginda raja, diminta berwa’ad.
Wahai Tuanku, mari bersumpah,
Sebagai Sultan, Duli Khalifah,
Mohon Tuanku, adil perintah,
Jangan zalimi, rakyat menyembah.
Hamba Melayu, bakti dicurah,
Kepada raja, khidmat diserah,
Jangan ‘aibi, mencari parah,
Harap Tuanku, junjung amanah.
Demang Lebar Daun, terus berura,
Hamba Melayu, yang buat angkara,
Beri hukuman, kadar setara,
Jangan dinista, seisi negara.
Setelah Mamanda, selesai berkata,
Bertitah pula, raja yang pokta[1],
Hasrat Mamanda, kabullah beta,
Janji diikat, tetap dikota.
Kepada Bendahara, raja meminta,
Rakyat sekelian, curahkan setia,
Taburlah bakti, raja di takhta,
Hamba Melayu, jangan durhaka.
Duli Hadirat, terus berperi,
Walau turunannya, jahat pekerti,
Jangan darahnya, dititiskan ke bumi,
Itu pintanya, harap mengerti.
Duli Hadirat, terus menambah,
Hamba Melayu, yang langgar sumpah,
Dibalikkan Tuhan, bumbung rumah,
Dapat segera, ditimpa tulah[2].
Dato’ Mamanda, memberi sembah,
Hasrat Tuanku, patik kabullah,
Wa’ad dibuat, jangan disanggah,
Nescaya kita, mendapat padah.
Dato’ Mamanda, pinta muafakat,
Jika turunan, Duli Hadirat,
Dengan sesuka, malanggar wa’ad,
Turunan patik, tak lagi terikat.
Raja Melayu, yang hilang adilnya,
Nescaya binasa, takhta negerinya,
Mendapat bencana, kerajaannya,
Luputlah Raja, dari daulatnya.
Kabullah pada, Duli Pertuan,
Sumpah terikat, pada turunan,
Wa’ad yang suci, bukan mainan,
Raja Melayu, jangan abaikan.
Demikian adanya, sumpah setia,
Asal Melayu, Bendahara tuannya,
Hamba Melayu, amanah pundaknya,
Raja Melayu, diserah tunggaknya.
Syahadan demikian, sedia aturan,
Bangsa Melayu, dirahmat Tuhan,
Wa’ad dijunjung, zaman berzaman,
Jika dilanggar, luputlah aman.
Wa’ad Melayu, sudahlah terang,
Bangsa Melayu, adatnya terbilang,
Raja Melayu, menikam benderang,
Bendahara Melayu, permata gemilang.
Negeri Melaka, masyur sedunia,
Aman sentosa, semua rakyatnya,
Terbilang riwayat, raja-rajanya,
Payung Melayu, indah kurnia.
Raja-pembesar, saling muafakat,
Bangsa Melayu, mendapat rahmat,
Dipelihara syariat, dijunjung adat,
Kuat berdaulat, negeri berkat.
Bendahara Melaka, sangat masyurnya,
Bendahara Johor, apa kurangnya,
Bendahara Pahang, ikut adatnya,
Unggul wibawa, tiada taranya.
Wahai saudara, sila dengarkan,
Riwayat Bendahara, semulia bangsawan,
Sejarah silam, kami sembahkan,
Kisah yang nyata, bukan rekaan.
Bendahara Tun Perak, bijak-bistari,
Arif wibawa, mentadbir negeri,
Maju Melaka, tiada terperi,
Raja di puri[3], berlapang diri.
Dato’ Mamanda, telah anjurkan,
Kerajaan yang jauh, kita dekatkan,
Mana yang dapat, kita mesrakan,
Daulat Melaka, dapat besarkan[4].
Raja Melaka, terima nasihat,
Negeri Siam, dibuat sahabat,
Puteri Majapahit, jalinan diikat,
Puteri Cina, juga dipikat.
Raja Melaka, daulat berbadi.
Mencari kawan, ramai yang sudi,
Banyak negeri, terhutang budi,
Rancangan Mamanda, sudah menjadi.
Bendahara Tun Perak, fikirnya dalam,
Pada semuanya, sering berkalam,
Raja Melayu, zilullah fil ‘alam[5] ,
Taatkan raja, tuntutan Islam[6].
Bendahara Tun Perak, terus berdalil,
Pembesar Melayu, haraplah khalil[7],
Raja Melayu, mestilah adil,
Janganlah rakyat, dipandang kerdil.
Bawah perintahnya, jajahan meluas,
Agama dan adat, dijadikan teras,
Dicurah bakti, sampailah puas,
Melaka merempuh, zaman emas[8].
Bendahara Tun Perak, sudah terbilang,
Budi jasanya, tetap ditatang,
Walaupun sudah, lama menghilang,
Bangsa Melayu, masih mengenang.
Puteri Tun Teja, jadi sebutan,
Bak bidadari, indah rupawan,
Raja Melaka, sudah tertawan,
Puteri idaman, menjadi igauan.
Tiada kata, secantik bahasa,
Tun Fatimah, serikandi bangsa,
Duli Pertuan, dicurah jasa,
Tetap di sisi, senang dan siksa.
Adat Melayu, itulah laziman,
Puteri Bendahara, menjadi Ampuan,
Bendahara dan Sultan, seperti sebadan,
Dara jelita, penghubung ikatan.
Bendahara Tun Mutahir, bangsawan mulia[9],
Makmur Melaka, bawah perintahnya,
Anugerah Tuhan, tua hatinya,
Rakyat mendapat, faedah darinya.
Suatu ketika, Peringgi berkira,
Menjajah Melaka, buat angkara,
Namun tak sanggup, Peringgi mara,
Selagi hidupnya, Dato’ Bendahara.
Peringgi pernah, menyerang sekali,
Dato’ Mamanda, tiadalah khali[10],
Perintah panglima, pertahan duli,
Peringgi tewas, lalu kembali.
Tun Hassan Temenggong, anak Bendahara,
Budayawan Melayu, tiada taranya[11],
Ketua Panglima, Peringgi dicedera[12],
Putera Mamanda, menjadi wira.
Bendahara Mutahir, harum namanya,
Datangkan iri, pada musuhnyn,
Mencari jalan, buat aniaya,
Biar Mamanda, dapat racunnya.
Apalah malang, Bendahara Melaka,
Difitnah onar, dusta belaka[13],
Jasa dicurah, tiada berharga,
Dihukum bunuh, satu keluarga[14].
Sanak saudara, merasa gundah,
Ingin membela, mempertahan maruah,
Namun dihalang, Bendahara yang tabah,
Dengan sabdanya, yang penuh madah.
Sultan Melaka, tiada bersalah,
Khilaf baginda, tertakdir sudah,
Jangan durhaka, melawan titah,
Kepada Ilahi, kita berserah[15].
Bendahara budiman, jiwa sejati,
Membuat wasiat, seikhlas hati,
Segala hartanya, dibuat bakti,
Raja dijunjung, sampai ke mati[16].
Sultan Mahmud, memberi kuasa,
Jalankan hukuman, tanpa periksa,
Takdir Illahi, Melaka binasa,
Peringgi melanggar, sesingkat masa[17].
Raja Melaka, sesallah sudah[18],
Pahit ditelan, tak dapat diluah,
Wa’ad disanggah, negeri disumpah,
Sultan Mahmud, sikap berubah.
Tersebut kisah, Paduka Tuan,
Ganti Bendahara, Raja titahkan,
Zaman mudanya, handal melawan,
Banyak jajahan, dapt ditawan.
Bendahara Tun Tepok, nama timangan,
Usia yang tua, hilang kekuatan,
Badannya lumpuh, sudah suratan,
Ditandu orang, atas usungan[19].
Peringgi datang, melanggar negeri,
Kerabat Tun Tepok, bawanya lari,
Dengan semangat, cuba berdiri,
Sambil Memanda, berperi-peri.
Janganlah kamu, bawaku pergi,
Segala kudratku, biarku bagi,
Tiada ku takut, tidak ku rugi,
Langgarkan aku, pada Peringgi[20].
Dato’ Bendahara, permata bangsa,
Sedia berbakti, mencurah jasa,
Tetap sedia, senang dan siksa,
Walau usia, tinggallah sisa.
Bendahara Tun Tepok, ayuhai tuan,
Luhur jiwamu, tiada bandingan,
Kudrat berbaki, ingin curahkan,
Bangsa Melayu, jadikan teladan.
Peringgi melanggar, alang kepalang,
Sultan Mahmud, sangatlah berang,
Titah baginda, pada hulubalang,
Beta juga, ingin berjuang.
Pembesar Melaka, tidak endahkan,
Raja Melayu, tonggak kedaulatan,
Duli Pertuan, mesti diselamatkan,
Biar hulubalang, negeri pertahankan[21].
Mengundur dirinya, Sultan Melaka,
Membawa nasib, hidup melata,
Keluarga Bendahara, tetap setia,
Senang dan susah, khidmat sedia[22].
Raja Melaka, membawa diri,
Pergi ke Johor, membuka negeri,
Bendahara Melaka, ikut sekali,
Mengikut titah, tiadalah khali.
Peringgi durjana, Melaka ditawannya,
Membuat angkara, dengan zalimnya,
Masjid Melaka, dan makam rajanya,
Diredah geledah, tanpa belasnya[23].
Kubu dibina, di atas tapaknya,
Megah berdiri, Famosa namanya,
Peringgi menjajah, tiada adatnya,
Anggaran lebih, sekurun lamanya[24].
Bendahara Tun Zainal, gagah orangnya,
Bendahara Sekudai, juga gelarnya,
Mencari ikhtiar, dengan menterinya,
Melanggar Peringgi, dalam kubunya.
Sultan Johor, memberi kuasa,
Bendahara Sekudai, pahlawan perkasa,
Melanggar Peringgi, walaupun siksa,
Demi pertahan, agama dan bangsa.
Kubu Famosa, menjadi sasaran,
Benteng Peringgi, tempat bertahan,
Pahlawan Melayu, tiada pilihan,
Nyawa dan badan, jadi taruhan.
Kubu dipanjat, lapis-lapisan,
Sudah bertekad, mencari lawan,
Azmat suasana, sorak tempikan,
Hulubalang Melayu, beramuk-amukan.
Pahat beliung, penggada berduri,
Ditembak dibedil, tentera Peringgi,
Pahlawan Melayu, kanan dan kiri,
Satu persatu, gugur ke bumi[25].
Bendahara Sekudai, telah bersumpah,
Pahlawan Melayu, junjung amanah,
Sekali-kali, tidakkan menyerah,
Selagi Peringgi, tidak dialah.
Darah pendekar, dibaja subur,
Pencetus semangat, jiwa nan luhur,
Amuk Melayu, jihad yang mabrur,
Dapat akhirnya, Peringgi terkubur.
Tersebut kisah, Bendahara Muhammad,
Mendapat titah, Duli Hadirat,
Walau dirasa, beban yang amat,
Sedia dipikul, penuh semangat.
Sultan Johor, beri amanat,
Bukukan kisah, serta riwayat,
Raja Melayu, dan adat istiadat,
Supaya tak hilang, sampai Kiamat.
Dato’ Bendahara, jalankan titah,
Tiada berkira, penat dan lelah,
Penuh tafahus[26], menyusun sejarah,
Agar kisah, menjadi ibrah[27],
Sejarah Melayu, terbuku sudah,
Duli Pertuan, dibawa sembah,
Jasa Bendahara, telah dicurah,
Bangsa Melayu, dapat faedah[28].
Sejarah Melayu, agungnya karangan,
Bendahara Muhammad, jadi sebutan,
Tun Seri Lanang, nama timangan,
Pujangga Melayu, tiada tandingan.

_[1] Bahasa Melayu Lama; yang paling baik, indah; (tentang kelakuan, pekerjaan atau paras rupa)
[2] Bahasa Melayu Lama; bencana yang menimpa kerana melanggar adapt dan aturan, sumpah, kutukan. [3] Bahasa Melayu lama; istana.
[4] Tun Perak telah mengamalkan dasar ‘… daripada banyak seteru, baik berbanyak sahabat’ dalam hal pentadbiran negeri Melaka. Tun Perak menganjurkan persahabatan dengan negeri Cina sehingga terjadi perkahwinan diantara Sultan Mansur Shah dengan puteri Maharaja Cina yang bernama Hang Li Po. Atas syor Tun Perak juga, Sultan Mansur Shah menjalin persahabatan dengan kerajaan Majapahit dan berkahwin dengan puteri rajanya. Setelah dapat mengalahkan Siam sebanyak dua kali dalam peperangan, Melaka juga menghulurkan salam persahabatan yang kemudiannya diterima dengan baik. Dasar luar yang disyorkan oleh Tun Perak telah mampu membuahkan hasil yang lumayan, sehingga Melaka menjadi sebuah empayar yang besar, kuat dan agung.
[5] Bahasa Arab; bayangan Tuhan di mukabumi.
[6] Tun Perak pernah membuat wasiat seperti berikut; “ Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah SWT dan RasulNya. Dan jangan kamu sekelian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu... Maka kata hukuman, adalah raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zilullah-fil-‘alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kaepada Allah SWT, Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan RasulNya, dan akan raja (Surah An-Nisa’: 59)”
[7] Bahasa Arab; bersahabat
[8] Bendahara Paduka Raja Tun Perak, sempat berkhidmat dengan empat Raja Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Bendahara Tun Perak memegang tampuk pentadbiran negeri Melaka selama lebih kurang setengah abad, iaitu hampir setengah usia Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu menyebut mengenai tokoh bangsawan ini seperti berikut:
“ Syahadan, Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) itulah dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang samabesarnya: pertama, Majapahit: kedua, Pasai: ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kenayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja.
[9] Merupakan anak saudara kepada Tun Perak.
[10] Bahasa Melayu Lama; leka, alpa
[11] Menurut Sejarah Melayu; “ Tun Hassan Temenggong yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal tangan baju, dan memanjangkan tangan baju, akan dahulu baju Melayu kecil”
[12] Tun Hassan Temenggong menjadi ketua Panglima Melaka dalam peperangan dengan Portugis. Sejarah Melayu mencatatkan: “Maka bertemulah segala orang Melaka dengan segala Peringgi lalu berperang, terlalu sabur, rupa senjata seperti hujan lebat; lalu ditempuh Tun Hassan Temenggong dengan hulubalang Melaka, maka segala Peringgi pun patahlah perangnya, dan banyak matinya lalu undur.”
[13] Tun Mutahir difitnah oleh dua saudagar Tamil yang bernama Kitul dan Raja Mandeliar, kononnya Tun Mutahir mempunyai rancangan hendak merampas takhta dan merajakan dirinya di Melaka.
[14] Sultan Mahmud I telah menitahkan dihukum bunuh Bendahara Tun Mutahir, puteranya Tun Hassan Temenggong dan anak saudara yang juga menantunya Tun Ali (suami Tun Fatimah sebelum Sultan Mahmud I)
[15] Menurut riwayat Sejarah Melayu, Tun Mutahir menempelak kaum keluarga, anak buah dan rakyat jelata yang berkumpul di rumahnya, siap dengan alat senjata untik membela dirinya. Anakandanya Tun Hassan Temenggong hendak melawan lalu ditegahnya sambil berkata : “Hei Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka.” Kemudian Tun Mutahir berkata pada Tun Sura Diraja yang dititah melaksanakan hukum bunuh padanya: “Barang yang telah berlaku, pada hukum Allah itu, hamba pun redholah.”
[16] Selepas mengambil air sembahyang, Tun Hassan Temenggong mangambil peti emas simpanan ayahandanya untuk dibuangkan ke laut. Bagaimanapun ditegah oleh Tun Mutahir dengan berkata: Hei! Hei! Hassan! Mengapa maka peti emas itu hendak dibuangkan? Kerana Yang Dipertuan membunuh kita bukanlah hendakkan emas kita! Jikalau kita sudah mati, biarlah emas kita diambil oleh Yang Dipertuan akan kebaktian kita.” Maka tidaklah jadi dibuang peti emas tersebut itu dan kemudiannya dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.
[17] Tragedi di atas berlaku dalam tahun 1510M, sementara Portugis melanggar Malaka dalam tahun 1511M
[18] Sultan Mahmud kemudiannya dapat tahu perihal fitnah saudagar Tamil dan memerintahkan dijalankan hukuman keras ke atas mereka, iaitu dengan diumbut.
[19] Dikenali juga dengan nama Bendehara Lubok Batu. Merupakan putera Tun Perak dan dijadikan Bendahara oleh Sultan Mahmud selepas tragedi pembunuhan Tun Mutahir satu keluarga. Apabila dimaklumkan akan titah Sultan untuk melantiknya menjadi Bendahara, langsung ia berkata: “Bendahara apatah ini, yang tepok dan lesu demikian ini?” Maka Paduka Tuan bermohon tidak mahu jadi bendahara, tetapi Sultan Mahmud tetap berkeras dan tetaplah ia setia menurut perintah baginda.
[20] Menurut riwayat Sejarah Melayu, Bendahara Tun Tepok telah berkata pada Si Lamat Gagah, orang yang menandunya: “Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku pada Peringgi!”. Apabila tidak dihiraukan oleh kaum kerabatnya, Tun Tepok terus menempelak: “Ceh! Cabarnya segala orang muda-muda ini, apa daya aku telah tepok, kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini!”
[21] Menurut riwayat Portugis, Sultan Mahmud dan anakandanya Raja Ahmad memainkan peranan utama dalam mengatur strategi peperangan dengan Portugis. Bagaimanapun, apabila dilihat tanda-tanda kekalahan negeri Melaka, Sultan Mahmud diminta oleh para pembesar negeri untuk mengundur dirinya. Pada mulanya baginda enggan dengan sabdanya: “Kerana istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mat.” Pembesar baginda menjawab: “Benarlah titah Duli Pertuan, hanya pada kali ini tiadalah Duli Pertuan patik beri mati dengan Negara Kopak ini.”
[22] Sultan Mahmud, kaum keluarga berserta para pengiring baginda menyusuri kaki Gunung Bentan dalam keadaan yang sangat lapar, lalu baginda titahkan Seri Nara Diraja mencarikan nasi. Walaupun pada masa itu semua pengiring baginda juga sudah kelaparan dan tidak berdaya lagi, Seri Nara Diraja tetap memerintahkan Seri Wak Diraja mancari nasi. Menurut Sejarah Melayu, di hadapan Sultan Mahmud, Seri Nara menyindir: “Benar bicara diri, melebihkan benar daripada tuan. Hei Seri Wak Raja, siapa yang membunuh bapa kita dua bersaudara, mati di Melaka itu? Raja mana? Bukankah raja ini? Pada masa inilah kita membalas kasihnya akan bapa kita mati empat beranak itu. Pergi Orang Kaya carikan Duli Yang Dipertuan nasi bangat-bangat (cepat-cepat), kerana baginda tiga berputera sangat lapar.” Setelah Sultan Mahmud mendengar kata Seri Nara Diraja itu, maka baginda pun tunduk dengan sesalnya akan pekerjaan baginda yang telah lalu itu. Maka Seri Wak Raja pun pergilah dengan budak-budak tiga empat orang mencari nasi di kampong berdekatan sampai dapat. Apabila dicedukkan nasi, baginda enggan dan menyuruh keluarganya sahaja makan. Setelah beberapa lama Sultan Mahmud masih tidak mahu makan, Seri Nara Raja bertegas kepada baginda: “mari patik basuh tangan Tuanku, baik Yang Dipertuan santap, jikalau Tuanku tidak mendengar sembah patik, patik amuk; sekali inilah Melayu derhaka! Maka Sultan Mahmud ikutlah nasihat Seri Nara Diraja dan menjamah nasi yang disediakan.
[23] Pemimpin Portugis yang bernama Alfonso De Alburqurque telah meruntuhkan masjid besar Melaka yang didirikan oleh Sultan Mansur Shah, dan di atas tapaknya didirikan kubu La Farmosa dengan menggunakan nisan perkuburan orang-orang Islam dan makam diraja sebagai bahan-bahan binaan.
[24] Portugis menjajah Melaka dari tahun 1511-1641M
[25] Menurut catatan yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah, Bendahara Sekudai telah memerintahkan dipasang sigai pada kubu Famosa, lalu bersama-sama dengan hulubalang Johor memanjat sigai itu dan menyerbu ke dalam benteng, hanya dengan bercawat sahaja. Ramai pahlawan Melayu yang gugur kerana dibedil dengan penggada yang berduri seperti durian, dengan pahat dan beliung, namun hulubalang Johor, naik juga dan naik terus, bertimbun mayat jatuh bergelimpangan namun yang lain terus naik sehingga sampai ke atas kubu. Bendahara sendiri dapat memimpin ank buahnya masuk ke dalm kubu, dan beramuk-amukan menyerang Portugis sehingga habislah mati dan jatuhlah benteng Portugis yang berdiri megah untuh lebih 130 tahun lamanya.
[26] Bahasa Melayu Lama; memeriksa dengan cermat dan berhati-hati.
[27] Bahasa Arab; ibarat, pengajaran
[28] Bendahara Tun Seri Lanang berpesan dalam Sejarah Melayu: “…supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu, syahadan, adalah, beroleh faedahlah ia daripadanya.”
Sumber: Institusi Bendahara ; Permata Melayu yang Hilang'
Sila lihat laman 'Karya-karya Penulis' untuk maklumat lanjut